Monday, July 1, 2013

Umrah Julai 2012. (Madinah)

Ini cerita 6 Julai hingga 18 Julai 2012 tapi bulan Julai 2013 baru nak update. Haram.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lepas exam final semester 1st year haritu, aku dan seorang lagi rakan, Zaki berangkat untuk menunaikan umrah. Idea nak menunaikan umrah ni bukanlah dah rancang bertahun tahun. Respon diberi secara tiba tiba dekat Twitter. Kebetulan pulak ada pakej yang kena dengan bajet, proceed. Sebelum kami berangkat ada juga la pergi kursus umrah yang travel agency kelolakan. Owh ye kami pergi dengan Tiram Travel. Mula mula bila cakap dgn orang yang aku pergi dengan Tiram Travel ni ramai bagi feedback negative. Serius ni bukan sorang dua tapi ramai. Maybe sebab harga dia murah sikit so orang yang tak pernah pergi pun mula prejudis dengan servis yang ditawarkan. Bila diorang cakap mcm tu aku buat cool jelah. Padahal dalam hati aku dah gila babi apa pasal nak buat review travel agency pulak ni haram sungguh.

L to R. Zaki, Pakcik Haby and yours truly.

Kami bertolak dari KLIA dalam pukul 9 pagi macam tu. Fendy dengan Toi ada sekali menghantar aku dengan Zaki nak berlepas. Lepastu aku transit kat Sri Lanka dalam 4 jam macam tu baru sambung pergi Jeddah. Kat Sri Lanka takda apa yang menarik pun dekat airport tu. Cuma ada Teh Sri Lanka la yang orang dok kata sedap tu. Aku pergi check harga haram mahal. So sebabkan tak dapat bajet lagi duit yang nak guna masa umrah nanti so aku hold dulu taknak beli lagi. Balik nanti kena transit jugak so maybe beli time tu la kot.

Lepastu sampai Airport Terminal Haji. Sampai dalam maghrib macam tu la. Feel dia lain macam sikit jejak Tanah Arab. Sebak lah senang cerita. Next part dah settle passport apa semua kami naik bas berangkat ke Madinah. Mula mula plan nak dinner kat hotel kat Madinah tapi mutawif kami kata macam dah lewat je so decide makan kat kedai tepi jalan. Malam dekat padang pasir memang sejuk sikit lah kebetulan dah penat aku tertidur dalam bas. Bangun bangun je sebab dah sampai macam RNR diorang. Takdalah RNR sangat actually ada tempat makan toilet sikit sikit okay lah kan. Makanan dia punyalah banyak actually boleh makan dalam dua orang. Ayam dekat setengah ekor plus nasi macam dua pinggan. Tak habis lah tapi. Menyesal tapi itu pelajaran pertama dekat tempat orang.

Sampai Madinah dalam pukul 12-1 pagi jugaklah. Check in hotel. First turun bas tu again rasa lain macam sebab hotel betul betul dekat dengan Masjid Nabawi. MasyaAllah ini la tanah yang Nabi Muhammad pernah pijak dulu. Ustaz suruh kami unpack barang dulu lepastu jangan tidur sebab dalam sejam dua lagi nak subuh dah. Dalam bilik ada aku, Zaki, Pakcik Haby dengan Ustaz mutawif kami so kami perhati la kat tingkap semua construction yang ada dekat dengan hotel kami tu. Madinah tak pernah tidur. Pukul 1-2 pagi pun ramai lagi orang berjalan pergi Masjid Nabi memanfaatkan sepertiga malam. Allahurabbi.

