Friday, October 10, 2014

Final Year Babehhhh

"Time flies too fast"

True indeed.

Tak sangka tinggal dua sem lagi dkt law school. InsyaAllah tahun depan boleh kahwin grad. Dan sejujurnya terlalu byk perancangan utk lepas habis belajar nanti and hopefully boleh achieve semua, insyaAllah.

Skrg ni bila pi mana mana kawan, pakcik, makcik, jiran sebelah, pakcik selang 20 buah rumah semua tanya bila nak habis belajar dan dengan bangga nya boleh cakap "insyaAllah tahun depan pakcik/makcik/maklang/paklong" dan akan ada beberapa reaksi selepas itu;

Situasi satu

"Boleh lah kahwin lepas tu" 
Senyum senyum malu.

Situasi dua

"Nanti nak chambering terus ke nak sambung belajar?" "Nak practice ke? Taknak join service?"
Just wait n see.

Situasi tiga

"Wahhh mesti best dah jadi final year"

Bila org buat statement ni tak tau nk bagi reaksi apa. Sesungguhnya terlalu penat menjadi budak tahun akhir. Kalau dulu awal sem, habis kelas mmg takde maknanya nak bukak buku sbb assignment biasa hantar hujung sem dan di saat saat akhir itu baru nak struggle siapkan semua. Tapi skrg, setiap hari mmg kena sort out kerja kerja yg akan dihantar. Banyak woiiii! Dan sesungguhnya hati dan perasaan masih tiada di tahun akhir. 

Akhir kata, good luck utk diri sendiri!
Chalo bete.


Thursday, June 12, 2014

Tuhan

Bila manusia bertuhan?

Waktu gelap,
Waktu sedih,
Waktu mencari,
Waktu buta.

Bila manusia bertuhan?

Tangan tinggi kau tadahkan,
Kiri kanan menarik kau abaikan,
Kau cuma nampak belakang yang gelap,
Yang depan? Belum tentu.

Tapi andai yang gelap itu boleh buat kau bertuhan, biarlah terus gelap. Dari mencari dalam terang.

D

Tuesday, June 3, 2014

RAOK (Random Act of Kindness)

Aku pun dah tak ingat apa feel menulis blog ni. Last post bulan 8 tahun lepas. Dekat 9 bulan jugak lah tak menaip dekat sini. Dalam masa 9 bulan tu macam macam jadi sebenarnya. Aku putus ligamen, laptop hilang, kereta kena pecah, exam macam sial, kena operate lutut sebab ligamen tu, kereta kena langgar depan rumah lepastu disudahi dengan demam denggi secara berjemaah dgn adik beradik aku yang lain. Takpa Tuhan nak uji.

Harini sembang pasal RAOK. Tak tahu term ni datang dari mana tapi aku first encounter term ni dalam group Hot Wheels kat FB. Mula mula aku ingat nama kereta apa tah RAOK ni ramai orang dok sebut. Bila dah lama dalam group tu baru tahu RAOK ni singkatan kepada Random Act of Kindness tapi kalau menurut konteks Hot Wheels, RAOK ni bagi hadiah kat kawan kawan collector lah.

Ini part of koleksi yang sedang diiklankan untuk dijual.
RAOK ni luas konsepnya dan mungkin hidup kalian hari hari dipenuhi elemen RAOK. Aku pernah dengar cerita seorang Hamba Allah ni. Sebelum ni dia tak pernah rasa happy dengan hidup dia. Dia kaya, bujang, kerja besar, kereta besar pastu badan pun ada besar sikit. Duit banyak tapi still tak rasa happy. Sembang dengan aku pun susah je nak senyum menatang betul. 1-2 bulan lepastu aku ada ajak dia pergi rumah anak yatim. Aku ajak pun random je. Sebab utama aku ajak sebenarnya nak tumpang kereta dia  je sebab kereta aku rosak. HAHAHAHA. Tapi dia okay je masa tu boring duduk rumah agaknya.

Bila dah sampai tu mula mula memang nampak lah muka rimas mamat ni. Lepas dah assign kerja, aku perasan mamat ni start senyum lepastu gelak gelak gila gila ah. Memang aku tak pernah nampak dia macam tu sepanjang hidup aku. Habis program tu, dia terima kasih kat aku sebab bawak dia pergi tempat macam tu. Dia kata everytime dia tengok budak buda tu gelak, dia pun gelak sekali. Jadi betullah, kalau kita nak rasa happy, kita kena belajar gembirakan orang lain dulu. Share the happiness people!


RAOK ni simple je sebenarnya. Kita gembirakan hidup orang lain so that kita pun akan gembira sekali akibat perbuatan kita tu. Boleh try satu benda dulu kalau tak percaya;

 Makcik/pakcik cleaner/makcik guard/pakcik guard: Hidup kita sekarang memang wajib ada makcik pakcik cleaner. Tak kiralah kau kat mana. Universiti, ofis kerajaan/swasta, sekolah, masjid, tepi jalan or kat mana mana jelah. Sekarang ni semua tempat ada cleaner. Hidup diorang ni macam batu batu tepi highway je sebenarnya. Ada tapi tak pernah dipedulikan. Ada manusia pesen buang sampah sengaja tepi koridor/jalan dengan alasan kalau dia tak buang, makcik cleaner takkan ada kerja. Well diorang pun manusia kena ingat tu. Besar mana pun pangkat kau masuk kubur sorang sorang jugak nanti. So apa korang boleh buat ialah mula mulakanlah tegur makcik/pakcik tu. Nak turun ofis/kolej, tegur je makcik tu. 'Makcik, apa khabar?' 'Makcik dah makan?'. Benda benda simple macam tu akan buat hidup diorang lagi bermakna, sekaligus hidup korang pun akan bermakna sekali. Lagi bagus kalau sekali sekala, belikan air botol mineral ke 100 PLUS untuk diorang. Nak beli makanan simple simple macam kuih pun boleh. Bagi kat diorang. 'Makcik, ini ada kuih sikit saya beli untuk makcik. Makan la dulu lepasni boleh sambung kerja'. Percayalah hidup makcik tu akan bertambah ceria right after that moment.

Rezal Zambery dengan pakcik guard bini Mat Yo :-)


Kena ingat, hidup kita ni bukan pasal kita seorang je. Kalau asyik fikir pasal diri kita sendiri, takkan ke mana. Masalah kita ni kecik sangat kalau nak compare dengan orang lain sebenarnya. Do good, feel good.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...