Saturday, January 29, 2011

Post-exam plan, Tunisia dan Mesir

Tepat pukul 8 malam semalam, exam gua berakhir secara rasminya.


Exam kali ni tahap kepayahan dia memang mantap, padat dan kebabom. Exam pulak takda langsung paper pagi. Hampir kesemua exam petang-malam. Waktu paling common ialah 6.30-8.00 pm. Gila kan exam waktu-waktu maghrib/senja ni? Otak pun tak boleh pakai sangat. Penat nak tunggu dari pagi hingga ke petang semata-mata untuk buat paper tu. 'Restless' bak kata member gua.


 -Buku teks-


Biasa la bila exam, ada paper yang boleh buat, ada yang tidak. Tapi selalunya kalau tak study, yang tak boleh buat la lagi banyak dari yang boleh buat. Takpa, benda dah lepas. Sekarang kita boleh tawakkal dan berdoa menanti result. Gua amik 4 subjek untuk A-level ni Law, Mathematics, Economics dengan English Literature. Benda paling seksa dan gila subjektif setakat ni English Literature. Jun nanti mungkin Law akan ambil alih.


-Tunisia-

Ce citer ce citer. Tunisia ni apa cerita? Syabas kepada yang amik tahu cerita Tunisia. Kepada demo-demo hok tok amik tahu or buat buat tak tahu, luangkan la sikit masa google pasal apa yang dah berlaku kat Tunisia dalam 4-5 hari ni. Masyaallah perjuangan anak muda. Revolusi perlukan pengorbanan. Harga yang perlu dibayar untuk sebuah revolusi demi menyedarkan orang lain adalah sebuah jiwa. Ya sebuah jiwa yang dambakan kebebasan dari segala korupsi yang dicanang kerajaan Tunisia. Mohamed Bouazizi merupakan sang 'catalyst' yang menjana segala kebangkitan di Tunisia. Innalillah. 


Si pemimpin Zine al-Abidine Ben Ali dan isteri beliau Leila akhirnya tunduk pada desakan rakyat. Tunisia bebas akhirnya. Buka mata kalian. Api mula merebak ke Mesir, bumi para anbia. Rakyat mesir yang mula muak dengan pemerintahan Hosni Mubarak yang sudah 30 tahun memerintah Mesir. Beliau juga dilihat sebagai pro-barat. Suka diingatkan beliau jugalah yang menutup pintu sempadan untuk Gaza Freedom Flotilla menyampaikan bantuan kepada Palestin. Agak pro-Israel mamat ni. Di Mesir, Facebook dan Twitter sudah di-block. Lebih teruk lagi, talian telefon juga dikatakan sudah dipotong di seluruh negara. 


-Khaled Said-

Di Mesir, kebangkitan rakyat bermula apabila Khaled Said dipukul sampai mati oleh polis Mesir di Alexandria. Di tempat ini jugalah letaknya University Alexandria di mana ramai kawan-kawan kita dari Malaysia yang belajar di sana. Member gua time RMC ada dalam lebih kurang 10 orang mungkin. Bagaimana keadaan mereka? Doakan kesejahteraan mereka. 


Buka mata. Ini entri serius. Pantun dua kerat nampak macam tak kena tema.


Untuk update, sila ke sini
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

20 comments:

MATAHARI said...

ya. para pemuda egypt dah mula melonjak. kita bila lagi.

yup. kawan2 kat sana. risau dengan mereka.

.:padie_eyla:. said...

ouhh. cam mane boleh lost cte nieee.. hope baek baek kat sanaaa.

Faizal n Fashitah said...

Memang dah agak dah.. pasti one day egyptians akan bangkit untuk menentang kerajaan Husni Mubarak.

lea said...

gile ah..talian phone pun diputuskan..

btw, moga mereka semua selamat

Biela Sapine said...

