Thursday, June 12, 2014

Tuhan

Bila manusia bertuhan?

Waktu gelap,
Waktu sedih,
Waktu mencari,
Waktu buta.

Bila manusia bertuhan?

Tangan tinggi kau tadahkan,
Kiri kanan menarik kau abaikan,
Kau cuma nampak belakang yang gelap,
Yang depan? Belum tentu.

Tapi andai yang gelap itu boleh buat kau bertuhan, biarlah terus gelap. Dari mencari dalam terang.

D

Tuesday, June 3, 2014

RAOK (Random Act of Kindness)

Aku pun dah tak ingat apa feel menulis blog ni. Last post bulan 8 tahun lepas. Dekat 9 bulan jugak lah tak menaip dekat sini. Dalam masa 9 bulan tu macam macam jadi sebenarnya. Aku putus ligamen, laptop hilang, kereta kena pecah, exam macam sial, kena operate lutut sebab ligamen tu, kereta kena langgar depan rumah lepastu disudahi dengan demam denggi secara berjemaah dgn adik beradik aku yang lain. Takpa Tuhan nak uji.

Harini sembang pasal RAOK. Tak tahu term ni datang dari mana tapi aku first encounter term ni dalam group Hot Wheels kat FB. Mula mula aku ingat nama kereta apa tah RAOK ni ramai orang dok sebut. Bila dah lama dalam group tu baru tahu RAOK ni singkatan kepada Random Act of Kindness tapi kalau menurut konteks Hot Wheels, RAOK ni bagi hadiah kat kawan kawan collector lah.

Ini part of koleksi yang sedang diiklankan untuk dijual.
RAOK ni luas konsepnya dan mungkin hidup kalian hari hari dipenuhi elemen RAOK. Aku pernah dengar cerita seorang Hamba Allah ni. Sebelum ni dia tak pernah rasa happy dengan hidup dia. Dia kaya, bujang, kerja besar, kereta besar pastu badan pun ada besar sikit. Duit banyak tapi still tak rasa happy. Sembang dengan aku pun susah je nak senyum menatang betul. 1-2 bulan lepastu aku ada ajak dia pergi rumah anak yatim. Aku ajak pun random je. Sebab utama aku ajak sebenarnya nak tumpang kereta dia  je sebab kereta aku rosak. HAHAHAHA. Tapi dia okay je masa tu boring duduk rumah agaknya.

Bila dah sampai tu mula mula memang nampak lah muka rimas mamat ni. Lepas dah assign kerja, aku perasan mamat ni start senyum lepastu gelak gelak gila gila ah. Memang aku tak pernah nampak dia macam tu sepanjang hidup aku. Habis program tu, dia terima kasih kat aku sebab bawak dia pergi tempat macam tu. Dia kata everytime dia tengok budak buda tu gelak, dia pun gelak sekali. Jadi betullah, kalau kita nak rasa happy, kita kena belajar gembirakan orang lain dulu. Share the happiness people!


RAOK ni simple je sebenarnya. Kita gembirakan hidup orang lain so that kita pun akan gembira sekali akibat perbuatan kita tu. Boleh try satu benda dulu kalau tak percaya;

 Makcik/pakcik cleaner/makcik guard/pakcik guard: Hidup kita sekarang memang wajib ada makcik pakcik cleaner. Tak kiralah kau kat mana. Universiti, ofis kerajaan/swasta, sekolah, masjid, tepi jalan or kat mana mana jelah. Sekarang ni semua tempat ada cleaner. Hidup diorang ni macam batu batu tepi highway je sebenarnya. Ada tapi tak pernah dipedulikan. Ada manusia pesen buang sampah sengaja tepi koridor/jalan dengan alasan kalau dia tak buang, makcik cleaner takkan ada kerja. Well diorang pun manusia kena ingat tu. Besar mana pun pangkat kau masuk kubur sorang sorang jugak nanti. So apa korang boleh buat ialah mula mulakanlah tegur makcik/pakcik tu. Nak turun ofis/kolej, tegur je makcik tu. 'Makcik, apa khabar?' 'Makcik dah makan?'. Benda benda simple macam tu akan buat hidup diorang lagi bermakna, sekaligus hidup korang pun akan bermakna sekali. Lagi bagus kalau sekali sekala, belikan air botol mineral ke 100 PLUS untuk diorang. Nak beli makanan simple simple macam kuih pun boleh. Bagi kat diorang. 'Makcik, ini ada kuih sikit saya beli untuk makcik. Makan la dulu lepasni boleh sambung kerja'. Percayalah hidup makcik tu akan bertambah ceria right after that moment.

