Sunday, December 11, 2011

Hormati orang lain

4 bulan menyepi. Banyak cerita tapi sukar untuk dikongsi.



Well apa yang korang nampak? Pernah korang rasa keadaan macam ni? Sure tak kan. 


Ada satu masa tu bila aku balik kampung kat Kelantan, aku stop kat satu RnR nak makan dengan solat apa semua lah. Then bila dah habis solat tu. aku perasan ada seorang budak dalam umur 7-8 tahun yang duduk tepi tong sampah tu. Kebetulan masa tu bukan musim orang balik kampung so agak lengang. Aku tunggu adik aku keluar toilet sambil perhatikan budak tu. Tak lama lepastu ada orang buang plastik yang dalam dia ada bekas plastik maybe buat isi lauk makan. Lepas orang tu paling belakang dari tong tu, terus budak tu bukak tong sampah tu straight dia bawak keluar plastik tadi selongkar tengok apa lg yg boleh makan. Selama ni aku dok dengar cerita je, itu first time aku tengok benda macam ni live. Sedih kot.

Rezeki dia haritu aku nampak macam still ada nasi yang dia suapkan ke mulut. Aku pun tak tahu nak react mcm mana masa tu. Lepastu ada lagi sorang mamat ni nak buang sampah kat tong sampah yang sama bila sampai rapat dia maki-maki budak ni kuat nak mampus. Pengotor. Itu je perkataan yang aku ingat. Aku takda masa nak dengar dia cakap apa sebab sibuk pikirkan apa la perasaan budak tu sekarang dimalukan sebegitu rupa. Dalam 2 minit je benda tu tapi aku dapat rasa yang itu dah cukup seksa.

Lepas benda maki-maki ni dah reda, dah takda orang yang pandang budak ni dah and adik aku pun dah keluar toilet pergi tempat makan, aku pergi kat budak ni. Aku bagi salam tapi tak berjawab. Aku tak salahkan dia kalau dia tak jawab sebab dia memang concentrate tgh makan tu. Silap aku jugak. Aku tanya nama dia, tak dijawab. Asal mana, tak jawab. Aku tanya mana mak ayah dia then dia stop makan. Dia jawab dah takda then dia sambung makan balik. Lepastu baru boleh borak dia. Dia 2 beradik dengan abang dia kat situ. Abg dia tengah cuci pinggan mangkuk kat RnR tu. Aku tanya asal makan benda ni. Dia start renung aku dalam-dalam. Menyesal aku tanya soalan bodoh tu tapi dia cool jawab, 'Ambo oghe susoh' dibaca (Saya orang susah). Aku tengok ada ketenangan dan kematangan yang luar biasa dalam percakapan dia. Itu je yang aku dapat tahu pasal budak tu and yes nama dia pun aku tak tahu actually. Aku letak rm10 dalam kocek baju kemeja besar dia. Aku tahu itu takkan dapat membantu budak tu sangat pun yelah sekarang rm10 tu tak dapat beli apa pun. Cuma aku harap 2-3 hari lepastu dia boleh tersenyum sikit. 



Insyaallah.

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #1


Tuesday, August 9, 2011

1000 Senyuman (Program pendidikan) di Baitul Hidayah

Aku nak start taip. Then tengok balik tajuk kat atas. Panjang gila.


-Front house-

Harini baru macam ada masa dan ruang sikit nak update. Ayat Melodi gila kan? Busy mengalahkan Safee Sali. Okay harini hari kesembilan aku puasa. Korang tak tahu la kan dah berapa hari puasa. Mungkin 9,8,7 or mungkin 11. Duit raya tahun ni aku target paling banyak rm30. Sebab umi aku confirm bagi rm10, abah aku rm10 dan rm10 lagi tu maybe total kepada rm2+2+2+2+2 yang orang bagi sebab kesian kat aku. Ramai yang kata aku tak layak dapat duit raya sebab bila tengok aku diorang kata dah kerja la apa haram bagai. Haha. Damn aku baru 20 tahun kot masih layak menerima duit raya lantaran diri ini masih belum bekerja dan masih lagi belajar. Aku tak kira. Aku kena tegaskan benda ni.

Intro takda kena mengena dengan core matter entri ni. Okay bulan lepas 30/7/11 hari Sabtu aku ada pergi satu program ni. Actually benda ni takdala dirancang dengan rapi sangat. Aku telah diapproach oleh brother Khairul Anwar kat FB pasal program ni. Walaupun aku still blur dengan program ni, aku anggukkan jugak tapi dekat FB tak boleh la nak angguk. So aku taip 'okay'. Selalu aku cakap, orang nama Khairul ni semuanya hebat-hebat dan best-best belaka. Khairul Anwar, Khairul Fahmi, Khairul Farhan. Ye kami memang hebat. Kah3.
 


