Sunday, December 26, 2010

Laser, Safee Sali dan Malaysia

Owh Malaysia.
Ayuh bangkit bersama,
Demi nusa dan bangsa,
Kan kujulang namamu,
Oh tanah airku,
Malaysia yang satu,
Malaysia.


Berikut merupakan sebahagian Chanting Ultras Malaya yakni penyokong tegar bola sepak Malaysia. Gua respect diorang sebab muka-muka diorang ni lah yang datang support Malaysia kat stadium even friendly game pun. Part paling best ialah, geng-geng ni lah yang still support Malaysia bila mana bola sepak Malaysia tengah merudum yakni kalah dengan team-team lain. Tak macam supporter yang konon-konon Die Hard Fan Malaysia, padahal bila Malaysia kalah, dok kutuk team bodoh lah, takda harapan lah, loser lah, takda wawasan lah dan semua-lah lah. Orang macam ni tak boleh pakai. Sokong time menang je. Time Malaysia kalah dan player-player sangatlah memerlukan motivasi daripada peminat, kutukan yang kau beri.


Itu merupakan leteran gua. Baca sambil bayangkan mak korang tengah cakap kat korang sambil pegang telinga kanan korang.


Siapa yang tengok game malam tadi je yang mampu faham perasaan gua sekarang ni masa menulis entri ni. Berdiri bulu roma. Bangga. Sedih. Terharu. Gembira. Semua ada. Serius berdiri bulu roma gua masa dengar lagu Negaraku berkumandang di Stadium Nasional Bukit Jalil.. Lagi bangga bila tengok anak-anak muda Malaysia yang memakai jersi biru berdiri megah di pentas final AFF. Rata-rata player muda lagi dan bergetah. Bergetah? Maksud aku bertenaga. Player paling muda Malaysia umur 19 (Mohd Fadhli Mohd Shas, pertahanan) manakala yang paling senior pulak umur 26 (Mohd Safee Mohd Sali, penyerang). Kalau nak compare dengan Indonesia, depa ramai player yang dah senior. Even Gonzales tu pun dah umur 34. So, kat sini aku nak terangkan yang team Malaysia sekarang ni berpeluang dan berpotensi untuk digilap lagi. Tak gitu? Player semua muda belia lagi weyh, tak mustahil kita boleh pergi lebih jauh.




Pasal perasaan sedih pulak, aku sedih tengok sebahagian dari kita yang dok main laser-laser ni. Kenapa? Kita negara yang matang, orang pun matang. Tak mudah melatah bila diprovok, tapi apa semua ni? Kenapa perlu ada laser? Orang yang mementingkan semangat kesukanan takkan buat semua benda tu kalau diorang sayang team Malaysia ni. Diorang tak pernah fikir kesan jangka panjang kan? Kan sia-sia namanya kalau FIFA or AFC batalkan kemenangan Malaysia semata-mata sebab laser tu. Kesian pulak nanti kat player kita yang dah bersusah payah score. Shahrul Idlan Talaha tu baru je kahwin hari sabtu. Inai kat jari pun tak hilang lagi tapi sanggup korban semua tu sebab nak main untuk Malaysia. Kalau kena batal kemenangan, kau rasa dia happy tak? Sekali lagi bayangkan telinga korang tengah ditarik mak masing-masing.


Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha memang gabungan terbaik. Mantap.


Dua tiga kucing berlari,
Harini menang lagi Malaysia.

Tuesday, December 21, 2010

Ada apa dengan Mamak? (AADM)

Setelah sebulan lebih tak ber-update, gua datang dengan angkuhnya.


> Gila lucah doh

Alkisah gua duduk lepak kat Khulafa Sek 7 Shah Alam ni, gua hairan tengok meja penuh jugak sampai ke luar walaupun masa tu dah pukul 4 pagi. Pelik sebab time tu, match Man U takda apatah lagi Chelsea yang tak hebat tu. Bayangkan satu restoran boleh penuh melimpah-melimpah customer sampai ke bahu jalan pada pukul 4 pagi. Whooah. Aku tahu ada di kalangan kita yang memang anti mamak. Kotor la apa la. Tapi mesti ada sekali sekali korang ter-lepak kat mamak sebab ter-masuk secara tak sengaja setelah dijemput kawan-kawan korang kan. Kat sini korang tak perlu bersetuju dengan aku. Voice out your opinion bebeh! Apa guna button comment kat bawah tu?


Korang rasa kenapa? Ada toyolkah? Hantu raya? Hantu pocong? Hantu Kak Limah?


Mengarut lah. Ini la orang kita. Bila tengok orang lain maju sikit, kaya sikit, hebat sikit, mulalah nak tuduh pakai bomoh Siam, England, Russia apa semua. Sekali lagi, mengarut. Dah dia rajin dan pandai kerja, dapatlah hasilnya. Yang kau malas nak kerja, attitude pun taknak jaga. Maka, hasilnya tak kemana. Gua pun bukan nak backup sangat abang-abang mamak yang hebat gila cakap Melayu tu, tapi itu lah hakikatnya. Kat sini gua list-kan beberapa faktor penyebab mamak menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia.


> Segar, nyaman dan menyenangkan

Keadaan restoran yang mantap-
Kau pergi la mana mamak sekalipun, satu benda yang pasti, interior design dia mantap. Jubin sampai atas, kerusi lawa, meja lawa, menu siap dengan gambar yang menggiurkan walaupun rasanya tak kemana. Frame ayat-ayat Quran berlambak digantung. Lagi satu yang paling obvious, mamak selalu located kat corner lot. Apakah? Sebab dia nak ruang yang besar untuk pelanggan-pelanggan diorang bersantai lepak-lepak tengok Chelsea kalah. Diorang sanggup invest nak dapat corner lot sebab diorang tahu untung yang datang lepastu berlambak-lambak. Pergi la mana-mana mamak sekalipun, paling kurang ada satu tempat yang ada aircond. Takpun ada kipas besar yang sejuk boleh keluar macam wap sejuk tu. Korang boleh bayangkan sendiri kan? Gua memang fail bab explain keadaan barang. Sorry.


> Ini je gambar paling mesra gua boleh cari

Pelayan yang cepat dan mesra alam-
Tak pernah dalam sejarah 19 tahun hidup gua kena marah dengan pelayan kat restoran mamak. Bukan nak compare, tapi kalau kat restoran melayu or warung melayu, jumlah gua kena marah or jeling or maki or halau amatlah tinggi. Bila korang sampai kat mamak, 2 saat lepas tu mesti dah ada orang datang amik order. Tapi kalau kat lagi satu, duduk setengah jam pun kadang-kadang pelayan dia buat dek je. Lagi teruk, bila dah order, kena tunggu lagi sejam lak nak order sampai. Dalam sejam menunggu tu, mesti korang akan mengalami sindrom kena maki or jeling bila korang try tanya "Bang, order saya lambat lagi ke?". Haha. Kesian kan. Tapi benda tu takkan terjadi kalau korang makan or lepak kat mamak. Bila korang tanya order lambat lagi ke sampai? Walaupun korang baru order setengah minit yang lepas, diorang still senyum sambil cakap "sikit jam ar macha". Secara automatik korang pun tak jadi nak marah.


