Wednesday, May 12, 2010

Al-Fatihah my RMC/KTU friend

JITRA: The body of an air force trainee, who drowned during a river crossing training at Tasik Paya Pahlawan, Mukim Binjal near here, was recovered last night.

The body of Ahmad Nordinnie Yunus, 19, was found by the Royal Malaysian Air Force (RMAF) search and rescue team at 8.12pm, said RMAF public relations officer Major Kamarulzaman Ali in a statement.

He said Ahmad Nordinnie was undergoing training under the supervision of instructors from the Cadet Officer Training Centre of the RMAF College when the incident occurred yesterday.

The deceased was unable to float himself during the training and the instructors went quickly to his aid but their efforts were in vain, said Kamarulzaman.

He said the body of the trainee was expected to arrive at the Subang Air Base at about 10am tomorrow by the RMAF CH130 aircraft before it would be sent to his family home in Risda Inas Plantation, Kuala Pilah, Negeri Sembilan for burial.

Ahmad Nordinnie, who was the fourth from four siblings, was a first year diploma student at the RMAF College.

He joined the training in June last year and was scheduled to complete his course in June 2012.

Meanwhile, RMAF chief Datuk Seri Rodzali Daud extended his condolence to the bereaved family and offered his sympathy to the family over the mishap.

A board of inquiry has been set up to investigate the cause of the incident, he added. - Bernama

Tuesday, May 11, 2010

Thomas Cup 2010



Kecewa.
Setelah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 3 jam lebih dari pukul 6 hingga 9 lebih, itu je yang mampu aku ucapkan. Seronok tengok Datuk Lee Chong Wei main sebab dia betul-betul concentrate dengan game yang dia tengah lawan. Susah nak kesan any distraction sebab dia nampak betul-betul semangat lawan Keinichi Tago tu. Lagi best bila dia menang dengan 2 set je kan. Mantap.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong
1st double untuk Malaysia. Diorang agak konsisten time main. Tapi ada sampai certain part yang aku nampak diorang macam overconfident sgt. Confident tu bagus, tapi bila overconfident itu yang bahaya. Bila dah sampai nak hujung 2 permainan tu, nampak sgt macam game dah loose. Mula start main tak macam diorang main sebelum ni. Ini la padah overconfident sangat. Tapi tak apala, sebab diorang menang..hehehe

Wong Choon Han-veteran perang kita..
Tak dinafikan beliau memang pernah melakar kejayaan suatu masa dulu. Memang hebat. Tapi dulu la bang. Dia start main Malaysia Open time 1991. Sekarang dah 2010. Berapa tahun dah?? do the math friends. Tak apa, kalau korang tak tahu umur dia, biar aku yang bocorkan rahsia itu. Hahaha..Umur beliau sekarang sudah mencecah 33. Muda kan??

Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif. (our 2nd double)
Aku tengok kat Astro Arena 801. Rasa macam sedih lak tengok Malaysia main. Depa banyak main la time main. (faham tak?). Takpela kalau tak faham pun tak apa. Bulu tangkis tu banyak sangkut kat net je. Aku ingat lagi Jepun dapat 5 straight point sebab bulu tangkis tu sangkut kat net. 3 kali time serve and 2 kali lagi bila nak amik serve. Tapi tak apa..lawan time quarter nanti buat betul-betul..

Hafiz Hashim- Malaysia 3rd single merangkap Juara All England 2004.
Walaupun dia kalah, satu benda aku respect dia ni. Dia ni sangatlah COOL. Relax je dia time lawan Sato. Padahal Sato tu sikit punya gelabah time lawan. Maksud aku agak kelam kabut la. Tak cool langsung. Walaupun dia kalah 1st set, tapi dia bangkit untuk menang set kedua. Namun, apakan daya, set ketiga dia kalah balik. Aku dengar yang dia perlu sorakan actually untuk menang sebab aku ada terbaca artikel kat berita harian harini. Cek la apa dia tulis. Hafiz perlukan sokongan. Memang la prestasi dia turun naik tapi penyokong jangan maki hamun dia. Kesian dia. So, penyokong-penyokong sekalian, marilah kita ramai-ramai sokong dia.



Saturday, May 8, 2010

Polis Malaysia

SEREMBAN: Seorang konstabel polis digantung tugas selepas menembak remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Aziz, yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, konstabel berkenaan melepaskan tembakan amaran tetapi mengenai mangsa yang memecut laju dan bergerak ke kiri dan kanan jalan.

