Friday, April 23, 2010

minggu yang tak menyihatkan..



selamat hari jumaat..
minggu ni memang best.minggu paling kurang kelas dan paling banyak makan.
makan pulak pada waktu-waktu yang sangat tidak digalakkan..

aku hampir-hampir siap coursework aku untuk english literature for a-level (Shakespeare si GAY)..menyakitkan..itu je perkataan yang boleh keluar dan berpatutan dengan penderitaan yang aku alami..
minggu ni aku tak pernah tidur sampai subuh..nak siapkan coursework tu..dan kadang-kadang kami stay up di McD sampi bas sekolah untuk pagi besok mula merayau-rayau mencari pelanggannya..dan setiap kali kitaorang stay-up, mesti ada je doublecheeseburger yang berjaya sampai ke perut ku..boleh bayang tak?? pukul 3 pagi melantak kat McD. untuk setiap hari selama hampir 2 minggu..jadi korang boleh la bayangkan lemak-lemak di perut aku bercambah dengan jayanya..

esok pulak ada ragbi kat padang utara, PJ..kali semi final Plate bertemu Cobra Jr..perh..aku dah boleh bayangkan diri aku di hari ahad terlantar di katil sehingga waktu dinner keesokan harinya..

Wednesday, April 7, 2010

Birthday.






happy birthday paan
we love you

hahaha..aku amat terharu diatas surprise yang telah dirancang oleh mereka-mereka yang merupakan classmate aku..class aku amatlah kecil kapasitinya memandangkan kami je pelajar JPA yang akan buat Law di sana nanti..

Disebabkan kelas aku ni ada 8 orang je, maka hubungan kami boleh dikatakan agak rapat la. ..yela, hari-hari dok mengadap muka yang sama je..haha..untuk 2 tahun lak tu..mana la tak rapat..

Terima kasih tidak terhingga sekali lagi kepada Fendi, Nishanti, Khairun Nisya, Husni, Rahman, Zul dan Ada. Kalian semua memang superb..haha..bahasa melayu aku dapat A1..so, jangan berani persoalkan pemilihan kosa kata ku..



Friday, March 12, 2010

World Cup for hockey 2010...




untuk fan hoki antarabangsa, mesti tak berganjak dari tengok channel 816 astro..yela...PIALA DUNIA untuk hoki dah hampir sampai kemuncaknya..harini final antara Australia dan Jerman..Australia kalahkan Belanda (2-1) manakala Jerman kalahkan England (4-1) time separuh akhir..aku memang update dengan hoki sebab dulu pun aku pernah main hoki time sekolah rendah and sekejap time kat RMC..lagipun 4/4 ni ada 3on3 hoki sempena HELP SPORT CARNIVAL..

tapi kenapa kat MALAYSIA macam kurang je publisiti untuk WORLD CUP HOCKEY ni??

jawapan=sebab Malaysia tak layak untuk masuk competition ni..tak lepas kelayakan Piala Dunia.

bila agak-agaknya MALAYSIA akan layak ke World Cup?? kita harapkan yang terbaik dari skuad hoki PROJEK 2013 dibawah bimbingan Mirnawan Nawawi..insyaAllah..


Saturday, February 27, 2010

Al-Fatihah

Pertamanya..mohon disedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik Syafia Humairah Sahari..

Kat sini aku terpanggil untuk berkongsi kisah sedih rakyat Malaysia. Kejadian terjadi petang kelmarin. Adik Syafira Humairah, 3 tahun sedang bermain di padang bola berhampiran rumahnya. Dia main sambil tengok budak-budak laki yang lain main bola kat situ gak. Lepas tu,datang la seorang lelaki LAHANAT DURJANA yang bekerja sebagai pemandu teksi tendang badan budak 3 tahun tu. Setakat budak 3 tahun tu, berapa kuat sangat yang dia boleh tahan?Astagfirullah..manusia..Bukan setakat tendang. LAHANAT tu jugak siap pijak kepala arwah. Kalau dewasa kena pijak pun cukup sakit, apatah lagi budak 3 tahun tu. Kepala pun still lembut lagi. Bayangkan la? Belasah punya belasah, orang lain kat padang tu takut nak masuk campur dengan alasan tu hal keluarga dia. Siap bagi warning lagi. Lepas tu mengaku 'bapak tiri' lak tu. Mula-mula dia biarkan arwah kat padang lepas kena belasah, ada saksi cakap time tu arwah dah mati dah time tu sebab badan tak bergerak campur muka pucat. Tapi dia datang balik sebab konon nak hantar hospital. Lepas tu hantar hospital kata accident, baik punya gebang.

