Friday, June 4, 2010

Imam Muda dan isu Palestin

Walaupun tajuk entri ini sebut pasal Imam Muda dulu, tapi aku nak dahulukan isu Palestin. Bila baca balik semua artikel-artikel yang penuh kat surat khabar 2-3 hari lepas, satu benda yang dapat aku conclude ialah Israel masih lagi takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Kalau nak fikir logik, kenapa la kau nak takut dengan kapal-kapal yang membawa barang-barang untuk misi kemanusiaan ke Palestin?? Bukan nya kapal tu KD KEDAH or PERAK or PAHANG yang sememangnya terang-terang frigate yang boleh bawak perang. Itu kapal biasa la ISRAEL LAKNNATULLAH! dan lebih mengejutkan lagi ISRAEL ini juga telah mengehadkan barang-barang tertentu je yang boleh dibawa masuk Palestin. Ada 81 jenis barang yang boleh dibawa masuk. Yang lain semua dikira luxury goods dan tak diperlukan. Contohnya chocolate bar
Agaknya chocolate ni boleh bunuh orang ISRAEL dari jauh


Aku sebagai salah seorang pelanggan ASTRO berbangga kerana ASTRO dengan kerjasama JAKIM telah berjaya menerbitkan program realiti berunsurkan Islam, Imam Muda yang berjaya mendapat sambutan yang cukup hangat. Ini tanda positif untuk kita semua kerana ini maknyanya penduduk Malaysia yang beragama Islam masih mengenal siapakah dan apakah peranan Imam. Kenapa aku nak story pasal Imam Muda ni? sebab tadi bila aku sembahyang jumaat kat Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara, peserta-peserta Imam Muda semuanya ada kat sana. Ada tugasan pulak tu. Yang aku sempat dengar bacaan Al-Quran daripada salah seorang peserta, (maaf aku tak ingat nama) sebelum Azan Zohor. Selepas tu, bacaan khutbah dan solat jumaat diimamkan oleh salah seorang dari diorang gak, Ustaz Asyraf kalau tak silap namanya. Bersemangat betul gaya dia bagi khutbah. Memang tak tidur la aku untuk sesi khutbah semalam. Tapi sebelum dia bagi khutbah tu, ada pakcik ini duduk sebelah aku cuit aku tanya 

Pakcik= "Ini ada apa ni hari ini?? (sambil buat muka pelik)"
Paan=  "Harini ada peserta Imam Muda datang masjid"
Pakcik= "Apa benda tu?? bukan memang Imam Masjid ini muda-muda ke??"
Paan= "Betul la, tapi ini program realiti..ala-ala Akademi Fantasia gitu"
Pakcik= "Owh, kalau menang ni ada dapat hadiah la?? bila konsertnya??"
Paan= "Lebih kurang la tu pakcik..tapi tak ada konsert"


Lepastu keadaan bertukar sunyi seketika. Selang 20 saat, pakcik tu pun cakap "Terima Kasih"


Tapi hadiah yang akan diterima oleh pemenang Imam Muda ini pun bukan calang-calang. Memang nak dekat setaraf Akademi Fantasia lah. Dapat kereta sebijik bernilai lebih RM150,000, pakej menunaikan haji, cash RM20,000, dapat pulak laptop Apple Macpro dan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Pemenang dia jugak kalau tak silap akan ditawarkan jawatan Imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan. Masjid manakah?? Ini baru betul, hadiah ditawarkan setanding dengan program-program realiti lain. Kalau tak, sebelum ni, menang program-program mcm ni paling banyak boleh dapat pun RM20 000. Yela, kita bukan kejar hadiah, tapi kalau hadiah tu menarik, at least boleh tarik ramai orang untuk join program ni. Lagi satu orang tak akan pandang sebelah mata jawatan Imam ni.

6 comments:

Loyar Lawa said...

best betol bagi ganjaran pemenang imam muda tueh....

nornaimah said...

hei,, sedap tol chocolate tuh.. nak pulak...

nazliah.... said...

it's the best reality programme on ASTRO....

Unknown said...

Salam paan,

Itulah...kita kekadang kurang mensyukuri nikmat Allah...a bar of chocolate means a luxury for them...Allahuakbar. Entah berapa lama saudara-saudara seakidah kita di Palestin tidak lagi sempat menjamah makanan sesedap itu hatta sebagai 'snack' harian pun.

Kekadang Muslim terlalu banyak mengutuk dan mengejam dan tikanya terhenti di situ. Kenapa tidak kita kembali mengamalkan sunnah sepenuhnya...? Marilah kita menjalani hidup Islam seluruhnya dan beralih kepada meningkatkan servis mahupun segala segi perkhidmatan Islam.

Islam ini kuat sebenarnya, maka dengan itulah mereka sedaya upaya berusaha untuk memesongkan kita dan ternyata kita telah masuk ke 'gua' kelalaian. Marilah kita sama-sama bangkit insyaAllah.

Diharap agar kita dapat menjadi sekurang2nya imam pada diri dan kiblat sendiri...amin...

-ibunoor-

hans said...

hahahahhaa
aku nak gelak dengan pakcik tu
ada patut tanya BILA KONSERT
ekekekekeke
wah,hadiah dia gila gempak kan
aku tak astro lah Paan oii
xdapat nak tgok
dkt youtube ada ka?

mdhafiz said...

biar betul coklat x boleh bawa je israel? boleh bunuh diaorang dr jauh ke? hahaha.. mesti ade something nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...