>Makanan ruji orang bertandang ke sana

Makanan dan minuman-
Dua benda yang paling mantap dekat mamak ialah roti canai dengan teh tarik. Menu-menu lain kadang-kadang tak masuk dek akal pun ada. Apa kejadah mamak boleh masak tomyam? Siap tulis kat menu tomyam thai? Whoaah. Western corner dia tak payah cakap la. Kalah Victoria Station. Semua menu orang putih ada, kau sebut je. Chinese food pun dia boleh tibai gak. Char Kuey Teow pun ada, Penang mari lagi * mamak tu kata lah. Kadang-kadang lepas aku balik kelas nak minum teh o ais limau kat mamak pun diorang siap buat cucur udang dengan keropok lekor lagi. Mantap. Walaupun kadang-kadang gua gelak seorang-seorang tengok menu tu apa semua, tapi outcome dia boleh tahan jugak la sedap. Mungkin dibantu oleh keadaan persekitaran yang menyenangkan hati, so jadilah makanan tu sedap.




Wifi free-
Amatlah penting bagi student-student yang merasakan RM78 untuk P1 Wimax adalah suatu pembaziran. Senario lain: Seorang pelajar IPTA yang selama ni leka bermain Dota sehinggalah beliau sedar yang keesokan harinya merupakan hari untuk beliau present case study yang dipesan lecturer 3 bulan lepas. Kebetulan pulak pada malam tu internet free kat hostel down. Maka berlarilah pelajar tadi ke Restoran Ali Maju untuk mendapatkan sedikit line internet free dengan berumpankan segelas ais kosong. Dah nampak relevan dia kan? Berapa banyak restoran melayu offer wifi? Membazir kata diorang.


Dah penat aku meng-listkan faktor-faktor mamak hebat. Diingatkan sekali lagi jangan dok kutuk gua takda semangat melayu apa semua. Gua jelaskan apa yang gua nampak. Kalau ada peniaga makanan kita, ambil ini sebagai panduan. Buka minda. Hidup teh tarik roti canai.


Gunung Daik bercabang tiga,
sudah baca harap balas.

Wednesday, November 17, 2010

Lelaki Masak Ragbi Rapi?

*Semua orang update status kat FB raya haji apa semua. Gua balik kelas semalam terus tekan keyboard login FB update 'Beraya di Shah Alam tanpa keluarga di sisi'.


--> Area-area sini la

Benda ni terjadi semalam masa gua nak balik S.Alam dari HELP. Ini cerita sekali lagi mengambil KL Sentral sebagai setting tempatnya dan masa dia lebih kurang pukul 4 petang lebih macam tu. Gua sampai KL Sentral terus pusing-pusing sana mana tahu ada benda-benda menarik yang baru promotion ke apa. Tapi lepas jalan-jalan semua hampeh takda apa pun semalam. Orang makin ramai ada la semua baru balik kerja. Dah lepas jalan-jalan gua naik atas dekat Dunkin Donuts ingat nak makan tapi setelah tersedar yang lemak kat badan gua dah cukup banyak, gua cancel plan tu. Untuk mengover (meng+cover) malu, gua masuk kedai buku sebelah donut tak sedap tu. Hajat di hati nak beli magazine pasal 'rugby' sebab kedai ni boleh tahan banyak la international product dia. Gua pun jalan-jalan cari buku tu ada ke tak.


--> Contoh buku yang diidamkan

Tapi macam gua cakap, buku tu takda. Lepas penat menelaah semua jenis buku yang ada dalam tu, gua fedup lantas pergi ke kaunter dan tanyakan pekerja tu. Gua tanya abang mamak roti canai tu, 'ada magazine RAGBI ke?'. Lepastu dengan muka penuh confident sambil senyum, dia kata 'Ada la dik, banyak lagi baru sampai (baca dalam dialek mamak amik order)'. Lagi la gua hairan celah mana pulak yang dia kata banyak lepastu baru sampai pulak tu. 10 saat kemudian..

..................................

Dalam hati gua dah tergelak guling-guling dah. Nasib baik gua fikir yang maybe mamak ni tak faham kot ragbi tu apa lantas ditunjukkan RAPI edisi terbaru ya. Nak dijadikan cerita, ada seorang pakcik ni. Dressing memang korporat habis la. Segak bergaya dengan sut siap ada briefcase sekali dok usha-usha buku jugak. Bila dia dengar yang mamak tu cakap pasal RAPI ni dekat gua, belum sempat gua nak mencelah memperbetulkan keadaan, pakcik tu dah bersuara dulu. 'Bagus betul budak sekarang, faham perempuan. Ini yang kita nak dari orang Malaysia, sifat gentleman tu kena ada.' Gua nak betulkan keadaan tapi pakcik tu mulut dia lagi laju. 'Uncle pun suka masak-masak beli buku perempuan ni. Baru senang kita nak faham kelakuan perempuan tu sendiri and uncle rasa tak salah kalau sekali sekala lelaki masak ambil tempat perempuan'. Untuk mengelakkan keadaan bertambah rumit sekaligus nak mengurangkan darjah ke-tidak-maluan pakcik tu, gua menyampuk. 

'Pakcik, saya cari buku pasal ragbi, mamak ni salah bagi buku RAPI'

Then pakcik tu terdiam seribu bahasa. Untuk tak menghampakan tokey kedai tu, gua amik Men's Health lepastu bayar dan beredar secepat mungkin dari kedai tersebut.


Thursday, November 4, 2010

Adam Lelaki Dayus?

Disclamier: Entri ni boleh tahan panjang dan sila sabar membaca.


Salam Lelaki Dayus,

Haha. Ini punya entri sudah tertangguh berapa lama dah. Huruf pertama entry ini ditulis masa cerita Adamaya tengah hangat ditayangkan kat TV3. Adamaya time tu dah berjaya membuatkan orang-orang yang bajet macho macam gua menunggu depan tv pukul 6. Itu time cuti. Kalau time kat HELP lak, gua dengan Akmal, sanggup meminjam handset kawan gua buatan China yang ada TV antenna tu. Semangat! Lepastu dok terperuk dekat sudut bilik yang dikatakan "tempat ni je ada coverage TV". Walaupun keadaan amat tak selesa namun keinginan hati untuk melihat Lisa Surihani amatlah tinggi. Kalau dah habis petang tu, kadang-kadang gua terus bukak laptop cari yang online punya version. Namun gua dengan Akmal je yang tahu. Disebabkan ingin menjaga reputasi dan airmuka, gua sanggup buat-buat tak tahu bila member-member kaum hawa dok bercerita pasal ke-sweet-an Adam dalam cerita tu. Padahal gua dalam hati nak membangkang sekeras-kerasnya apa yang depa cakap. Tapi kantoi lah kan kalau gua dok bangkang diorang, "mana kau tahu Paan? Bukan kau kata tak tengok ke cerita Adamanya ni?" dialog ini lah yang gua taknak dengar. Muahaha.


>Aku nak DSLR macam tu. 

Berbalik kepada cerita Adamaya, apa yang korang rasa bila tengok cerita tu? Gua rasa seronok sebab ada Maya dengan Amani je. Amani tu gua ingat kalau besar nanti sure lagi cantik hebat dari Lisa Surihani. Gua tanya ni, apa korang rasa bila tengok cerita tu? Best kan? ala-ala sweet gitu macam lolipop 30sen perisa oren. Kalau perempuan yang tengok, sure hati cair tengok kebodohan kebaikan Adam. Kalau lelaki pulak sama ada cair tengok Maya or rasa nak tumbuk Dani. Gua tak tahu asal muka Dani tu gua tengok macam punchbag dah. Hanya tumbukan bertalu-talu yang dapat melegakan gua.


