Pertamanya..mohon disedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik Syafia Humairah Sahari..
Kat sini aku terpanggil untuk berkongsi kisah sedih rakyat Malaysia. Kejadian terjadi petang kelmarin. Adik Syafira Humairah, 3 tahun sedang bermain di padang bola berhampiran rumahnya. Dia main sambil tengok budak-budak laki yang lain main bola kat situ gak. Lepas tu,datang la seorang lelaki LAHANAT DURJANA yang bekerja sebagai pemandu teksi tendang badan budak 3 tahun tu. Setakat budak 3 tahun tu, berapa kuat sangat yang dia boleh tahan?Astagfirullah..manusia..Bukan setakat tendang. LAHANAT tu jugak siap pijak kepala arwah. Kalau dewasa kena pijak pun cukup sakit, apatah lagi budak 3 tahun tu. Kepala pun still lembut lagi. Bayangkan la? Belasah punya belasah, orang lain kat padang tu takut nak masuk campur dengan alasan tu hal keluarga dia. Siap bagi warning lagi. Lepas tu mengaku 'bapak tiri' lak tu. Mula-mula dia biarkan arwah kat padang lepas kena belasah, ada saksi cakap time tu arwah dah mati dah time tu sebab badan tak bergerak campur muka pucat. Tapi dia datang balik sebab konon nak hantar hospital. Lepas tu hantar hospital kata accident, baik punya gebang.
Yang mak dia pulak, reti pulak menangis time nak kebumi anak dia. Si pemandu teksi tu bukan suami dia pun. Kekasih gelap je. Means tak ada hubungan yang sah! tapi si pemandu teksi tu boleh pukul arwah macam ape tah. Suami sebenar si ibu ada dalam penjara, baru dalam proses penceraian. BARU DALAM PROSES PENCERAIAN, maksudnya TAK BERCERAI LAGI. Tapi apa yang menghairankan, si ibu dah ada anak berumur setahun enam bulan hasil hubungan dengan syaitan yang bunuh anak dia sendiri dan sekarang sedang mengandung empat bulan hasil hubungan dengan syaitan yang sama. MACAM MANA TU??? nauzubillah..Ini satu lagi indicator Malaysia makin maju ke??
Walau apa pun, aku pohon sangat agar si pemandu teksi yang SUPER kejam itu dijatuhkan hukuman yang setimpal. Si-ibu juga pohon dikenakan hukuman kerana telah melakukan hubungan luar-nikah sampai melahirkan anak. Buat masa ni, apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa dan banyak2 sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa Arwah Syafia Humairah.