Yang mak dia pulak, reti pulak menangis time nak kebumi anak dia. Si pemandu teksi tu bukan suami dia pun. Kekasih gelap je. Means tak ada hubungan yang sah! tapi si pemandu teksi tu boleh pukul arwah macam ape tah. Suami sebenar si ibu ada dalam penjara, baru dalam proses penceraian. BARU DALAM PROSES PENCERAIAN, maksudnya TAK BERCERAI LAGI. Tapi apa yang menghairankan, si ibu dah ada anak berumur setahun enam bulan hasil hubungan dengan syaitan yang bunuh anak dia sendiri dan sekarang sedang mengandung empat bulan hasil hubungan dengan syaitan yang sama. MACAM MANA TU??? nauzubillah..Ini satu lagi indicator Malaysia makin maju ke??

Walau apa pun, aku pohon sangat agar si pemandu teksi yang SUPER kejam itu dijatuhkan hukuman yang setimpal. Si-ibu juga pohon dikenakan hukuman kerana telah melakukan hubungan luar-nikah sampai melahirkan anak. Buat masa ni, apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa dan banyak2 sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa Arwah Syafia Humairah.

Sunday, January 24, 2010

GOOGLE

Assalamualaikum..

maybe ade segelintir dari korang yang memang hairan asal la aku ni rajin sangat update blog..hahaha..bukan ape..

aku sedang bercuti hingga 2nd feb..so..banyak la masa aku nak update benda ni..release tension exam aritu..tak habis lagi..kat sini ak nak share satu video yang ade kaitan dgn GOOGLE dgn ISLAM..renung-renungkan..

Saturday, January 23, 2010

running shoe baru..



fuh..penat..baru balik dari RSH warehouse sale kat subang jaya..kepada sesiapa yang tak tahu RSH tu ape..RSH ialah Royal Sporting House..so..tujuan aku berangkat ke sana ialah mendapatkan sepasang running shoe..tak kisah la jenama apa..hasilnya..


ok..kasut diatas merupakan kasut yang berjaya aku dapatkan dengan harga RM125..jenama REEBOK..siap dgn stokin sekali RM7..jangan tanya la sebab ape murah..sebab dia buat warehouse sale..70% off..gila ke??siapa tak nak beli...orang macam aku ni kejar event2 sale cmni jela..tak mampu nak beli yang mahal-mahal..sob3..botol tu pulak..harga dia RM9.90 je..botol REEBOK tu..haha


yang ni lak..selain kasut aku..sebelah kanan kasut aku yang lawa tu..kasut adik perempuan aku..NUR FARHANA BT MOHD RAKBI..REEBOK gak...esok aku nak hantar pergi sekolah dia..KISAS..harga kasut adik aku lagi mahal dari kasut aku..beg sukan berwarna biru..juga dari REEBOK..*aku da rasa macam duta REEBOK lak..


last..REEBOK travelling jacket..harga dia..RM100..memang berbaloi..yes..warna hijau/hitam...favourite colour..


memang best kalau ade duit..yeehaa...


ok..berangkat dulu...tgk upacara pemakaman live kat TV3..
bye

Friday, January 22, 2010

PAYPAL




yes...PAYPAL dah berjaya kreditkan duit untuk aku..kalau korank ingat kan, kat facebook kan ade PAYPAL WISHLIST tu kan..ak da dapat beb duit tu..yeeehhaaa..

thanks PAYPAL..saje je nak bgtaw korank..senang cerita kalau korank ade akaun paypal..pastu paypal ade buat contest kat mane-mana sekalipun..join la..bes dowh..dapat cash..USD lagi..wakakakakaka..bes..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...