Korang tak rasa yang cerita Adamaya ni saja memfokuskan kepada situasi seorang lelaki yang lemah atau bahasa inggeris dia orang panggil dayus? Cara Adam digambarkan tu memang tak lebih dari seorang lelaki yang tak mampu nak berbuat apa-apa hatta time isteri dia berdating dengan Dani sekalipun? (Sorry, Bahasa Melayu gua memang taraf tinggi) Cerita ni digambarkan kepada kita macamlah apa yang Maya buat semua tu bukanlah satu kesalahan besar. Realitinya, semua perlakuan Maya dalam cerita tu adalah dosa dan bertentangan dengan norma-norma seorang yang menggelarkan dirinya Muslim. Walaupun itu semua cerita rekaan, tapi tak mustahil lepas ni benda ni terjadi kan dalam realiti? Sebab apa? Sebab dalam Adamaya semuanya nampak simple dan tak salah. Pemilihan komedi sebagai genre drama tu diakui banyak membantu dalam menyampaikan message-message tertentu, tapi dalam masa yang sama kita cuba 'meringankan' dan 'membodohkan' hukum Islam. Bila Maya curi-curi keluar sebab nak makan malam dengan Dani, korang gelak tengok cara dia 'auta' Adam kata ada klien apa semua. Tapi pernah korang fikir kalau benda tu jadi kat korang? Suami dok dalam rumah layan anak sedangkan bini dating dengan lelaki lain. Muahaha. Ini terbaik. Aku tak kisah sangat kalau lepas ni ada orang nak kata aku kolot or sebagainya. Aku terima je. Maybe korang moden dan mengikut arus pemodenan kan, so bini dating dengan laki lain korang jawab "Alah, biasa la tu, lepak la bro!" Muahahaha. 

> maybe ni pilihan hati gua

*Perenggan ni lebih serius. Bersedia untuk segala kemungkinan

Pemikiran aku sangat kritikal pasal benda ni. Aku menunggu saat tu. Nauzubillah. Jangan lepas ni terjadi kat bini korang ataupun adik perempuan korang berdating dengan ex-boyfriend diorang time university sedangkan 3 bulan lepas baru bersanding atas pelamin dengan lelaki lain. . Dani pulak, dengan muka dia yang memang sengal tu (sorilah sebab jujur sangat Faizal Usop) memang terbaik. Dah kahwin pun nak kejar lagi ex-GF kolej dulu. Zaman dah berubah, dulu kalau couple kat kolej, lepas grad dah lost contact. Sekarang dah maju, jadi bini orang pun boleh contact ex-BF lagi sebab ada Blackberry dengan Facebook. Kalau dah contact kan, mesti la nak berjumpa kan? kan? kan? Lepastu berjumpa la dekat kopitiam mana-mana. Order roti bakar dengan milo ais, boleh sembang 2-3 jam. Tapi cakap kat laki or bini masing-masing apa? pergi jumpa klien. Bila mata bertentang mata, pandangan turun ke hati. *time ni gua pun gelak guling-guling baca balik ayat gua tulis. Lepastu masing-masing boleh agak apa jadi kan? Yang laki ni dok puji la perempuan ni still lawa, macam dulu gak time kolej. Kenangan bercinta masa kolej lepastu datang la menyerang. Lepastu gua malas sambung dah, takleh imagine dah. Stop kat situ je. Fullstop.

Apa yang gua boleh simpulkan sekarang? Adamaya ni cukup meninggalkan kesan kat hati semua orang. Tapi gua takut kalau lepasni makin banyak cerita macam ni dipertontonkan lepastu orang makin 'jaded' dan seolah-olah benda ni normal dan tak salah kalau si isteri or suami nak contact ex-BF/GF diorang walaupun anak dah 4 masa tu.*untuk 'jaded', sila rujuk kamus anda, gua tak reti nak translate. Bila kita dah kahwin or bertunang or ber-apa sekalipun, hargai siapa di depan anda dan sila lupakan sejarah anda. Jangan sampai yang kat depan anda tu dah takda tinggalkan anda, baru terkial-kial nak menghargai. Sekian. Kerjasama anda amat dihargai. *Gua belum kahwin. Itu Fakta.

Pendapat kalian diperlukan. Anda tidak semestinya menyokong pendapat ini.

Lunch time, bebeh!

Friday, October 15, 2010

Aku jealous dengan Pengkid



*Tajuk entri ni maybe agak kontroversi tapi gua tak kisah, gua nak cerita gak pasal apa yang gua rasa sekarang ni.

Pertama-tamanya, ingin gua mengingatkan yang gua ni bukanlah jenis prejudis terhadap golongan pengkid ni tapi seperti yang terang dinyatakan dekat tajuk entri, gua JEALOUS atau bahasa melayu nya CEMBURU. Gua mengalukan kedatangan pembaca-pembaca dari golongan pengkid.

-gambar ihsan MEDIA MALAYA

Isu pengkid ni gua tak tahu la. Dulu kecoh gila. Satu Malaysia bising pasal kes ni. Pengkid mengikut definisi Kamus Oxpord adalah perempuan yang berpenampilan seperti lelaki. Ada faham? Selalu ada tak nampak sepasang kekasih yang bila melintas depan kita, ada rasa janggal bila melihat 'Sang Jejaka' nya? Dia cuba yang terbaik untuk menjadi lelaki, namun tewas. Gua lagi hensem. Itu fakta. Manakala 'Sang Jejaka' itu nampak macam lain macam sikit. Muka macam lelaki tapi still hmmm hmmm hmmm ada yang tak kena. Time tu semua menteri keluar statement masing-masing. Tapi tindakan tak berapa nak ada.

Kenapa gua cerita pasal pengkid ni?

Ada minggu lepas gua naik Bas Rapid KL yang macam siput laju gila on the way pergi LRT Bangsar. Gua dari HELP lepas kelas terasa nak pergi KL Sentral lak lepak-lepak sana hilang tension tengok orang. Time tu memang tension owh. Dah la next elaun JPA bayar Januari nanti. Lambat gila. Al-kisah nak dijadikan cerita masa dalam salah satu hentian bas ni, naik lah sepasang kekasih yang awek dia cun gila kalah awek gua, Lisa Surihani. At first, gua memang ingat couple tu merupakan sepasang lagi anak muda yang sedang hangat bercinta. Namun ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan lebat di tengahari. Bf awek tu pun perempuan dowh. Cuma slack takda misai janggut jambang or maybe jugak takda bulu kaki. Rambut dia potong lagi pendek dari aku, pakai kemeja lengan pendek, seluar jeans and sneakers. Lepastu ada la sikit rantai tali hitam dengan gelang perak seutas dua dia pakai. Gaya dia memang maskulin habis la. Habis-habisan tiru cara pemakaian lelaki. Even gua pun tak pakai rantai dengan gelang tu. Hahahaha. Kemudian, diorang duduk depan mengadap gua. Awek tu cun gila vavi. Terpegun cair gugur jantung gua. Dia punya senyum. Pergh. Paling ayu. Macam muka Nadine Alexandra Dewi Ames. 
> macam ini la rupa GF pengkid tu

Berbalik kepada tajuk dia atas. Dah nampak la kan relevan kenapa gua jeles dengan pengkid? Awek diorang semua cun gila vavi dowh. Gua pun tak faham kenapa awek tu pilih pengkid. Kalau nak compare hensem, of course la gua lagi hensem dari 'BF' dia tu. Tinggi pun gua menang tapi apa kes perempuan tu pilih pengkid ni? Yela, kalau tanya, alasan klise mesti keluar "I dah tak percaya dengan lelaki, semua jantan sama je tak guna. Baik I cari someone yang boleh faham hati I, fikiran I. Lelaki I ulang ye, semuanya tak guna. U pun lebih kurang la." Okay, yang last tu gua reka saja-saja. 

