Showing posts with label biasiswa JPA. Show all posts
Showing posts with label biasiswa JPA. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Birthday Muhd Khairul Farhan

Bertemu lagi kita di hening subuh masa aku stay up nak buat coursework English Literature ni. Aku memang suka buat coursework tak tido ni. Suka sangat. *Tangan di dada mata ke atas.

-Tukar muka Bambil ni dengan muka aku-

Entri ni agak panjang sebab dia akan cover beberapa story, so ready mug milo secawan.

Tanggal April lepas merupakan birthday aku. Tahun ni genap lah usia aku 54 tahun. Matang bukan. Actually niat di hati nak tulis pasal birthday aku sebelum  April tu sendiri sebab aku kalau boleh dah alang-alang ada 572 follower ni, harap harap ada la 560 berbeza-beza jenis hadiah yang sampai ke rumah aku. Tapi aku tak kejam lagi dan yang paling penting aku tahu korang takkan bagi aku hadiah pun. Ye itu lah sebab utama sebenarnya. Dalam hidup ni aku rasa aku pernah dapat hadiah dalam 2-3 kali je. Yang parents punya cerita aku excludekan. Takpa, dah nasib aku begini gamaknya. Fine. Takpa aku tak kisah. Dah tak kisah tu diam-diam dah la kan. Kantoi sangat kisah.

Okay aku masa sekolah dulu kadang-kadang memang tak ingat birthday sendiri sebab takda sebab nak ingat birthday. Bahkan kalau ingat birthday dan kantoi dengan member-member lain, bala jadinya. Aku dah serik kena blanket party kat sekolah dulu. So, memang pernah aku tak ingat birthday. Itu time f3. Tapi kawan-kawan aku ni baik gila babi boleh pulak dia cek kad pelajar aku nak check tarikh lahir. Sweet kan? Tengkorak kau sebab diorang memang syak birthday aku area-area April ni. Aku pulak memang sumpah tak ingat. Balik-balik bilik je, skuad aku dengan F5 sekali dah senyum-senyum kat aku. "Apa la gay sangat  budak-budak ni harini?" itu aku cakap dalam hati je. Tiba-tiba masa aku tengah salin baju ke apa tah aku tak ingat ada sorang F5 suruh aku ke tengah bilik dan tiba-tiba je ada blanket yang dari celah mana tah datang dah cover badan aku termasuk mata. Aku menjatuhkan diri untuk meminimumkan kesakitan. Tung tang tung tang badan aku kena. Tangan dengan botol senjata utama. Bunyi dia macam org main drum. Bayangkan sendiri. Aku tak reti terangkan. Tapi takpa, lepas dah rasa-rasa diam sikit, aku bukak blanket dan nampak muka sorang-sorang yang buat aku tadi. Aku tersenyum puas sambil cakap dalam hati lagi "Tengok la aku hafal birthday korang nanti sampai keluar sekolah." Kah3 gelak setan.


-Ini hadiah aku dapat dari budak lelaki Law dan Pharmacy. Diorang ni muka legend hati kiut-

Okay habis part sekolah. Tempoh hari bersamaan birthday aku, aku rasa macam takda apa je. Bosan pulak takda orang nak rumble aku mcm zaman sekolah. Pergi kelas buat macam biasa je. Memang biasa gila cakap kau. Haritu aku malas lunch sebab tiba-tiba takda selera. Aku pun pergi la kelas Law. Bila aku masuk, ada 4 orang je and masa tu tak silap lecturer aku dah ada dah. Sebabkan kelas kami 8 orang je, dia pun tunggu jelah. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tengah aku sibuk layann perasaan, tiba-tiba je Nishanti, Fendi dengan Nisya bukak pintu then automatiknya budak2 dalam kelas sekali dengan lecturer menyanyikan ‘Happy Birthday to you, happy birthday to you’. Haha. Sikit lagi nak mengalir air mata jantan terharu aku dengan classmate aku semua nih. Aku rasa kalau dia panjang kan lagi lagu tu mmg dah menitik air mata aku depan diorang. Nasib baik pendek je diorang nyanyi.  Actually aku lagi terharu sebab ada Dominos Pizza kat tangan diorang. Kah3. Kenyang perut aku haritu. Terima kasih kawan kawan. I love u guys. Layan gambar 2 3 keping.

