Monday, April 6, 2015

Food for Mahasiswa

Bertahun tak menulis. Janggal rasa dia.

Hai semua. Salam.

Banyak benda jadi dalam hidup. Tak sempat nak menulis antara salah satu benda yang jadi dalam hidup aku. Sekarang aku dah semester 8 yakni final semester untuk kursus aku di universiti. Masa memang pantas. Kita je lembap.

Harini nak bercakap sikit tentang satu program yang kami rakan rakan tengah buat. Food for Mahasiswa. Asalnya 'Feed Mahasiswa' tapi ini pun bukan kami yang cadang. Just impromptu punya nama sebab time tu nak blast message dekat Whatsapp, FB dan Twitter. Bila ada rakan rakan yang cadang nama lain, kami pun setuju semua takda masalah. Janji matlamat program sampai.

'Apa benda Food for Mahasiswa ni sebenarnya?'

Well sebenarnya ini buah fikiran rakan rakan seperjuangan tahun 4 di fakulti aku. Kami berfikir macam mana kami boleh tolong rakan rakan lain yang susah kat dalam UKM ni. Lepas puas brainstorm, kami pun keluarkan idea untuk collect duit dan bagi makan malam kat rakan rakan lain ni dalam lebih kurang 100 bungkus sehari. Modal seorang dalam RM5.00 (RM3 nasi, RM1 roti, RM1 minuman) so RM5.00 x 100 orang: RM500 sehari.

'Bila nak bagi makan ni? Hari apa? Kat mana?'

Minggu lepas (1 April/ April Fool/ Hari GST) merupakan hari pertama program kami dijalankan. Alhamdulillah habis 100 pax makanan yang kami sediakan. Kami buat di Aras 6, Bangunan Pusanika, UKM. Hari apa kami nak buat tu kami kena bergantung pada duit sumbangan korang semua lah. Sebab this week kami hanya dapat dalam lebih kurang RM500, so kami buat sekali jelah untuk minggu ni. Tapi next week kami target dapat buat dalam 2-3 kali seminggu. Then minggu ketiga tu dah dapat buat dalam setiap hari Isnin-Jumaat. So kena share sikit lah post ni kat kekawan semua biar ramai sikit dapat menyumbang. Pahala akhirat pun dapat kutip sekali. Kalau tak dapat sumbang, dapat share pun power jugak. Tuhan nampak semua usaha kita. Insyaallah.

'Macam mana nak tahu depa ni susah ke dak? Entah entah anak orang kaya yang amik?'

Kita takda satu mekanisme ataupun machine untuk kita scan orang. Kalau ada machine tu senang kerja kami untuk kami scan semua orang yang amik makanan tu sama ada dia ada duit ke dak dalam wallet dia. dia pakai iPhone 6 Plus ke Nokia 3310, berapa baki dalam Maybank2u dia, mak pak dia pakai Ferrari ke Ex-5, dia selalu makan Sushi King ke Fariz Maju dan sebagainya. Kalau kami ada machine ni, senang kerja kami. Malangnya, kami takda. Kami sekarang tengah mengusahakan satu database rakan rakan UKM yang susah berpandukan petunjuk petunjuk informal seperti maklumat dari kawan kawan lain mahupun lecturer. Insyaallah kalau kami dah ada, kami akan hantar sendiri makanan ke kolej rakan rakan yang dimaksudkan dan tak perlu untuk mereka ke Pusanika untuk mengelak rasa malu.

'Macam mana nak sumbang untuk program ni?'

Macam ni, kalau kalian ada duit lebih, saya syorkan kalian sediakan makanan untuk 100 pax dan kita serve terus kepada student student ni. Cara macam ni lebih senang sebab kami tak perlu untuk simpan duit kalian. Bukan apa, besar amanah untuk pegang duit orang awam yang dah diinfakkan. Takut woi nak jawab kat akhirat andai kata tersalah guna. Tapi kalau ada antara kalian yang nak sumbang cash, kami tak pernah tetapkan berapa amount minimum cuma untuk permudahkan perkiraan semua, RM5 adalah cukup untuk mengenyangkan perut seorang pelajar. Kalau derma RM10 boleh kenyangkan perut dua orang dan seterusnya. Boleh bank in kepada akaun CIMB: 0814 0069 1585 22 MAYBANK: 1643 2447 1972 atas nama Muhammad Affendy bin Hasni. Jika anda membuat transaksi online, boleh letakkan email affendy.hasni@gmail.com untuk rujukan kami. Kami sangat berbesar hati jika pihak tuan tuan dapat maklumkan kepada kami apabila duit dimasukkan agar kami dapat merekodkan nama dan jumlah sumbangan. Terima kasih atas sokongan semua.
 




Aku harap benda ni dapatlah dikongsi bersama sama rakan yang lain, tak kira di FB, Twitter mahupun Instagram. Dalam setiap rezeki kita, ada rezeki orang. Itu kena ingat. Plus, bagi makan orang susah ni satu perbuatan yang dituntut. Sedekah dan amal jariah akan suburkan lagi rezeki kita yang dah sedia ada. Insyaallah.

MKF

1 comment:

Admin said...

Assalam. Asal nya aku just cari post pasal best running shoes. Alang2 tu aku baca sekali post kau yg latest. Tak sangka dunia ni kecik je. Fendy tu senior sekolah aku dulu. Kira nya korang ni in one course lah ye?

Btw program korang buat tu baru Al Hijrah release baru2 ni. Ye dok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...