Berbalik kepada Islam. *ada sikit pengisian
Benda ni dah sah-sah haram hukum nya. Perempuan yang menyerupai lelaki or sebaliknya pun sama je hukum dia. Haram. Walaupun kita ni ada pengalaman hitam ataupun kena tinggal dengan lelaki apa tak membolehkan kita menjadi pengkid or ambil pengkid ini sebagai jalan hidup. Niat tak pernah menghalalkan cara. Ingat tu. Jangan sebab kau dah pilih orang yang salah, kau nak samakan semua laki. Ingatlah bahawa ada ramai lagi lelaki yang lebih baik/molek perangai/hati bersih dan hensem yang boleh korang buat suami or teman. Contoh terdekat dan terhebat ialah GUA sendiri. Tak ke rugi namanya perempuan yang cantik macam tu end up dengan perempuan gak. Fitrah manusia dijadikan lelaki dan perempuan. Lelaki kena berpasangan dengan perempuan dan vice versa. So, kepada awek-awek pengkid yang nak berubah tu, sila lah rujuk kepada gua. HAHAHA.

*tanda-tanda kiamat ya.

Friday, October 8, 2010

Petua Kuat Imam Syafie

Umum dah tahu yang hidup ni kalau penuh dengan petua dan pantang, InsyaAllah hidup boleh sihat, umur boleh panjang, awet muda, dapat awek muda, muka ceria, senyum girang gembira, hati bersih lantas senang beribadat. Gua rasa Bahasa Melayu gua memang mantap, tak sia-sia pemeriksa bagi gua 1A time SPM. AHAHA. Kalau rasa nak ada semua ni, tak lain tak bukan korang kena baca apa yang gua tulis. Ini petua Imam Syafie, bukan petua gua. Sebab badan gua lately pun rasa sengal-sengal dan pening-pening bagaikan simptom hawa mengandung. AHA? So, gua rasa nak practise apa yang disuruh ni. Baru kuat, sihat dan bertenaga dan yang penting sekali senang nak beribadat. Itu matlamat kita ya.

Ini semua gua dapat dari note senior kat Facebook. Gua bagi 1 jenis tip dulu. Kalau bagi banyak-banyak pun belum tentu korang buat. So, mula dengan yang ni dulu.

Empat perkara yang menguatkan badan

> senyum macam kambing ni. Hensem!

-Makan daging
Actually makan daging ni memang berkhasiat. Hatta zaman nabi pun, Baginda suka makan kambing. Fakta makan kambing boleh menyumbang kepada penyakit merbahaya seperti darah tinggi amatlah tak relevan (tapi orang tua selalu takut makan kambing) sebab nabi pun kata yang kambing ni bagus kalau nak compare dengan daging lain. Jangan terpedaya sangat dengan dakyah barat. Memang gua layak jadi lecturer BM (berdasarkan tulisan gua yang memenuhi piawaian). Mungkin penyebab darah tinggi tu ialah cara kita masak kambing tu?

>ini favourite gua

-Memakai haruman
Gua bukan lah orang yang selayaknya untuk memberi justifikasi kenapa memakai haruman boleh menguatkan badan. Gua student A-level je. Bukan Imam masjid negara mahupun Imam Muda. Tapi gua dapat rasakan yang bila seseorang tu memakai haruman tak kira lah minyak atar or perfume Polo Blue, itu dapat meransang otak korang lantas menghantar mesej kepada saraf yang mengatakan korang amat yakin kepada diri sendiri yang sememangnya bersemangat sejak awal lagi. Aku memang tak pandai explain. Kau pakai jelah, banyak tanya pulak.


>budak pun reti mandi 

-Kerap mandi
Ini takkan nak suruh gua explain jugak kenapa mandi itu penting. Selain mandi yang WAJIB, korang juga diharuskan mandi setiap hari. Ingat yang korang sekarang berada di Klang, Batu Pahat, Kota Bharu yang semuanya senang cerita dalam Malaysia dan negara kita ni pulak sememangnya panas dan lembap. Bila panas dan lembap, peluh cepat keluar dan keadaan yang lembap tu pulak memang memburukkan lagi keadaan. Tidak semena-mena bau yang semerbak akan muncul dari badan korang lantas menyebabkan orang yang duduk sebelah korang berkata "ba alif ba ya betul la budak ni, tak mandi ke?". Ingat yang mandi ni menyegarkan otak dan badan.


> ini je aku jumpa kat google

-Berpakaian dari kapas
Okay ni gua surrender. Gua pun tak nampak apa kesan dia. Tapi dunia Islam ini penuh dengan maksud-maksud tersirat. Maybe apa yang nak disampaikan Imam Syafie sebagai memakai kain kapas (cotton) ialah sentiasa beserdehana dalam kehidupan seharian. Kapas dengan sutera mana lagi mahal? Lu pikir sekejap. Ataupun memang dia maksudkan memakai kain kapas yang mungkin ada kebaikan-kebaikan yang tertentu? Gua pun tak tahu, lu orang buat research pastu comment kat sini. 

Ingat sekali lagi yang gua bukanlah paling layak untuk menceritakan semua ni. Jadi kalau ada sebarang kekhilafan boleh la rujuk kepada yang lebih berhak dan lebih mengetahui. Tujuan entry ni adalah sekadar untuk berkongsi pengetahuan. Sebab hadis nabi yang sahih ada mengatakan 'Sampaikanlah (ilmuku) walau sepotong ayat'.

Sekian, Wabillahitaufikwalhidayah, Wassalamulaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
(baca ayat dia atas dengan merujuk kepada gaya panel-panel Forum Perdana)




    Friday, October 1, 2010

    Hidup sebagai manusia di HELP

    Genap sebulan aku tak update blog ni. Nak jimatkan eletrik. Aku pencinta alam.

    Dalam sebulan ni, banyak gila benda/event besar aku dah lalui. Tapi haram masa takda nak update semua cerita. Raya dah lepas, mood raya pun takda. Jemputan open house setiap minggu. Kenyang tapi penat. Tapi takpe, at least save duit makan aku hujung minggu. Siapa yang nak buat open house bukan masa raya je boleh. Setiap minggu boleh dan kalau boleh jugak setiap minggu jemput la aku makan. Lebih afdal kalau masa-masa hujung semester yang duit dalam bank pun sampai dah tak boleh keluar. Satu benda yang aku rasa patut aku update kat blog ni ialah berat aku semakin hari semakin bertambah.
    Aku dengan Hafizuddin adik aku f2


    Hipotesis lengkap: semakin bertambah usia Farhan, semakin berat dan lebar jugalah beliau.


