Showing posts with label Hantu. Show all posts
Showing posts with label Hantu. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Kita dan Mercun

Seronok kan dengar title entri aku ni?


Hahaha. Lepastu ada pulak seorang dua yang kata 'Paan, aku tak pernah main mercun, aku budak baik'. Sesungguhnya kau la orang paling pandai menipu sekali dalam sekelian alam. Paling kurang pun mesti pernah pegang mercun or tengok orang main mercun kan? So kau kira terlibat sekali lah. Entah- entah walaupun korang tak main tapi korang la supplier mercun bagi 3 daerah utama dalam negeri anda.


Sebut pasal mercun, dari yang umur 4 tahun sampai 64 tahun semua ada kisah pasal mercun or baru nak start main mercun (yang umur 4 tahun tu). So kat sini dengan senang hati aku nak cerita pasal mercun yang famous kat Mesia ni.


Peringatan: Aku bukan supplier mercun jadi ini bukanlah katalog menjual mercun. Gambar semua ehsan Google.


> Ini nama dia Mercun Bola

Mercun bola diberi nama,
dibeli oleh anak tok ketua,
jari hilang entah ke mana,
muka tak hensem parut tak lupa.

Mood berpantun datang secara tiba-tiba. Jangan salahkan aku. Mercun bola ini antara favourite anak-anak muda dan tua. Harga market dia aku tak tahu tapi 2 tahun lepas aku pernah nampak orang jual RM25/100biji. Mercun maniac sekalian, ini murah ke mahal?


> Mercun papan/padi

Mercun ni versi anak sikit kepada mercun cina sebab mercun cina besar sikit. Manakala papan ni saiz lebih kecil dan sumbu dia lebih pendek. Selalu kalau bakar, orang akan bakar satu papan terus senang. Kalau nak bakar satu-satu pun boleh tapi lambat sikit la kena cerai-ceraikan. Lagi satu kalau bakar satu-satu kemungkinan untuk hilang jari dan tangan berbalut masa raya pertama amatlah tinggi.

 
> Mercun Telur.

Mercun telur. Satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Sudah terkenal kerana keupayaannya untuk memutuskan bukan saja jari bahkan nyawa anak orang. Kenapa nama dia telur sebab bentuk dia besar dan bulat sikit macam telur. Saiz dia lebih besar dari mercun bola. Mahal sikit kot sebab saiz lagi besar dan lagi power.


> Thunder Clap..feveret

Ini pun salah satu mercun yang boleh kira golongan bangsawan gak la. Kira power la. Kalau pegang tangan kosong macam tu je InsyaAllah tangan tu boleh hilang. Tapi siapa yang bodoh sangat pergi pegang tu kan? Nama pun mercun udara, bagi la dia terbang. Cara pelancaran Thunder Clap ni senang je. Letak dalam botol atau pacak kat pasir atau rumput yang lembut. Lepas tu tengok la ia terbang dan meletup. Lepas dah meletup tu baru korang sedar yang korang dah bakar another RM3.50 untuk sebatang benda tu.  Sedih kan?

> Mercun Mancis

Salah satu mercun golongan bawahan yang diminati golongan budak-budak yang baru nak belajar main mercun. Orang tua selalu kata "Ali, kau budak kecil lagi, tak boleh main mercun bola. Nah, ayah bagi mercun mancis ni dulu buat belajar main." Kreatif kan si bapa? Mercun bola ini antara paling senang nak main la. Amik mercun tu pastu nyalakan macam mancis kat rumah. Murah kot. Harga dalam seringgit sekotak. Ini aku tak tahu la boleh putuskan jari ke tak. Cuba korang test pastu comment kat sini (kalau ada jari lagi). Kalau takda jari dah. Takpe. Aku faham.

>Mercun Das

Dapat award mercun paling relaks dan sempoi. Kerja korang pegang dan halakan kat atas je. Tapi kalau try halakan kat enjin kereta bapak korang ke ok gak. Jangan menangis kalau bapak-nya lempang korang dengan sekuat hati selepas tu. Mercun ni ok je sebenarnya tapi jadi super-bahaya kalau orang yang pegang jenis gelabah tak tentu pasal ataupun jenis kuat melatah. Bila orang yang jenis macam ni pegang mercun das ni, kalau dia gelabah, automatic dia akan hilang fokus lantas menghalakan tangan dia ke arah korang (tanpa menyedari yang tangan dia ada mercun). Lalu keluarlah das mercun tersebut menghala ke baju korang ataupun lebih best lagi ke muka korang. Aumm.


