Saturday, November 14, 2009

Friday, June 12, 2009

no turning back..

salam..

hehe..sori sebab lame xupdate benda alah ni..
hak3..ak baru dpat taw yg blog ak ni mnjadi bahan bacaan beberapa orang yg berminat dgn ex-skola ku..MAKTAB TENTERA DIRAJA..dan institusi ketenteraan yg patut di-enter oleh ak..KOLEJ TENTERA UDARA..
xpe2..find me in facebook k..

alhamdulillah..
bnyak benda bes jd dlm linkungan masa ni..
kpala otak ak kurang berserabut sket..(maknenya still beserabut k)
erm..nk masok blaja lmbat ag..

seperti yg dikehendaki dlm surat tawaran trsebut..
ak hendaklah mngikuti A-level kt HELP UNIVERSITY COLLEGE slama 24 bulan..
then mneruskan pngajian di UNITED KINGDOM selama 36 bulan..
pergh..
dlam surat tu..ade brochure dgn pamplet HUC 2 skali..
semua ak tgk muka cina dgn india je..
lg la ak cuak..ak taw msti ade dak program ak yg melayu..
tp rmai yg bgitu la..msti diowank semua gler blajar dowh..
cmner ak nk duduk dgn diowank skali??hak3..
persoalan yg besh..

erm..ak pun da mula bfikir dgn waras..dan matang..(ececey)
ak kena fokus pada ape dpan ak skrang..
no turning back..yeah!!
lupakan KTU..go for law..

doakan..

salam..

Thursday, May 28, 2009

offer letter KTU

salam..
*post ini didalam kaler biru sempena bertemakan ulangtahun TUDM ke bper tah pade 1 jun ini..

skrang jam 1545H...
bru td abg posmen yg sngguh 'mesra alam' mngepaskan ak surat ni..
pos express..ak engat JPA..
rupe2nya..






kpada bakal kadet KTU yg sedang bace blog ak nih..
act kita ditawarkan dgn course ape??
aritu kate aviation science..
ni diploma mekanikal aeronautikal..
hempeh tol..
bru engat nak snang sket..
hehe..kalo aviation sc snang la weyh kalo nk compare dgn engineering ni..

xpe2..korank lapor than bgtaw aku ape course korank eh??


yg pling stylo ialah joining instruction for course nih..
by LT.KOL MUDZAMEER kalo xsilap ak..
hehe..bes bace bnda alah ni..








Thursday, May 14, 2009

where 2 go??

salam..

act ku dalam dilema..
either 2 choose KTU or scholar JPA..
untuk mengelakkan anda sume bsikap bias..
biar ak mnceritakan tentang kedua-duanya..

KOLEJ TENTERA UDARA..
terletak di alor star..
bakal melapor pada 8jun ni..
tmpat melatih pegawai kadet TUDM..
dulu..hnya segelintir yg cemerlang sahaja yg ditauliahkan selepas 3 tahun bakal mnjadi pilot..

nmun..bermula tahun ini..
dgn penukaran kursus diploma dr aeronautical engineering kepada aviation science..
kesemua penuntut KTU bakal memperoleh sayap penerbangan sejurus selepas ditauliahkan..
berbeza dgn sblum ini di mane pgawai kadet yg ditauliahkan akan menjalani latihan lanjutan di pusat latihan terbang 1(PULATIBANG 1) selama 2 tahun..

ini bermakna..pegawai kadet intake 2009 telah untung dr segi mase dan kesemua bakal mmperoleh sayap..yakni pilot..hehe..
jd..setelah 3 tahun blaja disane(1 1/2 tahun diploma & 1 1/2 flying phase)
pnuntut bakal memperoleh gaji yg lumayan pd usia 21 tahun..
hehe..5k++

biasiswa persekutuan JPA..
pelajar akan mmbuat preparation di taylors college..
kalo xsilap(untuk kursus undang-undang)
kerana seniorku ade berade di sane seorang..
dan kemungkinan besar dihantar ke aussies..
so..
ade la peluang blaja di luar negara meskipun result ku trok sdikit..
dpat mrase hidop di bumi orang..
then JPA x bg guarantee job setelah pulang ke malaysia..
itu yg ku sedikit risau..

jd..kemana harus ku pergi??

Wednesday, May 13, 2009

pemilihan pegawai kadet (juruterbang) TUDM

Assalamualaikum
Setelah 23++ mengilangkan diri
Aku muncul kembali


Kat sini aku nak cerita pasal pengalaman aku pergi pemilihan KTU. Hari pertama ada 121++ calon Pegawai Kadet Kolej Tentera Udara yang melapor diri. Ada lagi 5 orang tengah tunggu kat transit Subang sana. Aku mula mula agak segan-segan cuak la bila aku tengok aku je budak RMC yang datang. Padahal dengar cerita ramai lagi. Adam, Bani, Acoi itu semua celaka dah janji nak datang tapi haram takda. Lepas dah tunggu dekat setengah jam, sorang-sorang mula tunjuk muka. Datang la lepas tu Cleo, Mok Bravo, Acap, Mejoh, Cakyop, Dinie (Arwah), Joe dengan Hamdi. Ada jugak budak budak ni. Lega aku.