Katanya, anggota polis berkenaan yang baru berkhidmat lebih setahun, digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara," katanya.

Mangsa yang sudah menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Ini adalah kes kedua selepas kematian arwah Aminul Rashid yang ditembak di belakang kepalanya. Orang ramai dengan cukup senang menyalahkan pihak polis diatas kedua-dua kejadian tersebut. Bagi saya, jika direnung semula apa yang anggota polis ni buat, tiada apa yang salah sebenarnya. (Bahasa kembali rojak, susah nak stay dengan format SPM) Dua-dua mangsa 'kekejaman polis' yang orang sibuk dok canang ni sebenarnya cuba nak lari dari kereta peronda polis. Apa masalahnya kalau korank berhenti je?? aku rasa xde apa-apa pun, paling hebat pun masuk lokap malam tu. Yela, xdela teruk sgt kalau nak compare dengan tembakan yang bakal membuatkan korang end-up kat liang lahad yang indah. Sebenarnya, tindakan kita yang menyalahkan pihak polis ni sebenarnya bakal memakan diri kita sendiri kelak. Pihak polis sendiri mungkin demoralise nanti. Tak pasal-pasal lepas ni diorang pun buat kerja nak tak nak je. Sebab apa?? sebab bila diorang komited dengan tugas, orang bising-bising, buat group kat FB kata polis kejam dan kalau boleh nak kata kat semua orang yang polis ni memang tak reti buat kerja. Apa ni?? Cuba bayangkan kalau korang berada di tempat pihak polis. kereta peronda korang tengah kejar satu kereta/motor dan orang yang dikejar tu xnak berhenti. Apa korank buat?? tembak tayar bagi melengahkan lagi pergerakan mereka tu betul..cuba bayangkan lagi yang dalam kereta ni penjenayah paling dikehendaki INTERPOL, terkenal satu dunia?? kalau korank cakap kita kena ketuk tingkap kereta tu perlahan-lahan dan ucapkan SALAM, anda sememangnya bagus! Peratus anda sebagai anggota polis yang kemudiannya mati ditembak oleh penjenayah tersebut amatlah tinggi. Dah la, penat aku merapu. Cuba bayangkan kalau anda berada di tempat POLIS kita, apa akan jadi. Lagi satu, dengan adanya insiden ini, polis sekurang-kurangnya dah berjaya menakutkan penjenayah atau siapa2 yang terfikir nak membuat onar kat Malaysia ni. Kalau ada benda yang meragukan je, percentage mereka untuk ditembak adalah tinggi, so diorank mungkin akan berfikir 13 kali sebelum pergi merompak or meragut or merogol or me-apa-apalah. Sebab penjenayah sekarang makin berani, sampaikan kereta rasmi Ketua Polis Selangor pun selamba je diorank curi, nasib baik jumpa balik harini..

*aku xdela skong sangat polis/kerajaan ni, tapi bila aku renungkan balik, ada jugak point2 aku yang kuat mengatakan polis kadang2 betul
**aku taw ramai yang tak bersetuju dengan aku,tapi apa nak buat, ini pandangan aku

Friday, April 23, 2010

minggu yang tak menyihatkan..



selamat hari jumaat..
minggu ni memang best.minggu paling kurang kelas dan paling banyak makan.
makan pulak pada waktu-waktu yang sangat tidak digalakkan..

aku hampir-hampir siap coursework aku untuk english literature for a-level (Shakespeare si GAY)..menyakitkan..itu je perkataan yang boleh keluar dan berpatutan dengan penderitaan yang aku alami..
minggu ni aku tak pernah tidur sampai subuh..nak siapkan coursework tu..dan kadang-kadang kami stay up di McD sampi bas sekolah untuk pagi besok mula merayau-rayau mencari pelanggannya..dan setiap kali kitaorang stay-up, mesti ada je doublecheeseburger yang berjaya sampai ke perut ku..boleh bayang tak?? pukul 3 pagi melantak kat McD. untuk setiap hari selama hampir 2 minggu..jadi korang boleh la bayangkan lemak-lemak di perut aku bercambah dengan jayanya..

esok pulak ada ragbi kat padang utara, PJ..kali semi final Plate bertemu Cobra Jr..perh..aku dah boleh bayangkan diri aku di hari ahad terlantar di katil sehingga waktu dinner keesokan harinya..