Masjid Nabi. Kubah hijau tu tanda atas Raudhah.
So kami pun excited lah nak jejak Masjid. Mula mula ingat mesti masjid ni jauh sebab yelah kita bayar murah lepastu dapat review tak elok pulak before pergi. Memang takda husnuzon dah masa ni. Masa ni unik sebab dia ada dua kali azan. Satu azan nak kejutkan orang satu lagi baru betul azan subuh. Kami pun pergi la dengan ustaz for first time. Subhanallah rupanya masjid dengan hotel kami tu dekat sangat. Turun bawah pusing kanan, masuk bangunan kiri lepastu dah sampai kawasan masjid. Dalam 30-50 tapak je dari hotel. Masa ni memang rasa sebak tapi bersyukur sebab hotel dekat tu lagi kuat sebenarnya. Allah nak permudahkan. So Alhamdulillah tercapai hasrat jejak salah satu dari 3 masjid yang utama dalam Islam. Dalam masjid MasyaAllah cantik sangat design dalam dia dan selesa nak beribadah. Aircond dan air zam zam di mana mana memudahkan orang nak ibadat dalam masjid. Kalau dahaga boleh minum air zam zam. Part yang best dekat Madinah ni ialah nak ziarah Raudhah. Dalam masjid ni akan ada satu bahagian yang mana karpet dekat situ warna hijau dan kawasan ni bersebelahan dengan makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Ramai lah yang berebut nak duduk sini solat dan baca quran apa semua. Kawasan ni memang dikawal ketat sikit sebab memang sesak. Lepas subuh sampai tengahari biasanya dibuka untuk perempuan sahaja. Lepas pukul 12 nak masuk zohor tu dia akan bukak penghadang. Masa tu memang literally berlumba lari nak cop tempat. Keadaan kat area Raudhah boleh refer gambar gambar bawah.







Madinah ni memang cantik, tenang dah bersih. Seronok lah kat sini. Lagi seronok bila masjid bukak payung besar area sekitar masjid. Kagum. Hari first tu buat ziarah wajib keliling masjid. Lupa nak inform geng geng trip Tiram kalini aku rasa aku dengan Zaki antara yang paling muda sebab yang lain mostly makcik makcik ibu tunggal. Diorang kerja nurse dekat Johor. Ada jugak sepasang dua lagi yang datang laki bini dengan mak diorang. Rapat lah jugak dengan diorang. Paling rapat dengan ustaz sebenarnya sebab dia sempoi gila kot. Kami paling muda so banyak kali lah dia ajak lepak cerita macam macam pasal haji, umrah dan hidup. 

Nice.


So second day tu pergi ziarah Jabal Uhud. Dengar sejarah yang ustaz cerita masa ni, pastu tengok pulak tempat kejadian perang, otak aku cuba imagine apa yang terjadi masa tu. Sedih. Dekat situ jugak ada makam Saidina Hamzah, penghulu syuhada dengan 69 syuhada lain yang gugur waktu Perang Uhud. Nak menitik air mata tengok makam tu. Makam sini macam dipagar atau dihalang dengan tingkap kaca macam tu lah. Kejaiban kat sini yang aku alami ialah kat sini ada tingkap yang macam pecah sikit so kita boleh tengok direct ke dalam makam tu dan ada satu bau yang harum sangat dari makam tu. Subhanallah. Syuhada.


Dekat area situlah ada tingkap pecah.

Iran.


Lepastu kami ada juga melawat kilang mencetak Al-Quran. Berkesempatan melawat dalam kilang ni. Perempuan tak dibenarkan masuk dalam kilang. So geng geng hawa duduk luar jelah time ni. Lelaki yang lain masuk. Memang sistematik dan nampak bersih kawasan dalam kilang tu. Semua yang masuk dapat souvenir senashkah Al-Quran free kilang bagi. Masa ni abah aku masa dia pergi kena test baca Al-Fatihah tapi masa aku memang dia bagi macam tu je.


Kilang cetak Quran

Banyak lagi tempat yang kami ziarah. Ladang kurma etc tapi antara tempat menarik kat Madinah ni ialah Masjid Quba. Masjid pertama dibina oleh Nabi SAW. Nabi pernah bersabda tentang kebaikan Masjid Quba, "barang siapa yang mengambil wudhu di rumahnya dan mendirikan salat di dalamnya, maka ganjarannya sama dengan umrah" Riwayat Termizi. Terbayang macam mana keadaan asal masjid ni yang dulunya Baginda bina dengan pelepah tamar. 

Dalam masjid

Zaki Shukor.


Malam last tu ustaz bawak kami ke pasar kurma. Orang kata kalau nak beli kurma dan sebagainya elok beli kat Madinah sebab lagi murah dan lagi elok kualitinya. Banyak lah makcik makcik ni borong siap dibungkus terus dengan kotak semua. Kami yang bujang sedang sedang saja. Ini ada antara gambar gambar lain kat sekitar Masjid Nabawi.





