Saturday, January 29, 2011

Post-exam plan, Tunisia dan Mesir

Tepat pukul 8 malam semalam, exam gua berakhir secara rasminya.


Exam kali ni tahap kepayahan dia memang mantap, padat dan kebabom. Exam pulak takda langsung paper pagi. Hampir kesemua exam petang-malam. Waktu paling common ialah 6.30-8.00 pm. Gila kan exam waktu-waktu maghrib/senja ni? Otak pun tak boleh pakai sangat. Penat nak tunggu dari pagi hingga ke petang semata-mata untuk buat paper tu. 'Restless' bak kata member gua.


 -Buku teks-


Biasa la bila exam, ada paper yang boleh buat, ada yang tidak. Tapi selalunya kalau tak study, yang tak boleh buat la lagi banyak dari yang boleh buat. Takpa, benda dah lepas. Sekarang kita boleh tawakkal dan berdoa menanti result. Gua amik 4 subjek untuk A-level ni Law, Mathematics, Economics dengan English Literature. Benda paling seksa dan gila subjektif setakat ni English Literature. Jun nanti mungkin Law akan ambil alih.


-Tunisia-

Ce citer ce citer. Tunisia ni apa cerita? Syabas kepada yang amik tahu cerita Tunisia. Kepada demo-demo hok tok amik tahu or buat buat tak tahu, luangkan la sikit masa google pasal apa yang dah berlaku kat Tunisia dalam 4-5 hari ni. Masyaallah perjuangan anak muda. Revolusi perlukan pengorbanan. Harga yang perlu dibayar untuk sebuah revolusi demi menyedarkan orang lain adalah sebuah jiwa. Ya sebuah jiwa yang dambakan kebebasan dari segala korupsi yang dicanang kerajaan Tunisia. Mohamed Bouazizi merupakan sang 'catalyst' yang menjana segala kebangkitan di Tunisia. Innalillah. 


Si pemimpin Zine al-Abidine Ben Ali dan isteri beliau Leila akhirnya tunduk pada desakan rakyat. Tunisia bebas akhirnya. Buka mata kalian. Api mula merebak ke Mesir, bumi para anbia. Rakyat mesir yang mula muak dengan pemerintahan Hosni Mubarak yang sudah 30 tahun memerintah Mesir. Beliau juga dilihat sebagai pro-barat. Suka diingatkan beliau jugalah yang menutup pintu sempadan untuk Gaza Freedom Flotilla menyampaikan bantuan kepada Palestin. Agak pro-Israel mamat ni. Di Mesir, Facebook dan Twitter sudah di-block. Lebih teruk lagi, talian telefon juga dikatakan sudah dipotong di seluruh negara. 


-Khaled Said-

Di Mesir, kebangkitan rakyat bermula apabila Khaled Said dipukul sampai mati oleh polis Mesir di Alexandria. Di tempat ini jugalah letaknya University Alexandria di mana ramai kawan-kawan kita dari Malaysia yang belajar di sana. Member gua time RMC ada dalam lebih kurang 10 orang mungkin. Bagaimana keadaan mereka? Doakan kesejahteraan mereka. 


Buka mata. Ini entri serius. Pantun dua kerat nampak macam tak kena tema.


Untuk update, sila ke sini
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Monday, January 17, 2011

A-level, exam dan nasi beriani

Perh. Nak dekat sebulan gua rasa benda ni tak berupdate.
-Okay. Ini Fendi, teman sebilik-

Sekarang ni gua tengah ber-exam. Dari 8/1-28/1. A-level Edexcel. Doakan. Itu je gua mintak. Mintak gua lepas cut-off point yang JPA nak. Next exam bulan Jun. Itupun doakan jugak. Kalau takda aral, gua lepas cut-off point depa nak, insyaallah gua ke UK bulan 9/10. Itupun kalau lepas la. Sebab  tu doa kalian beserta usaha gua didambakan.
-Ini Husni dengan Fendi-

Habis cerita exam. Sukan pulak. Firstly, gua rasa happy bila tengok orang Malaysia sekarang boleh sebut starting lineup Malaysia.


