*Tajuk entri ni maybe agak kontroversi tapi gua tak kisah, gua nak cerita gak pasal apa yang gua rasa sekarang ni.
Pertama-tamanya, ingin gua mengingatkan yang gua ni bukanlah jenis prejudis terhadap golongan pengkid ni tapi seperti yang terang dinyatakan dekat tajuk entri, gua JEALOUS atau bahasa melayu nya CEMBURU. Gua mengalukan kedatangan pembaca-pembaca dari golongan pengkid.
-gambar ihsan MEDIA MALAYA
Isu pengkid ni gua tak tahu la. Dulu kecoh gila. Satu Malaysia bising pasal kes ni. Pengkid mengikut definisi Kamus Oxpord adalah perempuan yang berpenampilan seperti lelaki. Ada faham? Selalu ada tak nampak sepasang kekasih yang bila melintas depan kita, ada rasa janggal bila melihat 'Sang Jejaka' nya? Dia cuba yang terbaik untuk menjadi lelaki, namun tewas. Gua lagi hensem. Itu fakta. Manakala 'Sang Jejaka' itu nampak macam lain macam sikit. Muka macam lelaki tapi still hmmm hmmm hmmm ada yang tak kena. Time tu semua menteri keluar statement masing-masing. Tapi tindakan tak berapa nak ada.
Kenapa gua cerita pasal pengkid ni?
Ada minggu lepas gua naik Bas Rapid KL yang macam siput laju gila on the way pergi LRT Bangsar. Gua dari HELP lepas kelas terasa nak pergi KL Sentral lak lepak-lepak sana hilang tension tengok orang. Time tu memang tension owh. Dah la next elaun JPA bayar Januari nanti. Lambat gila. Al-kisah nak dijadikan cerita masa dalam salah satu hentian bas ni, naik lah sepasang kekasih yang awek dia cun gila kalah awek gua, Lisa Surihani. At first, gua memang ingat couple tu merupakan sepasang lagi anak muda yang sedang hangat bercinta. Namun ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan lebat di tengahari. Bf awek tu pun perempuan dowh. Cuma slack takda misai janggut jambang or maybe jugak takda bulu kaki. Rambut dia potong lagi pendek dari aku, pakai kemeja lengan pendek, seluar jeans and sneakers. Lepastu ada la sikit rantai tali hitam dengan gelang perak seutas dua dia pakai. Gaya dia memang maskulin habis la. Habis-habisan tiru cara pemakaian lelaki. Even gua pun tak pakai rantai dengan gelang tu. Hahahaha. Kemudian, diorang duduk depan mengadap gua. Awek tu cun gila vavi. Terpegun cair gugur jantung gua. Dia punya senyum. Pergh. Paling ayu. Macam muka Nadine Alexandra Dewi Ames.
> macam ini la rupa GF pengkid tu
Berbalik kepada tajuk dia atas. Dah nampak la kan relevan kenapa gua jeles dengan pengkid? Awek diorang semua cun gila vavi dowh. Gua pun tak faham kenapa awek tu pilih pengkid. Kalau nak compare hensem, of course la gua lagi hensem dari 'BF' dia tu. Tinggi pun gua menang tapi apa kes perempuan tu pilih pengkid ni? Yela, kalau tanya, alasan klise mesti keluar "I dah tak percaya dengan lelaki, semua jantan sama je tak guna. Baik I cari someone yang boleh faham hati I, fikiran I. Lelaki I ulang ye, semuanya tak guna. U pun lebih kurang la." Okay, yang last tu gua reka saja-saja.
Berbalik kepada Islam. *ada sikit pengisian
Benda ni dah sah-sah haram hukum nya. Perempuan yang menyerupai lelaki or sebaliknya pun sama je hukum dia. Haram. Walaupun kita ni ada pengalaman hitam ataupun kena tinggal dengan lelaki apa tak membolehkan kita menjadi pengkid or ambil pengkid ini sebagai jalan hidup. Niat tak pernah menghalalkan cara. Ingat tu. Jangan sebab kau dah pilih orang yang salah, kau nak samakan semua laki. Ingatlah bahawa ada ramai lagi lelaki yang lebih baik/molek perangai/hati bersih dan hensem yang boleh korang buat suami or teman. Contoh terdekat dan terhebat ialah GUA sendiri. Tak ke rugi namanya perempuan yang cantik macam tu end up dengan perempuan gak. Fitrah manusia dijadikan lelaki dan perempuan. Lelaki kena berpasangan dengan perempuan dan vice versa. So, kepada awek-awek pengkid yang nak berubah tu, sila lah rujuk kepada gua. HAHAHA.
*tanda-tanda kiamat ya.