Itu je pasal Madinah. Next part cerita pasal umrah wajib di Mekah. Perjalanan ke Mekah ambil masa dalam 6-8 jam jugak. Lengkap berihram sebab sampai sampai je kami akan buat umrah wajib. Insyaallah kalau ada mood datang akan sambung dua tiga hari lagi. Bosan kat rumah nak cari kerja part time cuti semester :-)

Ke Mekah








Friday, February 15, 2013

Exam, Result dan Allah.


Salam.

Hari dapat result. Tahniah pada yg dapat DL, dan yang tak dapat tu bawak bawak lah sedar diri dan cuba lagi next sem *cakap depan cermin*. Masa dapat result ni lah selalu dengar suara-suara yang cakap "si A belajar bukan main gigih, tapi result macam tu je". Ada pulak yang akan cakap "si B tu aku tgk tak belajar pun tapi result nokharom gempak". "C ni pulak puasa pun tak, tikar sejadah pun tak kenal tapi relaks ja 4 flat, nokharom sungguh" Dan sesungguhnya aku amat cemburu dgn manusia mcm B ni. Well tak payah nak jeles sangat sebenarnya. Allah ciptakan seseorang tu berbeza kemampuannya dengan yang lain jadi jangan risau. Semua ada kelebihan dan kekurangan. Untuk orang macam C tu, awak pernah dengar pasal Istidraj tak? Yelah abang pun bukan Imam Muda nak bagi lecture pasal Istidraj ni so bukak lah youtube cari kuliah kuliah pasal Istidraj ni.

Tapi sedar tak sedar kadang kadang keputusan exam tu boleh reflek macam mana hubungan kita dengan Pencipta. Keputusan exam tu kan rezeki dari Dia. Apa yang kau expect kalau solat tinggal, tak ingat pada Dia tapi kau harap rezeki yang kau dapat lebih. Analogi nya mudah, aku andaikan result tu mcm sebatang pokok. Kau tak semai, tak baja, tak bagi air. Jadi tak boleh lah nak berharap pokok tu tumbuh sihat. Konpem konpem lah pokok tu mati dengan jayanya. Ada orang Tuhan bagi ujian sikit, selalu lupa dekat Dia.  Itu sebenarnya cara untuk buat kita ingat dekat Dia, cuma manusia mudah lalai dan lupa. Result aku jatuh kali ni tapi chill lah. Next sem ada lagi kot. Aku pernah lalui saat terima result yang lagi teruk yang kesan dia jauh lagi teruk. Hidup je lagi siap makin gemuk ada lah.
-ihsan google-

Okay, masa serius. Kita ada dua tangan, kadang kadang rezeki yang diminta tak dapat di tangan kanan, sebab Dia selitkan di tangan kiri. Kadang kadang tak dapat apa yang diharapkan, sebab Dia nak kita ingat semula pada Dia. Mcm kita bercinta, nak sesuatu kita mintak, merayu dekat kekasih kita. Mcm tu jugak dengan Dia, kadang kadang rindu nak dengar hamba-Nya merayu dekat Dia. Dia tarik satu nikmat untuk buat kita datang balik pada Dia. Dan tak dapat apa yang diharapkan tak bermaksud Dia lupa dekat kita. Rezeki Dia datang dalam macam macam cara, banyak, luas. Kerja kita hanya untuk mencari dan sangka baik dengan Dia, mudah.  Kalau dah nama nya itu hak kita, Dia akan bagi tp kalau bukan, buat mcm mana pun still tak dapat. Cuma ingat kalau Dia amek sesuatu daripada pegangan kita, itu sebab ada yang lagi baik Dia nak bagi. Dia adil, tak beza beza kan siapa kita, Shila Amzah or Sharnaaz.


D.

Monday, September 24, 2012

Hilang

Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia



Saturday, September 15, 2012

Terima Kasih dengan Manusia. Ada apa?



Ramai tak perasan yang ucapan terima kasih tu mampu mengukir senyuman pada seseorang. Tak susah dan tak ambil masa pun nak ucapkan perkataan tu. Saya sendiri baru tahu pentingnya ucapan ‘terima kasih’ tu. Kalau dilihat keadaan di Malaysia, agak susah sebenarnya nak dengar perkataan tu diucapkan.Suka untuk saya kongsi pengalaman saya melancong ke beberapa buah Negara orang dan betapa perkataan ‘terima kasih’ sering keluar dari bibir mereka tak kira masa, tempat, dan keperluan.