Wednesday, April 7, 2010

Birthday.






happy birthday paan
we love you

hahaha..aku amat terharu diatas surprise yang telah dirancang oleh mereka-mereka yang merupakan classmate aku..class aku amatlah kecil kapasitinya memandangkan kami je pelajar JPA yang akan buat Law di sana nanti..

Disebabkan kelas aku ni ada 8 orang je, maka hubungan kami boleh dikatakan agak rapat la. ..yela, hari-hari dok mengadap muka yang sama je..haha..untuk 2 tahun lak tu..mana la tak rapat..

Terima kasih tidak terhingga sekali lagi kepada Fendi, Nishanti, Khairun Nisya, Husni, Rahman, Zul dan Ada. Kalian semua memang superb..haha..bahasa melayu aku dapat A1..so, jangan berani persoalkan pemilihan kosa kata ku..



Friday, March 12, 2010

World Cup for hockey 2010...




untuk fan hoki antarabangsa, mesti tak berganjak dari tengok channel 816 astro..yela...PIALA DUNIA untuk hoki dah hampir sampai kemuncaknya..harini final antara Australia dan Jerman..Australia kalahkan Belanda (2-1) manakala Jerman kalahkan England (4-1) time separuh akhir..aku memang update dengan hoki sebab dulu pun aku pernah main hoki time sekolah rendah and sekejap time kat RMC..lagipun 4/4 ni ada 3on3 hoki sempena HELP SPORT CARNIVAL..

tapi kenapa kat MALAYSIA macam kurang je publisiti untuk WORLD CUP HOCKEY ni??

jawapan=sebab Malaysia tak layak untuk masuk competition ni..tak lepas kelayakan Piala Dunia.

bila agak-agaknya MALAYSIA akan layak ke World Cup?? kita harapkan yang terbaik dari skuad hoki PROJEK 2013 dibawah bimbingan Mirnawan Nawawi..insyaAllah..


Saturday, February 27, 2010

Al-Fatihah

Pertamanya..mohon disedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik Syafia Humairah Sahari..

Kat sini aku terpanggil untuk berkongsi kisah sedih rakyat Malaysia. Kejadian terjadi petang kelmarin. Adik Syafira Humairah, 3 tahun sedang bermain di padang bola berhampiran rumahnya. Dia main sambil tengok budak-budak laki yang lain main bola kat situ gak. Lepas tu,datang la seorang lelaki LAHANAT DURJANA yang bekerja sebagai pemandu teksi tendang badan budak 3 tahun tu. Setakat budak 3 tahun tu, berapa kuat sangat yang dia boleh tahan?Astagfirullah..manusia..Bukan setakat tendang. LAHANAT tu jugak siap pijak kepala arwah. Kalau dewasa kena pijak pun cukup sakit, apatah lagi budak 3 tahun tu. Kepala pun still lembut lagi. Bayangkan la? Belasah punya belasah, orang lain kat padang tu takut nak masuk campur dengan alasan tu hal keluarga dia. Siap bagi warning lagi. Lepas tu mengaku 'bapak tiri' lak tu. Mula-mula dia biarkan arwah kat padang lepas kena belasah, ada saksi cakap time tu arwah dah mati dah time tu sebab badan tak bergerak campur muka pucat. Tapi dia datang balik sebab konon nak hantar hospital. Lepas tu hantar hospital kata accident, baik punya gebang.

Yang mak dia pulak, reti pulak menangis time nak kebumi anak dia. Si pemandu teksi tu bukan suami dia pun. Kekasih gelap je. Means tak ada hubungan yang sah! tapi si pemandu teksi tu boleh pukul arwah macam ape tah. Suami sebenar si ibu ada dalam penjara, baru dalam proses penceraian. BARU DALAM PROSES PENCERAIAN, maksudnya TAK BERCERAI LAGI. Tapi apa yang menghairankan, si ibu dah ada anak berumur setahun enam bulan hasil hubungan dengan syaitan yang bunuh anak dia sendiri dan sekarang sedang mengandung empat bulan hasil hubungan dengan syaitan yang sama. MACAM MANA TU??? nauzubillah..Ini satu lagi indicator Malaysia makin maju ke??

Walau apa pun, aku pohon sangat agar si pemandu teksi yang SUPER kejam itu dijatuhkan hukuman yang setimpal. Si-ibu juga pohon dikenakan hukuman kerana telah melakukan hubungan luar-nikah sampai melahirkan anak. Buat masa ni, apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa dan banyak2 sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa Arwah Syafia Humairah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...