Erm, exam time senja ? Otak pun dah tepu agak nya. Hek

Siti Nur Amirah said...

pasal khaled said ni tak taw..nak kena google sekarang!yang taw pasal tunisia..

marina anakcikbob said...

aku berminat menda ni tapi xtau ujung pangkal.. :(

Wahida Nasution Thakhrim said...

memang terkejut dengan apa yang berlaku.. rakyat dah marah sangat.. risau gak situasi kat sana sebab ada sepupu belajar disana.. harap2 semua rakyat malaysia kat sana tak terjejas dan kalau perlu bawak diorang balik sini..

ika said...

Allahhh . dahsyat sekali . bangkitlah umat Islam seluruh dunia !

Nordin said...

Allahu Akbar! Perjuangan di Tunisia dan Mesri telahpun dimulakan. Di negara kita entah bila perjuangan dapat dicetuskan.

BTW, pasal arwah Khaled Said (al-fatihah untuk beliau) tu, kawan aku dekat Mesir cakap yang dia bukan mati sebab dipukul polis, tapi mati sebab dia bakar diri sendiri.

Ikut cerita, dia ni graduan universiti yang tidak dapat kerja. Then dia ambik keputusan untuk berjual di tepi jalan. Tapi polis halang dia berniaga tanpa sebab. Oleh kerana tidak tahan dengan karenah birokrasi yang ntahhapahapantah, dia bakar diri untuk mencetus semangat orang lain.

Sebab tu la rakyat Tunisia mengamuk dan dapat semangat yang membara. Betulkan saya kalau fakta ni salah dan silap.

Blog Saya|Klik Sini

khairul farhan said...

Matahari: Kita masih tak sedar

Padie: Kita kena tahu cerota2 mcm ni. peace

Faizal: Memang as expected

Lea: doa

Biela: Otak mmg tepu gila time tu. haha

Amirah: Jom2 google

Marina: Jom tengok berita apa semua

Wahida: Doakan keselamatan mereka

Ika: Boneka yahudi tumbang

Nordin: Yang bakar diri tu Bouazizi dari Tunisia. Yang kat mesir tu Khaled Said. Dua orang berbeza namun idea dan peranan yang sama, pencetus revolusi

farhaniza azman said...

aku amik tau..hehe..x semua rakyat malaysia ignorant.

okey, bersama-sama kite doakan kawan2 kite selamat kt sane ok.. my best bren kt mansoure.. rase2 jauh ke dekat? huhu *lemah geografi*

btw, dah folo sini..^_^ salam perkenalan

~kuyam~ said...

Allahuakbar,smoga yang benar beroleh kemenangan akhirnye

Husna said...

Semoga Allah melindungi mereka. Amin!

Selamat habis exam :P

deem said...

meremang bulu roma tgk gambar Khaled Said tu kena pukul.sampai begitu sekali tindakan yang diambil.kes di mesir tu,nampak macam keadaan makin bertambah serius.harap2 pelajar2 malaysia semuanya selamat dan dihantar pulang buat sementara waktu.

Bukan Pemaki said...

Hopefully there will be other way utk berjuang. Cara yg macam ni sangatlah menakutkan. Moga Allah bersama dengan mereka. Amin.

Mimi Saidi said...

insyallah,nothing happen kat budak2 msia di mesir

masshie mastura said...

my best friend dkt university sana :(
tgh sedih n takot nie..

ms hanashi said...

saya ada adik yg belajar di kaherah, mesir..
family xdpt contact dia skrg ni..
last contact hari ahad ari tu..

apa yg pasti..
dia skrg berada di kedutaan dlm keadaan sehelai spinggang..
tiada apa yang dpt diselamatkan melainkan diri sndri..
harapan kami skrg hanya mahu m'bawa dia pulang..

tp sehingga skrg, kami xdpt hbunginya langsung..
dan emak lah org yang pling risau..

doakan semoga pelajar2 di sana slamat dan dpt kmbali ke malaysia..

zazaw said...

gile ah exam mlm2
tepuu otak !!

semoga mereka selamat
amin:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...