Rezal Zambery dengan pakcik guard bini Mat Yo :-)


Kena ingat, hidup kita ni bukan pasal kita seorang je. Kalau asyik fikir pasal diri kita sendiri, takkan ke mana. Masalah kita ni kecik sangat kalau nak compare dengan orang lain sebenarnya. Do good, feel good.

Sunday, August 25, 2013

Anak yatim/Orang susah masa Ramadhan Syawal Zulkaedah Zulhijjah.

Kalau tgk calendar, bulan Syawal dah nak masuk fasa ketiga iaitu fasa terakhir. Walaupun dah terlambat, tetap aku nak ucapkan selamat hari raya buat kalian, maaf zahir batin, selamat memenuhi jemputan rumah terbuka, selamat membesarkan badan. Ramadan dah lepas, dan tak kisah lah apa yang kalian buat, semoga Ramadan lepas dapat kita manfaatkan, tak banyak sikit pun jadi daripada takde dan kosong. Tin yang kosong lama lama kalau kita isi penuh jugak kan.

Ramadan yang lepas aku ada baca satu post dekat FB. Ayatnya lebih kurang mcm ni, “RAMADAN: bulan anak anak yatim ada ibu dan bapa, orang miskin jadi kaya”, ini hanya ringkasan ye, dipendekkan sahaja. Jujurnya, aku pun blur maksud ayat ni mula mula. Dah baca betul betul baru faham maksud penulis. Aku taknak skeptical pada golongan yang membantu ni, sebab aku sendiri kadang kadang lupa pada mereka yang kurang, tak kisah dari segi wang atau kurang dari sudut kekeluargaan. Sebalikya aku tabik usaha murni kalian daripada orang yang tahu memerhati tanpa tampilkan diri mcm aku. Buat yang berkemampuan, setiap kali raya aku agak mesti ada 3-4 pasang baju raya yang kalau tgk kos perbelanjaan sekurang-kurangnya RM150 sepasang ke atas campur beli kain dan upah jahit. Lelaki sekarang pun tak kurang bila aku tgk harga pasaran sampin boleh cecah harga beribu. Itu hanya dilihat dari sudut individu, belum tgk kos satu keluarga lagi, dalam rumah nak tukar itu, tukar ini.

Berbalik pada ayat tadi, jauh kat sudut kecik hati aku ni cakap betul jugak. Golongan kurang mampu ni hanya dinaikkan taraf mereka masa bulan Ramadan. Ye, aku tak nafikan dalam bulan Ramadan tu ada malam yang lebih baik dari seribu bulan, seeloknya kita kejar ibadah dan salah satunya membantu mereka yang kurang mampu dan satu persoalan yang diangkat oleh penulis berkenaan ialah, dalam bulan Ramadan lah kita boleh tgk dalam akhbar pelbagai jenis majlis buka puasa yang menjemput sekali mana mana rumah anak yatim, orang orang miskin dan disertakan dengan pemberian bantuan buat mereka. Umum tahu dalam setahun ada dua belas bulan, 365 atau 366 hari dan dari jumlah itu Ramadan hanya 29 atau 30 hari daripadanya. Jadi mana tempat mereka untuk hari hari yang lain? Habis sebulan berpuasa masuk bulan Syawal datang pulak sambutan hari raya bersama golongan kurang berkemampuan ini, dan kemudian kita jumpa balik cerita mereka tahun hadapan?

D.

Gambar ni masa buat program dekat Baitul Hidayah.

