Showing posts with label HELP. Show all posts
Showing posts with label HELP. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Malaysia vs Hong Kong 9/2/2011

Dekat sebulan gua tak update. Fuh


-Both team masuk padang-

Disebabkan takda cerita yang menarik pun gua nak share, harini gua tulis pasal team bola Malaysia. Ya, bola sepak. Haritu gua ada pergi Stadium Shah Alam tengok team Harimau Malaya kita friendly dengan national team Hong Kong. Best siot. Ini la gua nak cerita. Haritu gua habis kelas pukul 4. Maknanya pukul 4 kat HELP lagi. Muka masing-masing dah penat sebab kelas. Haritu gua gerak 3 orang. Husni, Zul dengan diri sendiri. Dari HELP tu sebab nak cepat, kitaorang naik cab pergi KL Sentral. Kena la jugak RM8. Tapi takpa, nak tengok bola punya pasal. Dari KL Sentral kami gerak ke Padang Jawa pulak balik rumah aku dulu kat Sek 7. Sampai sana, minum-minum sikit. Terus Husni dengan Zul tukar uniform jersi Malaysia. Gua orang susah, ada mafla Malaysia je. Tak mampu beli jersey. Pukul 7 lebih kami gerak ke stadium. Jalan agak jam tapi takpa, gua expect harini tak ramai yang tengok sebab friendly je pun.


-Ultras Malaya. Salute-


Tapi sangkaan gua meleset. Dengan harga tiket yang berharga RM20 untuk friendly, still ramai gilo orang yang datang. Luar stadium meriah gila dengan orang jual jersey, souvenir, mafla, topi dan macam-macam lagi. Gua amik kesempatan beli topi badut tu sebab malas beli jersi. Lepastu ke surau untuk Maghrib. Bola bola jugak, solat tu jangan lupa bang. Dalam surau stadium, ada 5-6 saf gak la yang sembahyang. Orait lah. Lepas sembahyang, terus masuk pintu stadium tengok seat mana yang best. Jumpa pun. Time tu dua-dua team tengah warm up atas padang. Nampak la whole team tengah ligat panaskan badan. Nampak 'Apex' dengan 'Mat Yo'. Kalau tak kenal dua orang ni sila google. Kalau tak jumpa gak boleh terjun bangunan.

-Husni dengan Zul-

Sampai masanya both team masuk padang. Negaraku dimainkan. Berdiri bulu roma. Bangga dengan Malaysia. Lantak lah kau nak kata tulisan gua skema harini tapi itu mmg betul. Then game start. Menarik weyh, tak sia-sia gua belanja RM20 di mana itu duit makan aku kat HELP untuk sehari setengah tu. Hahaha. Player semua pegang bola confident. Penghujung 1st half, Safiq Rahim score. Dia punya cara lebih kurang macam Shahrul Idlan punya teknik halang player Indonesia masa dia buat shielding. Argh cakap banyak tak guna gua memang tak pandai explain. Bergegar jap stadium semua orang bangun bersorak.


-Pandai sangat kan? teka bola kat mana?-


2nd half takda apa sangat yang menarik. Mat Yo masuk. Itu je yang best sikit aku nampak. Yang lain mcm biasa je. Ultras memang terbaik dowh. Respect diorang punya attitude sokong Malaysia. Minit-minit last Amirul Hadi score sekali lagi. Habis game tu, Ultras nyalakan flare. Lawa gila. Bila polis datang, semua pakat padamkan. Kah Kah Kah gua gelak kesian tengok polis tu patah balik tangan kosong. Time ni Ultras nak celebrate Safee Sali sebab ni boleh kira last moment Safee la sebelum ke Pelita Jaya, Indonesia. Safee keliling padang tapi bila nak sampai turn depan gua, dia masuk pintu. Spoil la. Takpa, gua dapat tangkap sikit. Nampak bayang jela.