    Pagi tadi aku ada test math. Sumpah tak boleh jawab dowh. Aku dah penat la selesaikan masalah matematik ni. Dari darjah 1 hingga la A-level, matematik ni tak pernah nak besar. Cuba la jadi matang sikit, sedar diri, kau dah tua Matematik oi. Selesaikan la masalah kau sendiri, apahal lak nak suruh aku yang selesaikan masalah kau. Tak malu ke? Dulu masalah kau simple je, sekarang makin besar makin rumit, kau nak suruh orang lain settle. Banyak cantik.


    Sekarang ni aku tengah sibuk buat UCAS application. Semester paling sibuk. Nak buat CV summary la, apa la, personal statement semua. Kena settle satu-satu. Baru ada semangat nak belajar. Ini alasan semata-mata.


    *doakan la aku dapat belajar bersungguh-sunguh dan ada mood untuk revision. Supaya senang JPA bagi aku fly.



    Thursday, September 2, 2010

    Kita dan Mercun

    Seronok kan dengar title entri aku ni?


    Hahaha. Lepastu ada pulak seorang dua yang kata 'Paan, aku tak pernah main mercun, aku budak baik'. Sesungguhnya kau la orang paling pandai menipu sekali dalam sekelian alam. Paling kurang pun mesti pernah pegang mercun or tengok orang main mercun kan? So kau kira terlibat sekali lah. Entah- entah walaupun korang tak main tapi korang la supplier mercun bagi 3 daerah utama dalam negeri anda.


    Sebut pasal mercun, dari yang umur 4 tahun sampai 64 tahun semua ada kisah pasal mercun or baru nak start main mercun (yang umur 4 tahun tu). So kat sini dengan senang hati aku nak cerita pasal mercun yang famous kat Mesia ni.


    Peringatan: Aku bukan supplier mercun jadi ini bukanlah katalog menjual mercun. Gambar semua ehsan Google.


    > Ini nama dia Mercun Bola

    Mercun bola diberi nama,
    dibeli oleh anak tok ketua,
    jari hilang entah ke mana,
    muka tak hensem parut tak lupa.

    Mood berpantun datang secara tiba-tiba. Jangan salahkan aku. Mercun bola ini antara favourite anak-anak muda dan tua. Harga market dia aku tak tahu tapi 2 tahun lepas aku pernah nampak orang jual RM25/100biji. Mercun maniac sekalian, ini murah ke mahal?


    > Mercun papan/padi

    Mercun ni versi anak sikit kepada mercun cina sebab mercun cina besar sikit. Manakala papan ni saiz lebih kecil dan sumbu dia lebih pendek. Selalu kalau bakar, orang akan bakar satu papan terus senang. Kalau nak bakar satu-satu pun boleh tapi lambat sikit la kena cerai-ceraikan. Lagi satu kalau bakar satu-satu kemungkinan untuk hilang jari dan tangan berbalut masa raya pertama amatlah tinggi.

     
    > Mercun Telur.

    Mercun telur. Satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Sudah terkenal kerana keupayaannya untuk memutuskan bukan saja jari bahkan nyawa anak orang. Kenapa nama dia telur sebab bentuk dia besar dan bulat sikit macam telur. Saiz dia lebih besar dari mercun bola. Mahal sikit kot sebab saiz lagi besar dan lagi power.


    > Thunder Clap..feveret

    Ini pun salah satu mercun yang boleh kira golongan bangsawan gak la. Kira power la. Kalau pegang tangan kosong macam tu je InsyaAllah tangan tu boleh hilang. Tapi siapa yang bodoh sangat pergi pegang tu kan? Nama pun mercun udara, bagi la dia terbang. Cara pelancaran Thunder Clap ni senang je. Letak dalam botol atau pacak kat pasir atau rumput yang lembut. Lepas tu tengok la ia terbang dan meletup. Lepas dah meletup tu baru korang sedar yang korang dah bakar another RM3.50 untuk sebatang benda tu.  Sedih kan?

    > Mercun Mancis

    Salah satu mercun golongan bawahan yang diminati golongan budak-budak yang baru nak belajar main mercun. Orang tua selalu kata "Ali, kau budak kecil lagi, tak boleh main mercun bola. Nah, ayah bagi mercun mancis ni dulu buat belajar main." Kreatif kan si bapa? Mercun bola ini antara paling senang nak main la. Amik mercun tu pastu nyalakan macam mancis kat rumah. Murah kot. Harga dalam seringgit sekotak. Ini aku tak tahu la boleh putuskan jari ke tak. Cuba korang test pastu comment kat sini (kalau ada jari lagi). Kalau takda jari dah. Takpe. Aku faham.

    >Mercun Das

    Dapat award mercun paling relaks dan sempoi. Kerja korang pegang dan halakan kat atas je. Tapi kalau try halakan kat enjin kereta bapak korang ke ok gak. Jangan menangis kalau bapak-nya lempang korang dengan sekuat hati selepas tu. Mercun ni ok je sebenarnya tapi jadi super-bahaya kalau orang yang pegang jenis gelabah tak tentu pasal ataupun jenis kuat melatah. Bila orang yang jenis macam ni pegang mercun das ni, kalau dia gelabah, automatic dia akan hilang fokus lantas menghalakan tangan dia ke arah korang (tanpa menyedari yang tangan dia ada mercun). Lalu keluarlah das mercun tersebut menghala ke baju korang ataupun lebih best lagi ke muka korang. Aumm.


    > Mercun pujaan hati kanak-kanak

    Setelah banyak gila comment aku dapat suruh letak mercun pop-pop@bawang ni, aku pun dengan ikhlas nya pergi search image pop-pop ni kat Google. Mercun pop-pop ni memang sah-sah tak boleh putuskan jari orang. Kau buat la macam mana pun memang tak boleh putuskan jari kau. Cara nak main dia senang je, amik satu benda tu lepastu baling ke simen. Kalau kau baling kuat, meletuplah ia tapi kalau baling pun sopan-sopan ala-ala Perempuan Melayu Terakhir, memang bentuk dia akan jadi sama je dan takkan meletup. Sepanjang 19 tahun hidup ni, tak pernah aku dengar orang cedera main mercun ni (layak ke masuk Bangsa Mercun?). Hatta kau kumpulkan satu lori mercun ni lepas tu kau baling ke tanah pakai lastik giant tu pun tak boleh ketarkan lutut manusia normal umur 19 tahun. Bersesuaian dengan prestasinya, harga dia tak la mahal sangat. RM1 sekotak.

    > Bunga api kesayangan kanak-kanak

    Sesungguhnya takda dah yang lagi bawah dari benda ni. Ini la benda paling bawah sekali dalam kitaran hidup Bangsa Mercun. Nama dia bunga api. Bunga api kat atas ni jenis kertas lepastu ada keluar yang warna warni sekali. Ada dua jenis lagi iaitu bunga api kertas warna merah (asap keluar macam asap lori tak pernah servis) dengan bunga api besi. Bunga api besi dikatakan lebih selamat yela sebab harga kau lagi mahal. Bunga api ni setahu aku takda la membahayakan sangat tapi bergantung kepada pengguna la. Kalau pengguna tu yang sengal salah guna bunga api ni jadi bahaya la. Sesuai digunakan oleh kanak-kanak belum baligh dan mukallaf.

    Akhir kata, yang mana satu pilihan kalbu?

    Mercun ni paling best

    Wednesday, August 25, 2010

    update Ramadhan + upcoming Syawal

    A.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m. serta salam sejahtera bagi yang tak boleh jawab salam.