Monday, July 1, 2013

Umrah Julai 2012. (Madinah)

Ini cerita 6 Julai hingga 18 Julai 2012 tapi bulan Julai 2013 baru nak update. Haram.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lepas exam final semester 1st year haritu, aku dan seorang lagi rakan, Zaki berangkat untuk menunaikan umrah. Idea nak menunaikan umrah ni bukanlah dah rancang bertahun tahun. Respon diberi secara tiba tiba dekat Twitter. Kebetulan pulak ada pakej yang kena dengan bajet, proceed. Sebelum kami berangkat ada juga la pergi kursus umrah yang travel agency kelolakan. Owh ye kami pergi dengan Tiram Travel. Mula mula bila cakap dgn orang yang aku pergi dengan Tiram Travel ni ramai bagi feedback negative. Serius ni bukan sorang dua tapi ramai. Maybe sebab harga dia murah sikit so orang yang tak pernah pergi pun mula prejudis dengan servis yang ditawarkan. Bila diorang cakap mcm tu aku buat cool jelah. Padahal dalam hati aku dah gila babi apa pasal nak buat review travel agency pulak ni haram sungguh.

L to R. Zaki, Pakcik Haby and yours truly.

Kami bertolak dari KLIA dalam pukul 9 pagi macam tu. Fendy dengan Toi ada sekali menghantar aku dengan Zaki nak berlepas. Lepastu aku transit kat Sri Lanka dalam 4 jam macam tu baru sambung pergi Jeddah. Kat Sri Lanka takda apa yang menarik pun dekat airport tu. Cuma ada Teh Sri Lanka la yang orang dok kata sedap tu. Aku pergi check harga haram mahal. So sebabkan tak dapat bajet lagi duit yang nak guna masa umrah nanti so aku hold dulu taknak beli lagi. Balik nanti kena transit jugak so maybe beli time tu la kot.

Lepastu sampai Airport Terminal Haji. Sampai dalam maghrib macam tu la. Feel dia lain macam sikit jejak Tanah Arab. Sebak lah senang cerita. Next part dah settle passport apa semua kami naik bas berangkat ke Madinah. Mula mula plan nak dinner kat hotel kat Madinah tapi mutawif kami kata macam dah lewat je so decide makan kat kedai tepi jalan. Malam dekat padang pasir memang sejuk sikit lah kebetulan dah penat aku tertidur dalam bas. Bangun bangun je sebab dah sampai macam RNR diorang. Takdalah RNR sangat actually ada tempat makan toilet sikit sikit okay lah kan. Makanan dia punyalah banyak actually boleh makan dalam dua orang. Ayam dekat setengah ekor plus nasi macam dua pinggan. Tak habis lah tapi. Menyesal tapi itu pelajaran pertama dekat tempat orang.

Sampai Madinah dalam pukul 12-1 pagi jugaklah. Check in hotel. First turun bas tu again rasa lain macam sebab hotel betul betul dekat dengan Masjid Nabawi. MasyaAllah ini la tanah yang Nabi Muhammad pernah pijak dulu. Ustaz suruh kami unpack barang dulu lepastu jangan tidur sebab dalam sejam dua lagi nak subuh dah. Dalam bilik ada aku, Zaki, Pakcik Haby dengan Ustaz mutawif kami so kami perhati la kat tingkap semua construction yang ada dekat dengan hotel kami tu. Madinah tak pernah tidur. Pukul 1-2 pagi pun ramai lagi orang berjalan pergi Masjid Nabi memanfaatkan sepertiga malam. Allahurabbi.

Masjid Nabi. Kubah hijau tu tanda atas Raudhah.
So kami pun excited lah nak jejak Masjid. Mula mula ingat mesti masjid ni jauh sebab yelah kita bayar murah lepastu dapat review tak elok pulak before pergi. Memang takda husnuzon dah masa ni. Masa ni unik sebab dia ada dua kali azan. Satu azan nak kejutkan orang satu lagi baru betul azan subuh. Kami pun pergi la dengan ustaz for first time. Subhanallah rupanya masjid dengan hotel kami tu dekat sangat. Turun bawah pusing kanan, masuk bangunan kiri lepastu dah sampai kawasan masjid. Dalam 30-50 tapak je dari hotel. Masa ni memang rasa sebak tapi bersyukur sebab hotel dekat tu lagi kuat sebenarnya. Allah nak permudahkan. So Alhamdulillah tercapai hasrat jejak salah satu dari 3 masjid yang utama dalam Islam. Dalam masjid MasyaAllah cantik sangat design dalam dia dan selesa nak beribadah. Aircond dan air zam zam di mana mana memudahkan orang nak ibadat dalam masjid. Kalau dahaga boleh minum air zam zam. Part yang best dekat Madinah ni ialah nak ziarah Raudhah. Dalam masjid ni akan ada satu bahagian yang mana karpet dekat situ warna hijau dan kawasan ni bersebelahan dengan makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Ramai lah yang berebut nak duduk sini solat dan baca quran apa semua. Kawasan ni memang dikawal ketat sikit sebab memang sesak. Lepas subuh sampai tengahari biasanya dibuka untuk perempuan sahaja. Lepas pukul 12 nak masuk zohor tu dia akan bukak penghadang. Masa tu memang literally berlumba lari nak cop tempat. Keadaan kat area Raudhah boleh refer gambar gambar bawah.







