Keputusan SPM dah keluar. Tahniah kepada yang dapat result sampai meletup letup. Kepada yang kurang meletup jangan kecewa. Ini baru SPM bro, perjalanan hidup ni masih panjang. Result gua dulu pun tak meletup. Cukup makan je. Di kesempatan ni, gua nak ucapkan tahniah kat adik perempuan gua sendiri, Nur Farhana sebab berjaya potong gua lantas dapat 11A. Gua doakan yang terbaik untuk dia cari scholarship supaya dapat jadi dentist katanya. Tahniah jugak dekat mantan sekolah aku RMC di atas kejayaan dapat 38 org straight A's dan seorang 10A+. Syabas diucapkan kepada cikgu cikgu RMC.
-Syabas-
Okay refer kat tajuk entri korang dah boleh expect apa yang ada lepas ni. Ini semua bukanlah tips yang terbaik tapi sekadar berdasarkan pengalaman gua pergi interview untuk biasiswa JPA. Okay first sekali lepas dapat result SPM tu, sila menangis dulu tak kira la cemerlang ke tak. Ini nak cukupkan syarat. Dah lepas menangis balik rumah start tenangkan diri. Result kau takkan ke mana kalau kau tak pandai mencari peluang scholarship yang terbentang luas depan mata laptop kau.
Bagi yang berminat nak apply biasiswa JPA, sila click link JPA ni untuk kita tenngok dulu syarat-syarat am sebelum kau boleh apply untuk biasiswa ni. Lepas dah rasa-rasa larat dan okay dengan syarat-syarat tu semua, start lah apply online. Benda ni takkan nak ajar kan. Register FB reti takkan isi borang online tak reti. Jaga jaga untuk tarikh akhir permohonan. Buat segera jangan tangguh. Dekat part ni, satu benda nak ingatkan, be realistic. Kalau dapat B biology, jangan lah apply Medic. Memang la tak mustahil, tapi peluang dia tipis sikit. Pilih kursus yang kita rasa sesuai dengan result kita. Ingat sekarang ni persaingan antara semua pelajar dekat Malaysia, bukan dekat sekolah kau je. Ini entry untuk pengalaman aku masa tahun 2009. Sila klik JPA 2009
Okay lepas dah isi borang apa semua, berdoalah banyak-banyak mintak JPA panggil korang untuk interview. Kalau dah dapat panggilan untuk interview, Alhamdulillah. Lepas satu stage. Untuk temuduga ni, make sure kau ready dengan isu-isu semasa. Banyakkan baca surat khabar fahami apa yang berlaku bukan setakat Malaysia je, tapi seluruh dunia. Ramai orang kata hal hal politik diorang takkan tanya tapi untuk berjaga-jaga, baik lah baca sikit-sikit apa yang jadi dengan politik negara ni. Dia mungkin akan tanya pandangan kita tentang hal-hal tertentu. Be careful sayang. Kah3. Siapkan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Jangan tunggu last minute. Ini sangat penting.
-Demo jangan gubra pulok-
*TemudugaSebenarnya tips dah start ditulis dah, cuma gua tak tulis dalam bentuk point form la, gua tulis start entry ni lagi. Pandai-pandai lah cari mana yang boleh digunakan dan menolong dalam memohon biasiswa ni. Bila JPA panggil untuk interview, dia akan bagitahu online jugak, kita kena semak. Jangan harap la JPA nak bagi surat kau suruh datang, semuanya online. Bagi adik kakak yang takda internet kat rumah, rajin-rajinkanlah belanja RM1-2 sehari untuk ke cyber cafe demi kebaikan masa depan anda. Bila dah dipanggil untuk interview, seminggu sebelum interview kalau boleh dah pilih baju mana nak pakai. Kah3. Keyakinan katanya. Rambut kalau boleh kasi potong, jangan la serabai masuk bilik temuduga. Untuk pakaian, pakai baju kemeja lengan panjang yang kosong, jangan nak fancy fancy sangat pakai yang stripe bunga bunga apa semua. Smart and simple. Ingat formaliti, ini temuduga biassiwa, bukan sesi karaoke. Make sure baju tuck in, pakai belt hitam. Seluar slack hitam dan kasut hitam. Tie tu wajib, kalau boleh pilih la warna yang masuk dengan kemeja kau tu. Blazer optional, kalau rasa nak pakai, pakailah. Suka hati kau. Aku dulu tak pakai. Macam ni dah hensem dah. Untuk perempuan, senang gilo, iron baju kurung sepasang and you are ready to go girl! Oh ye, untuk perempuan pakai kasut bertutup ye jangan flip-flop pulak kau sarung.
-kasut-
*Temuduga 2Bila masuk bilik temuduga, jangan duduk sebelum disuruh, tapi takkan la orang tu kejam gila taknak bagi duduk. Tunggu dalam 5 saat selalunya dia akan suruh duduk. Bila ditanya bahasa melayu, tolong la jawab dalam BM walaupun anda dilahirkan dan dibesarkan dengan makan spaghetti je tanpa makan nasi. Kalau anda ditanya dalam BI pulak sila jawab dalam English tak kira anda tak kenal spaghetti tu makanan atau kenderaan. Bila ditanya, jangan rushing sangat nak jawab (takut sampai bercakap laju gila nak cepat siap). Cakap tu biar ada butir butir perkataan yang keluar dari mulut kau. Relax. Lagi satu, kalau pandai sangat pun atau eager sangat nak bangkang orang masa calon lain bagi pendapat, aku nasihatkan jangan la buat. Takda markah tambahan pun, silap silap orang yang temuduga kau tu meluat tengok kau. Tapi kalau nak tak tahan sangat kan nak buat jugak, buatlah dengan penuh sopan santun, bila calon lain tu dah habis cakap, boleh la mencelah. Contoh "Tapi tuan saya rasa saya ada sedikit yang ingin saya tambah kat sini". Ingat jangan buat ni lebih dari sekali, kalau tak bukan calon lain je menyampah, gua kat rumah pun menyampah gak. Goodluck!
Penat menaip. Itu je. Kalau dah lepas semua ni, balik rumah dengan penuh senang hati dan mula lah berdoa. Kerja kita dah selesai, tinggal berdoa je kerja kita. Ingat ni bukanlah tips terbaik, sekadar pengalaman gua je. Alhamdulillah gua berjaya temuduga tu dan sekarang tengah final sem A-level. Insyaallah bulan 9 ni ke UK. Doakan.