Sunday, January 15, 2012

Detik paling memalukan tahun 2011

Selamat tahun baru 2012. Celaka apa dah masuk tengah bulan 1 baru nak wish.


Banyak benda jadi tahun lepas 2011. Bila aku cakap banyak maksudnya banyak gila. Moment yang tak bestnya apabila benda yang tak best lagi banyak dari yang best. Actually aku rasa takda yang best pun. Kesimpulan aku boleh buat dari tahun 2011 adalah tahun yang memang sedihpedihdadih.


Benda benda sedih ni tak boleh cerita sangat dalam blog kang Neelofa baca terus buat story kat Melodi. Segan ah aku nanti GF jaja cerita BF kat Melodi. Sebabkan benda sedih tak boleh story, aku decide nak tulis moment paling memalukan tahun 2011 dan seumur hidup aku rasanya.

Okay aku mula dengan background tempat dan masa. Benda ni jadi masa bulan 5-6 tahun lepas kat KL Sentral masa aku nak balik Shah Alam. Time tu malam dah so aku pun macam nak lepak-lepak dulu ah buat apa nak rush bukan ada awek cun pun tunggu KTM tu. Aku pi dinner macam biasa Yong Taw Foo kat KL Sentral tu. Takda ah sedap mana cuma itu satu je yang jual Yong Taw Foo terpaksa ah beli. Lepas dah tambah saiz pinggang seinci, aku turun tempat beli tiket tapi aku tengok jam still awal lagi so aku naik balik pergi kedai buku sebelah Dunkin Donuts dengan niat nak baca buku free. Hampa bila sampai atas magazine tak update lagi so aku beli air tin seringgit kat vending machine and duduk kat kerusi depan tu baca paper free The Sun. Orang tengah sengkek layak baca paper free jah. Hahaha tapi bukan itu point aku. Aku beli peach tea. Fevret aku memang teh. I'm not a coffee person.


-contoh terdekat (google)-

Aku duduk berhadapan seorang awek nih. No no aku takkan cakap pasal cun ke tak. Aku tak kisah cun ke tak. Aku nak tegur dia pun tak berani kot dia pakai tudung labuh dengan kawan-kawan dia ada dalam 3 orang dok baca buku apa tah. Dari apa yang diorang dok borak, aku rasa diorang baru sampai dari Utara kot tengah tunggu transport nak amik derang ni. Sebabkan aku nak control macho aku pun macam lepak jelah tak pandang mahupun tegur diorang. Aku relaks baca paper. Nak lagi market lepastu aku bukak tin tu tanpa tengok tin yang aku beli tadi. Aku minum sikit and letak balik. Takda apa jadi. Lepas baca sukan tu, aku grab tin tu nak minum air. Aku minum okay je lepastu aku rasa macam ada benda lembik-lembik sikit masuk tekak aku. Dalam otak aku tak pikir apa lagi tetiba teringat scene Lisa Surihani kena pedajal dgn Farid Kamil dalam Legenda Budak Setan letak cicak dalam coke. Aku geli lalu




Sumpah malu weyh time tu. Sebabkan ini sangat memalukan, aku tak cerita kat sesiapa pun. Okay lepas aku dah tersembur air peach tea dekat jubah awek tadi, aku nak tergelak pun ada gak sebab muka dia merah tahan marah. "Comel gak ustazah ni bila marah" tapi aku tahu comel dia tu tak tahan lama sebelum dia tengking aku, aku gerak pergi turun bawah tanpa tengok ustazah tu. Aku dah sampai toilet kat bawah tu, aku senyum sorang sorang depan cermin. Actually benda tu bukan cicak. Nata de Coco je pun. Padahal dah tulis kat tin tu ada nata de coco tapi itulah sebab tak tengok label punya pasal. Malu tersembur air ni memang lain macam. Lagi power dari malu malu yang biasa ni. 


Moral of the story bila beli makanan or minuman, tengok label dulu sebelum telan.


Kalau aku ada iPhone 4 nih aku bagi kat awek tu ganti jubah dia.

13 comments:

Cik Ungu Kamila said...

hahaha. siyes aku dpt bayangkan cite hang ni. kesian awek jadi mangsa. byg sgt tgk cite melayu pedajal org ni (LBS farid kamil). keh3 xd

shera haifa said...

kesian org yg kene tu.. ish2x..

Liyana Lunia said...

OHHH ang la org yg tesembuq kene baju aku tu ha ang ingat baju aku tu beli rm10 dekat pasar malam gerai kak kiah nombor namblas kaaa? eh kantoi mmg beli kat situ. kbai

syirah rasid said...

haha. kesiat kat awek tudung labuh tadi. habih kotoq tudung dia :p

geligeli cincau pon hengat cicak ka. aduhainye punn ~ :D

shafiqah omar said...

AHAHAH jap - takleh nak -

Zul said...

kesian ustazah tu!

Cik tikah said...

bahasa tak boleh diterima. hahahaha...

Umar Kadir said...

hahaha! kesian awek tu.. kalau aku jd kau sure tergelak depan awek tu! XD

aiharaRiko said...

lol.. funny! haha

dear yayah said...

apsal la xminta maaf je.. sti dia bengang sbb blah cmtuh je... hihi

Cik Cammy Lia said...

nape xletak shoutbox??

hahaha...kalo aku mmg dh kena tengking gk org cm ko..sedap2 je sembur air kat tudung..hbs kotor.kalo nk tlg basuh xpe gk.ahaks..

Sabby said...

aduhai antu lombong..ko buat aku gelak sorg2 tgh mlm ni...mmg malu betul la!!

Reen said...

HAHA. kesian budak tu. mesti dia bengang gila. haha. lain kali tgok label tin dulu. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...