-Ini kelas Law pada hari kejadian-

 -Berdiri L to R (Aku, Zul, Nisya, Rahman, Husni)-
Bawah L to R (Nishanti, Fendi, Ada)

-Muka kenyang-

Aku tahu birthday aku ni dah lebih sebulan lepas tapi aku baru ada masa harini nak update entri yang lama gila aku draft. Owh yeah, jumaat lepas merupakan kelas terakhir aku di A-level. Sekarang tunggu exam je. Doakan aku. Sekali lagi owh yeah, siapa yang ada twitter tu jom lah. Sila follow kawe khairulfarhan . Baru habis baca Law ni. Cases dia banyak ya ampun. Bertahan.

Monday, March 28, 2011

Biasiwa JPA untuk lepasan SPM 2010 (Tips)

Yezzzzaaaa.


Keputusan SPM dah keluar. Tahniah kepada yang dapat  result sampai meletup letup. Kepada yang kurang meletup jangan kecewa. Ini baru SPM bro, perjalanan hidup ni masih panjang. Result gua dulu pun tak meletup. Cukup makan je. Di kesempatan ni, gua nak ucapkan tahniah kat adik perempuan gua sendiri, Nur Farhana sebab berjaya potong gua lantas dapat 11A. Gua doakan yang terbaik untuk dia cari scholarship supaya dapat jadi dentist katanya. Tahniah jugak dekat mantan sekolah aku RMC di atas kejayaan dapat 38 org straight A's dan seorang 10A+. Syabas diucapkan kepada cikgu cikgu RMC.
-Syabas-

Okay refer kat tajuk entri korang dah boleh expect apa yang ada lepas ni. Ini semua bukanlah tips yang terbaik tapi sekadar berdasarkan pengalaman gua pergi interview untuk biasiswa JPA. Okay first sekali lepas dapat result SPM tu, sila menangis dulu tak kira la cemerlang ke tak. Ini nak cukupkan syarat. Dah lepas menangis balik rumah start tenangkan diri. Result kau takkan ke mana kalau kau tak pandai mencari peluang scholarship yang terbentang luas depan mata laptop kau.


Bagi yang berminat nak apply biasiswa JPA, sila click link JPA ni untuk kita tenngok dulu syarat-syarat am sebelum kau boleh apply untuk biasiswa ni. Lepas dah rasa-rasa larat dan okay dengan syarat-syarat tu semua, start lah apply online. Benda ni takkan nak ajar kan. Register FB reti takkan isi borang online tak reti. Jaga jaga untuk tarikh akhir permohonan. Buat segera jangan tangguh. Dekat part ni, satu benda nak ingatkan, be realistic. Kalau dapat B biology, jangan lah apply Medic. Memang la tak mustahil, tapi peluang dia tipis sikit. Pilih kursus yang kita rasa sesuai dengan result kita. Ingat sekarang ni persaingan antara semua pelajar dekat Malaysia, bukan dekat sekolah kau je. Ini entry untuk pengalaman aku masa tahun 2009. Sila klik JPA 2009
Okay lepas dah isi borang apa semua, berdoalah banyak-banyak mintak JPA panggil korang untuk interview. Kalau dah dapat panggilan untuk interview, Alhamdulillah. Lepas satu stage. Untuk temuduga ni, make sure kau ready dengan isu-isu semasa. Banyakkan baca surat khabar fahami apa yang berlaku bukan setakat Malaysia je, tapi seluruh dunia. Ramai orang kata hal hal politik diorang takkan tanya tapi untuk berjaga-jaga, baik lah baca sikit-sikit apa yang jadi dengan politik negara ni. Dia mungkin akan tanya pandangan kita tentang hal-hal tertentu. Be careful sayang. Kah3. Siapkan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Jangan tunggu last minute. Ini sangat penting.


