Monday, January 17, 2011

A-level, exam dan nasi beriani

Perh. Nak dekat sebulan gua rasa benda ni tak berupdate.
-Okay. Ini Fendi, teman sebilik-

Sekarang ni gua tengah ber-exam. Dari 8/1-28/1. A-level Edexcel. Doakan. Itu je gua mintak. Mintak gua lepas cut-off point yang JPA nak. Next exam bulan Jun. Itupun doakan jugak. Kalau takda aral, gua lepas cut-off point depa nak, insyaallah gua ke UK bulan 9/10. Itupun kalau lepas la. Sebab  tu doa kalian beserta usaha gua didambakan.
-Ini Husni dengan Fendi-

Habis cerita exam. Sukan pulak. Firstly, gua rasa happy bila tengok orang Malaysia sekarang boleh sebut starting lineup Malaysia.


Khairul Fahmi. Asra. Muslim. Fadhli. Mahali. Kuna. Amar. Safiq. Amirulhadi. Safee Sali. Shahrul Idlan.


Dulu sebelum AFF Malaysia pegang, gua boleh jamin hanya 3% je rakyat Malaysia yang kenal diorang lepas campur tolak sedara mara diorang. Itu pun ada sedara mara diorang tak kenal depa main bola. Dah masuk TV final baru nak kenal. "Eh, itu sepupu gua dulu, main bola sama-sama". "Dulu aku pernah bagi duit raya kat budak ni, kat mana eh?". "La, orang kampung aku ni main bola wakil Malaysia rupanya". Punya la sedih suasana 4-5 tahun lepas. Sekarang tak kira Melayu Cina India semua paling kurang kenal K.Rajagobal. Kalau kenal player tu kira mantap ah.


Ini kemuncak entri ni. Nasi Beriani. Sengaja gua besarkan huruf N dengan B tu bagi nampak gah sikit. Siapa tahu nasi beriani asal dari mana? India? Pakistan? Afghanistan? Turkiministan? Tajikistan? Uzbekistan? atau Kelantan? Gua biarkan soalan ni tergantung. Pandai pandai cari jawapan, dah dapat bagitahu gua. Nak ceritanya bila aku balik HELP minggu lepas persiapan nak exam, member-member gua. *aku sebut nama ni Acap, Rahman, Zul dan gua bercadang nak masak sendiri. Entah apa mimpi hantu mana rasuk diorang pun aku tak tahu. Mungkin sebab muak dengan makanan mamak Ali Maju kat Pusat Bandar Damansara ni. Cadangan mula mula nak buat nasi ayam. Budak laki kalau bab berangan cita cita tinggi nak masak boleh serah kat kitaorang. Kitaorang memang pakar berangan-angan.
-Merah Zul, Hijau Acap-

Lantas gua berempat pergi Giant cari bahan mentah. Disebabkan resipi beriani kali ni agak rahsia dan terlalu sedap, gua taknak kantoikan resipi rempah-rempah tu. Cukup sekadar gua kata beli rempah ratus dan ayam RM 7.40. Sesampai kat bilik, ritual bersihkan dan siangkan dan bersihkan lagi bermula. Bila gua pegang pisau, baru gua faham kena chef-chef kat hotel semuanya lelaki. Kami memang ada bakat semulajadi sejak dilahirkan. Walaupun masih baru, tangan gua ligat memotong benda-benda yang berkaitan. Nampak macam pro. Silap, bukan nampak macam, tapi memang pro. Lepas dah habis tumis semua rempah ratus berkaitan, kami pun mula masak nasi tu. Ayam kitaorang masak sekali dengan nasi tu baru ada style ala-ala restoran mamak. Lepas masak, kami pun main futsal. Sekembalinya kami dari court futsal..
-Ingat, sedap itu subjektif-

Okay kat sini bukan gua nak bongkak mahupun bangga diri tapi nasi beriani tu memang sedap. Member gua kata, 1st time dah sedap, 2nd time dah boleh bukak kedai sendiri. Okay maybe itu agak over tapi itulah hakikatnya. Sedap. Gua yakin kalau bakal mak mertua gua rasa beriani ni, automatik dia hantar rombongan meminang. Betul. Perempuan pinang laki. Yela, makcik tu mesti kata 'Kau gila apa mana lagi nak cari budak laki hensem pandai masak nasi beriani lagi?' Thanks makcik. Itu memang fakta.
-Sebab ayam madu mahal, kami ganti sosej-

Kura kura dalam perahu,
Nasi beriani sedap sekali.

64 comments:

Wahida Nasution Thakhrim said...

all the best okay.. buat yang terbaik dan jangan lupa bertawakal..

merahitujambu said...

perggghhhh...makan reramai x sedap jadi sedap..=p

ch!natsu said...

gud luck 4 ur exm..

beriani tuh klu ada lebih kongsila ngan teman2 bloggers2 lain.. huhu~

Dee Zahari said...

perghhhhh! nak g obersea! best3..
good luck ye exam.. do your best paan. :p

perghhhh!
nasi beriani. hmm sy sendiri nasik goreng pn xpandai masak =___="

mr.syazwan said...