Pertama, semasa saya ke Mesir dua tahun yang lepas. Pernah satu ketika semasa saya keluar berjalan dengan ibu, kami terserempak dengan seorang peniaga jagung bakar di tepi jalan. Untuk pengetahuan, rakyat Mesir tak berapa tahu Bahasa Inggeris. Adalah beberapa perkataan arab yang saya tahu dan saya gunakan sewaktu membeli jagung tu. Saya tak berapa ingat komunikasi kami macam mana tapi saya masih ingat wajah teruja penjual tersebut bila saya bercakap bahasa ibundanya. Sangat gembira dan berulang kali dia mengucapkan “Syukran, syukran(terima kasih, terima kasih)” . Padahal perkataan yang saya gunakan hanyalah basic kepada bahasa arab. Mungkin dia terlalu gembira sebab saya beli jagung di kedainya.

Tahun lepas juga saya berpeluang menjejakkan kaki ke benua Eropah. Di London mereka sangat menghormati tetamu. Perkataan ‘Sorry’ dan ‘Thank you’ tu bukan perkataan yang sukar untuk disebut oleh mereka. Kalau terlanggar bahu pun mereka pantas mengucapkan maaf. Kalau kita bagi laluan mereka naik escalator atau meniki tube pun diucapkan terima kasih. Di Nottingham, saya berpeluang merasa menaiki bas awam di situ. Turun sahaja dari bas, pemandu bas akan ucapkan terima kasih. Pemandu bas di sana pun kemas. Pakaian mereka ala-ala pilot. Bila naik rasa selamat sahaja. Budaya pemandu bas di Malaysia perlu diubah sebenarnya. Pengalaman saya ucapkan terima kasih pada pemandu bas banyak. Reaksi yang saya dapat ialah, muka pelik lepas saya cakap terima kasih. Tak pun dia buat tak tahu je. Bukanlah semua macam tu ada sahaja yang senyum dan balas dengan ‘sama-sama’ tapi segelintir dari mereka yang tak tahu betapa berterima kasihnya saya pada mereka sebab bawa saya ke destinasi tu dengan selamat.  Di Venice pun begitu, mereka tak segan untuk ucapkan ‘gracias( terima kasih)’. Lebih-lebih lagi kalau kita beli barang mereka. Di sana persaingan antara kedai-kedai boleh dikatakan sengit. Sebab banyak kedai dan barang yang dijual lebih kurang sama. Jadi rasa penghargaan mereka pada pembeli sangat tinggi sebab dah bagi mereka rezeki untuk hari tu.

Pengalaman along duduk di negara orang banyak dikongsikan dengan saya. Dulu saya tak nampak kepentingannya. Saya ingat lagi ayat along pada saya masa saya tanyakan pada dia, “Kenapa nak cakap terima kasih? Dia bukan jawab pun.” Masa tu kami baru keluar dari kedai. Along balas pertanyaan saya dengan jawapan, “ Tak kisahlah dia nak jawab atau senyum ke tak. Yang penting dia dah buat kerja dia. Tak susah pun nak cakap terima kasih tu.” Lepas dari tu terus saya belajar ucap terima kasih. Dekat mana-mana dan seandainya orang tu cakap terima kasih dulu, saya akan berterima kasih balik pada dia. Dan saya tak malu nak katakan yang saya belajar untuk cakap terima kasih tahun lepas. Ye, tahun lepas. Kalau ikut along keluar, bila keluar dari mana-mana kedai tak kira kita beli barang atau sekadar window shopping dia mesti ucap terima kasih pada jurujual yang ada kat situ. Saya belajar daripada dia.