-Nampak Safee Sali pakai tshirt hitam Ultras pegang bendera Malaysia tu?-

Lepastu kitaorang pun menge-snap la beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan. Match ni 2 minggu lepas gua baru update harini. Esok match Malaysia vs Pakistan Pra Olimpik. Gua pergi. Dua minggu lagi gua update. Hahaha.

-Gua dengan Zul-

Siakap senohong gelama ikan duri,
Ada hari boleh balas. 

Tuesday, December 21, 2010

Ada apa dengan Mamak? (AADM)

Setelah sebulan lebih tak ber-update, gua datang dengan angkuhnya.


> Gila lucah doh

Alkisah gua duduk lepak kat Khulafa Sek 7 Shah Alam ni, gua hairan tengok meja penuh jugak sampai ke luar walaupun masa tu dah pukul 4 pagi. Pelik sebab time tu, match Man U takda apatah lagi Chelsea yang tak hebat tu. Bayangkan satu restoran boleh penuh melimpah-melimpah customer sampai ke bahu jalan pada pukul 4 pagi. Whooah. Aku tahu ada di kalangan kita yang memang anti mamak. Kotor la apa la. Tapi mesti ada sekali sekali korang ter-lepak kat mamak sebab ter-masuk secara tak sengaja setelah dijemput kawan-kawan korang kan. Kat sini korang tak perlu bersetuju dengan aku. Voice out your opinion bebeh! Apa guna button comment kat bawah tu?


Korang rasa kenapa? Ada toyolkah? Hantu raya? Hantu pocong? Hantu Kak Limah?


Mengarut lah. Ini la orang kita. Bila tengok orang lain maju sikit, kaya sikit, hebat sikit, mulalah nak tuduh pakai bomoh Siam, England, Russia apa semua. Sekali lagi, mengarut. Dah dia rajin dan pandai kerja, dapatlah hasilnya. Yang kau malas nak kerja, attitude pun taknak jaga. Maka, hasilnya tak kemana. Gua pun bukan nak backup sangat abang-abang mamak yang hebat gila cakap Melayu tu, tapi itu lah hakikatnya. Kat sini gua list-kan beberapa faktor penyebab mamak menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia.


> Segar, nyaman dan menyenangkan

Keadaan restoran yang mantap-
Kau pergi la mana mamak sekalipun, satu benda yang pasti, interior design dia mantap. Jubin sampai atas, kerusi lawa, meja lawa, menu siap dengan gambar yang menggiurkan walaupun rasanya tak kemana. Frame ayat-ayat Quran berlambak digantung. Lagi satu yang paling obvious, mamak selalu located kat corner lot. Apakah? Sebab dia nak ruang yang besar untuk pelanggan-pelanggan diorang bersantai lepak-lepak tengok Chelsea kalah. Diorang sanggup invest nak dapat corner lot sebab diorang tahu untung yang datang lepastu berlambak-lambak. Pergi la mana-mana mamak sekalipun, paling kurang ada satu tempat yang ada aircond. Takpun ada kipas besar yang sejuk boleh keluar macam wap sejuk tu. Korang boleh bayangkan sendiri kan? Gua memang fail bab explain keadaan barang. Sorry.


> Ini je gambar paling mesra gua boleh cari

Pelayan yang cepat dan mesra alam-
Tak pernah dalam sejarah 19 tahun hidup gua kena marah dengan pelayan kat restoran mamak. Bukan nak compare, tapi kalau kat restoran melayu or warung melayu, jumlah gua kena marah or jeling or maki or halau amatlah tinggi. Bila korang sampai kat mamak, 2 saat lepas tu mesti dah ada orang datang amik order. Tapi kalau kat lagi satu, duduk setengah jam pun kadang-kadang pelayan dia buat dek je. Lagi teruk, bila dah order, kena tunggu lagi sejam lak nak order sampai. Dalam sejam menunggu tu, mesti korang akan mengalami sindrom kena maki or jeling bila korang try tanya "Bang, order saya lambat lagi ke?". Haha. Kesian kan. Tapi benda tu takkan terjadi kalau korang makan or lepak kat mamak. Bila korang tanya order lambat lagi ke sampai? Walaupun korang baru order setengah minit yang lepas, diorang still senyum sambil cakap "sikit jam ar macha". Secara automatik korang pun tak jadi nak marah.