-Demo jangan gubra pulok-
*Temuduga
Sebenarnya tips dah start ditulis dah, cuma gua tak tulis dalam bentuk point form la, gua tulis start entry ni lagi. Pandai-pandai lah cari mana yang boleh digunakan dan menolong dalam memohon biasiswa ni. Bila JPA panggil untuk interview, dia akan bagitahu online jugak, kita kena semak. Jangan harap la JPA nak bagi surat kau suruh datang, semuanya online. Bagi adik kakak yang takda internet kat rumah, rajin-rajinkanlah belanja RM1-2 sehari untuk ke cyber cafe demi kebaikan masa depan anda. Bila dah dipanggil untuk interview, seminggu sebelum interview kalau boleh dah pilih baju mana nak pakai. Kah3. Keyakinan katanya. Rambut kalau boleh kasi potong, jangan la serabai masuk bilik temuduga. Untuk pakaian, pakai baju kemeja lengan panjang yang kosong, jangan nak fancy fancy sangat pakai yang stripe bunga bunga apa semua. Smart and simple. Ingat formaliti, ini temuduga biassiwa, bukan sesi karaoke. Make sure baju tuck in, pakai belt hitam. Seluar slack hitam dan kasut hitam. Tie tu wajib, kalau boleh pilih la warna yang masuk dengan kemeja kau tu. Blazer optional, kalau rasa nak pakai, pakailah. Suka hati kau. Aku dulu tak pakai. Macam ni dah hensem dah. Untuk perempuan, senang gilo, iron baju kurung sepasang and you are ready to go girl! Oh ye, untuk perempuan pakai kasut bertutup ye jangan flip-flop pulak kau sarung.
-kasut-
*Temuduga 2
Bila masuk bilik temuduga, jangan duduk sebelum disuruh, tapi takkan la orang tu kejam gila taknak bagi duduk. Tunggu dalam 5 saat selalunya dia akan suruh duduk. Bila ditanya bahasa melayu, tolong la jawab dalam BM walaupun anda dilahirkan dan dibesarkan dengan makan spaghetti je tanpa makan nasi. Kalau anda ditanya dalam BI pulak sila jawab dalam English tak kira anda tak kenal spaghetti tu makanan atau kenderaan. Bila ditanya, jangan rushing sangat nak jawab (takut sampai bercakap laju gila nak cepat siap). Cakap tu biar ada butir butir perkataan yang keluar dari mulut kau. Relax. Lagi satu, kalau pandai sangat pun atau eager sangat nak bangkang orang masa calon lain bagi pendapat, aku nasihatkan jangan la buat. Takda markah tambahan pun, silap silap orang yang temuduga kau tu meluat tengok kau. Tapi kalau nak tak tahan sangat kan nak buat jugak, buatlah dengan penuh sopan santun, bila calon lain tu dah habis cakap, boleh la mencelah. Contoh "Tapi tuan saya rasa saya ada sedikit yang ingin saya tambah kat sini". Ingat jangan buat ni lebih dari sekali, kalau tak bukan calon lain je menyampah, gua kat rumah pun menyampah gak. Goodluck!


Penat menaip. Itu je. Kalau dah lepas semua ni, balik rumah dengan penuh senang hati dan mula lah berdoa. Kerja kita dah selesai, tinggal berdoa je kerja kita. Ingat ni bukanlah tips terbaik, sekadar pengalaman gua je. Alhamdulillah gua berjaya temuduga tu dan sekarang tengah final sem A-level. Insyaallah bulan 9 ni ke UK. Doakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...