F
U
U
U
Y
O
O
O

TERBAIK LAH!

=_=

NOOR FATIN said...

ramai dah org kenal pemain malaysia skrg termasuk aku :P

peh, lelaki pandai masak nasi beriyani. malu aku. ehhe

Faizal n Fashitah said...

Perghhh pandai korang ni masak ek XD

IraBungaMelor said...

OMG! saya lapar. -.-"

Dee Zahari said...

secara kebetulan rmai pulak org ckp "perghhhhhh". hahaa.

sebab kelazatan g obersea & nasi beriani..

*peace*

Biela Sapine said...

Good Luckk, mantapp

khairul farhan said...

Wahida: Thanks. doakan

merah: Haha. adakah itu nak kata nasi beriani ni xsedap?

Ch!natsu: Thanks. sangat perlukan luck. haha. Btw nasi tu clear dalam masa kurang 20 minit

Dee: Tak confirm lagi. Doakan lah result semua okay. Hampeh nasi goreng pun xreti. Btw pergh tu tiba2 je muncul. Haha

Syazwan: Agak terbaik. Haha

Fatin: Ke sebab player bola hensem? haha

Faizal: Er..ini biasa je. kenduri pun kami boleh masak sebenarnya

Ira: Kedai mamak la. Ini orang bujang punya. haha

Biela: Thanks. doa dari kalian

Lovely Bella said...

all the best!! hhuhu rajin msk.. bagus! :)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

manTOP!!!

Hanis Azla said...

serius jeles dgn kepandaian memasak nasi beriani sedap tu..he..he..
Anyway, all the best untuk exam tu.. Semoga selamat semuanya dan selamat juga ke UK nanti..

miss nina said...

whoa... dah nak fly
mahu g mana? cardiff ke?

amboi..pandai masak NB
buka kedai ye

lalink7 said...

risau tgk nasi tueeeeeeeeeeee...
takut nak makan...apatah lagi jamah..hahahahha

ehh...smoga berjaya fly..fly and fly..
nnt jadi lawyer jgn lupa kawan2..huhuuh..

luvpinkja said...

pehhh. terbaikk..!

btw, goodluck bro..! :)

platipus said...

nmpak sedap la..lapa pulak

syrupmasin said...

hebat lahh masak2..umah sewe aku nih dapur ta penah nak berasap..ohh btw gud luck :D

nazliah.... said...

good luck 4 ur exam!!! pergh..... lpas ni rmai la girls pjuk mak diorang msuk mminang awk...haha

azie5ouh!8 said...

goodlux for A-level..
btw, cambest jer nasi tu..kalo ganti ngan ayam or kambing gerenti lagi sedap...
XD

ika said...

wahh , terbaekkk r . siap lapik surat khabar .

gud luck exam , bro ! exam memang seronok , itu fakta .

buDAK keCIK said...

sedapnya nasi beriani~!ak nk order bley??

pape pn gud luck 4 da exam. semoga ko dpt fly sblm ak fly dulu. hee

padle said...

sumpah,a-level susah..da macam amek spm balik da..
gud luck la eyh...

khairul farhan said...

Bella: Haha. Takda la rajin mana. Tengok angin gak.

Fauzi: Mantap giler namanya ni

Hanis: Haha. Well, rempah rahsia banyak membantu. Thanks doakan

Miss Nina: haha. insyaallah. Doakan jelah. Cardiff tak letak haritu. Warwick mungkin. Beriani sedap.

Lalink: Haha. Jangan judge berdasarkan luaran. Sedap ni. Okay2.doakan.

Pink: Thanks!

Platipus: Bukan nampak macam. tapi memang sedap. Haha

Syrup: Kau lain sikit kot. Aku pun berasap sekali sekala. Haha

Nazilah: Agak la, dah ramai nak masuk meminang ni.

Azie: Thanks. Bukan cambest, tapi memang best. Kambing mahal la sangat.

achik ezam said...

hahahahaha....giler kentang resepi rahasia ke resepi segera...haha

FarhanaFabulous said...

main masak masak ke?? bule la post kat sini sikit...uhuh..

amry said...

Bro...Ko nak tahu aku nak komen apa?
perut aku pecah weiiiiii baca entry ko ni......hahahahahahah gilo kelakor...lagi2 bab masakan tu...aduyaiiii....masuk raja lawak boleh ni....adeh adehhhh..tarbaik a broo...
Good lucklah tuk exam ko...
Nak jahit perut jap...aduhh..kelakor!!

Mr. Swift said...

Hey lepak-lepak sini tadi! And selamat malam! Lawa blog ni dan ohh polo anda! Happy Blogging eh? :)



The Baby Comel With The Kuasa Of Bob Marley Music!

Husna said...

P O Y O O O O O .