Bukannnya nak membanggakan negara luar. Tapi apa-apa yang baik rasanya patut diambil dan dicontohi. Tak semua Malaysian susah nak ucapkan terima kasih. Ada sahaja yang dari kecil dah diajar untuk berterima kasih. Bagi yang tak terbiasa boleh mulakan sikit-sikit. Saya juga kadang-kadang lupa untuk ucapkan terima kasih. Perkara pertama untuk membiasakan diri, ucap terima kasih pada Allah sebab kita masih boleh bernafas hari ni. Kalau dah sampai hari jadi, jangan lupa ucapkan terima kasih pada ibu dan ayah sebab besarkan kita, jaga dan didik kita. Sebelum tidur berterima kasih pada semua. Macam yang saya cakap, tak susah pun dan masih belum terlambat untuk mulakannya. Berterima kasih pada semua sebab kadang-kadang ucapan yang kita ingat tak seberapa tu mampu buat seseorang tersenyum dan tau kita menghargai mereka. Terima kasih ~   

-Ehsan Google-

NotaKaki: Penulis adalah seorang penulis jemputan. An ardent traveller. A good friend and listener.


Tuesday, August 7, 2012

Batch Reunion and Karnival OP-PP

Selamat berpuasa.

Barai sungguh lama gila tak update benda alah ni. Sungguh kalau nak cerita semua benda yang jadi since last time aku post entry kat blog ini, sampai Ramadhan tahun depan aku tak jamin boleh habis taip. Hyperbola sungguh.

Sekarang kita cerita pasal OP-PP tahun 2012 lak. Tahun lepas punya entry boleh tengok sini Karnival OP-PP 2011. Memang selalunya OP-PP jatuh pada musim lepas exam so ramai la yang look forward nak balik college balik lepas geram. Owh ya Karnival OP-PP ni maksudnya Karnival Old Putera - Present Putera. Kira macam alumni balik sekolah la. Dah jadi macam tradisi lak batch aku akan buat gathering or apa apa jelah event yang boleh berjumpa dulu malam sebelum OP-PP tu. Tahun lepas buat futsal kat Bangi. Tahun ni buat mini reunion 2 hari 1 malam dekat air terjun dekat Kemensah Height. Masyuk gila dowh duduk tepi sungai dengan batchmate sambil makan bbq apa semua. Pergh. Nikmat dunia.

-Kambing Panggang-

Syok gila kot malam tu dok karaoke bagai dalam hutan tu. Kalau hantu datang nak kacau malam tu pun aku rasa diorang pikir dua tiga kali nak sergah kitaorang. Boleh tahan jugak attendance malam tu. Yang paling aku seronok bila jumpa batchmate yang lama tak jumpa lepas passing out 2008 haritu. Yap dengan Benji. Batchmate aku ramai je non muslim tapi semua perangai dah sama dah. Ini baru 1 Malaysia. Yap, Onn, Chew, Rajakogilan, Tuang. Hahaha. Malam tu bakar kambing, ayam, sosej ada ke tak aku pun tak ingat. Pastu ada nasi goreng. Air bancuh sendiri. Chalet tepi sungai. Lepas makan sikit terus terjun sungai. Lepas penat mandi naik balik makan. Lepastu terjun balik.

Pagi esok lepas breakfast nasi lemak yang Mak Acap buat dengan teh tarik, kitaorang gerak dari Kemensah ke Sg Besi. Macam biasa time nak lalu gate RMC tu memang jantung ada sikit berdegup degup lagi. Aku dengan Aiman kena jaga booth OPA Rugby kat atas so tak sempat menembak or banyak berjalan tapi lunch dekat Mess tu sempat lah. Sedih kot tengok bangunan bangunan tu semua sebab ini tahun kedua terakhir RMC dekat tapak lama. Nanti kompleks baru dah siap kat belakang sana, sekolah aku kena pindah sana. Kenangan.

-Blok B dengan basketball court-

-Cikgu Midon. Siapa tak kenal? Sentiasa awet muda and tersenyum :-) walaupun masa merotan kami-


-Library, Parade Square, Dewan Tun Templer, Blok Akademik time aku F2-F4-

Owh ye Mess sekarang dah swasta maka dah takda kelibat Mat Spek apa semua yang tolong cedokkan makanan dulu. Sekarang semua awek awek lepas SPM yang cedokkan makanan untuk diorang. Kurang rasa kasih sayang. Dulu ada Pakcik Rahman memang dia penuh kasih sayang cedokkan makanan tu and dia kenal muka budak boy silap silap boleh hafal nama. Dia kerja situ dari lepas awal 20an sampai la dia pencen. Legend Mess. Malas nak menaip. Aku share gambar je. Credit gambar to OP Hanez, OP Toy, OP Zul Bakar (RSOP)