    Terpacaknya aku depan laptop Acer aku yang cantik ni adalah bertujuan untuk mengupdate serba sedikit pasal hidup aku. Kenapa aku tulis blog? kenapa tak tulis dalam diari je? baru la mantap ada diari. Jawapan aku: malas nak pergi Kinokuniya beli diari keluarkan duit RM23.50 semata-mata nak beli diari yang kulit buku dia sikit lagi nak taraf jambu air warna pink langsat. Bukanlah aku mendiskriminasikan lelaki yang ada diari tapi jiwa aku tak sampai tahap tu lagi. Aku prefer blog sebab blog senang sikit sebab dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohaniah dan batiniah. Okay itu tipu. Senang je. Sebab dia free. Kau tulis berapa banyak pun sama je kos dia. Still free. Kalau kau pakai P1 Wimax or berukband yang lain maybe la kau kena bayar. Tapi siapa suruh ngada-ngada pakai berukband walaupun kau tahu servis dia amatlah mendukacitakan? Nak tengok video kat YouTube pun kena buffer lama gila. Kalau start click video tu masa buka puasa, InsyaAllah lepas terawih 20 rakaat baru siap video tu. Itu pun tak habis lagi ada dalam 10 saat tak siap. Tapi kalau nak tulis blog,  pergi la curi line orang or else melukut di tepi bilik kat hostel kau mengharapkan wifi yang lajunya sikit lagi nak sama dengan siput babi.

    Sekarang ni hari ke-15 puasa menandakan bahawa bermulanya bacaan qunut dalam solat witir kita. Secara automatik-nya korang ada 2 minggu lagi nak berterawih or buat amal ibadat sebanyak-banyaknya. Pahala berlipat kali ganda. Ini kira bulan pesta la. Semuanya berganda-ganda. Ini kira Mega Sales la untuk umat islam sebab Dia bagi berlipat kali ganda pahala bagi setiap apa amalan yang kau buat. Bukan aku yang cakap, tapi Allah yang janji. Benda best takkan nak tinggalkan?

    Untuk pengetahuan kalian, aku sedang membuat attachment di Plaza Perangsang, Shah Alam atau lebih tepat lagi di Tetuan Farah A.Zabir & Partners selama 2 minggu. Owh kerja sebagai lawyer amatlah menakutkan. Muahaha. 8.30pagi ke 4.30 petang (Ramadhan) and baru lah aku faham kenapa orang kata waktu kerja sangat lah tension. Nak tunggu sampai 4.30 tu pergh..lama gila.
    -->baju melayu yang dah kurang minat
    Tahun ni juga aku tak beli baju melayu memangdangkan interest aku untuk memakai baju melayu di pagi raya sudah menurun. Masa break pukul 1-2 kat firm aku tu, aku gerak ke SACC, PKNS dan Alam Sentral jalan-jalan cari makan dengan Husni. Tiba-tiba ternampak satu baju yang lawa gila. Tanpa berfikir panjang, aku beli sekeping. *sekeping kah? Akan ku pakai nanti pagi raya.

    --->ini la baju raya aku tahu ni ganti baju melayu: baju indon

    Raya tahun ni jugak, aku akan beraya di Kelantan. Mungkin solat sunat raya di belah Umi dan lepastu pergi rumah Atok belah Abah. Aku akan balik sana 8/9 tapi maybe tak lama sangat sebab Hafiza nak UPSR minggu depan nya.

    Chow.

    Thursday, August 12, 2010

    Selamat Berpuasa kali terakhir

    Tajuk entry maybe agak kontroversi tapi ini lah dunia. Tak mustahil ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu oleh sekelompok manusia yang dambakan rahmat dan pahala yang telah dijanjikan oleh Nya. Mungkin tahun ni kita sempat bersahur dan berbuka bersama orang tersayang tapi siapa boleh guarantee korang dapat buat benda yang sama tahun depan?

    *mood serius dah hilang tapi apa yang aku tulis tu memang serius dan renung-renungkanlah

    Selamat menjalani ibadah puasa buat kalian yang sedang membaca. Harini yakni hari kedua berpuasa menandakan ada 27/28 hari lagi untuk kita umat manusia berhari raya. Kat sini depan laptop ni tiba-tiba aku teirngat pengalaman berpuasa masa kecik-kecik. Masa dalam darjah 1 or 2, aku ingat lagi yang pasal kes masuk bilik mandi semata-mata nak minum air paip. Hahahahaha. Masa panas terik matahari tu dah membuatkan tubuh aku terkujur layu di sofa, tiba-tiba aku rasa dahaga gila lalu melangkah be bilik mandi. Lalu disuakan mulut ku ke air paip yang tiba-tiba bertukar rasa menjadi fresh oren (imagination). Nikmat gila rasa air paip time tu, padahal rasa klorin je tapi memang sedap ah. Puas. Bila aku dok baring-baring tadi, baru aku sedar betapa bodoh nya aku masa tu. Kenapa aku tak order je Domino's or McD masa tu? dah semestinya lagi sedap kalau nak compare dengan air paip lauk klorin tu. Hahaha. Paling kurang pun tapau KFC balik rumah makan. Tapi aku baru ingat masa tu umur aku baru 7 ke 8 tahun, so, akal  pun tak panjang lagi macam sekarang. Haahaha
    --->air fresh oren aku masa darjah 1

    Lagi satu benda yang aku suka masa bulan puasa ni adalah Ayam Percik. Sedap gila weyh ayam percik ni. Kelantan style pun best gak yang kuah putih tu. Sedap amatlah sedap. So, bakal bini aku wajib pandai masak benda ni. HAHAHAHAHA.. Kejam gila aku nak cari bini. Kalau bulan puasa ni, aku rasa aku boleh makan ayam percik ni saja without nasi. Taksub kan aku kat ayam percik? tapi memang sedap. Urghhh..


                                       
    ---> gambar pun nampak sedap kan??

    Selamat berpuasa lah rakan-rakan. Walaupun aku suka ayam percik tapi aku bukan selalu makan pun sebab malas nak pergi beli kat bazaar. Ingat jangan beli macam perut kau ada 9 tapi ingat lah bahawasanya perut kay ada 1 je so, budget-budget lah bila nak beli. Jangan sampai membazir.

    Monday, July 5, 2010

    Tips bila berlari/jogging (part 2)

    Setelah ada mood untuk menulis, jom tengok pulak apa yang ada kat part 2 ni.

    Disclaimer: Aku bukanlah atlet Malaysia atau Asia atau mewakili Bumi ke Kejohanan Olahraga Antara PLanet. Jadi apa yang ditulis hanyalah berdasarkan pengalaman semata-mata. Dan aku tulis ni nak seronok-seronok. Ingat eh.

