Showing posts with label fitness. Show all posts
Showing posts with label fitness. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Tips bila berlari/jogging (part 2)

Setelah ada mood untuk menulis, jom tengok pulak apa yang ada kat part 2 ni.

Disclaimer: Aku bukanlah atlet Malaysia atau Asia atau mewakili Bumi ke Kejohanan Olahraga Antara PLanet. Jadi apa yang ditulis hanyalah berdasarkan pengalaman semata-mata. Dan aku tulis ni nak seronok-seronok. Ingat eh.

Lepas semua kelengkapan dah siap seperti di entry Part 1 sebelum ni, korang dah mula perah otak mana korang lari/jog nanti. Sebaiknya korang jog/lari dekat taman tasik or taman apa-apa lah dekat rumah korang kecuali taman burung dan taman buaya. Kelebihan jog/lari dekat sini ialah suasana yang lebih nyaman, tenang dan selamat kalau compare dengan tepi jalanraya. Bukan tak boleh jog tepi jalan, tapi risiko kena langgar amatlah tinggi berdasarkan prestasi pemandu-pemandu Malaysia. Selain tu, kalau jog/lari kat taman, bagi yang bujang mahupun yang dah berkahwin (lelaki terutamanya) secara automatik akan naik semangat nak berlari/jog lepas tengok anak-anak dara mahupun mak dara yang lain berlari. Ini bagus sebab korang mesti malu nak berhenti jog mahupun berjalan sebab taknak di-cop lemah/tak macho/dan sebagainya. Mesti korang akan berlari macam runner Kenya walaupun jantung korang dah nak meletup.
---->scene bertemu jodoh kat taman tasik. HAHAHA

Ok. Kalau dah berlari tu, kalau taknak malu depan awek-awek or mak-mak awek, mesti la kena ada stamina betul tak? Untuk mendapatkan stamina yang tinggi, mulakan dari bawah. Kan korang dah set trek yang bakal korang lari tu kan? Untuk sesi pertama yakni hari pertama, try jalan-jalan dulu pusing trek, kalau rasa trek tu tak cukup jauh, pusing la 2 kali. Kalau rasa tak keluar peluh lagi, boleh la pusing 15 kali pun janji jangan berlari lagi, cukup hanya berjalan.

Hari kedua pulak, baru start program. Dengan menggunakan sifir korang, jogging lah korang untuk 2km. Pandai-pandai lah agak sampai mana 2km tu. Ramai yang tanya apa beza jogging dengan lari? Jogging ialah apabila korang boleh nyanyi lagu Negaraku walaupun tersekat-sekat sambil melakukan aktiviti 'jogging' tu. Manakala berlari pula adalah apabila korang memang langsung tak boleh nak sebut perkataan Negaraku tu apatah lagi menyanyi. Tapi kalau pecut lak, adalah keadaan di mana korang memang tak boleh ingat langsung apakah Negaraku itu dan korang tak berkesempatan nak pandang awek-awek sebelah korang. Jadi, itulah beza ketiga-tiga benda tu.

Bila dah habis jog tu, jangan terus duduk or teguk 100plus yang korang beli dari 7-eleven tadi. Jangan berhenti mendadak sebab nanti maybe badan korang akan mengalami kejutan yang teruk dari berlari ke duduk. Lepas dah cecak jarak 2km, slow-slow jalan area situ. Tarik nafas and hembus untuk sistem pernafasan korang stabil balik. Dah habis, buat lah sesi sejukkan badan. Lebih kurang macam warm up jugak.

Kalau ada sebarang keraguan, sila-lah rujuk disclamier kat atas entry ni kalau korang lupa nak baca masa awal-awal tadi.hehehe. Dah puas merepek, kelas aku nak start dah pukul 2 ni, maka gerak dulu. Tengah cari apa nak tulis kat part 3 (finale)

Sunday, June 27, 2010

Tips bila berlari/jogging (part 1)


Yeah. Disebabkan aku baru lepas tengok satu rancangan dekat Discovery Channel yang menceritakan pasal obesiti, dengan secara tiba-tiba semangat aku naik untuk menulis pasal gaya hidup sihat. Juga event Standard Chartered KL Marathon 2010 yang berlangsung pagi Ahad lepas yang aku dah terlepas sebab tak register dan tak ada member nak lari sekali.

Merujuk kepada tajuk entry diatas, aku ni tak la hebat sangat bila berlari, tapi orang kata, boleh la setakat nak lari 10k non-stop tu (muka riak gila time ni). Okay, first sekali kita kena siapkan dengan persiapan fizikal kita. Gear kena cukup. Kasut yang disarankan ialah running shoes. Jangat sekali-kali lari pakai kasut futsal or kasut sekolah or kasut kulit yang ayah korang buat pergi kerja. Juga diingatkan jangan lari pakai Crocs. Tah papa ntah. Kalau nak tengok kasut apa yang aku guna untuk lari, boleh rujuk entry ni. Bila pakai kasut yang sesuai, kaki kita akan rasa best gila seterusnya menjadi penjana semangat untuk korang lari. Jangan la beli yang mahal gila kalau baru nak start lari, ada je kasut-kasut yang berkualiti boleh korang dapat bawah RM100. Mula-mula start kan, kena la daripada bawah. Nanti bila kau dah hebat sampai tahap runner Kenya or Nigeria, lantak kau lah nak beli kasut harga 3ribu pun. Aku tak halang.

Settle bab kasut, kita bergerak ke stoking. Kalau boleh pakai stoking yang sampai ankle tu je. Selesa bila berlari. Itu murah je kot, 3 pasang RM10 kalau kat pasar malam. Ingat pesan aku, jangan beli yang mahal-mahal lagi.HAHAHAHAHA. Okay, now cerita pasal track bottom yang sesuai. Kalau boleh, jangan pakai seluar slack atau jeans atau seluar tidur atau lebih teruk lagi seluar dalam. Seluar yang disarankan track bottom yang kukuh fabrik dia. Jangan pakai yang mudah terkoyak sebab bila berlari dan masa warming up, banyak pergerakan diperlukan. Tak kan korang nak tanggung malu seluar koyak bila berlari. Tak berbaloi kena gelak. Seluar yang dicadangkan, seluar yang ada lubang-lubang kecil kat dalam seluar tu. Betul ke aku explain ni? ala yang macam lubang udara dalam seluar tu. Memang ramai yang tak suka seluar jenis tu, sebab rasa gatal dan tak selesa. Tapi hakikatnya seluar tu bagus untuk pengudaraan kaki kau. Udara boleh masuk dan keluar. So, kau tak rasa panas dalam seluar bila berlari.(aku tak pandai explain tapi aku mohon jangan lah fikir bukan-bukan).

Bergerak ke baju pulak, kalau boleh jangan pakai baju. MUAHAHAHA. Mana ada, itu fitnah. Aku suruh pakai baju. Kalau boleh, jangan la pakai baju yang fabrik tebal bila berlari. Jangan pakai t-shirt berkolar kain polo, baju fabrik bulu, baju melayu, blazer dan apatah lagi baju kemeja lengan panjang. Amik t-shirt yang paling ringan, yang selesa gila bila pakai. Disarankan pakai baju yang sublimate punya jenis. Dia serap peluh dan amatlah ringan. Kat bawah ni gambar aku bila Energizer Night Race tahun ni. Aku tak ingat bila.
---> my 10km Energizer Night Race

Entry kali ini special untuk persiapan gear dulu. So, lepas ni entry akan fokuskan pasal tips training dan bila berlari. So, berjumpa kita dia lain hari!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...