Madinah ni memang cantik, tenang dah bersih. Seronok lah kat sini. Lagi seronok bila masjid bukak payung besar area sekitar masjid. Kagum. Hari first tu buat ziarah wajib keliling masjid. Lupa nak inform geng geng trip Tiram kalini aku rasa aku dengan Zaki antara yang paling muda sebab yang lain mostly makcik makcik ibu tunggal. Diorang kerja nurse dekat Johor. Ada jugak sepasang dua lagi yang datang laki bini dengan mak diorang. Rapat lah jugak dengan diorang. Paling rapat dengan ustaz sebenarnya sebab dia sempoi gila kot. Kami paling muda so banyak kali lah dia ajak lepak cerita macam macam pasal haji, umrah dan hidup. 

Nice.


So second day tu pergi ziarah Jabal Uhud. Dengar sejarah yang ustaz cerita masa ni, pastu tengok pulak tempat kejadian perang, otak aku cuba imagine apa yang terjadi masa tu. Sedih. Dekat situ jugak ada makam Saidina Hamzah, penghulu syuhada dengan 69 syuhada lain yang gugur waktu Perang Uhud. Nak menitik air mata tengok makam tu. Makam sini macam dipagar atau dihalang dengan tingkap kaca macam tu lah. Kejaiban kat sini yang aku alami ialah kat sini ada tingkap yang macam pecah sikit so kita boleh tengok direct ke dalam makam tu dan ada satu bau yang harum sangat dari makam tu. Subhanallah. Syuhada.


Dekat area situlah ada tingkap pecah.

Iran.


Lepastu kami ada juga melawat kilang mencetak Al-Quran. Berkesempatan melawat dalam kilang ni. Perempuan tak dibenarkan masuk dalam kilang. So geng geng hawa duduk luar jelah time ni. Lelaki yang lain masuk. Memang sistematik dan nampak bersih kawasan dalam kilang tu. Semua yang masuk dapat souvenir senashkah Al-Quran free kilang bagi. Masa ni abah aku masa dia pergi kena test baca Al-Fatihah tapi masa aku memang dia bagi macam tu je.


Kilang cetak Quran

Banyak lagi tempat yang kami ziarah. Ladang kurma etc tapi antara tempat menarik kat Madinah ni ialah Masjid Quba. Masjid pertama dibina oleh Nabi SAW. Nabi pernah bersabda tentang kebaikan Masjid Quba, "barang siapa yang mengambil wudhu di rumahnya dan mendirikan salat di dalamnya, maka ganjarannya sama dengan umrah" Riwayat Termizi. Terbayang macam mana keadaan asal masjid ni yang dulunya Baginda bina dengan pelepah tamar. 

Dalam masjid

Zaki Shukor.


Malam last tu ustaz bawak kami ke pasar kurma. Orang kata kalau nak beli kurma dan sebagainya elok beli kat Madinah sebab lagi murah dan lagi elok kualitinya. Banyak lah makcik makcik ni borong siap dibungkus terus dengan kotak semua. Kami yang bujang sedang sedang saja. Ini ada antara gambar gambar lain kat sekitar Masjid Nabawi.





Itu je pasal Madinah. Next part cerita pasal umrah wajib di Mekah. Perjalanan ke Mekah ambil masa dalam 6-8 jam jugak. Lengkap berihram sebab sampai sampai je kami akan buat umrah wajib. Insyaallah kalau ada mood datang akan sambung dua tiga hari lagi. Bosan kat rumah nak cari kerja part time cuti semester :-)

Ke Mekah








Friday, February 15, 2013

Exam, Result dan Allah.


Salam.

