Friday, April 17, 2009

KOLEJ TENTERA UDARA



Actually ini la post terakhir aku sebelum menjejakkan ibu jari kakiku ke INSTITUT LATIHAN UDARA,IPOH.
Sebenarnya KTU dekat Alor Setar, interview je kat ipoh.
20 hari. Giler lame. Nak masuk RMC dulu seminggu je interview dia. 21 April-9 Mei. Di saat aku menulis post ni, sume barang aku tak siap lagi actually. Takpe. Lame lagi. Kerja last minute lebih mantap.



Muhammad Khairul Farhan bin Mohd Rakbi
Anda telah terplih untuk menjalani temuduga sebagai PEGAWAI KADET KOLEJ TENTERA UDARA JURUTERBANG
Perkataan juruterbang yang ada kat situ menyebabkan hatiku bertambah teruja.



Pagi tadi, aku pergi buat x-ray dada beserta laporannya.
Pastu amik gambar passport 8 keping
Then pergi fotostat slip SPM beserta sijil koko.
Dah la 15 salinan. Bapak banyak.
Then pergi dental buat pre-check.
Tak cakap pun dalam borang tu kena check.
tapi disebabkan Mej Nizam dah suruh, 
aku pun pergi la demi memastikan aku tak kena kick time interview tu.
jumpe dentist antara perkara aku tak suka.
dah la mahal..
kos tampal dua batang gigi+scaling= RM 200..
Perh
Baik pegi beli baju aku.

Ok..Ada apa hal..doakan aku.

kalau aku dapat jadi pilot airforce..
aku bawak korang naik jet tu kita bom la umah saper yang korang nak.

Saturday, April 4, 2009

the spirits..


video

huhu..dis is my life..ROYAL MILITARY COLLEGE..
mis such those things..
so nostalgic..
..we have 2 aceept it..
life..should be carry on..dont look into the past..
look forward babes...


all tyme fav..

i love this pic..

1001 memorie inside there..

newboy..hell..fatique..i learn something there..


Thursday, April 2, 2009

interview JPA..

Selamat hari Khamis...Muhd Khairul Farhan melaporkan.

Aku bangun pukul 6 harini. Awal gila (ye r..selalu pukul 6.30)
Mandi+solat, kemudian aku tengok balik baju dgn seluar yg aku nak pakai.
Baju aku dah gosok tai still cam xpuas hati. argh. gosok balik. Ummi pun dengan ayat paling best die "time sembahyang takde lak smart mcm ni" Aku pun iron gak la.Hehe. Nak smart.

Aku pakai seluar slack hitam dengan baju kemeja krim brownish sikit dengan tie college dengan kasut kulit maktab dengan belt. Melangkah dengan penuh confident walaupun sebenarnya agak tak. Aku tak breakfast sebab aku memang tak leh makan pagi buta ni. Tambah-tambah lak interview aku pukul 8pg. Nak sampai awal la kalau boleh.

Aku sampai Putrajaya pukul 0730H. Macam banyak je masa lagi. Sekarang menyesal tak breakfast. Kah3. Lepas tandatangan nama aku, aku pun naik ar lobi nak masuk tmpat interview. Aku panel 8, punya terkejut beruk aku tengok nama haniff adam..(ragbi smss) satu panel dengan aku. Lagi aku terkejut gila babeng bila nama mak pooi guan(rujuk post amoi plkn) ade skali dgn lee lyn. Tapi diorank bukan panel dengan aku sekali.

Aku pakai tag no.3, group 1st yang masouk bagi panel 8. Ada 5 orang. Awek (Cina)+Lelaki(Cina)+Farhan+Zul (Asis)+Awek Cun Gila (Cina). Begitulah susunannya. Kitaorang pun masuk. Amoi yg 1st tu selamba je duduk tanpa disuruh. Aku pun mula-mula nak duduk jugak tapi teringat pulak tips. #duduk jika disuruh berbuat begitu. Aku tak berapa nak ingat name panel-panel yang interview  aku tu. Sorang cina dengan dua melayu. Pegawai melayu pakai batik+songkok..almaklumlah hari khamis. Yang pegawai cina tu perempuan. So, dia pakai office attire jela.

Ketua panel tu, aku tgk pembawakan dia agak alim dan berjambang. So, dis start la dengan menyuruh kami introduce diri memasing. Time ni ikut giliran kat tag num tu. Aku number 3. Bila ditanya dalam english, anda harus membalas dalam bahasa yang ditanya. Tapi yang number 5, amoi tu selamba je cakap BM. Tak sedar kot.

Pastu, soalan discussion pertama,
'what is the role of engineer and architect in developing our contry?'
Kali ni siapa yang rase-rasa dah bersedia boleh la jwab dulu. Aku jawab turn yang kedua, lepas budak asis tu kalau tak silap. Aku agak gelabah la sebab soalan pertama.

Soalan kedua dalam bahasa melayu pulak.
'adakah kita patut menghantar ibu bapa kita ke rumah org2 tua ketika kita sudah dewasa?'
Dalam hati aku dah gelak-gelak dah. Time ni, semua jawab tak patut sebab bla..bla..bla...bla. Tapi aku dengan budak asis tu jawab 'Ye kita patut hantar mereka ke rumah org tua' sebab dengan mereka boleh bla bla bla bla bla. Tapi lepas tu, panel yg sorang ni pun mula buat kerja jahat dia dengan provok kitorang dengan mengatakan 'jika dihantar ke rumah orang tua,kebajikan mereka lebih terjaga,merka dapat berbual dgn rakan2 seusia mereka..ape pndapat kamu??' Time ni semua yang tak setuju sebelum ni dah tukar jadi setuju. Aku dengan sorang lagi lepak. Kah3. Bongkak

Soalan ketiga pulak dalam bahasa inggeris.
'what should we do to decrease the rate of crime among youngsters??'
Ade yang cakap pasang cctv la, didik sejak kecik la, hubungan yang baik antara polis dan masyarakat..(sume ni dlm BI, takda kerja aku nak translate) Aku dah la turn last sekali, dah takde point, apa yang ade dalam kepala otak aku, hanyalah PLKN. Aku pun goreng r, kata PLKN mampu menyemai semangat patriotik dan cinta akan negara seterusnya menyebabkan remaja tidak akan melakukan jnayah. Pastu panel yg sorang ni dengan selambanya mencantas aku. 'Israeilians attend their national service for two years and now they are even commit a bigger crime, explain me' Aku pun terkejut gak dia boleh bagitahu aku macam tu, aku pun cakap la PLKN Israel dgn Malaysia lain, diorang mengamalkan kerahan tenaga, manakala Malaysia tak. Maka itulah pendapat aku. Menyesal lak amik PLKN sebagai bahan sokongan.

Pastu, panel-panel tu buka soalan untuk ditanya, ade la beberapa soalan yang common ditanya..

Pastu abes. Aku keluar, terjumpa Haniff (SMSS) kat luar. Aku pun berjalan keluar dengan rasa lega. Hehe. Aku terserempak dengan Mak Pooi Guan, sempat jugak la wish goodluck memandangkan aku tengok muka dia macam tension je sambil menghafal sesuatu. Hehe. Aku pun balik sambil menuju Taman Tun sebab nak settlekan kerja ummi aku.

Chow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...