Lepas tu mula sesi berkenalan. Aku perasan Cacat, budak ragbi Mckk. Kitaorang pun bertegur. Lepastu datang Hikam, budak koleq gak. Kenal punya kenal punya kenal, kami dah boleh buat group kat situ. Ahli ahlinya-


then mula sesi berkenalan..
ak perasan CACAT..bdak MCKK..ktowank pn btegur sape..then IKAM..dak MC gak..
pastu..knal punye kenal..
ktowank bley wt group kt situ..
ahli-ahlinya..
paan-rmc..
ikam-mckk
cacat-mckk
mocks-rmc
iskandar-smss
gajus-smt setapak
azizi-syah pekan
izhar-kusess
adli-mrsm alor gajah
hafizi-sas

fakhrul-sas
joe-rmc
dinie-rmc


Time tu memang best. Macam macam cerita keluar. Semua satu kepala kan. Kutuk mengutuk menjadi makanan ruji. Lagi lagi banyak budak sekolah laki, lagi best mengutuk. Isu isu terkini seperti jambu, gay dan awek memang tak dapat nak lari lah.


Ya memang betul, best gila babi. Lepastu basic medical. Senang je benda ni. Ramai la lepas. Lepastu start fizikal. Antaranya lari 3.2km bawah 18 minit tak silap aku. Ini pun ramai je yang lepas. Seminggu kat Ipoh, kami gerak gi PU Subang.


Kami menuju ke IPP (institut perubatan penerbangan) di KL BASE. Kami diuji dengan pemeriksaan yang lebih detail kat bahagian telinga, mata, ECG, BP, urine, Xray. Boleh tahan jugak la ramainya yang tak lepas kat sini. Kalau tak lepas sini dia hantar balik jangan risau.


Tinggal 80 lebih orang next stage. Kami bertolak ke Ipoh balik untuk apptitude test (Ujian Kecenderungan Udara). Bab ni aku mengaku memang susah. Ada 4 bahagian.


-english vocabulary (100 soklan 8minit)
-mechanical movement (30 soklan 11 minit)
-aircraft manouver (berapa soklan tah..8minit)
-lg satu seksyen aku tak ingat (mase diberi 11 minit..)


Masa ni ramai jugak la tak lepas apptitude. Yang tak lepas ada pilihan nak pergi masuk pemilihan KTL. Ada yang join sana. Tinggal la 51 orang yang lulus apptitude test tu. Lepas tu terus pergi temuduga akademik. Lepastu lembaga awal. Finally lembaga No 3. Calon yang berjaya akan melapor 8 Jun untuk angkat sumpah semua.


Goodluck.

Friday, April 17, 2009

KOLEJ TENTERA UDARA



Actually ini la post terakhir aku sebelum menjejakkan ibu jari kakiku ke INSTITUT LATIHAN UDARA,IPOH.
Sebenarnya KTU dekat Alor Setar, interview je kat ipoh.
20 hari. Giler lame. Nak masuk RMC dulu seminggu je interview dia. 21 April-9 Mei. Di saat aku menulis post ni, sume barang aku tak siap lagi actually. Takpe. Lame lagi. Kerja last minute lebih mantap.



Muhammad Khairul Farhan bin Mohd Rakbi
Anda telah terplih untuk menjalani temuduga sebagai PEGAWAI KADET KOLEJ TENTERA UDARA JURUTERBANG
Perkataan juruterbang yang ada kat situ menyebabkan hatiku bertambah teruja.



Pagi tadi, aku pergi buat x-ray dada beserta laporannya.
Pastu amik gambar passport 8 keping
Then pergi fotostat slip SPM beserta sijil koko.
Dah la 15 salinan. Bapak banyak.
Then pergi dental buat pre-check.
Tak cakap pun dalam borang tu kena check.
tapi disebabkan Mej Nizam dah suruh, 
aku pun pergi la demi memastikan aku tak kena kick time interview tu.
jumpe dentist antara perkara aku tak suka.
dah la mahal..
kos tampal dua batang gigi+scaling= RM 200..
Perh
Baik pegi beli baju aku.

Ok..Ada apa hal..doakan aku.

kalau aku dapat jadi pilot airforce..
aku bawak korang naik jet tu kita bom la umah saper yang korang nak.

Thursday, April 2, 2009

interview JPA..

Selamat hari Khamis...Muhd Khairul Farhan melaporkan.

Aku bangun pukul 6 harini. Awal gila (ye r..selalu pukul 6.30)
Mandi+solat, kemudian aku tengok balik baju dgn seluar yg aku nak pakai.
Baju aku dah gosok tai still cam xpuas hati. argh. gosok balik. Ummi pun dengan ayat paling best die "time sembahyang takde lak smart mcm ni" Aku pun iron gak la.Hehe. Nak smart.