Hari dapat result. Tahniah pada yg dapat DL, dan yang tak dapat tu bawak bawak lah sedar diri dan cuba lagi next sem *cakap depan cermin*. Masa dapat result ni lah selalu dengar suara-suara yang cakap "si A belajar bukan main gigih, tapi result macam tu je". Ada pulak yang akan cakap "si B tu aku tgk tak belajar pun tapi result nokharom gempak". "C ni pulak puasa pun tak, tikar sejadah pun tak kenal tapi relaks ja 4 flat, nokharom sungguh" Dan sesungguhnya aku amat cemburu dgn manusia mcm B ni. Well tak payah nak jeles sangat sebenarnya. Allah ciptakan seseorang tu berbeza kemampuannya dengan yang lain jadi jangan risau. Semua ada kelebihan dan kekurangan. Untuk orang macam C tu, awak pernah dengar pasal Istidraj tak? Yelah abang pun bukan Imam Muda nak bagi lecture pasal Istidraj ni so bukak lah youtube cari kuliah kuliah pasal Istidraj ni.

Tapi sedar tak sedar kadang kadang keputusan exam tu boleh reflek macam mana hubungan kita dengan Pencipta. Keputusan exam tu kan rezeki dari Dia. Apa yang kau expect kalau solat tinggal, tak ingat pada Dia tapi kau harap rezeki yang kau dapat lebih. Analogi nya mudah, aku andaikan result tu mcm sebatang pokok. Kau tak semai, tak baja, tak bagi air. Jadi tak boleh lah nak berharap pokok tu tumbuh sihat. Konpem konpem lah pokok tu mati dengan jayanya. Ada orang Tuhan bagi ujian sikit, selalu lupa dekat Dia.  Itu sebenarnya cara untuk buat kita ingat dekat Dia, cuma manusia mudah lalai dan lupa. Result aku jatuh kali ni tapi chill lah. Next sem ada lagi kot. Aku pernah lalui saat terima result yang lagi teruk yang kesan dia jauh lagi teruk. Hidup je lagi siap makin gemuk ada lah.
-ihsan google-

Okay, masa serius. Kita ada dua tangan, kadang kadang rezeki yang diminta tak dapat di tangan kanan, sebab Dia selitkan di tangan kiri. Kadang kadang tak dapat apa yang diharapkan, sebab Dia nak kita ingat semula pada Dia. Mcm kita bercinta, nak sesuatu kita mintak, merayu dekat kekasih kita. Mcm tu jugak dengan Dia, kadang kadang rindu nak dengar hamba-Nya merayu dekat Dia. Dia tarik satu nikmat untuk buat kita datang balik pada Dia. Dan tak dapat apa yang diharapkan tak bermaksud Dia lupa dekat kita. Rezeki Dia datang dalam macam macam cara, banyak, luas. Kerja kita hanya untuk mencari dan sangka baik dengan Dia, mudah.  Kalau dah nama nya itu hak kita, Dia akan bagi tp kalau bukan, buat mcm mana pun still tak dapat. Cuma ingat kalau Dia amek sesuatu daripada pegangan kita, itu sebab ada yang lagi baik Dia nak bagi. Dia adil, tak beza beza kan siapa kita, Shila Amzah or Sharnaaz.


D.

Monday, September 24, 2012

Hilang

Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia



Saturday, September 15, 2012

Terima Kasih dengan Manusia. Ada apa?



Ramai tak perasan yang ucapan terima kasih tu mampu mengukir senyuman pada seseorang. Tak susah dan tak ambil masa pun nak ucapkan perkataan tu. Saya sendiri baru tahu pentingnya ucapan ‘terima kasih’ tu. Kalau dilihat keadaan di Malaysia, agak susah sebenarnya nak dengar perkataan tu diucapkan.Suka untuk saya kongsi pengalaman saya melancong ke beberapa buah Negara orang dan betapa perkataan ‘terima kasih’ sering keluar dari bibir mereka tak kira masa, tempat, dan keperluan.

Pertama, semasa saya ke Mesir dua tahun yang lepas. Pernah satu ketika semasa saya keluar berjalan dengan ibu, kami terserempak dengan seorang peniaga jagung bakar di tepi jalan. Untuk pengetahuan, rakyat Mesir tak berapa tahu Bahasa Inggeris. Adalah beberapa perkataan arab yang saya tahu dan saya gunakan sewaktu membeli jagung tu. Saya tak berapa ingat komunikasi kami macam mana tapi saya masih ingat wajah teruja penjual tersebut bila saya bercakap bahasa ibundanya. Sangat gembira dan berulang kali dia mengucapkan “Syukran, syukran(terima kasih, terima kasih)” . Padahal perkataan yang saya gunakan hanyalah basic kepada bahasa arab. Mungkin dia terlalu gembira sebab saya beli jagung di kedainya.

