Wednesday, June 23, 2010

Cerita Hantu kat Sekolah

----->pemandangan dari helikopter (ini baru blok akademik)

Entry yang lepas aku dah cerita pasal pengalaman kat sekolah rendah, tak adil rasanya kalau aku abaikan hidup di sekolah menengah yang ternyata lagi banyak pengalaman. Semasa Tingkatan 1, aku sekolah kat Putrajaya. Selepas pergi pemilihan untuk Maktab Tentera Diraja, aku berjaya lepas sesi pemilihan dan mendaftar di MTD/RMC bersama 149 rakanku yang lain di Kem Sg Besi.

Cerita hantu kat RMC. Tak payah tunggu lama nak tunggu cerita hantu, time orientasi selama 3 minggu dah macam-macam cerita hantu yang keluar dari mulut-mulut senior. Kalau tak silap aku, malam ketiga orientasi, kami(newboy) tidur dalam prep room kompeni yang lengkap berhawa dingin. Punya la seronok tidur dalam aircond lepas seharian penat orientasi. Tapi senior-senior aku yang baik tu boleh bantai cerita hantu pulak. Aku dah la kecik lagi (Form 2 kecik la kan). Cerita yang paling aku rasa real masa tu adalah cerita Rahim.

*OPs kalau silap tolong betulkan cerita ni

seperti yang diceritakan kepada Muhd Khairul Farhan,
Rahim ni putera Tingkatan 4 kompeni Foxtrot. Masa tu, dia ada latihan air dekat Tasik Mines bekas lombong dekat dengan sekolah kami. Nak dijadikan cerita, masa tengah seronok berkayak semua tu, pengayuh yang Rahim guna dah ter-ayun salah seekor anak jin lombong tersebut. Lalu matilah anak jin tu dan berkabunglah family mereka (part berkabung aku reka je). Lepas habis latihan, Rahim pun naiklah bilik dia kat Kompeni Foxtrot tu untuk siap-siap pergi dinner kat Mess Putera (Dewan Makan) dan seterusnya prep malam. Selepas balik prep dalam pukul 11 malam hari yang sama, beliau dikatakan telah terjun dari tingkat 1 bangunan dan terus berlari ke Tasik Mines tempat diorang training petang tadi. Dikatakan dia berlari dengan kadar yang sangat laju hingga tak tercapai akal dan kudrat kawan-kawan yang cuba nak mengejar beliau. Dengan momentum yang laju hasil dari larian kencang sebelum ni, Rahim dikatakan telah tejun kedalam tasik tersebut. Faham-fahamlah kedalaman tasik bekas lombong bijih besi terbesar di Malaysia macam mana. Lepas tu, dia pun tak timbul-timbul lagi. Macam-macam usaha dilakukan untuk mencari mayat Rahim yang berada di dalam tasik seperti skuad penyelam, bomoh, bacaan surah yassin dan sebagainya. Namun, keputusan tetap negatif. Setelah penat berikhtiar, Komandan dikatakan telah meminta ihsan Dato Harun Din ke??(maaf, tak ingat) ke siapa tah yang ilmu dia agak hebat dan tinggi jugalah. Lalu setelah beliau datang ke tempat kejadian, beliau mohon untuk mendapatkan tilam dan bantal milik Rahim ni. Lepas tu, beliau letak bantal atas tilam tu macam position biasa nak tidur kemudian hanyutkan tilam tu ke tengah tasik lombong tersebut. Dengan kuasa Yang Maha Esa, sampai je kat tengah tasik tu, tiba-tiba tilam tu tenggelam seolah-olah ditarik dari dalam tasik. Selepas beberapa ketika, secara tiba-tiba tilam tu timbul dari dasar tasik secara menegak dengan jasad Rahim berada di atas tilam tu yakni menyerupai manusia yang sedang tidur. 
--->lebih kurang macam ni la kot. tapi tak seLAWAK ini
* ini je imej paling menakutkan yang aku jumpa

Lepas tu, tilam tu dengan automatik-nya macam kereta control bergerak ke tebing tasik tu. Aku tak dapat gambarkan macam mana reaksi orang-orang kat situ. Nasib baik jugaklah aku masuk sekolah ni era-2000 sebab orang kata benda ni jadi tahun 80an. Sebelum itu, dikhabarkan Dato Harun Din (atau sesiapa saja yang berkenaan) telah berunding dengan jin air tersebut. Jin air tu mahukan nyawa dan jasad Rahim sebagai pengganti anak-jin yang telah mati akibat terkena paddle kayak yang di-ayunkan Rahim. Memandangkan nyawa Rahim telah diambil, Dato Harun Din (atau sesiapa saja yang berkenaan)j telah memohon untuk dipulangkan jasad Rahim. Mungkin sebab tu lah jin air tu setuju untuk pulangkan jasad Rahim.