 -Ini brother Khairul Anwar tu. Yang pakai kopiah mata terjegil tu. Kah3-

So hari sabtu tu kitaorang RV dulu la dekat KTM Subang sebab ada volunteer yang naik public dan kitaorang boleh pick up diorang kat situ. Dari situ kitaorang gerak ke Baitul Hidayah, Puchong. Typical mentality yang kata rumah anak yatim area Lembah Klang ni semuanya kaya dan tak perlu bantuan is totally wrong. Kalau semua fikir macam tu susah la. Semua rumah perlukan bantuan tak kira diorang located kat mana. Pengajaran kat sini jangan jumudkan pemikiran. Then bila sampai kitaorang dibahagikan dengan mentee masing-masing. Disebabkan haritu ramai, boleh la buat one one one basis. Lagi berkesan gamaknya.

-antara sukarelawati yang hadir-
-Sukarelawan memang terhad. Limited edition katanya-

Lepastu dapat seorang satu mentee. Mentee okay bukan anak murid. Mentee nampak mcm hebat sikit bunyinya dari anak murid. So yes mentee. Kebetulan pulak mentee aku nama dia Syawal. Memang kena la dengan mood raya ni. Kah3. Bodoh takda kena mengena lah. Ye Syawal ni dikatakan agak luar biasa jugaklah berdasarkan apa yang ustazah cerita. Luar biasa kat sini tak bermaksud dia boleh menukar diri kepada basikal tapi lebih kepada tahap kenakalan. Then aku start la dengan Syawal ni. Umur 10 tahun, rumah dekat Sek 20 Shah Alam. Ada bakat jadi Jejaka Maskulin 2020. Tak percaya? Sila tengok gambar seterusnya.

-Dulu Fahrin Ahmad pun macam ni-
-Proses membimbing Syawal-

Yup Syawal dah umur 10 tahun yet dia still tak boleh membaca dengan lancar. Dia terpaksa guna buku Anakku untuk belajar mengeja dan membaca perlahan-lahan. Ini perkara biasa kat rumah anak yatim. Mereka kurang bernasib baik dan kita yang kat luar yang ada sedikit nikmat yang Allah anugerahkan tu sepatutnya berkongsi nikmat Allah tu dengan bimbing dan ajar diorang serba sedikit. Lembutkanlah hati tu sikit untuk membantu.

Then lepas dah habis masa di peruntukkan untuk program pendidikan ni, kami dijamu dengan persembahan nasyid dan sajak oleh anak-anak Baitul Hidayah ni. Mereka amat berbakat. Kalah 24:7 or Gula-Gula. Aku sure kalau dipanjangkan bakat diorang ni, boleh ganti Arwah Ustaz Asri. Serius ni.

-Nasyid-

Okay cakap banyak tak guna tembak tak kena. Kalau rasa nak join, boleh la login Facebook and then click link ni 1000 Senyuman (Program pendidikan) then join group. Kenalkan diri and lepas tu boleh la mula join aktiviti apa semua. Sekian Selamat Hari Raya.

Pantun dua kerat,

Singapura dilanggar todak,
Harini berbuka ayam percik.

Friday, July 15, 2011

OP-PP Carnival of Royal Military College (RMC)

Kabare.


Khamis 2 minggu lepas aku habis exam maknanya dah habis lah 2 tahun A-level aku. Bebas sudah dari kertas dan pen buat seketika. Rasa bebas dia macam ayam yang nak kena sembelih tapi tiba-tiba tuan dia lepaskan. Hebat betul rasa dia.


-Haha. Aku rasa aircraft ni la yang inspire aku nak jadi pilot yang tak kesampaian-

Last paper aku Economics 4. Haram jadah tol soalan dia. Ada yang tak sempat aku nak evaluate tapi takpalah, mintak-mintak soalan sebelum tu aku dapat full mark. Seksa woi exam sebulan lebih ni. Disebabkan takda idea yang bernas untuk update blog, kali ni aku cerita pasal Karnival OP-PP dekat sekolah aku dulu, Royal Military College atau dalam bahasa inggerisnya Maktab Tentera Diraja. Benda ni la yang paling ditunggu-tunggu dalam masa setahun tu untuk balik college dan main game dan menembak.


-Antara senior-senior aku yang tgh register untuk menembak-

-Isteri mahupun girlfriend juga boleh menembak-

-Kenal mamat ni? Ashraf Muslim-

Malam sebelum tu, batch aku ada buat futsal besar-besaran 3 jam tak silap aku dari pukul 12-3 pagi. Best siot time ni. Part paling best bila tengok badan sorang-sorang. Semua dah start ada perut atau bahasa mudahnya BOROI. Yes boroi kah3. Aku sendiri bila compare gambar terutamanya boleh tergelak sorang-sorang. Benda paling best kat sekolah ni ialah korang boleh mendapatkan bentuk badan idaman tanpa perlu membayar Private Instructor kat Fitness First. Kalau rasa nak badan 6 pack, silalah buat salah dan terima hukuman. Hasilnya badan yang sihat. Kah3. Semakin banyak anda buat salah, semakin mantap lah badan anda. Hahaha. Ini hipotesis paling bodoh setakat ni.