>Makanan ruji orang bertandang ke sana

Makanan dan minuman-
Dua benda yang paling mantap dekat mamak ialah roti canai dengan teh tarik. Menu-menu lain kadang-kadang tak masuk dek akal pun ada. Apa kejadah mamak boleh masak tomyam? Siap tulis kat menu tomyam thai? Whoaah. Western corner dia tak payah cakap la. Kalah Victoria Station. Semua menu orang putih ada, kau sebut je. Chinese food pun dia boleh tibai gak. Char Kuey Teow pun ada, Penang mari lagi * mamak tu kata lah. Kadang-kadang lepas aku balik kelas nak minum teh o ais limau kat mamak pun diorang siap buat cucur udang dengan keropok lekor lagi. Mantap. Walaupun kadang-kadang gua gelak seorang-seorang tengok menu tu apa semua, tapi outcome dia boleh tahan jugak la sedap. Mungkin dibantu oleh keadaan persekitaran yang menyenangkan hati, so jadilah makanan tu sedap.




Wifi free-
Amatlah penting bagi student-student yang merasakan RM78 untuk P1 Wimax adalah suatu pembaziran. Senario lain: Seorang pelajar IPTA yang selama ni leka bermain Dota sehinggalah beliau sedar yang keesokan harinya merupakan hari untuk beliau present case study yang dipesan lecturer 3 bulan lepas. Kebetulan pulak pada malam tu internet free kat hostel down. Maka berlarilah pelajar tadi ke Restoran Ali Maju untuk mendapatkan sedikit line internet free dengan berumpankan segelas ais kosong. Dah nampak relevan dia kan? Berapa banyak restoran melayu offer wifi? Membazir kata diorang.


Dah penat aku meng-listkan faktor-faktor mamak hebat. Diingatkan sekali lagi jangan dok kutuk gua takda semangat melayu apa semua. Gua jelaskan apa yang gua nampak. Kalau ada peniaga makanan kita, ambil ini sebagai panduan. Buka minda. Hidup teh tarik roti canai.


Gunung Daik bercabang tiga,
sudah baca harap balas.

Wednesday, November 17, 2010

Lelaki Masak Ragbi Rapi?

*Semua orang update status kat FB raya haji apa semua. Gua balik kelas semalam terus tekan keyboard login FB update 'Beraya di Shah Alam tanpa keluarga di sisi'.


--> Area-area sini la

Benda ni terjadi semalam masa gua nak balik S.Alam dari HELP. Ini cerita sekali lagi mengambil KL Sentral sebagai setting tempatnya dan masa dia lebih kurang pukul 4 petang lebih macam tu. Gua sampai KL Sentral terus pusing-pusing sana mana tahu ada benda-benda menarik yang baru promotion ke apa. Tapi lepas jalan-jalan semua hampeh takda apa pun semalam. Orang makin ramai ada la semua baru balik kerja. Dah lepas jalan-jalan gua naik atas dekat Dunkin Donuts ingat nak makan tapi setelah tersedar yang lemak kat badan gua dah cukup banyak, gua cancel plan tu. Untuk mengover (meng+cover) malu, gua masuk kedai buku sebelah donut tak sedap tu. Hajat di hati nak beli magazine pasal 'rugby' sebab kedai ni boleh tahan banyak la international product dia. Gua pun jalan-jalan cari buku tu ada ke tak.