-Bulatan bawah blok akademik/library-


 -Kereta perisai depan blok penginapan * Zakaria dengan Alias tu nama Komandan terdahulu-


 -Dewan Tun Templer-


 -Ini tugu masa sambutan 50 tahun 2002 dulu-


 -Tergelak bila baca. hahaha-


 -Serve to Lead-


 -Sportsman prayer-


 -Blok B. Hotel and Golf company-


 -Budak dok main futsal boleh la-


-Blok Akademik dari aku F2-F4. Form 5 start naik atas-

Petang tu macam biasa acara kemuncak bagi aku match ragbi OP lawan PP. Tapi bala jugak since kita orang ada dua match petang tu. Satu lawan STAROBA satu lagi lawan PP. Bala bala tapi still kitaorang menang both matches. Haritu pakai jersi baru. So semangat lebih sikit. Ada sikit gambar time ragbi. Enjoice. Credit gambar Che Aris (RSOP) dengan OP Toy.

-Sebelum match-

 -OPs in action-


 -Astaka-


-Muka budak sinbin. hahaha-


-Scrum-


-Kahkahkah-


-HAHAHAHA-

Okay.bye.Wassalam.


Sunday, February 12, 2012

Kantoi Curi Motor Pak Guard kat Giant Kelana Jaya.

Kabare. Tengok video ni.


Aku rasa minggu ni minggu youtube. Lepas video KFC tu aku rasa ini paling hot minggu ni. Ini pasal pencuri yang cuba curi motor pak guard ni. Aku nak gelak pun ada sedih pun ada. Hahaha. Firstly aku nak gelak sebab pak guard yang gila babi marah moto dia nak kena curi memang samseng habis perwatakan dia. Sumpah kalau aku yang mencuri moto ni memang terkencing dalam seluar ah aku. Senang cerita mmg gaya samseng dia mmg gila babi ah menakutkan. Tapi tapi tapi tapi tapi kannnn cuba kau tgk dia pakai jam apa. G-Shock warna biru kottt. Haha okay ni memang serius lawak dowh terus hilang samseng dia. Marah dah hebat apa semua dah tiba-tiba pakai G Shock biru. Bieber sangat tu bang.

Okay joke aside aku rasa aku faham perasaan mamat jam biru tu. Euww. Apa perasaan kau bila kau susah susah kerja jadi pak guard siang malam dapat gaji tak semasyuk pilot tiba-tiba ada pulak manusia yang nak curi motor kau yang kau dah beli dengan duit simpanan 36 bulan. Cemana? Sakit hati idak? 36 bulan beb makan meggi semata-mata nak beli motor. Okay fine itu aku tipu tapi aku just nak tunjuk yang mamat ni bukan org berada sangat sebab tu dia marah bila org nak curi motor dia. Aku faham perasaan orang hilang motor ni. Dulu aku ada member belajar kat Shah Alam ni je ha motor dia kena curi. Terus tak semangat nak belajar bai. Yela bila fikir balik apa nak menjawab dengan mak bapak yang dah bergolok gadai beli motor tu tapi end up hilang kat tangan pencuri yang jual motor tu sebab nak makan KFC. Eh KFC? Member tu duduk rumah sewa luar kampus so at one point dia dah susah nak pergi kelas nak tumpang member kerap sangat pun segan jugak. Serius aku kesian kat dia time tu tapi aku pun nak tolong beli motor baru tak mampu jugak aku pun makan meggi kari je.

Tapi tapi tapi kan bila aku cakap aku faham perasaan dia tak bermaksud aku setuju dengan cara dia. Yes perbuatan dia pukul pencuri tu tak boleh aku nak terima. Come on we know u get mad at that time but you shouldn't take the law into your own hands. Yes definitely kau siapa nak hukum dia? Again aku cakap aku faham perasaan org yang jadi mangsa curi tapi lempang sedas dua cukup ah bro takyah nak lebih sangat. Seganas-ganas aku pun tak pernah belasah orang ni ye aku tahu aku sopan dan baik. Pencuri tu memang ah. Aku setuju gak video ni publish kat youtube biar pencuri tu malu sikit and sebagai peringatan awal kepada bakal-bakal pencuri yang berpotensi mencuri motor pak guard jam biru yang lain. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...