-Futsal bersama batchmates di Bangi-

Okay back to RMC, pagi tu sebenarnya aku ada keingininan untuk sampai awal dan menembak M-16 dan pistol dulu. Beb, kau kena bayar RM10 je untuk menembak satu kelopak peluru M-16. Siapa taknak kan. Last menembak time F5 dulu. Berapa tahun dah. So rindu nak memegang senjata tu tebal okay. Tapi sayangnya sebab penat bermain futsal malam sebelum tu dan sampai rumah pukul 5 pagi, aku terbangun pukul 11. 4 tahun menembak kat RMC tak puas. Memang celaka. Terlepas nak menembak pagi-pagi. Actually tengah hari pun ada menembak tu tapi malas berpanas punya pasal, aku cancel plan menembak. Sampai Pekan Sg Besi dalam pukul 2 lebih. Lunch dekat Mess Putera konpem dah habis. So, kitaorang decide makan kat Ayam Kg Malaya. Tempat makan ni legend la untuk budak RMC. Habis makan naik lah kami ke RMC dia atas bukit sana nun. Meremang dowh bulu roma bila sampai ground RMC. Perasaan dia tu macam first date dengan awek yang cantik dia macam Lisa Surihani. Lisa Surihani yaw.

-Gambar sebahagian padang kawad dari blok akademik bawah-

Bila dah sampai tu, kitaorang naik usha company line. 'Company Line' ni nama lain bagi dorm. Kenangan menusuk kalbu. Haha. Dah puas layan perasaan, kitaorang gerak Dewan Tun Templer tengok orang karaoke. Damn nice dowh ada sorang senior aku ni nyanyi lagu Awie. Dah lepas tu, tiba acara kemuncak iaitu perlawanan sukan-sukan premier maktab macam ragbi/hoki/bola sepak. Masa ni perut-perut yang boroi tu nak tunjuk skill semua. Aku take part dalam ragbi. Bila nak start main tu, semua confident boleh menang besar sebab PP (Present Putera) semuanya badan kecik-kecik. 


Kalau hebat sangat cari la aku kat mana. Kalau hebat la kan.


-melepak tunggu bugler ditiup-

Namun kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan lebat gila tengahari. Ingat senang la nak menang tapi hampeh. Diorang ni kecik bukan sebarang kecik. Kecik penuh makna. Kitaorang dah ketinggalan 9-5 kot mula-mula. Haha. Tapi dengan semangat OP yang majoritinya dah boroi, kami berjaya juga menang match tersebut. Score tak ingat. Tapi menang la. Eh menang is still menang. Tipis tak tebal belakang kira.

Gambar banyak kan entri ni? Ini sebagai balas dendam lah kira blog ni dah sebulan lebih tak berupdate. Next on list, BTN yang aku pergi minggu lepas. Tapi macam tak banyak cerita sebab takda kamera.

Kredit gambar kepada Mejar Amir Azmi, boleh ke blog beliau di sini

Monday, June 6, 2011

Ini cerita orang tak berapa senang

Tengah tension study untuk exam ni. Jumaat lepas aku baru lepas paper statistic dengan economics. Macam haram.


Aku on the way balik rumah dari HELP. Kena la naik komuter yang selesa tu. Selalu sangat aku rasa naik KTM ni sampaikan akak jaga tiket tu pun aku dah tahu apa nama dia. Makan kat KL Sentral punya foodcourt lak confirm tak lari dari RM10. Takpa, memang aku anak tauke balak. Akak yong taw foo tu pulak hari jumaat je memang ada muka aku. Aku rasa dia mesti menyampah tengok muka aku. Takpa kak, nanti saya tak makan sini dah. Huh. Actually takdala sedap mana cuma aku memang gian yong taw foo. Sebab tu dulu ada keinginan nak kahwin dengan amoy. Aku nak breakfast, lunch, tea, dinner, supper semua yong taw foo. Lihatlah dunia betapa tak-fikir-panjangnya aku dulu. Kah3 itu masa tak matang. Yong taw foo punya cerita dah habis.