--> Contoh buku yang diidamkan

Tapi macam gua cakap, buku tu takda. Lepas penat menelaah semua jenis buku yang ada dalam tu, gua fedup lantas pergi ke kaunter dan tanyakan pekerja tu. Gua tanya abang mamak roti canai tu, 'ada magazine RAGBI ke?'. Lepastu dengan muka penuh confident sambil senyum, dia kata 'Ada la dik, banyak lagi baru sampai (baca dalam dialek mamak amik order)'. Lagi la gua hairan celah mana pulak yang dia kata banyak lepastu baru sampai pulak tu. 10 saat kemudian..

..................................

Dalam hati gua dah tergelak guling-guling dah. Nasib baik gua fikir yang maybe mamak ni tak faham kot ragbi tu apa lantas ditunjukkan RAPI edisi terbaru ya. Nak dijadikan cerita, ada seorang pakcik ni. Dressing memang korporat habis la. Segak bergaya dengan sut siap ada briefcase sekali dok usha-usha buku jugak. Bila dia dengar yang mamak tu cakap pasal RAPI ni dekat gua, belum sempat gua nak mencelah memperbetulkan keadaan, pakcik tu dah bersuara dulu. 'Bagus betul budak sekarang, faham perempuan. Ini yang kita nak dari orang Malaysia, sifat gentleman tu kena ada.' Gua nak betulkan keadaan tapi pakcik tu mulut dia lagi laju. 'Uncle pun suka masak-masak beli buku perempuan ni. Baru senang kita nak faham kelakuan perempuan tu sendiri and uncle rasa tak salah kalau sekali sekala lelaki masak ambil tempat perempuan'. Untuk mengelakkan keadaan bertambah rumit sekaligus nak mengurangkan darjah ke-tidak-maluan pakcik tu, gua menyampuk. 

'Pakcik, saya cari buku pasal ragbi, mamak ni salah bagi buku RAPI'

Then pakcik tu terdiam seribu bahasa. Untuk tak menghampakan tokey kedai tu, gua amik Men's Health lepastu bayar dan beredar secepat mungkin dari kedai tersebut.


Friday, October 1, 2010

Hidup sebagai manusia di HELP

Genap sebulan aku tak update blog ni. Nak jimatkan eletrik. Aku pencinta alam.

Dalam sebulan ni, banyak gila benda/event besar aku dah lalui. Tapi haram masa takda nak update semua cerita. Raya dah lepas, mood raya pun takda. Jemputan open house setiap minggu. Kenyang tapi penat. Tapi takpe, at least save duit makan aku hujung minggu. Siapa yang nak buat open house bukan masa raya je boleh. Setiap minggu boleh dan kalau boleh jugak setiap minggu jemput la aku makan. Lebih afdal kalau masa-masa hujung semester yang duit dalam bank pun sampai dah tak boleh keluar. Satu benda yang aku rasa patut aku update kat blog ni ialah berat aku semakin hari semakin bertambah.
Aku dengan Hafizuddin adik aku f2


Hipotesis lengkap: semakin bertambah usia Farhan, semakin berat dan lebar jugalah beliau.


Pagi tadi aku ada test math. Sumpah tak boleh jawab dowh. Aku dah penat la selesaikan masalah matematik ni. Dari darjah 1 hingga la A-level, matematik ni tak pernah nak besar. Cuba la jadi matang sikit, sedar diri, kau dah tua Matematik oi. Selesaikan la masalah kau sendiri, apahal lak nak suruh aku yang selesaikan masalah kau. Tak malu ke? Dulu masalah kau simple je, sekarang makin besar makin rumit, kau nak suruh orang lain settle. Banyak cantik.


Sekarang ni aku tengah sibuk buat UCAS application. Semester paling sibuk. Nak buat CV summary la, apa la, personal statement semua. Kena settle satu-satu. Baru ada semangat nak belajar. Ini alasan semata-mata.


*doakan la aku dapat belajar bersungguh-sunguh dan ada mood untuk revision. Supaya senang JPA bagi aku fly.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...