> Mercun pujaan hati kanak-kanak

Setelah banyak gila comment aku dapat suruh letak mercun pop-pop@bawang ni, aku pun dengan ikhlas nya pergi search image pop-pop ni kat Google. Mercun pop-pop ni memang sah-sah tak boleh putuskan jari orang. Kau buat la macam mana pun memang tak boleh putuskan jari kau. Cara nak main dia senang je, amik satu benda tu lepastu baling ke simen. Kalau kau baling kuat, meletuplah ia tapi kalau baling pun sopan-sopan ala-ala Perempuan Melayu Terakhir, memang bentuk dia akan jadi sama je dan takkan meletup. Sepanjang 19 tahun hidup ni, tak pernah aku dengar orang cedera main mercun ni (layak ke masuk Bangsa Mercun?). Hatta kau kumpulkan satu lori mercun ni lepas tu kau baling ke tanah pakai lastik giant tu pun tak boleh ketarkan lutut manusia normal umur 19 tahun. Bersesuaian dengan prestasinya, harga dia tak la mahal sangat. RM1 sekotak.

> Bunga api kesayangan kanak-kanak

Sesungguhnya takda dah yang lagi bawah dari benda ni. Ini la benda paling bawah sekali dalam kitaran hidup Bangsa Mercun. Nama dia bunga api. Bunga api kat atas ni jenis kertas lepastu ada keluar yang warna warni sekali. Ada dua jenis lagi iaitu bunga api kertas warna merah (asap keluar macam asap lori tak pernah servis) dengan bunga api besi. Bunga api besi dikatakan lebih selamat yela sebab harga kau lagi mahal. Bunga api ni setahu aku takda la membahayakan sangat tapi bergantung kepada pengguna la. Kalau pengguna tu yang sengal salah guna bunga api ni jadi bahaya la. Sesuai digunakan oleh kanak-kanak belum baligh dan mukallaf.

Akhir kata, yang mana satu pilihan kalbu?

Mercun ni paling best

Wednesday, June 23, 2010

Cerita Hantu kat Sekolah

----->pemandangan dari helikopter (ini baru blok akademik)

Entry yang lepas aku dah cerita pasal pengalaman kat sekolah rendah, tak adil rasanya kalau aku abaikan hidup di sekolah menengah yang ternyata lagi banyak pengalaman. Semasa Tingkatan 1, aku sekolah kat Putrajaya. Selepas pergi pemilihan untuk Maktab Tentera Diraja, aku berjaya lepas sesi pemilihan dan mendaftar di MTD/RMC bersama 149 rakanku yang lain di Kem Sg Besi.

Cerita hantu kat RMC. Tak payah tunggu lama nak tunggu cerita hantu, time orientasi selama 3 minggu dah macam-macam cerita hantu yang keluar dari mulut-mulut senior. Kalau tak silap aku, malam ketiga orientasi, kami(newboy) tidur dalam prep room kompeni yang lengkap berhawa dingin. Punya la seronok tidur dalam aircond lepas seharian penat orientasi. Tapi senior-senior aku yang baik tu boleh bantai cerita hantu pulak. Aku dah la kecik lagi (Form 2 kecik la kan). Cerita yang paling aku rasa real masa tu adalah cerita Rahim.

