Thursday, November 4, 2010

Adam Lelaki Dayus?

Disclamier: Entri ni boleh tahan panjang dan sila sabar membaca.


Salam Lelaki Dayus,

Haha. Ini punya entri sudah tertangguh berapa lama dah. Huruf pertama entry ini ditulis masa cerita Adamaya tengah hangat ditayangkan kat TV3. Adamaya time tu dah berjaya membuatkan orang-orang yang bajet macho macam gua menunggu depan tv pukul 6. Itu time cuti. Kalau time kat HELP lak, gua dengan Akmal, sanggup meminjam handset kawan gua buatan China yang ada TV antenna tu. Semangat! Lepastu dok terperuk dekat sudut bilik yang dikatakan "tempat ni je ada coverage TV". Walaupun keadaan amat tak selesa namun keinginan hati untuk melihat Lisa Surihani amatlah tinggi. Kalau dah habis petang tu, kadang-kadang gua terus bukak laptop cari yang online punya version. Namun gua dengan Akmal je yang tahu. Disebabkan ingin menjaga reputasi dan airmuka, gua sanggup buat-buat tak tahu bila member-member kaum hawa dok bercerita pasal ke-sweet-an Adam dalam cerita tu. Padahal gua dalam hati nak membangkang sekeras-kerasnya apa yang depa cakap. Tapi kantoi lah kan kalau gua dok bangkang diorang, "mana kau tahu Paan? Bukan kau kata tak tengok ke cerita Adamanya ni?" dialog ini lah yang gua taknak dengar. Muahaha.


>Aku nak DSLR macam tu. 

Berbalik kepada cerita Adamaya, apa yang korang rasa bila tengok cerita tu? Gua rasa seronok sebab ada Maya dengan Amani je. Amani tu gua ingat kalau besar nanti sure lagi cantik hebat dari Lisa Surihani. Gua tanya ni, apa korang rasa bila tengok cerita tu? Best kan? ala-ala sweet gitu macam lolipop 30sen perisa oren. Kalau perempuan yang tengok, sure hati cair tengok kebodohan kebaikan Adam. Kalau lelaki pulak sama ada cair tengok Maya or rasa nak tumbuk Dani. Gua tak tahu asal muka Dani tu gua tengok macam punchbag dah. Hanya tumbukan bertalu-talu yang dapat melegakan gua.


Korang tak rasa yang cerita Adamaya ni saja memfokuskan kepada situasi seorang lelaki yang lemah atau bahasa inggeris dia orang panggil dayus? Cara Adam digambarkan tu memang tak lebih dari seorang lelaki yang tak mampu nak berbuat apa-apa hatta time isteri dia berdating dengan Dani sekalipun? (Sorry, Bahasa Melayu gua memang taraf tinggi) Cerita ni digambarkan kepada kita macamlah apa yang Maya buat semua tu bukanlah satu kesalahan besar. Realitinya, semua perlakuan Maya dalam cerita tu adalah dosa dan bertentangan dengan norma-norma seorang yang menggelarkan dirinya Muslim. Walaupun itu semua cerita rekaan, tapi tak mustahil lepas ni benda ni terjadi kan dalam realiti? Sebab apa? Sebab dalam Adamaya semuanya nampak simple dan tak salah. Pemilihan komedi sebagai genre drama tu diakui banyak membantu dalam menyampaikan message-message tertentu, tapi dalam masa yang sama kita cuba 'meringankan' dan 'membodohkan' hukum Islam. Bila Maya curi-curi keluar sebab nak makan malam dengan Dani, korang gelak tengok cara dia 'auta' Adam kata ada klien apa semua. Tapi pernah korang fikir kalau benda tu jadi kat korang? Suami dok dalam rumah layan anak sedangkan bini dating dengan lelaki lain. Muahaha. Ini terbaik. Aku tak kisah sangat kalau lepas ni ada orang nak kata aku kolot or sebagainya. Aku terima je. Maybe korang moden dan mengikut arus pemodenan kan, so bini dating dengan laki lain korang jawab "Alah, biasa la tu, lepak la bro!" Muahahaha. 

