Disclamier: Entri ni boleh tahan panjang dan sila sabar membaca.
Salam Lelaki Dayus,
Haha. Ini punya entri sudah tertangguh berapa lama dah. Huruf pertama entry ini ditulis masa cerita Adamaya tengah hangat ditayangkan kat TV3. Adamaya time tu dah berjaya membuatkan orang-orang yang bajet macho macam gua menunggu depan tv pukul 6. Itu time cuti. Kalau time kat HELP lak, gua dengan Akmal, sanggup meminjam handset kawan gua buatan China yang ada TV antenna tu. Semangat! Lepastu dok terperuk dekat sudut bilik yang dikatakan "tempat ni je ada coverage TV". Walaupun keadaan amat tak selesa namun keinginan hati untuk melihat Lisa Surihani amatlah tinggi. Kalau dah habis petang tu, kadang-kadang gua terus bukak laptop cari yang online punya version. Namun gua dengan Akmal je yang tahu. Disebabkan ingin menjaga reputasi dan airmuka, gua sanggup buat-buat tak tahu bila member-member kaum hawa dok bercerita pasal ke-sweet-an Adam dalam cerita tu. Padahal gua dalam hati nak membangkang sekeras-kerasnya apa yang depa cakap. Tapi kantoi lah kan kalau gua dok bangkang diorang, "mana kau tahu Paan? Bukan kau kata tak tengok ke cerita Adamanya ni?" dialog ini lah yang gua taknak dengar. Muahaha.
>Aku nak DSLR macam tu.
Berbalik kepada cerita Adamaya, apa yang korang rasa bila tengok cerita tu? Gua rasa seronok sebab ada Maya dengan Amani je. Amani tu gua ingat kalau besar nanti sure lagi cantik hebat dari Lisa Surihani. Gua tanya ni, apa korang rasa bila tengok cerita tu? Best kan? ala-ala sweet gitu macam lolipop 30sen perisa oren. Kalau perempuan yang tengok, sure hati cair tengok kebodohan kebaikan Adam. Kalau lelaki pulak sama ada cair tengok Maya or rasa nak tumbuk Dani. Gua tak tahu asal muka Dani tu gua tengok macam punchbag dah. Hanya tumbukan bertalu-talu yang dapat melegakan gua.
Korang tak rasa yang cerita Adamaya ni saja memfokuskan kepada situasi seorang lelaki yang lemah atau bahasa inggeris dia orang panggil dayus? Cara Adam digambarkan tu memang tak lebih dari seorang lelaki yang tak mampu nak berbuat apa-apa hatta time isteri dia berdating dengan Dani sekalipun? (Sorry, Bahasa Melayu gua memang taraf tinggi) Cerita ni digambarkan kepada kita macamlah apa yang Maya buat semua tu bukanlah satu kesalahan besar. Realitinya, semua perlakuan Maya dalam cerita tu adalah dosa dan bertentangan dengan norma-norma seorang yang menggelarkan dirinya Muslim. Walaupun itu semua cerita rekaan, tapi tak mustahil lepas ni benda ni terjadi kan dalam realiti? Sebab apa? Sebab dalam Adamaya semuanya nampak simple dan tak salah. Pemilihan komedi sebagai genre drama tu diakui banyak membantu dalam menyampaikan message-message tertentu, tapi dalam masa yang sama kita cuba 'meringankan' dan 'membodohkan' hukum Islam. Bila Maya curi-curi keluar sebab nak makan malam dengan Dani, korang gelak tengok cara dia 'auta' Adam kata ada klien apa semua. Tapi pernah korang fikir kalau benda tu jadi kat korang? Suami dok dalam rumah layan anak sedangkan bini dating dengan lelaki lain. Muahaha. Ini terbaik. Aku tak kisah sangat kalau lepas ni ada orang nak kata aku kolot or sebagainya. Aku terima je. Maybe korang moden dan mengikut arus pemodenan kan, so bini dating dengan laki lain korang jawab "Alah, biasa la tu, lepak la bro!" Muahahaha.
> maybe ni pilihan hati gua
*Perenggan ni lebih serius. Bersedia untuk segala kemungkinan
Pemikiran aku sangat kritikal pasal benda ni. Aku menunggu saat tu. Nauzubillah. Jangan lepas ni terjadi kat bini korang ataupun adik perempuan korang berdating dengan ex-boyfriend diorang time university sedangkan 3 bulan lepas baru bersanding atas pelamin dengan lelaki lain. . Dani pulak, dengan muka dia yang memang sengal tu (sorilah sebab jujur sangat Faizal Usop) memang terbaik. Dah kahwin pun nak kejar lagi ex-GF kolej dulu. Zaman dah berubah, dulu kalau couple kat kolej, lepas grad dah lost contact. Sekarang dah maju, jadi bini orang pun boleh contact ex-BF lagi sebab ada Blackberry dengan Facebook. Kalau dah contact kan, mesti la nak berjumpa kan? kan? kan? Lepastu berjumpa la dekat kopitiam mana-mana. Order roti bakar dengan milo ais, boleh sembang 2-3 jam. Tapi cakap kat laki or bini masing-masing apa? pergi jumpa klien. Bila mata bertentang mata, pandangan turun ke hati. *time ni gua pun gelak guling-guling baca balik ayat gua tulis. Lepastu masing-masing boleh agak apa jadi kan? Yang laki ni dok puji la perempuan ni still lawa, macam dulu gak time kolej. Kenangan bercinta masa kolej lepastu datang la menyerang. Lepastu gua malas sambung dah, takleh imagine dah. Stop kat situ je. Fullstop.
Apa yang gua boleh simpulkan sekarang? Adamaya ni cukup meninggalkan kesan kat hati semua orang. Tapi gua takut kalau lepasni makin banyak cerita macam ni dipertontonkan lepastu orang makin 'jaded' dan seolah-olah benda ni normal dan tak salah kalau si isteri or suami nak contact ex-BF/GF diorang walaupun anak dah 4 masa tu.*untuk 'jaded', sila rujuk kamus anda, gua tak reti nak translate. Bila kita dah kahwin or bertunang or ber-apa sekalipun, hargai siapa di depan anda dan sila lupakan sejarah anda. Jangan sampai yang kat depan anda tu dah takda tinggalkan anda, baru terkial-kial nak menghargai. Sekian. Kerjasama anda amat dihargai. *Gua belum kahwin. Itu Fakta.
Pendapat kalian diperlukan. Anda tidak semestinya menyokong pendapat ini.
Lunch time, bebeh!










.jpg)