Aku turun platform 5. Ini masa kemuncak orang balik kerja. Padahal aku dah tahu ini masa org balik kerja tapi kaki tu nak jugak menapak balik Shah Alam time-time ni. Kurang cerdik kau ni Paan. Bila aku masuk je memang berebut mcm main ragbi la kan. Aku takpa la BUJANG bawak beg galas je. Aku dari tadi usha seorang ibu muda bersama 2 org anaknya. Ibu muda ye bukan Imam Muda. Seorang still baby lagi so dia kena dukung sebelah tangan. Sorang lagi dia kena pimpin. Umur dalam 5 tahun mcm tu tapi budak tu cerdik aku tengok time tengah tunggu train dia bukak buku walaupun aku tahu itu buku mak dia and dia still tak tahu baca. Bayangkanlah tengah-tengah waktu puncak tu mcm mana la ibu muda ni nak masuk dalam train dengan 2 org anak dia tu? Orang semua bersesak-sesak tak pandang dah perempuan ni. Nampak sgt selfish kita orang Malaysia ni. Masa dalam train, memang bersesak gila lah, tapi perempuan ni steady je dengan anak dia. Kita nampak steady padahal konpem penat gila dukung anak sebalah tangan, sebelah lagi nk berpaut kat pemegang taknak bagi jatuh.
-Ini la gamaknya-

Aku perasan ada sorang mamat ni dari tadi nak bangun tapi tak terbangun. Dia nak bangun tapi dihalang dek bini dia. Aku geleng kepala. Tak tahu la dia perasan ke tak. Mungkin bini dia nak dia teman dia duduk kat sebelah. Mungkin. Aku geleng kepala lagi. Apa bini dia tu tak nampak ke ada lagi orang yang memerlukan seat tu? Ingat suami kau tu Seth Tan nak melekat dengan kau 24 jam? Aku perasan yang mamat tu dah mula berperang dgn diri sendiri nekad nak bangun. Last-last dia bangun gak bagi seat tu kat ibu muda tu. Bini dia buat muka. Haram gila muka dia. memang attitude gila dowh perempuan tu. Atleast aku lega la bila tengok ibu muda tu dah boleh duduk dengan anak dia yang aku agak 5 tahun duduk beriba dengan dia. Serius lega.

Ini aku nak tekankan bila naik public tak kira la bas ke train apa jenis sekalipun. Utamakan la orang yang lebih memerlukan. Serius dowh. Kalau boleh aku nak buat kempen kesedaran tapi tulis blog je yang aku mampu setakat ni. Tak rugi pun bagi seat kat orang. Ye memang kau penat tapi kau pernah pikir keaddan diorang kalau penat mcm mana? Tak fikir kan? Pesan la kat kawan-kawan kita. Jangan jadi ignorant sangat. 

Owh ye, mamat yang Seth Tan tu tadi berdiri depan aku. Aku kata 'Bagus bang,  tak ramai orang mcm ni sekarang'

Monday, May 9, 2011

Birthday Muhd Khairul Farhan

Bertemu lagi kita di hening subuh masa aku stay up nak buat coursework English Literature ni. Aku memang suka buat coursework tak tido ni. Suka sangat. *Tangan di dada mata ke atas.

-Tukar muka Bambil ni dengan muka aku-

Entri ni agak panjang sebab dia akan cover beberapa story, so ready mug milo secawan.

Tanggal April lepas merupakan birthday aku. Tahun ni genap lah usia aku 54 tahun. Matang bukan. Actually niat di hati nak tulis pasal birthday aku sebelum  April tu sendiri sebab aku kalau boleh dah alang-alang ada 572 follower ni, harap harap ada la 560 berbeza-beza jenis hadiah yang sampai ke rumah aku. Tapi aku tak kejam lagi dan yang paling penting aku tahu korang takkan bagi aku hadiah pun. Ye itu lah sebab utama sebenarnya. Dalam hidup ni aku rasa aku pernah dapat hadiah dalam 2-3 kali je. Yang parents punya cerita aku excludekan. Takpa, dah nasib aku begini gamaknya. Fine. Takpa aku tak kisah. Dah tak kisah tu diam-diam dah la kan. Kantoi sangat kisah.

Okay aku masa sekolah dulu kadang-kadang memang tak ingat birthday sendiri sebab takda sebab nak ingat birthday. Bahkan kalau ingat birthday dan kantoi dengan member-member lain, bala jadinya. Aku dah serik kena blanket party kat sekolah dulu. So, memang pernah aku tak ingat birthday. Itu time f3. Tapi kawan-kawan aku ni baik gila babi boleh pulak dia cek kad pelajar aku nak check tarikh lahir. Sweet kan? Tengkorak kau sebab diorang memang syak birthday aku area-area April ni. Aku pulak memang sumpah tak ingat. Balik-balik bilik je, skuad aku dengan F5 sekali dah senyum-senyum kat aku. "Apa la gay sangat  budak-budak ni harini?" itu aku cakap dalam hati je. Tiba-tiba masa aku tengah salin baju ke apa tah aku tak ingat ada sorang F5 suruh aku ke tengah bilik dan tiba-tiba je ada blanket yang dari celah mana tah datang dah cover badan aku termasuk mata. Aku menjatuhkan diri untuk meminimumkan kesakitan. Tung tang tung tang badan aku kena. Tangan dengan botol senjata utama. Bunyi dia macam org main drum. Bayangkan sendiri. Aku tak reti terangkan. Tapi takpa, lepas dah rasa-rasa diam sikit, aku bukak blanket dan nampak muka sorang-sorang yang buat aku tadi. Aku tersenyum puas sambil cakap dalam hati lagi "Tengok la aku hafal birthday korang nanti sampai keluar sekolah." Kah3 gelak setan.