Khairul Fahmi. Asra. Muslim. Fadhli. Mahali. Kuna. Amar. Safiq. Amirulhadi. Safee Sali. Shahrul Idlan.


Dulu sebelum AFF Malaysia pegang, gua boleh jamin hanya 3% je rakyat Malaysia yang kenal diorang lepas campur tolak sedara mara diorang. Itu pun ada sedara mara diorang tak kenal depa main bola. Dah masuk TV final baru nak kenal. "Eh, itu sepupu gua dulu, main bola sama-sama". "Dulu aku pernah bagi duit raya kat budak ni, kat mana eh?". "La, orang kampung aku ni main bola wakil Malaysia rupanya". Punya la sedih suasana 4-5 tahun lepas. Sekarang tak kira Melayu Cina India semua paling kurang kenal K.Rajagobal. Kalau kenal player tu kira mantap ah.


Ini kemuncak entri ni. Nasi Beriani. Sengaja gua besarkan huruf N dengan B tu bagi nampak gah sikit. Siapa tahu nasi beriani asal dari mana? India? Pakistan? Afghanistan? Turkiministan? Tajikistan? Uzbekistan? atau Kelantan? Gua biarkan soalan ni tergantung. Pandai pandai cari jawapan, dah dapat bagitahu gua. Nak ceritanya bila aku balik HELP minggu lepas persiapan nak exam, member-member gua. *aku sebut nama ni Acap, Rahman, Zul dan gua bercadang nak masak sendiri. Entah apa mimpi hantu mana rasuk diorang pun aku tak tahu. Mungkin sebab muak dengan makanan mamak Ali Maju kat Pusat Bandar Damansara ni. Cadangan mula mula nak buat nasi ayam. Budak laki kalau bab berangan cita cita tinggi nak masak boleh serah kat kitaorang. Kitaorang memang pakar berangan-angan.
-Merah Zul, Hijau Acap-

Lantas gua berempat pergi Giant cari bahan mentah. Disebabkan resipi beriani kali ni agak rahsia dan terlalu sedap, gua taknak kantoikan resipi rempah-rempah tu. Cukup sekadar gua kata beli rempah ratus dan ayam RM 7.40. Sesampai kat bilik, ritual bersihkan dan siangkan dan bersihkan lagi bermula. Bila gua pegang pisau, baru gua faham kena chef-chef kat hotel semuanya lelaki. Kami memang ada bakat semulajadi sejak dilahirkan. Walaupun masih baru, tangan gua ligat memotong benda-benda yang berkaitan. Nampak macam pro. Silap, bukan nampak macam, tapi memang pro. Lepas dah habis tumis semua rempah ratus berkaitan, kami pun mula masak nasi tu. Ayam kitaorang masak sekali dengan nasi tu baru ada style ala-ala restoran mamak. Lepas masak, kami pun main futsal. Sekembalinya kami dari court futsal..
-Ingat, sedap itu subjektif-

Okay kat sini bukan gua nak bongkak mahupun bangga diri tapi nasi beriani tu memang sedap. Member gua kata, 1st time dah sedap, 2nd time dah boleh bukak kedai sendiri. Okay maybe itu agak over tapi itulah hakikatnya. Sedap. Gua yakin kalau bakal mak mertua gua rasa beriani ni, automatik dia hantar rombongan meminang. Betul. Perempuan pinang laki. Yela, makcik tu mesti kata 'Kau gila apa mana lagi nak cari budak laki hensem pandai masak nasi beriani lagi?' Thanks makcik. Itu memang fakta.
-Sebab ayam madu mahal, kami ganti sosej-

Kura kura dalam perahu,
Nasi beriani sedap sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...