Aku pakai seluar slack hitam dengan baju kemeja krim brownish sikit dengan tie college dengan kasut kulit maktab dengan belt. Melangkah dengan penuh confident walaupun sebenarnya agak tak. Aku tak breakfast sebab aku memang tak leh makan pagi buta ni. Tambah-tambah lak interview aku pukul 8pg. Nak sampai awal la kalau boleh.

Aku sampai Putrajaya pukul 0730H. Macam banyak je masa lagi. Sekarang menyesal tak breakfast. Kah3. Lepas tandatangan nama aku, aku pun naik ar lobi nak masuk tmpat interview. Aku panel 8, punya terkejut beruk aku tengok nama haniff adam..(ragbi smss) satu panel dengan aku. Lagi aku terkejut gila babeng bila nama mak pooi guan(rujuk post amoi plkn) ade skali dgn lee lyn. Tapi diorank bukan panel dengan aku sekali.

Aku pakai tag no.3, group 1st yang masouk bagi panel 8. Ada 5 orang. Awek (Cina)+Lelaki(Cina)+Farhan+Zul (Asis)+Awek Cun Gila (Cina). Begitulah susunannya. Kitaorang pun masuk. Amoi yg 1st tu selamba je duduk tanpa disuruh. Aku pun mula-mula nak duduk jugak tapi teringat pulak tips. #duduk jika disuruh berbuat begitu. Aku tak berapa nak ingat name panel-panel yang interview  aku tu. Sorang cina dengan dua melayu. Pegawai melayu pakai batik+songkok..almaklumlah hari khamis. Yang pegawai cina tu perempuan. So, dia pakai office attire jela.

Ketua panel tu, aku tgk pembawakan dia agak alim dan berjambang. So, dis start la dengan menyuruh kami introduce diri memasing. Time ni ikut giliran kat tag num tu. Aku number 3. Bila ditanya dalam english, anda harus membalas dalam bahasa yang ditanya. Tapi yang number 5, amoi tu selamba je cakap BM. Tak sedar kot.

Pastu, soalan discussion pertama,
'what is the role of engineer and architect in developing our contry?'
Kali ni siapa yang rase-rasa dah bersedia boleh la jwab dulu. Aku jawab turn yang kedua, lepas budak asis tu kalau tak silap. Aku agak gelabah la sebab soalan pertama.

Soalan kedua dalam bahasa melayu pulak.
'adakah kita patut menghantar ibu bapa kita ke rumah org2 tua ketika kita sudah dewasa?'
Dalam hati aku dah gelak-gelak dah. Time ni, semua jawab tak patut sebab bla..bla..bla...bla. Tapi aku dengan budak asis tu jawab 'Ye kita patut hantar mereka ke rumah org tua' sebab dengan mereka boleh bla bla bla bla bla. Tapi lepas tu, panel yg sorang ni pun mula buat kerja jahat dia dengan provok kitorang dengan mengatakan 'jika dihantar ke rumah orang tua,kebajikan mereka lebih terjaga,merka dapat berbual dgn rakan2 seusia mereka..ape pndapat kamu??' Time ni semua yang tak setuju sebelum ni dah tukar jadi setuju. Aku dengan sorang lagi lepak. Kah3. Bongkak

Soalan ketiga pulak dalam bahasa inggeris.
'what should we do to decrease the rate of crime among youngsters??'
Ade yang cakap pasang cctv la, didik sejak kecik la, hubungan yang baik antara polis dan masyarakat..(sume ni dlm BI, takda kerja aku nak translate) Aku dah la turn last sekali, dah takde point, apa yang ade dalam kepala otak aku, hanyalah PLKN. Aku pun goreng r, kata PLKN mampu menyemai semangat patriotik dan cinta akan negara seterusnya menyebabkan remaja tidak akan melakukan jnayah. Pastu panel yg sorang ni dengan selambanya mencantas aku. 'Israeilians attend their national service for two years and now they are even commit a bigger crime, explain me' Aku pun terkejut gak dia boleh bagitahu aku macam tu, aku pun cakap la PLKN Israel dgn Malaysia lain, diorang mengamalkan kerahan tenaga, manakala Malaysia tak. Maka itulah pendapat aku. Menyesal lak amik PLKN sebagai bahan sokongan.

Pastu, panel-panel tu buka soalan untuk ditanya, ade la beberapa soalan yang common ditanya..

Pastu abes. Aku keluar, terjumpa Haniff (SMSS) kat luar. Aku pun berjalan keluar dengan rasa lega. Hehe. Aku terserempak dengan Mak Pooi Guan, sempat jugak la wish goodluck memandangkan aku tengok muka dia macam tension je sambil menghafal sesuatu. Hehe. Aku pun balik sambil menuju Taman Tun sebab nak settlekan kerja ummi aku.

Chow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...