> maybe ni pilihan hati gua

*Perenggan ni lebih serius. Bersedia untuk segala kemungkinan

Pemikiran aku sangat kritikal pasal benda ni. Aku menunggu saat tu. Nauzubillah. Jangan lepas ni terjadi kat bini korang ataupun adik perempuan korang berdating dengan ex-boyfriend diorang time university sedangkan 3 bulan lepas baru bersanding atas pelamin dengan lelaki lain. . Dani pulak, dengan muka dia yang memang sengal tu (sorilah sebab jujur sangat Faizal Usop) memang terbaik. Dah kahwin pun nak kejar lagi ex-GF kolej dulu. Zaman dah berubah, dulu kalau couple kat kolej, lepas grad dah lost contact. Sekarang dah maju, jadi bini orang pun boleh contact ex-BF lagi sebab ada Blackberry dengan Facebook. Kalau dah contact kan, mesti la nak berjumpa kan? kan? kan? Lepastu berjumpa la dekat kopitiam mana-mana. Order roti bakar dengan milo ais, boleh sembang 2-3 jam. Tapi cakap kat laki or bini masing-masing apa? pergi jumpa klien. Bila mata bertentang mata, pandangan turun ke hati. *time ni gua pun gelak guling-guling baca balik ayat gua tulis. Lepastu masing-masing boleh agak apa jadi kan? Yang laki ni dok puji la perempuan ni still lawa, macam dulu gak time kolej. Kenangan bercinta masa kolej lepastu datang la menyerang. Lepastu gua malas sambung dah, takleh imagine dah. Stop kat situ je. Fullstop.

Apa yang gua boleh simpulkan sekarang? Adamaya ni cukup meninggalkan kesan kat hati semua orang. Tapi gua takut kalau lepasni makin banyak cerita macam ni dipertontonkan lepastu orang makin 'jaded' dan seolah-olah benda ni normal dan tak salah kalau si isteri or suami nak contact ex-BF/GF diorang walaupun anak dah 4 masa tu.*untuk 'jaded', sila rujuk kamus anda, gua tak reti nak translate. Bila kita dah kahwin or bertunang or ber-apa sekalipun, hargai siapa di depan anda dan sila lupakan sejarah anda. Jangan sampai yang kat depan anda tu dah takda tinggalkan anda, baru terkial-kial nak menghargai. Sekian. Kerjasama anda amat dihargai. *Gua belum kahwin. Itu Fakta.

Pendapat kalian diperlukan. Anda tidak semestinya menyokong pendapat ini.

Lunch time, bebeh!

20 comments:

syaima.yunus said...

lu tau tak lu dah buat wa berfikir jap. thanks bro !!

Unknown said...

adamaya?

produser dia amik kisah gua buat watak adam.

gua diamkan je. malas nak heboh.

ziha said...

suke tgk mia je dlm cite ni.. :)

amirah said...

entri ni aku suka.sebenarnya xleh nk komen sgt sbb aku tgok crta ni cuma xikot sangat.tapi taula yg si maya ni curg ngn laki dia.laki dia lak tau tu semua tp mcm "oke,,,rilek lu"...sabar ada tmpatnya.tp xleh biarkan isteri kuar ngn laki lain bukan atas urusan kerja.mgkin crta ni nk tnjkkn sweet n sabarnya sorg suami tapi dlm ni lau xcilap happy ending kan?/..dlm realiti ssh kot mcm ni..entah2 kebanyakan isteri hanyut ...sekadar pendapat peibadi :)

Salsabila said...

sokong je fasal adam laki dayus sebabnya terlampau berlembut kan? Dan terlampau menunjuk yang islam ni macam tak beratkan semua tu.

ok, saya taknak kritik lebih2. tapi statement atas tu, setuju :)

Harapnya tak dapat la laki macam adam ni. diamkan je. mana mana salah tegur la kan.

Ok, moga kamu tak jadi macam ni ye paan :P

Anonymous said...

ok..
ak nk komen sket..
yupp!
adam sgt dayus lam cter ny..
mane ade wujud lagi kaum cm Adam tu..
bley kerat jari..
nk2 skrg...law nk cerai ley pkai msg jew..
lg sng la kalau aku jadi Adam..
sepantas kilat Maya ku cerai kan..
haha..
juz ma opinion..

shazlea shayla @ maria said...

huaa.. x sngke ad laki minta tgk drama smpi mcm nih skali...

