Wednesday, June 16, 2010

Vitagen Zaman Sekolah Rendah

>Idaman aku zaman masa darjah 1

Tiba-tiba teringat masa zaman sekolah rendah. Sejak ramai kawan-kawan sekolah rendah add aku kat Facebook ni, satu demi satu kenangan datang balik masuk kepala otak aku. Darjah 1-6, 6 tahun rupanya aku sekolah rendah. Bayangkan la, muka innocent aku zaman sekolah rendah. Sekarang pun innocent lagi actually.

Ni aku nak cerita zaman sekolah rendah aku. Fokuskan kepada Vitagen. Dulu ada tak lori Vitagen ni datang sekolah korang? Sehari or 2 hari before diorang datang mesti ada je cikgu kelas edarkan borang vitagen tu. Siapa yang nak beli boleh tick dekat borang tu nak berapa botol dan perisa apa. Selalunya anak orang kaya memang tick semua lah kalau boleh. Dengan lori-lori sekali kalau boleh diorang nak angkat.

Tapi golongan-golongan macam aku ni. Kalau balik rumah tunjuk borang tu, memang susah la nak dapat. Hahaha. Sebotol pun kira okay-lah. Sebotol 80 sen kot time tu. Yela, belanja budak darjah satu time tu baru 70-80sen. So, 80 sen tu dah dikira luxury goods tu. Tapi bersyukur la kan, kalau dapat sikit-sikit, baru nikmat minum tu datang. Kalau beli 10 paket, tak ke muntah mengadap vitagen tu setiap jam? So, aku pun time tu kalau nak beli, sebotol jelah. Selalunya Umi bagi la extra seringgit untuk beli Vitagen tuh. Lepastu esok time rehat or satu masa sebelum balik, budak-budak akan dilepaskan untuk beli vitagen. Selalunya pukul 5.30 cikgu lepaskan murid-murid sesi petang (darjah 1-3) untuk beli vitagen. Aku time darjah 1 dengan 2 ada la rasa excited masa nak beli vitagen ni. Masuk darjah 3, dah boring dah, dah takda rasa seronok. Darjah 4 aku pindah sekolah lain. Time tu tak ada pulak benda-benda vitagen ni. *sebotol ni penjodoh bilangan yang tepat ke untuk Vitagen? sebab tak nampak macam botol pun.

9 comments:

Unknown said...

Ooo...paan sekolah rendah dah ada vitagen ya...akak belum lagi, vitagen tu popular masa akak sekolah menengah. Akak ketua pengawas masa tu, jadi akak yang kutip borang2 tu semua dari cikgu kelas. Kami edarkan pada setiap pelajar dan dapat komisen. Komisen terus masuk tabung pengawas.

Masa akak sekolah rendah yang paling popular susu coklat tu. Macam paan kata juga, anak orang kaya akan bali banyak...kalau orang lain beli beberapa kotak je diorang main carton. Satu carton ke dua carton ke...akak beli beberapa kotak je lah. Samalah nasib kita paan.

Dah lama akak tak contact dengan kawan-kawas sekolah. Memang akak takde FB pun.

-ibnoor-

mdhafiz said...

hahaha.. kenangan silam semasa sekolah rendah memang best. kadang2 menggelikan hati kita.. terasa nak kembali ke sekolah pulak..
dulu aku bekal RM0.50 je ke sekolah.. hehehe..dahsyat2.. skuwnk nih, RM0.50 xde maknenye bagi aku.. maklumlah dh besar. dulu time darjah 1 aku x kisah pasal duit sbb ayah aku penolong kanan kt sekolah, so aku pg pejabat die time sehat... saje je suke2 nak bawa duit..mana tau best?? hahaha

diriku said...

besar2 pn still minum lg vitagen ni..ha2

yayahidayah said...

huh! adew2 masew skolah rendah jugak!

Duniakuabstrak said...

aku x suka vitagen...

Iena Arshad said...

haha.teringat kecik kecik dulu.berebut rebut nak beli vitagen.mmg pun kan.anak org kaya selalu main tick tick je semua.klu bole nak beli semua pastu show off.ngeee.tp semua tu kenangan.

jari | jemari said...

woah! sama! sama! excited isi borang nak beli vitagen!
~dah lupa dah benda ni.thnx for making me smile, to remenisce about this again :)

Reena said...

zaman sekolah rendah sangat menyeronokkan ;) alahaiii.

FARDHILAH FRANCIS said...

salam,

yg duk kat area ampang/kl masih menggilai vitagen boleh la order kat saya RM11.70/3pek (15 botol)

hantar terus kat rumah anda.

qeishazara@gmail.com

tQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...