-Ini hadiah aku dapat dari budak lelaki Law dan Pharmacy. Diorang ni muka legend hati kiut-

Okay habis part sekolah. Tempoh hari bersamaan birthday aku, aku rasa macam takda apa je. Bosan pulak takda orang nak rumble aku mcm zaman sekolah. Pergi kelas buat macam biasa je. Memang biasa gila cakap kau. Haritu aku malas lunch sebab tiba-tiba takda selera. Aku pun pergi la kelas Law. Bila aku masuk, ada 4 orang je and masa tu tak silap lecturer aku dah ada dah. Sebabkan kelas kami 8 orang je, dia pun tunggu jelah. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tengah aku sibuk layann perasaan, tiba-tiba je Nishanti, Fendi dengan Nisya bukak pintu then automatiknya budak2 dalam kelas sekali dengan lecturer menyanyikan ‘Happy Birthday to you, happy birthday to you’. Haha. Sikit lagi nak mengalir air mata jantan terharu aku dengan classmate aku semua nih. Aku rasa kalau dia panjang kan lagi lagu tu mmg dah menitik air mata aku depan diorang. Nasib baik pendek je diorang nyanyi.  Actually aku lagi terharu sebab ada Dominos Pizza kat tangan diorang. Kah3. Kenyang perut aku haritu. Terima kasih kawan kawan. I love u guys. Layan gambar 2 3 keping.

-Ini kelas Law pada hari kejadian-

 -Berdiri L to R (Aku, Zul, Nisya, Rahman, Husni)-
Bawah L to R (Nishanti, Fendi, Ada)

-Muka kenyang-

Aku tahu birthday aku ni dah lebih sebulan lepas tapi aku baru ada masa harini nak update entri yang lama gila aku draft. Owh yeah, jumaat lepas merupakan kelas terakhir aku di A-level. Sekarang tunggu exam je. Doakan aku. Sekali lagi owh yeah, siapa yang ada twitter tu jom lah. Sila follow kawe khairulfarhan . Baru habis baca Law ni. Cases dia banyak ya ampun. Bertahan.

Friday, April 8, 2011

Hari Kiamat

Intro
Maybe entri ni ramai yang dah pernah terbaca tapi gua confident macam mana pun mesti ada lagi yang belum terbaca atau baca tapi sekerat je. Tapi untuk kali ni jom lah sama sama kita membaca entri ni sampai habis.


*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.




Gambaran Hari Kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


* Artikel ni aku amik dari FB member baik gua, ADAM ZALKORNAIN yang baru semalam berlepas ke Jepun untuk sambung belajar.
** Tak lama dah. 
***Tak salah kalau kita kongsikan ilmu ni dengan orang lain kan? Share lah dengan kawan-kawan saham akhirat

Monday, March 28, 2011

Biasiwa JPA untuk lepasan SPM 2010 (Tips)

Yezzzzaaaa.


Keputusan SPM dah keluar. Tahniah kepada yang dapat  result sampai meletup letup. Kepada yang kurang meletup jangan kecewa. Ini baru SPM bro, perjalanan hidup ni masih panjang. Result gua dulu pun tak meletup. Cukup makan je. Di kesempatan ni, gua nak ucapkan tahniah kat adik perempuan gua sendiri, Nur Farhana sebab berjaya potong gua lantas dapat 11A. Gua doakan yang terbaik untuk dia cari scholarship supaya dapat jadi dentist katanya. Tahniah jugak dekat mantan sekolah aku RMC di atas kejayaan dapat 38 org straight A's dan seorang 10A+. Syabas diucapkan kepada cikgu cikgu RMC.
-Syabas-

Okay refer kat tajuk entri korang dah boleh expect apa yang ada lepas ni. Ini semua bukanlah tips yang terbaik tapi sekadar berdasarkan pengalaman gua pergi interview untuk biasiswa JPA. Okay first sekali lepas dapat result SPM tu, sila menangis dulu tak kira la cemerlang ke tak. Ini nak cukupkan syarat. Dah lepas menangis balik rumah start tenangkan diri. Result kau takkan ke mana kalau kau tak pandai mencari peluang scholarship yang terbentang luas depan mata laptop kau.