Ok, all the best exam :D

rossoneri said...

hahahahaha itu nasi briani ke nasi goreng??? hahaha

ishiko said...

gud lack tau!!!
hohoo.. pelik td, nape nsi beriani tp msk sosej.. hehhee.. taniah3x.. dpt buat nasi beriani..

shasha said...

pandai masak rupnye

CikLilyPutih said...

hebat jugak ek, masak nasi beriani kat piuk comel tu kan..selamat makan!

khairul farhan said...

Ika: Lapik surat khabar sebab takda bajet beli alas.

Budak kecik: Boleh bro? nak brp org makan? Thanks

Padle: Haha. Memang susah.

Acik: Haha. Itu remain rahsia

Farhana: Bukan main masak masak. Ini masak betul nih:-)

Swift: Thanks bro

Husna: Takyah nak jeles boleh tak? Tak reti diam lah. Haha

Rossoneri: Mata lu memang tajam. Macam nasi goreng tapi nasi beriani ya. Haha

Ishiko: Bajet takda bang. Haha

Nur said...

perghh..terbaikla ada nasi beriyani...

aqeyLs said...

OOO. nasik tuh namapk sodap.

*menaip di kale malam di saat perot maen lagu keroncong*

amy azuha said...

OMGG!! xsngka lelaki boleh masak..! nampak sedap...nyummy~

Lya Colours said...

nasi itu kelihatan temptingggg

nora said...

~good luck exam~

cun ar nasi beriani tu

fatinAfi said...

pantun itu unik :D

Yong Sofea said...

peh, aku teringin nak rasa nasik beriani kau tu. hahaha terbaikkkk :D

khairul farhan said...

shasha. Ye pandai masak. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. haha

Lilyputih: Well, periuk lagi kecik pun kami boleh masak. Ini bongkak namanya.

Nur: mmg terbaik

Aqeyls: Sekali lagi ye. Bukan nmpak sedap, mmg sedap. Haha

Amy: OMG jugak

Lya: Bukan kelihatan saja. Rasanya juga. Haha

Nora: Thanks. Doakan eh

Fatin: Saya sasterawan negara

Yong: Kau pegi makan mamak. Sama je rasanya.

Farhan Zulhusmi said...

good luck...insyaallah...allah aturkan yang terbaek untuk hambanya....amin...
nasi beriani...
ok
menarik...agak2 harga barng tu kt sume kedai sama x??hehehe

HonEyBuNNy said...

gd luck...sedappp tu...nyum2..

DAUD said...

smlm gua wat sosej sup,
x sedap,
lain kali gua nk cuba lagi

mira said...

all the best exam!

TiMmiE said...

cane tu nasi briani mkn ngn sosej? da mcm nasi goreng plak.hehe

eelobor said...

salam perkenalan,

utamakan yang mana lebih penting dahulu. semoga berjaya dalam hidup

nurkaloi said...

eytt
gud luck
jap ape kaitan
Kura kura dalam perahu,
Nasi beriani sedap sekali.
hahaha layannn

jom renang-renang

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

pandai adik2 masak. blh jadi calon menantu ne..

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

seronok tgk nasi beriani die. hahaa

n!da said...

encik paan, rugger tu amendenye??? hoho

NaniRostam said...

haha kalau sedap kat tekak sendiri pedulik apa orang lain nak muntah bwueek...ijo2.

fATia said...

terbaek!! tiba2 rasa lapar gyle!hahaha

khairul farhan said...

Farhan: Insyaallah bro. Doakanlah kami. Barang harga standard!

Honey: Thanks. sedap sedap. haha

Daud: Lu tak baca bismillah ni

Mira: Thanks doktor mesir

Timmie: Ayam madu mahal. ganti sosej. Haha

Eelobor: Insyaallah.

Kaloi: Ada kaitan la pantun tu. Hanya boleh difahami dewa dewa sastera je. Haha

Baby: Haha. Memang kami terer. Boleh je. :-)

Za: Lagi seronok makan. Tengok tak seronok. Haha

Nida: Rugger tu rugby player or bahasa omputih orang yang main ragbi

Nani: Betul aunt. Setuju sangat

Fatia: Bagus. Gi makan nasi beriani lain. Sini nasi mahal. Haha

bareessence said...

all the best wishes =))

marina anakcikbob said...

ye,btl sedap tu subjektif..
bagi aku nasik dgn telor dadar je pon da sedap IF ada letak cili padi..
hehe..

Melati said...

sedap itu sibjectif =)) tapi skang mmg nampak sangat sedap! =)

rybe said...

kau boleh punye. amin. hope lepas pointer and pegi Uk. aminn

Nik Nurhasyimah ::MALAYSIA:: said...
This comment has been removed by the author.
hans said...

owh
good luck weih
buat yang terbaik
ku doakan ko berjaya
amin

nasi beriani tu nampak sedap
aku nak 2 pinggan
hehehehe

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

chYraLis said...

meriah sungguh nasi beriani tuh walaupun diganti ngan sosej.... lapo nie.. lapo...

ini blog amir said...

all the best.. alhamdulillah.. lepas interview JPA haritu.. tq2.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...