Sunday, August 25, 2013

Anak yatim/Orang susah masa Ramadhan Syawal Zulkaedah Zulhijjah.

Kalau tgk calendar, bulan Syawal dah nak masuk fasa ketiga iaitu fasa terakhir. Walaupun dah terlambat, tetap aku nak ucapkan selamat hari raya buat kalian, maaf zahir batin, selamat memenuhi jemputan rumah terbuka, selamat membesarkan badan. Ramadan dah lepas, dan tak kisah lah apa yang kalian buat, semoga Ramadan lepas dapat kita manfaatkan, tak banyak sikit pun jadi daripada takde dan kosong. Tin yang kosong lama lama kalau kita isi penuh jugak kan.

Ramadan yang lepas aku ada baca satu post dekat FB. Ayatnya lebih kurang mcm ni, “RAMADAN: bulan anak anak yatim ada ibu dan bapa, orang miskin jadi kaya”, ini hanya ringkasan ye, dipendekkan sahaja. Jujurnya, aku pun blur maksud ayat ni mula mula. Dah baca betul betul baru faham maksud penulis. Aku taknak skeptical pada golongan yang membantu ni, sebab aku sendiri kadang kadang lupa pada mereka yang kurang, tak kisah dari segi wang atau kurang dari sudut kekeluargaan. Sebalikya aku tabik usaha murni kalian daripada orang yang tahu memerhati tanpa tampilkan diri mcm aku. Buat yang berkemampuan, setiap kali raya aku agak mesti ada 3-4 pasang baju raya yang kalau tgk kos perbelanjaan sekurang-kurangnya RM150 sepasang ke atas campur beli kain dan upah jahit. Lelaki sekarang pun tak kurang bila aku tgk harga pasaran sampin boleh cecah harga beribu. Itu hanya dilihat dari sudut individu, belum tgk kos satu keluarga lagi, dalam rumah nak tukar itu, tukar ini.

Berbalik pada ayat tadi, jauh kat sudut kecik hati aku ni cakap betul jugak. Golongan kurang mampu ni hanya dinaikkan taraf mereka masa bulan Ramadan. Ye, aku tak nafikan dalam bulan Ramadan tu ada malam yang lebih baik dari seribu bulan, seeloknya kita kejar ibadah dan salah satunya membantu mereka yang kurang mampu dan satu persoalan yang diangkat oleh penulis berkenaan ialah, dalam bulan Ramadan lah kita boleh tgk dalam akhbar pelbagai jenis majlis buka puasa yang menjemput sekali mana mana rumah anak yatim, orang orang miskin dan disertakan dengan pemberian bantuan buat mereka. Umum tahu dalam setahun ada dua belas bulan, 365 atau 366 hari dan dari jumlah itu Ramadan hanya 29 atau 30 hari daripadanya. Jadi mana tempat mereka untuk hari hari yang lain? Habis sebulan berpuasa masuk bulan Syawal datang pulak sambutan hari raya bersama golongan kurang berkemampuan ini, dan kemudian kita jumpa balik cerita mereka tahun hadapan?

D.

Gambar ni masa buat program dekat Baitul Hidayah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...