Bagi yang berminat nak apply biasiswa JPA, sila click link JPA ni untuk kita tenngok dulu syarat-syarat am sebelum kau boleh apply untuk biasiswa ni. Lepas dah rasa-rasa larat dan okay dengan syarat-syarat tu semua, start lah apply online. Benda ni takkan nak ajar kan. Register FB reti takkan isi borang online tak reti. Jaga jaga untuk tarikh akhir permohonan. Buat segera jangan tangguh. Dekat part ni, satu benda nak ingatkan, be realistic. Kalau dapat B biology, jangan lah apply Medic. Memang la tak mustahil, tapi peluang dia tipis sikit. Pilih kursus yang kita rasa sesuai dengan result kita. Ingat sekarang ni persaingan antara semua pelajar dekat Malaysia, bukan dekat sekolah kau je. Ini entry untuk pengalaman aku masa tahun 2009. Sila klik JPA 2009
Okay lepas dah isi borang apa semua, berdoalah banyak-banyak mintak JPA panggil korang untuk interview. Kalau dah dapat panggilan untuk interview, Alhamdulillah. Lepas satu stage. Untuk temuduga ni, make sure kau ready dengan isu-isu semasa. Banyakkan baca surat khabar fahami apa yang berlaku bukan setakat Malaysia je, tapi seluruh dunia. Ramai orang kata hal hal politik diorang takkan tanya tapi untuk berjaga-jaga, baik lah baca sikit-sikit apa yang jadi dengan politik negara ni. Dia mungkin akan tanya pandangan kita tentang hal-hal tertentu. Be careful sayang. Kah3. Siapkan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Jangan tunggu last minute. Ini sangat penting.


-Demo jangan gubra pulok-
*Temuduga
Sebenarnya tips dah start ditulis dah, cuma gua tak tulis dalam bentuk point form la, gua tulis start entry ni lagi. Pandai-pandai lah cari mana yang boleh digunakan dan menolong dalam memohon biasiswa ni. Bila JPA panggil untuk interview, dia akan bagitahu online jugak, kita kena semak. Jangan harap la JPA nak bagi surat kau suruh datang, semuanya online. Bagi adik kakak yang takda internet kat rumah, rajin-rajinkanlah belanja RM1-2 sehari untuk ke cyber cafe demi kebaikan masa depan anda. Bila dah dipanggil untuk interview, seminggu sebelum interview kalau boleh dah pilih baju mana nak pakai. Kah3. Keyakinan katanya. Rambut kalau boleh kasi potong, jangan la serabai masuk bilik temuduga. Untuk pakaian, pakai baju kemeja lengan panjang yang kosong, jangan nak fancy fancy sangat pakai yang stripe bunga bunga apa semua. Smart and simple. Ingat formaliti, ini temuduga biassiwa, bukan sesi karaoke. Make sure baju tuck in, pakai belt hitam. Seluar slack hitam dan kasut hitam. Tie tu wajib, kalau boleh pilih la warna yang masuk dengan kemeja kau tu. Blazer optional, kalau rasa nak pakai, pakailah. Suka hati kau. Aku dulu tak pakai. Macam ni dah hensem dah. Untuk perempuan, senang gilo, iron baju kurung sepasang and you are ready to go girl! Oh ye, untuk perempuan pakai kasut bertutup ye jangan flip-flop pulak kau sarung.
-kasut-
*Temuduga 2
Bila masuk bilik temuduga, jangan duduk sebelum disuruh, tapi takkan la orang tu kejam gila taknak bagi duduk. Tunggu dalam 5 saat selalunya dia akan suruh duduk. Bila ditanya bahasa melayu, tolong la jawab dalam BM walaupun anda dilahirkan dan dibesarkan dengan makan spaghetti je tanpa makan nasi. Kalau anda ditanya dalam BI pulak sila jawab dalam English tak kira anda tak kenal spaghetti tu makanan atau kenderaan. Bila ditanya, jangan rushing sangat nak jawab (takut sampai bercakap laju gila nak cepat siap). Cakap tu biar ada butir butir perkataan yang keluar dari mulut kau. Relax. Lagi satu, kalau pandai sangat pun atau eager sangat nak bangkang orang masa calon lain bagi pendapat, aku nasihatkan jangan la buat. Takda markah tambahan pun, silap silap orang yang temuduga kau tu meluat tengok kau. Tapi kalau nak tak tahan sangat kan nak buat jugak, buatlah dengan penuh sopan santun, bila calon lain tu dah habis cakap, boleh la mencelah. Contoh "Tapi tuan saya rasa saya ada sedikit yang ingin saya tambah kat sini". Ingat jangan buat ni lebih dari sekali, kalau tak bukan calon lain je menyampah, gua kat rumah pun menyampah gak. Goodluck!


Penat menaip. Itu je. Kalau dah lepas semua ni, balik rumah dengan penuh senang hati dan mula lah berdoa. Kerja kita dah selesai, tinggal berdoa je kerja kita. Ingat ni bukanlah tips terbaik, sekadar pengalaman gua je. Alhamdulillah gua berjaya temuduga tu dan sekarang tengah final sem A-level. Insyaallah bulan 9 ni ke UK. Doakan.

Friday, March 11, 2011

Breaking News! Gempa bumi 8.9 magnitude dan tsunami di Jepun


Breaking news.