Tahun lepas juga saya berpeluang menjejakkan kaki ke benua Eropah. Di London mereka sangat menghormati tetamu. Perkataan ‘Sorry’ dan ‘Thank you’ tu bukan perkataan yang sukar untuk disebut oleh mereka. Kalau terlanggar bahu pun mereka pantas mengucapkan maaf. Kalau kita bagi laluan mereka naik escalator atau meniki tube pun diucapkan terima kasih. Di Nottingham, saya berpeluang merasa menaiki bas awam di situ. Turun sahaja dari bas, pemandu bas akan ucapkan terima kasih. Pemandu bas di sana pun kemas. Pakaian mereka ala-ala pilot. Bila naik rasa selamat sahaja. Budaya pemandu bas di Malaysia perlu diubah sebenarnya. Pengalaman saya ucapkan terima kasih pada pemandu bas banyak. Reaksi yang saya dapat ialah, muka pelik lepas saya cakap terima kasih. Tak pun dia buat tak tahu je. Bukanlah semua macam tu ada sahaja yang senyum dan balas dengan ‘sama-sama’ tapi segelintir dari mereka yang tak tahu betapa berterima kasihnya saya pada mereka sebab bawa saya ke destinasi tu dengan selamat.  Di Venice pun begitu, mereka tak segan untuk ucapkan ‘gracias( terima kasih)’. Lebih-lebih lagi kalau kita beli barang mereka. Di sana persaingan antara kedai-kedai boleh dikatakan sengit. Sebab banyak kedai dan barang yang dijual lebih kurang sama. Jadi rasa penghargaan mereka pada pembeli sangat tinggi sebab dah bagi mereka rezeki untuk hari tu.

Pengalaman along duduk di negara orang banyak dikongsikan dengan saya. Dulu saya tak nampak kepentingannya. Saya ingat lagi ayat along pada saya masa saya tanyakan pada dia, “Kenapa nak cakap terima kasih? Dia bukan jawab pun.” Masa tu kami baru keluar dari kedai. Along balas pertanyaan saya dengan jawapan, “ Tak kisahlah dia nak jawab atau senyum ke tak. Yang penting dia dah buat kerja dia. Tak susah pun nak cakap terima kasih tu.” Lepas dari tu terus saya belajar ucap terima kasih. Dekat mana-mana dan seandainya orang tu cakap terima kasih dulu, saya akan berterima kasih balik pada dia. Dan saya tak malu nak katakan yang saya belajar untuk cakap terima kasih tahun lepas. Ye, tahun lepas. Kalau ikut along keluar, bila keluar dari mana-mana kedai tak kira kita beli barang atau sekadar window shopping dia mesti ucap terima kasih pada jurujual yang ada kat situ. Saya belajar daripada dia.

Bukannnya nak membanggakan negara luar. Tapi apa-apa yang baik rasanya patut diambil dan dicontohi. Tak semua Malaysian susah nak ucapkan terima kasih. Ada sahaja yang dari kecil dah diajar untuk berterima kasih. Bagi yang tak terbiasa boleh mulakan sikit-sikit. Saya juga kadang-kadang lupa untuk ucapkan terima kasih. Perkara pertama untuk membiasakan diri, ucap terima kasih pada Allah sebab kita masih boleh bernafas hari ni. Kalau dah sampai hari jadi, jangan lupa ucapkan terima kasih pada ibu dan ayah sebab besarkan kita, jaga dan didik kita. Sebelum tidur berterima kasih pada semua. Macam yang saya cakap, tak susah pun dan masih belum terlambat untuk mulakannya. Berterima kasih pada semua sebab kadang-kadang ucapan yang kita ingat tak seberapa tu mampu buat seseorang tersenyum dan tau kita menghargai mereka. Terima kasih ~   

-Ehsan Google-

NotaKaki: Penulis adalah seorang penulis jemputan. An ardent traveller. A good friend and listener.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...