Tyra Hanim said...

salam.


saya sokong pendapat anda, kenangan sebegitu semestinya perlu dibungkus dan dibuang ke laut bukannya disimpan diperam dibuat pekasam kemudian menjadi santapan, nanti menyusahkan.Eheh.


Ouh, eh lolipop 3posen sweet eah? =,=

Mimi Saidi said...

aah...mmg dayus.tp muka die buat wa cair baii...hahaha.tros jd x dayus weh

kazisha said...

yup..dayus dayus :P

NARDtheNERD said...

apasal i rasa xsanggup nak kata dia dayus??.
haha.

syawani said...

wani : aina, cite adamaya tu ape? cite horror or hantu eh?
aina : saya rasa saya pnh tgk. bukanlah hantu, ade bomoh kot..

zikeryhassan said...

aku sokong kau! ahaha.

NenetPenne (NP) said...

yaa ex ajak keluar dating dengan berkata pada isteri, jumpa client atau customer.. itu yang saya alami... walaupun tak baik tapi buat juga sebab sakit hati pnya pasal...

ada kawan lelaki zaman sekolah yang sudah beristeri ajak saya keluar untuk secawan kopi tapi saya berkata, saya adalah janda..saya tak nak mata2 serong memandang dan mengkhabarkan kepada isterinya sedangkan kami tak ada apa2 pun...

tapi citer adamaya saya tengok bukan kerana tertarik pada hero atau heroin tapi lebih kepada budak kecil mia sara tu...comel yaa....

khairul farhan said...

syaima: bagus.atleast lu guna otak lu sikit.haha

sadis: kepala hotak. itu kisah orang lain dan aku tahu takda kena mengena dengan kau.haha

ziha:mia tu semua orang suka.haha


amirah:betul. gua setuju sangat. tak kan sekejap je si maya tu insaf

husna: insyaallah.doakan yang terbaik

iracy: haha.gua pun ada fikir benda yang sama

shazlea: haha.tu pendapat anda? setuju.

tyra: tahu takpa. yang lepas biar lepas betul tak?

mimi: haha. muka cair tak jadi alasan okay

kazisha: setuju

nard: sebab muka dia hensem sangat kah?haha

waneng: kau memang sengal.

zikery; kau memang sama dengan aku

nenek: kalau mcm tu takpa la kak, ada je masa berubah. lupakan dia.hahaha

Liza@El@KedFlop said...

adam laki dayus, maya plak pempuan tak berapa nak cerdik, yg comei kiut-miut tu mia jugak =3

nurmisnan said...

salam..
dalam cerita AdamMaya nih
perkahwinan mereka atas dasar urusan keluarga
jadi sebagai lelaki Sejati
dia tak blh nak salahkan Maya
cinta Maya hanya utk DHANI
tapi si lelaki Dhani itu telah
mencalarkan sifat sejati ADAM
hingga akhirnya Adam terpaksa buat keputusan
DEMI ANAKNYA dan Perkahwinannya..

Adam betindak menggunakan akal
bkn dari hati dan nafsu..
akhirnya MAYA sendiri menyesali perbuatannya..

Anonymous said...

salam...
errmm...xtau la nk cakap dayus ke tak..
tapi rasanya realiti lelaki skrg xde yg sebaik adam tu..terlampau la baik...x salah kan kalau kita tegas dgn wife tuk kebaikan bersama?

nwey, agree with nur misnan...:)

~cik anna~

Anonymous said...

stuju stuju.. rasa nk tumbuk je dani tu.. hangin 1 bdn klu tgk muka dia dlm citer nih.. hu3..

Nurul a.k.a Riko said...

Maaflah...ahkak x tgk lagik drama Adamaya nie. W/pun ramai kawan2 yg memuji drama nie besh.

Since anak2 ahkak dah meningkat besar...Kakak (9 yrs old) & Cha (4 yrs old)...ahkak terpaksa filter sesetangah drama melayu nie..especially citer pasal somi isteri bergaduh, somi ada org ke-3, family tak restu kawin...kahwin larilah...etc..etc.

Ahkak lebih prefer bawak my doters tgk movie dari di sajikan dgn drama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...