Berbalik kepada situasi ketika hendak tidur dalam bilik aircond tersebut, senior aku cakap yang arwah Rahim ni akan muncul setiap 5 tahun sekali. Dan nak dijadikan ceritanya, senior aku tu cakap, maybe tahun tu Rahim akan datang balik maktab. Disebabkan cerita yang terlalu real oleh senior aku sebelum ni dan sikap mempercayai senior yang ter-amat sangat, aku pun percayalah. Memang takut gila masa tu. Sebab selalunya cerita yang aku dengar dari member sekolah lain ialah cerita nenek-duduk-atas-wardrobe-sambil-nyanyi-lagu takutkan budak yang belum tidur. Apa yang aku perhatikan cerita nenek ni dah jadi macam trend kat semua sekolah asrama tak kira SBP/MRSM/TEKNIK/SMKA/ASRAMA HARIAN. Lebih kurang semua sekolah ada cerita yang sama. Hebat betul pengaruh cerita nenek ni. Aku rasa nenek ni dah dapat kontrak dengan Kementerian Pelajaran untuk menempatkan nenek-nenek di SEMUA sekolah berasrama di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Hebat nenek ni.

Sekolah korang ada hantu tak?

19 comments:

kata hati bukan kata mulut said...

ada.
hantu jepun berkawad tgh padang.
ohh tipu~

iqbalsyarie said...

wahahaha...skolah aku pun ada cerita mcm tu!tapi kat STAR,lg banyak menipu kot..hahaha

Datin Ekin said...

ada..hantu curi makanan..hehehe

cintahati said...

of coz ade...
adatlah lah..hantu n sekolah-x dpt dipisahkan..
lagi2 sekolah asrama...

hantu kat sekolah aku x dek kepala..bersandar kat tiang..abang sndri yg nampak..haha

yayahidayah said...

ahh xmoh bace ley x?takot!

dunspeak♥ said...

aha..antu jepun memang pemes di mana sajaa

NARDtheNERD said...

haha.
i sekolah all gurl.
kitorang gelak pun dah macam hantu.
so xdpt beza antara hantu ngan kitorang. =))

maybe ada kot. =))

.miss d'ieyna. said...

dulu kat sek ada kes histeria gila gila.
sampaikan cikgu2 pun x taw nak wat apa.
seram2 tp pengalaman semua tu.
bila masuk U pun banyak je kisah hantu2 bagai nih.ngeee.:D

hans said...

hahahaha
gelak2 aku baca
owh
nenek langsuir tu ker
yang dia cakap
"1 dah bangun...jangan nak tipu...aku dah tahu"
hehehe

zikeryhassan said...

hantu kat skola aku maen tennis.

e5 said...

ada budak2 yang duk lepak blakang stor.....wkaaaaa

Bert said...

mesti cikgu bon yg cter kat ko ni

Syazwani Aziz said...

dulu sy skolah mrsm langkawi, blakang tu hutan.. byk jg la cter2 hntu ni.. mmg takut abis la... sy pun pnah bau2 sume2 ni... biasa la.. kwsn skolah ktorg kwsn tnh tinggi jg, kt lereng2 bukit,... byk jugaa laaa yg dah kenaa.....

zikeryhassan : hntu kt skolah sy men bola jaring, pakai kepala (djdkn bola)

p/s : sy pun rasa nenek tu dpt kontrak dgn kmenterian pelajaran la... beliau mmg feymes...

Miz CanisTaL said...

klu ikut pengalaman ai sndri.. penah sekali dgr suara member menyanyi.. then tegur kat dia.. pas tu sora tu ilang.. sekali cek x de org pun dlm rumah.. ai sorang je.. n member sampai 10 minit kemudian... esoknya kat paha ada kesan lebam2 yg bntuk nya betul2 cam bentuk bibir.. biru sgt tp x sakit langsung.. pastu tus out dr rmh tu.. seb baik bunyi sora je.. x sngup doh klu jumpa face 2 face

ika~~ said...

ada2!!!!
meh bace kat belog aku

http://greatteacherika.blogspot.com/2010/10/disakat-hantu.html

Fara_Adura said...

Oit oit pe kaitkan ngan kpm lak ney.. marah neh marahh! agagaga
Oh cite nenek neh mmg lagenda la. hahaha.
Seram gile baca cite neh. Gigil weh~ sebab ekon da keh2

Azham Vosovic said...

cerita ni seram..dan ending dia menarik....hantu nenek dpt kontrak hahahaha

ManjaComel 123Production said...

Macam menipu pon ade..

AngelOrEvill said...

serius kalo citer ni btol bapak rr cuak gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...