Sunday, June 27, 2010

Tips bila berlari/jogging (part 1)


Yeah. Disebabkan aku baru lepas tengok satu rancangan dekat Discovery Channel yang menceritakan pasal obesiti, dengan secara tiba-tiba semangat aku naik untuk menulis pasal gaya hidup sihat. Juga event Standard Chartered KL Marathon 2010 yang berlangsung pagi Ahad lepas yang aku dah terlepas sebab tak register dan tak ada member nak lari sekali.

Merujuk kepada tajuk entry diatas, aku ni tak la hebat sangat bila berlari, tapi orang kata, boleh la setakat nak lari 10k non-stop tu (muka riak gila time ni). Okay, first sekali kita kena siapkan dengan persiapan fizikal kita. Gear kena cukup. Kasut yang disarankan ialah running shoes. Jangat sekali-kali lari pakai kasut futsal or kasut sekolah or kasut kulit yang ayah korang buat pergi kerja. Juga diingatkan jangan lari pakai Crocs. Tah papa ntah. Kalau nak tengok kasut apa yang aku guna untuk lari, boleh rujuk entry ni. Bila pakai kasut yang sesuai, kaki kita akan rasa best gila seterusnya menjadi penjana semangat untuk korang lari. Jangan la beli yang mahal gila kalau baru nak start lari, ada je kasut-kasut yang berkualiti boleh korang dapat bawah RM100. Mula-mula start kan, kena la daripada bawah. Nanti bila kau dah hebat sampai tahap runner Kenya or Nigeria, lantak kau lah nak beli kasut harga 3ribu pun. Aku tak halang.

Settle bab kasut, kita bergerak ke stoking. Kalau boleh pakai stoking yang sampai ankle tu je. Selesa bila berlari. Itu murah je kot, 3 pasang RM10 kalau kat pasar malam. Ingat pesan aku, jangan beli yang mahal-mahal lagi.HAHAHAHAHA. Okay, now cerita pasal track bottom yang sesuai. Kalau boleh, jangan pakai seluar slack atau jeans atau seluar tidur atau lebih teruk lagi seluar dalam. Seluar yang disarankan track bottom yang kukuh fabrik dia. Jangan pakai yang mudah terkoyak sebab bila berlari dan masa warming up, banyak pergerakan diperlukan. Tak kan korang nak tanggung malu seluar koyak bila berlari. Tak berbaloi kena gelak. Seluar yang dicadangkan, seluar yang ada lubang-lubang kecil kat dalam seluar tu. Betul ke aku explain ni? ala yang macam lubang udara dalam seluar tu. Memang ramai yang tak suka seluar jenis tu, sebab rasa gatal dan tak selesa. Tapi hakikatnya seluar tu bagus untuk pengudaraan kaki kau. Udara boleh masuk dan keluar. So, kau tak rasa panas dalam seluar bila berlari.(aku tak pandai explain tapi aku mohon jangan lah fikir bukan-bukan).

Bergerak ke baju pulak, kalau boleh jangan pakai baju. MUAHAHAHA. Mana ada, itu fitnah. Aku suruh pakai baju. Kalau boleh, jangan la pakai baju yang fabrik tebal bila berlari. Jangan pakai t-shirt berkolar kain polo, baju fabrik bulu, baju melayu, blazer dan apatah lagi baju kemeja lengan panjang. Amik t-shirt yang paling ringan, yang selesa gila bila pakai. Disarankan pakai baju yang sublimate punya jenis. Dia serap peluh dan amatlah ringan. Kat bawah ni gambar aku bila Energizer Night Race tahun ni. Aku tak ingat bila.
---> my 10km Energizer Night Race

Entry kali ini special untuk persiapan gear dulu. So, lepas ni entry akan fokuskan pasal tips training dan bila berlari. So, berjumpa kita dia lain hari!

13 comments:

Miss Ekin said...

woha..i like this..tp kena kumpul duit dulu beli runnging shoes..wokakakakaka.pecah tabung demi kekurusan..nge nge

fairuz said...

hahaa.like2 entri ni. aku dulu penah sampai 6km. dulu laa.time skola. skrg dah pencen! hhahaha

Cik Bucken said...

ini entry yang sehat!nice2~

dLa said...

tp sye semput nk lari jauh2.
:P

maCy said...

suke lari2, tapi xnak kurus. cukup kurus da.ehee

hans said...

aku lari 10m pun dah penat
memang xleh join benda nih
hahahaha
lari berkaki ayam amacam?
rasa2 ok x?
ekekee

farysa said...

erm erm
selipar x dinyatakan
kalau lari pkai selipar boleh?
haha

.:: Suhaidah Tan ::. said...

rasanya last lari mse PLKN jew..OMG dh lme tue pun 4 km jew setiap hry...

kay-N said...

sy suka msuk lari2 dulu..skng pancit dh..xde mse nk bersenam..kasut sukan pn xde..

haha..meh adiah satu kt sy??hehe..kidding2..

nrshasha said...

saye dah cukup sihat dan kuat..
hahahaha

Nur Su'aidah said...

mak aiiii. jauhny lari. ku dah lama tak jogg!

dodonut said...

ha, ni ke entry pasal nak kurus?
em..dulu minat gak lari ni tapi dah lama berhenti bile abes study.

ain comel said...

thanks for the info bro!! more tips please

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...