Gempa bumi 8.9 magnitude awal pagi tadi dah menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di Jepun dan negara sekitar. Tak lama lepas tu, utara Jepun dilanda tsunami berukuran 10 meter. Gua tengok live kat AlJazeera tadi. Ya Allah besar sungguh dugaanMu terhadap mereka yang berada di Jepun. Hanya mampu menitipkan doa untuk mereka yang berada di sana.

Saturday, March 5, 2011

Nuffnang. Cashout

Nuffnang.
Musuh utama: Advertlets


Haih gua sekarang ni terperap kat rumah demam selsema batu kering sakit dada semua ada. Orang melayu kata complete set. Bukan selalu aku kena benda-benda ni, sekali kena hamik kau sedebuk dapat. Ada lagi 3 bulan gua nak habis A-level kat HELP ni. Sabar.


-1st time cashout-

Ni nak cerita pasal Nuffnang. Ini merupakan 1st time gua cashout earning nuff ni. Mula mula memang tak percaya langsung benda ni. Blog ni direka untuk melepaskan bakat menulis gua, bukan mencari keuntungan katanyewww. Serius gua tak letak pun nuffnang ni mula-mula. Start hujung tahun lepas baru gua berkecimpung dalam benda ni. Harapan takda la diletakkan terlalu tinggi sebab blog ni bukan ada apa pun. Kata sebulan sekali update, siapa nak datang. Apasal gedik sangat ayat gua hari ni?


-ini boot baru untuk ragbi musim baru. yeah-


Okay basically duit ni takda la sampai ribu raban tapi cukup la setakat nak buat belanja beli baju+seluar+kasut+boot ragbi . Nuffnang ni mcm semua orang tahu syarikat pengiklanan yang menyasarkan blog-blog untuk diletakkan iklannya. Bila orang klik kat blog kau, dapat la berapa-berapa amount yang Nuffnang rasa bersesuaian. Okay lah orang sakit mana boleh mengadap laptop lama-lama nanti kena H1N1. Korang sila layan gambar adik bongsu gua, dia bakal menjadi watak utama dalam blog ni mulai hari ini dan seterusnya.


-melihat keadaan gigi beliau, mungkin jadi dentist besar nnti-

-baru 5 tahun-

-Mohd Hakimi, adik bongsu-

Udang galah masak lemak,
Esok nak makan maggi.

Tuesday, February 22, 2011

Malaysia vs Hong Kong 9/2/2011

Dekat sebulan gua tak update. Fuh


-Both team masuk padang-

Disebabkan takda cerita yang menarik pun gua nak share, harini gua tulis pasal team bola Malaysia. Ya, bola sepak. Haritu gua ada pergi Stadium Shah Alam tengok team Harimau Malaya kita friendly dengan national team Hong Kong. Best siot. Ini la gua nak cerita. Haritu gua habis kelas pukul 4. Maknanya pukul 4 kat HELP lagi. Muka masing-masing dah penat sebab kelas. Haritu gua gerak 3 orang. Husni, Zul dengan diri sendiri. Dari HELP tu sebab nak cepat, kitaorang naik cab pergi KL Sentral. Kena la jugak RM8. Tapi takpa, nak tengok bola punya pasal. Dari KL Sentral kami gerak ke Padang Jawa pulak balik rumah aku dulu kat Sek 7. Sampai sana, minum-minum sikit. Terus Husni dengan Zul tukar uniform jersi Malaysia. Gua orang susah, ada mafla Malaysia je. Tak mampu beli jersey. Pukul 7 lebih kami gerak ke stadium. Jalan agak jam tapi takpa, gua expect harini tak ramai yang tengok sebab friendly je pun.


-Ultras Malaya. Salute-


Tapi sangkaan gua meleset. Dengan harga tiket yang berharga RM20 untuk friendly, still ramai gilo orang yang datang. Luar stadium meriah gila dengan orang jual jersey, souvenir, mafla, topi dan macam-macam lagi. Gua amik kesempatan beli topi badut tu sebab malas beli jersi. Lepastu ke surau untuk Maghrib. Bola bola jugak, solat tu jangan lupa bang. Dalam surau stadium, ada 5-6 saf gak la yang sembahyang. Orait lah. Lepas sembahyang, terus masuk pintu stadium tengok seat mana yang best. Jumpa pun. Time tu dua-dua team tengah warm up atas padang. Nampak la whole team tengah ligat panaskan badan. Nampak 'Apex' dengan 'Mat Yo'. Kalau tak kenal dua orang ni sila google. Kalau tak jumpa gak boleh terjun bangunan.

-Husni dengan Zul-

Sampai masanya both team masuk padang. Negaraku dimainkan. Berdiri bulu roma. Bangga dengan Malaysia. Lantak lah kau nak kata tulisan gua skema harini tapi itu mmg betul. Then game start. Menarik weyh, tak sia-sia gua belanja RM20 di mana itu duit makan aku kat HELP untuk sehari setengah tu. Hahaha. Player semua pegang bola confident. Penghujung 1st half, Safiq Rahim score. Dia punya cara lebih kurang macam Shahrul Idlan punya teknik halang player Indonesia masa dia buat shielding. Argh cakap banyak tak guna gua memang tak pandai explain. Bergegar jap stadium semua orang bangun bersorak.