*OPs kalau silap tolong betulkan cerita ni

seperti yang diceritakan kepada Muhd Khairul Farhan,
Rahim ni putera Tingkatan 4 kompeni Foxtrot. Masa tu, dia ada latihan air dekat Tasik Mines bekas lombong dekat dengan sekolah kami. Nak dijadikan cerita, masa tengah seronok berkayak semua tu, pengayuh yang Rahim guna dah ter-ayun salah seekor anak jin lombong tersebut. Lalu matilah anak jin tu dan berkabunglah family mereka (part berkabung aku reka je). Lepas habis latihan, Rahim pun naiklah bilik dia kat Kompeni Foxtrot tu untuk siap-siap pergi dinner kat Mess Putera (Dewan Makan) dan seterusnya prep malam. Selepas balik prep dalam pukul 11 malam hari yang sama, beliau dikatakan telah terjun dari tingkat 1 bangunan dan terus berlari ke Tasik Mines tempat diorang training petang tadi. Dikatakan dia berlari dengan kadar yang sangat laju hingga tak tercapai akal dan kudrat kawan-kawan yang cuba nak mengejar beliau. Dengan momentum yang laju hasil dari larian kencang sebelum ni, Rahim dikatakan telah tejun kedalam tasik tersebut. Faham-fahamlah kedalaman tasik bekas lombong bijih besi terbesar di Malaysia macam mana. Lepas tu, dia pun tak timbul-timbul lagi. Macam-macam usaha dilakukan untuk mencari mayat Rahim yang berada di dalam tasik seperti skuad penyelam, bomoh, bacaan surah yassin dan sebagainya. Namun, keputusan tetap negatif. Setelah penat berikhtiar, Komandan dikatakan telah meminta ihsan Dato Harun Din ke??(maaf, tak ingat) ke siapa tah yang ilmu dia agak hebat dan tinggi jugalah. Lalu setelah beliau datang ke tempat kejadian, beliau mohon untuk mendapatkan tilam dan bantal milik Rahim ni. Lepas tu, beliau letak bantal atas tilam tu macam position biasa nak tidur kemudian hanyutkan tilam tu ke tengah tasik lombong tersebut. Dengan kuasa Yang Maha Esa, sampai je kat tengah tasik tu, tiba-tiba tilam tu tenggelam seolah-olah ditarik dari dalam tasik. Selepas beberapa ketika, secara tiba-tiba tilam tu timbul dari dasar tasik secara menegak dengan jasad Rahim berada di atas tilam tu yakni menyerupai manusia yang sedang tidur. 
--->lebih kurang macam ni la kot. tapi tak seLAWAK ini
* ini je imej paling menakutkan yang aku jumpa

Lepas tu, tilam tu dengan automatik-nya macam kereta control bergerak ke tebing tasik tu. Aku tak dapat gambarkan macam mana reaksi orang-orang kat situ. Nasib baik jugaklah aku masuk sekolah ni era-2000 sebab orang kata benda ni jadi tahun 80an. Sebelum itu, dikhabarkan Dato Harun Din (atau sesiapa saja yang berkenaan) telah berunding dengan jin air tersebut. Jin air tu mahukan nyawa dan jasad Rahim sebagai pengganti anak-jin yang telah mati akibat terkena paddle kayak yang di-ayunkan Rahim. Memandangkan nyawa Rahim telah diambil, Dato Harun Din (atau sesiapa saja yang berkenaan)j telah memohon untuk dipulangkan jasad Rahim. Mungkin sebab tu lah jin air tu setuju untuk pulangkan jasad Rahim.

Berbalik kepada situasi ketika hendak tidur dalam bilik aircond tersebut, senior aku cakap yang arwah Rahim ni akan muncul setiap 5 tahun sekali. Dan nak dijadikan ceritanya, senior aku tu cakap, maybe tahun tu Rahim akan datang balik maktab. Disebabkan cerita yang terlalu real oleh senior aku sebelum ni dan sikap mempercayai senior yang ter-amat sangat, aku pun percayalah. Memang takut gila masa tu. Sebab selalunya cerita yang aku dengar dari member sekolah lain ialah cerita nenek-duduk-atas-wardrobe-sambil-nyanyi-lagu takutkan budak yang belum tidur. Apa yang aku perhatikan cerita nenek ni dah jadi macam trend kat semua sekolah asrama tak kira SBP/MRSM/TEKNIK/SMKA/ASRAMA HARIAN. Lebih kurang semua sekolah ada cerita yang sama. Hebat betul pengaruh cerita nenek ni. Aku rasa nenek ni dah dapat kontrak dengan Kementerian Pelajaran untuk menempatkan nenek-nenek di SEMUA sekolah berasrama di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Hebat nenek ni.

Sekolah korang ada hantu tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...