Kalau
tgk calendar, bulan Syawal dah nak masuk fasa ketiga iaitu fasa terakhir.
Walaupun dah terlambat, tetap aku nak ucapkan selamat hari raya buat kalian,
maaf zahir batin, selamat memenuhi jemputan rumah terbuka, selamat membesarkan
badan. Ramadan dah lepas, dan tak kisah lah apa yang kalian buat, semoga
Ramadan lepas dapat kita manfaatkan, tak banyak sikit pun jadi daripada takde
dan kosong. Tin yang kosong lama lama kalau kita isi penuh jugak kan.
Ramadan
yang lepas aku ada baca satu post dekat FB. Ayatnya lebih kurang mcm ni,
“RAMADAN: bulan anak anak yatim ada ibu dan bapa, orang miskin jadi kaya”, ini
hanya ringkasan ye, dipendekkan sahaja. Jujurnya, aku pun blur maksud ayat ni
mula mula. Dah baca betul betul baru faham maksud penulis. Aku taknak skeptical
pada golongan yang membantu ni, sebab aku sendiri kadang kadang lupa pada
mereka yang kurang, tak kisah dari segi wang atau kurang dari sudut
kekeluargaan. Sebalikya aku tabik usaha murni kalian daripada orang yang tahu
memerhati tanpa tampilkan diri mcm aku. Buat yang berkemampuan, setiap kali
raya aku agak mesti ada 3-4 pasang baju raya yang kalau tgk kos perbelanjaan
sekurang-kurangnya RM150 sepasang ke atas campur beli kain dan upah jahit.
Lelaki sekarang pun tak kurang bila aku tgk harga pasaran sampin boleh cecah
harga beribu. Itu hanya dilihat dari sudut individu, belum tgk kos satu
keluarga lagi, dalam rumah nak tukar itu, tukar ini.
Berbalik
pada ayat tadi, jauh kat sudut kecik hati aku ni cakap betul jugak. Golongan
kurang mampu ni hanya dinaikkan taraf mereka masa bulan Ramadan. Ye, aku tak
nafikan dalam bulan Ramadan tu ada malam yang lebih baik dari seribu bulan,
seeloknya kita kejar ibadah dan salah satunya membantu mereka yang kurang mampu
dan satu persoalan yang diangkat oleh penulis berkenaan ialah, dalam bulan
Ramadan lah kita boleh tgk dalam akhbar pelbagai jenis majlis buka puasa yang
menjemput sekali mana mana rumah anak yatim, orang orang miskin dan disertakan
dengan pemberian bantuan buat mereka. Umum tahu dalam setahun ada dua belas
bulan, 365 atau 366 hari dan dari jumlah itu Ramadan hanya 29 atau 30 hari
daripadanya. Jadi mana tempat mereka untuk hari hari yang lain? Habis sebulan
berpuasa masuk bulan Syawal datang pulak sambutan hari raya bersama golongan
kurang berkemampuan ini, dan kemudian kita jumpa balik cerita mereka tahun
hadapan?
D.
D.
Gambar ni masa buat program dekat Baitul Hidayah.
1 comment:
Tersentuh hati tgk gmbr tu..
Blla ramadhan mereka diraikan.. Happy je tgk wajah gembira mereka. Tp dlm hati mereka tak siapa tau apa tg mereka rasa, apa yg mereka fikirkan..
Post a Comment