    Lepas semua kelengkapan dah siap seperti di entry Part 1 sebelum ni, korang dah mula perah otak mana korang lari/jog nanti. Sebaiknya korang jog/lari dekat taman tasik or taman apa-apa lah dekat rumah korang kecuali taman burung dan taman buaya. Kelebihan jog/lari dekat sini ialah suasana yang lebih nyaman, tenang dan selamat kalau compare dengan tepi jalanraya. Bukan tak boleh jog tepi jalan, tapi risiko kena langgar amatlah tinggi berdasarkan prestasi pemandu-pemandu Malaysia. Selain tu, kalau jog/lari kat taman, bagi yang bujang mahupun yang dah berkahwin (lelaki terutamanya) secara automatik akan naik semangat nak berlari/jog lepas tengok anak-anak dara mahupun mak dara yang lain berlari. Ini bagus sebab korang mesti malu nak berhenti jog mahupun berjalan sebab taknak di-cop lemah/tak macho/dan sebagainya. Mesti korang akan berlari macam runner Kenya walaupun jantung korang dah nak meletup.
    ---->scene bertemu jodoh kat taman tasik. HAHAHA

    Ok. Kalau dah berlari tu, kalau taknak malu depan awek-awek or mak-mak awek, mesti la kena ada stamina betul tak? Untuk mendapatkan stamina yang tinggi, mulakan dari bawah. Kan korang dah set trek yang bakal korang lari tu kan? Untuk sesi pertama yakni hari pertama, try jalan-jalan dulu pusing trek, kalau rasa trek tu tak cukup jauh, pusing la 2 kali. Kalau rasa tak keluar peluh lagi, boleh la pusing 15 kali pun janji jangan berlari lagi, cukup hanya berjalan.

    Hari kedua pulak, baru start program. Dengan menggunakan sifir korang, jogging lah korang untuk 2km. Pandai-pandai lah agak sampai mana 2km tu. Ramai yang tanya apa beza jogging dengan lari? Jogging ialah apabila korang boleh nyanyi lagu Negaraku walaupun tersekat-sekat sambil melakukan aktiviti 'jogging' tu. Manakala berlari pula adalah apabila korang memang langsung tak boleh nak sebut perkataan Negaraku tu apatah lagi menyanyi. Tapi kalau pecut lak, adalah keadaan di mana korang memang tak boleh ingat langsung apakah Negaraku itu dan korang tak berkesempatan nak pandang awek-awek sebelah korang. Jadi, itulah beza ketiga-tiga benda tu.

    Bila dah habis jog tu, jangan terus duduk or teguk 100plus yang korang beli dari 7-eleven tadi. Jangan berhenti mendadak sebab nanti maybe badan korang akan mengalami kejutan yang teruk dari berlari ke duduk. Lepas dah cecak jarak 2km, slow-slow jalan area situ. Tarik nafas and hembus untuk sistem pernafasan korang stabil balik. Dah habis, buat lah sesi sejukkan badan. Lebih kurang macam warm up jugak.

    Kalau ada sebarang keraguan, sila-lah rujuk disclamier kat atas entry ni kalau korang lupa nak baca masa awal-awal tadi.hehehe. Dah puas merepek, kelas aku nak start dah pukul 2 ni, maka gerak dulu. Tengah cari apa nak tulis kat part 3 (finale)

    Sunday, June 27, 2010

    Tips bila berlari/jogging (part 1)


    Yeah. Disebabkan aku baru lepas tengok satu rancangan dekat Discovery Channel yang menceritakan pasal obesiti, dengan secara tiba-tiba semangat aku naik untuk menulis pasal gaya hidup sihat. Juga event Standard Chartered KL Marathon 2010 yang berlangsung pagi Ahad lepas yang aku dah terlepas sebab tak register dan tak ada member nak lari sekali.

    Merujuk kepada tajuk entry diatas, aku ni tak la hebat sangat bila berlari, tapi orang kata, boleh la setakat nak lari 10k non-stop tu (muka riak gila time ni). Okay, first sekali kita kena siapkan dengan persiapan fizikal kita. Gear kena cukup. Kasut yang disarankan ialah running shoes. Jangat sekali-kali lari pakai kasut futsal or kasut sekolah or kasut kulit yang ayah korang buat pergi kerja. Juga diingatkan jangan lari pakai Crocs. Tah papa ntah. Kalau nak tengok kasut apa yang aku guna untuk lari, boleh rujuk entry ni. Bila pakai kasut yang sesuai, kaki kita akan rasa best gila seterusnya menjadi penjana semangat untuk korang lari. Jangan la beli yang mahal gila kalau baru nak start lari, ada je kasut-kasut yang berkualiti boleh korang dapat bawah RM100. Mula-mula start kan, kena la daripada bawah. Nanti bila kau dah hebat sampai tahap runner Kenya or Nigeria, lantak kau lah nak beli kasut harga 3ribu pun. Aku tak halang.

    Settle bab kasut, kita bergerak ke stoking. Kalau boleh pakai stoking yang sampai ankle tu je. Selesa bila berlari. Itu murah je kot, 3 pasang RM10 kalau kat pasar malam. Ingat pesan aku, jangan beli yang mahal-mahal lagi.HAHAHAHAHA. Okay, now cerita pasal track bottom yang sesuai. Kalau boleh, jangan pakai seluar slack atau jeans atau seluar tidur atau lebih teruk lagi seluar dalam. Seluar yang disarankan track bottom yang kukuh fabrik dia. Jangan pakai yang mudah terkoyak sebab bila berlari dan masa warming up, banyak pergerakan diperlukan. Tak kan korang nak tanggung malu seluar koyak bila berlari. Tak berbaloi kena gelak. Seluar yang dicadangkan, seluar yang ada lubang-lubang kecil kat dalam seluar tu. Betul ke aku explain ni? ala yang macam lubang udara dalam seluar tu. Memang ramai yang tak suka seluar jenis tu, sebab rasa gatal dan tak selesa. Tapi hakikatnya seluar tu bagus untuk pengudaraan kaki kau. Udara boleh masuk dan keluar. So, kau tak rasa panas dalam seluar bila berlari.(aku tak pandai explain tapi aku mohon jangan lah fikir bukan-bukan).

    Bergerak ke baju pulak, kalau boleh jangan pakai baju. MUAHAHAHA. Mana ada, itu fitnah. Aku suruh pakai baju. Kalau boleh, jangan la pakai baju yang fabrik tebal bila berlari. Jangan pakai t-shirt berkolar kain polo, baju fabrik bulu, baju melayu, blazer dan apatah lagi baju kemeja lengan panjang. Amik t-shirt yang paling ringan, yang selesa gila bila pakai. Disarankan pakai baju yang sublimate punya jenis. Dia serap peluh dan amatlah ringan. Kat bawah ni gambar aku bila Energizer Night Race tahun ni. Aku tak ingat bila.
    ---> my 10km Energizer Night Race

    Entry kali ini special untuk persiapan gear dulu. So, lepas ni entry akan fokuskan pasal tips training dan bila berlari. So, berjumpa kita dia lain hari!

    Wednesday, June 23, 2010

    Cerita Hantu kat Sekolah

    ----->pemandangan dari helikopter (ini baru blok akademik)

    Entry yang lepas aku dah cerita pasal pengalaman kat sekolah rendah, tak adil rasanya kalau aku abaikan hidup di sekolah menengah yang ternyata lagi banyak pengalaman. Semasa Tingkatan 1, aku sekolah kat Putrajaya. Selepas pergi pemilihan untuk Maktab Tentera Diraja, aku berjaya lepas sesi pemilihan dan mendaftar di MTD/RMC bersama 149 rakanku yang lain di Kem Sg Besi.