-Pandai sangat kan? teka bola kat mana?-


2nd half takda apa sangat yang menarik. Mat Yo masuk. Itu je yang best sikit aku nampak. Yang lain mcm biasa je. Ultras memang terbaik dowh. Respect diorang punya attitude sokong Malaysia. Minit-minit last Amirul Hadi score sekali lagi. Habis game tu, Ultras nyalakan flare. Lawa gila. Bila polis datang, semua pakat padamkan. Kah Kah Kah gua gelak kesian tengok polis tu patah balik tangan kosong. Time ni Ultras nak celebrate Safee Sali sebab ni boleh kira last moment Safee la sebelum ke Pelita Jaya, Indonesia. Safee keliling padang tapi bila nak sampai turn depan gua, dia masuk pintu. Spoil la. Takpa, gua dapat tangkap sikit. Nampak bayang jela.


-Nampak Safee Sali pakai tshirt hitam Ultras pegang bendera Malaysia tu?-

Lepastu kitaorang pun menge-snap la beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan. Match ni 2 minggu lepas gua baru update harini. Esok match Malaysia vs Pakistan Pra Olimpik. Gua pergi. Dua minggu lagi gua update. Hahaha.

-Gua dengan Zul-

Siakap senohong gelama ikan duri,
Ada hari boleh balas. 

Saturday, January 29, 2011

Post-exam plan, Tunisia dan Mesir

Tepat pukul 8 malam semalam, exam gua berakhir secara rasminya.


Exam kali ni tahap kepayahan dia memang mantap, padat dan kebabom. Exam pulak takda langsung paper pagi. Hampir kesemua exam petang-malam. Waktu paling common ialah 6.30-8.00 pm. Gila kan exam waktu-waktu maghrib/senja ni? Otak pun tak boleh pakai sangat. Penat nak tunggu dari pagi hingga ke petang semata-mata untuk buat paper tu. 'Restless' bak kata member gua.


 -Buku teks-


Biasa la bila exam, ada paper yang boleh buat, ada yang tidak. Tapi selalunya kalau tak study, yang tak boleh buat la lagi banyak dari yang boleh buat. Takpa, benda dah lepas. Sekarang kita boleh tawakkal dan berdoa menanti result. Gua amik 4 subjek untuk A-level ni Law, Mathematics, Economics dengan English Literature. Benda paling seksa dan gila subjektif setakat ni English Literature. Jun nanti mungkin Law akan ambil alih.


-Tunisia-

Ce citer ce citer. Tunisia ni apa cerita? Syabas kepada yang amik tahu cerita Tunisia. Kepada demo-demo hok tok amik tahu or buat buat tak tahu, luangkan la sikit masa google pasal apa yang dah berlaku kat Tunisia dalam 4-5 hari ni. Masyaallah perjuangan anak muda. Revolusi perlukan pengorbanan. Harga yang perlu dibayar untuk sebuah revolusi demi menyedarkan orang lain adalah sebuah jiwa. Ya sebuah jiwa yang dambakan kebebasan dari segala korupsi yang dicanang kerajaan Tunisia. Mohamed Bouazizi merupakan sang 'catalyst' yang menjana segala kebangkitan di Tunisia. Innalillah. 


Si pemimpin Zine al-Abidine Ben Ali dan isteri beliau Leila akhirnya tunduk pada desakan rakyat. Tunisia bebas akhirnya. Buka mata kalian. Api mula merebak ke Mesir, bumi para anbia. Rakyat mesir yang mula muak dengan pemerintahan Hosni Mubarak yang sudah 30 tahun memerintah Mesir. Beliau juga dilihat sebagai pro-barat. Suka diingatkan beliau jugalah yang menutup pintu sempadan untuk Gaza Freedom Flotilla menyampaikan bantuan kepada Palestin. Agak pro-Israel mamat ni. Di Mesir, Facebook dan Twitter sudah di-block. Lebih teruk lagi, talian telefon juga dikatakan sudah dipotong di seluruh negara. 


-Khaled Said-

Di Mesir, kebangkitan rakyat bermula apabila Khaled Said dipukul sampai mati oleh polis Mesir di Alexandria. Di tempat ini jugalah letaknya University Alexandria di mana ramai kawan-kawan kita dari Malaysia yang belajar di sana. Member gua time RMC ada dalam lebih kurang 10 orang mungkin. Bagaimana keadaan mereka? Doakan kesejahteraan mereka. 


Buka mata. Ini entri serius. Pantun dua kerat nampak macam tak kena tema.


Untuk update, sila ke sini
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...