    Cerita hantu kat RMC. Tak payah tunggu lama nak tunggu cerita hantu, time orientasi selama 3 minggu dah macam-macam cerita hantu yang keluar dari mulut-mulut senior. Kalau tak silap aku, malam ketiga orientasi, kami(newboy) tidur dalam prep room kompeni yang lengkap berhawa dingin. Punya la seronok tidur dalam aircond lepas seharian penat orientasi. Tapi senior-senior aku yang baik tu boleh bantai cerita hantu pulak. Aku dah la kecik lagi (Form 2 kecik la kan). Cerita yang paling aku rasa real masa tu adalah cerita Rahim.

    *OPs kalau silap tolong betulkan cerita ni

    seperti yang diceritakan kepada Muhd Khairul Farhan,
    Rahim ni putera Tingkatan 4 kompeni Foxtrot. Masa tu, dia ada latihan air dekat Tasik Mines bekas lombong dekat dengan sekolah kami. Nak dijadikan cerita, masa tengah seronok berkayak semua tu, pengayuh yang Rahim guna dah ter-ayun salah seekor anak jin lombong tersebut. Lalu matilah anak jin tu dan berkabunglah family mereka (part berkabung aku reka je). Lepas habis latihan, Rahim pun naiklah bilik dia kat Kompeni Foxtrot tu untuk siap-siap pergi dinner kat Mess Putera (Dewan Makan) dan seterusnya prep malam. Selepas balik prep dalam pukul 11 malam hari yang sama, beliau dikatakan telah terjun dari tingkat 1 bangunan dan terus berlari ke Tasik Mines tempat diorang training petang tadi. Dikatakan dia berlari dengan kadar yang sangat laju hingga tak tercapai akal dan kudrat kawan-kawan yang cuba nak mengejar beliau. Dengan momentum yang laju hasil dari larian kencang sebelum ni, Rahim dikatakan telah tejun kedalam tasik tersebut. Faham-fahamlah kedalaman tasik bekas lombong bijih besi terbesar di Malaysia macam mana. Lepas tu, dia pun tak timbul-timbul lagi. Macam-macam usaha dilakukan untuk mencari mayat Rahim yang berada di dalam tasik seperti skuad penyelam, bomoh, bacaan surah yassin dan sebagainya. Namun, keputusan tetap negatif. Setelah penat berikhtiar, Komandan dikatakan telah meminta ihsan Dato Harun Din ke??(maaf, tak ingat) ke siapa tah yang ilmu dia agak hebat dan tinggi jugalah. Lalu setelah beliau datang ke tempat kejadian, beliau mohon untuk mendapatkan tilam dan bantal milik Rahim ni. Lepas tu, beliau letak bantal atas tilam tu macam position biasa nak tidur kemudian hanyutkan tilam tu ke tengah tasik lombong tersebut. Dengan kuasa Yang Maha Esa, sampai je kat tengah tasik tu, tiba-tiba tilam tu tenggelam seolah-olah ditarik dari dalam tasik. Selepas beberapa ketika, secara tiba-tiba tilam tu timbul dari dasar tasik secara menegak dengan jasad Rahim berada di atas tilam tu yakni menyerupai manusia yang sedang tidur. 
    --->lebih kurang macam ni la kot. tapi tak seLAWAK ini
    * ini je imej paling menakutkan yang aku jumpa

    Lepas tu, tilam tu dengan automatik-nya macam kereta control bergerak ke tebing tasik tu. Aku tak dapat gambarkan macam mana reaksi orang-orang kat situ. Nasib baik jugaklah aku masuk sekolah ni era-2000 sebab orang kata benda ni jadi tahun 80an. Sebelum itu, dikhabarkan Dato Harun Din (atau sesiapa saja yang berkenaan) telah berunding dengan jin air tersebut. Jin air tu mahukan nyawa dan jasad Rahim sebagai pengganti anak-jin yang telah mati akibat terkena paddle kayak yang di-ayunkan Rahim. Memandangkan nyawa Rahim telah diambil, Dato Harun Din (atau sesiapa saja yang berkenaan)j telah memohon untuk dipulangkan jasad Rahim. Mungkin sebab tu lah jin air tu setuju untuk pulangkan jasad Rahim.

    Berbalik kepada situasi ketika hendak tidur dalam bilik aircond tersebut, senior aku cakap yang arwah Rahim ni akan muncul setiap 5 tahun sekali. Dan nak dijadikan ceritanya, senior aku tu cakap, maybe tahun tu Rahim akan datang balik maktab. Disebabkan cerita yang terlalu real oleh senior aku sebelum ni dan sikap mempercayai senior yang ter-amat sangat, aku pun percayalah. Memang takut gila masa tu. Sebab selalunya cerita yang aku dengar dari member sekolah lain ialah cerita nenek-duduk-atas-wardrobe-sambil-nyanyi-lagu takutkan budak yang belum tidur. Apa yang aku perhatikan cerita nenek ni dah jadi macam trend kat semua sekolah asrama tak kira SBP/MRSM/TEKNIK/SMKA/ASRAMA HARIAN. Lebih kurang semua sekolah ada cerita yang sama. Hebat betul pengaruh cerita nenek ni. Aku rasa nenek ni dah dapat kontrak dengan Kementerian Pelajaran untuk menempatkan nenek-nenek di SEMUA sekolah berasrama di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Hebat nenek ni.

    Sekolah korang ada hantu tak?

    Wednesday, June 16, 2010

    Vitagen Zaman Sekolah Rendah

    >Idaman aku zaman masa darjah 1

    Tiba-tiba teringat masa zaman sekolah rendah. Sejak ramai kawan-kawan sekolah rendah add aku kat Facebook ni, satu demi satu kenangan datang balik masuk kepala otak aku. Darjah 1-6, 6 tahun rupanya aku sekolah rendah. Bayangkan la, muka innocent aku zaman sekolah rendah. Sekarang pun innocent lagi actually.

    Ni aku nak cerita zaman sekolah rendah aku. Fokuskan kepada Vitagen. Dulu ada tak lori Vitagen ni datang sekolah korang? Sehari or 2 hari before diorang datang mesti ada je cikgu kelas edarkan borang vitagen tu. Siapa yang nak beli boleh tick dekat borang tu nak berapa botol dan perisa apa. Selalunya anak orang kaya memang tick semua lah kalau boleh. Dengan lori-lori sekali kalau boleh diorang nak angkat.

    Tapi golongan-golongan macam aku ni. Kalau balik rumah tunjuk borang tu, memang susah la nak dapat. Hahaha. Sebotol pun kira okay-lah. Sebotol 80 sen kot time tu. Yela, belanja budak darjah satu time tu baru 70-80sen. So, 80 sen tu dah dikira luxury goods tu. Tapi bersyukur la kan, kalau dapat sikit-sikit, baru nikmat minum tu datang. Kalau beli 10 paket, tak ke muntah mengadap vitagen tu setiap jam? So, aku pun time tu kalau nak beli, sebotol jelah. Selalunya Umi bagi la extra seringgit untuk beli Vitagen tuh. Lepastu esok time rehat or satu masa sebelum balik, budak-budak akan dilepaskan untuk beli vitagen. Selalunya pukul 5.30 cikgu lepaskan murid-murid sesi petang (darjah 1-3) untuk beli vitagen. Aku time darjah 1 dengan 2 ada la rasa excited masa nak beli vitagen ni. Masuk darjah 3, dah boring dah, dah takda rasa seronok. Darjah 4 aku pindah sekolah lain. Time tu tak ada pulak benda-benda vitagen ni. *sebotol ni penjodoh bilangan yang tepat ke untuk Vitagen? sebab tak nampak macam botol pun.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...