Tuesday, August 9, 2011

1000 Senyuman (Program pendidikan) di Baitul Hidayah

Aku nak start taip. Then tengok balik tajuk kat atas. Panjang gila.


-Front house-

Harini baru macam ada masa dan ruang sikit nak update. Ayat Melodi gila kan? Busy mengalahkan Safee Sali. Okay harini hari kesembilan aku puasa. Korang tak tahu la kan dah berapa hari puasa. Mungkin 9,8,7 or mungkin 11. Duit raya tahun ni aku target paling banyak rm30. Sebab umi aku confirm bagi rm10, abah aku rm10 dan rm10 lagi tu maybe total kepada rm2+2+2+2+2 yang orang bagi sebab kesian kat aku. Ramai yang kata aku tak layak dapat duit raya sebab bila tengok aku diorang kata dah kerja la apa haram bagai. Haha. Damn aku baru 20 tahun kot masih layak menerima duit raya lantaran diri ini masih belum bekerja dan masih lagi belajar. Aku tak kira. Aku kena tegaskan benda ni.

Intro takda kena mengena dengan core matter entri ni. Okay bulan lepas 30/7/11 hari Sabtu aku ada pergi satu program ni. Actually benda ni takdala dirancang dengan rapi sangat. Aku telah diapproach oleh brother Khairul Anwar kat FB pasal program ni. Walaupun aku still blur dengan program ni, aku anggukkan jugak tapi dekat FB tak boleh la nak angguk. So aku taip 'okay'. Selalu aku cakap, orang nama Khairul ni semuanya hebat-hebat dan best-best belaka. Khairul Anwar, Khairul Fahmi, Khairul Farhan. Ye kami memang hebat. Kah3.
 


 -Ini brother Khairul Anwar tu. Yang pakai kopiah mata terjegil tu. Kah3-

So hari sabtu tu kitaorang RV dulu la dekat KTM Subang sebab ada volunteer yang naik public dan kitaorang boleh pick up diorang kat situ. Dari situ kitaorang gerak ke Baitul Hidayah, Puchong. Typical mentality yang kata rumah anak yatim area Lembah Klang ni semuanya kaya dan tak perlu bantuan is totally wrong. Kalau semua fikir macam tu susah la. Semua rumah perlukan bantuan tak kira diorang located kat mana. Pengajaran kat sini jangan jumudkan pemikiran. Then bila sampai kitaorang dibahagikan dengan mentee masing-masing. Disebabkan haritu ramai, boleh la buat one one one basis. Lagi berkesan gamaknya.

-antara sukarelawati yang hadir-
-Sukarelawan memang terhad. Limited edition katanya-

Lepastu dapat seorang satu mentee. Mentee okay bukan anak murid. Mentee nampak mcm hebat sikit bunyinya dari anak murid. So yes mentee. Kebetulan pulak mentee aku nama dia Syawal. Memang kena la dengan mood raya ni. Kah3. Bodoh takda kena mengena lah. Ye Syawal ni dikatakan agak luar biasa jugaklah berdasarkan apa yang ustazah cerita. Luar biasa kat sini tak bermaksud dia boleh menukar diri kepada basikal tapi lebih kepada tahap kenakalan. Then aku start la dengan Syawal ni. Umur 10 tahun, rumah dekat Sek 20 Shah Alam. Ada bakat jadi Jejaka Maskulin 2020. Tak percaya? Sila tengok gambar seterusnya.

-Dulu Fahrin Ahmad pun macam ni-
-Proses membimbing Syawal-

Yup Syawal dah umur 10 tahun yet dia still tak boleh membaca dengan lancar. Dia terpaksa guna buku Anakku untuk belajar mengeja dan membaca perlahan-lahan. Ini perkara biasa kat rumah anak yatim. Mereka kurang bernasib baik dan kita yang kat luar yang ada sedikit nikmat yang Allah anugerahkan tu sepatutnya berkongsi nikmat Allah tu dengan bimbing dan ajar diorang serba sedikit. Lembutkanlah hati tu sikit untuk membantu.

Then lepas dah habis masa di peruntukkan untuk program pendidikan ni, kami dijamu dengan persembahan nasyid dan sajak oleh anak-anak Baitul Hidayah ni. Mereka amat berbakat. Kalah 24:7 or Gula-Gula. Aku sure kalau dipanjangkan bakat diorang ni, boleh ganti Arwah Ustaz Asri. Serius ni.

-Nasyid-

Okay cakap banyak tak guna tembak tak kena. Kalau rasa nak join, boleh la login Facebook and then click link ni 1000 Senyuman (Program pendidikan) then join group. Kenalkan diri and lepas tu boleh la mula join aktiviti apa semua. Sekian Selamat Hari Raya.

Pantun dua kerat,

Singapura dilanggar todak,
Harini berbuka ayam percik.

33 comments:

Unknown said...

Bez jugak kalau buat charity cam nie...Ohsem gitu...teringin jugak nak ikut. Suatu hari nanti...jyeah!

sopiah said...

Sungguh bernas pantun 2 kerat itu. Hakhak. Tapi Syawal tu memang kiut.

Unknown said...

kalau dipanjangkan bakat diorang ni, boleh ganti Arwah Ustaz Asri.

Cik Caah said...

bagus la aktiviti mcm ni
tapi buat kat daerah lembah klang je ke?

Anonymous said...

bagosnye wat camni :) susah nk jumpe sekarang..

Munirah Zac♡ said...

Alhamdulillah. baguslah buat kebajikan bulan Ramadhan. Semoga Allah memberkati ^^

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

menarik jgk prog nie..teringin nk join..

sy follow..

Unknown said...

best juga kalau dpt join sbg volunteer..nak cuba la bro...

SN said...

wah...usaha murni~~~

kesian tgk anak yatim,diorg gelak pun aku blh ternangis.huk3

ieza ashaari said...

tugas mulia yang kamu lakukan sangat murni..

Wadi AR said...

wahhh mcm best je. xpnh ngaja ank yatim encik. tp nk try leh ke? :)

syahiraaghani said...

best jgk wat aktiviti2 mcm nie. bukan lah terhad time bulan pose je ark. :)

Amy A. said...

macam menarik..bln 8, 9 ni ade aktiviti?

Anak Pak Amran & Makcik Hasmah said...

aktiviti area kl ke? sy d pahang. cmne ye kalau nak join? ;)

jiranmafiarussia said...

mcm menarik. dhlah mmg minat join aktiviti camni.

insyaAllah.kita jumpa kat fb :)

dayu_myself said...

bagus la program2 mcm ni..
dpt mmbimbng dan mmbntu ank2 ytim kan..trgin nk srtai..

pntun tu bljr dri mne aek,
1st tme dgr pntun cmtu..hak333

reenapple said...

nice... macam best jugak .. kat U just jadik fasi jer... bab melawat rumah nak yatim tak pernah...
nati update lagi citer cam nie...

scha cha said...

pakai tag kt leher tulis 'saya masih belajar, sila bg dwet raya' :p

beshny bleh bersama2 ank yatim..
sy xpnh da ksmptn g..
teringin la..

Zuyyin Zulaikha said...

sy pnh join event dgn anak yatim ni.kat sepang rasanya.lupa dah.hihii tapi mmg tersentuh la tgk dorg.kecik2 dah duk situ

moshapparel said...

singgah sihi.. huhu

tahniah ye!

Nasuha Suhada said...

best la join aktiviti macam ni.. nak-nak di bulan mulia ni.. anak yatim ni sensitif orangnya..sebab saya pun salah seorang dari golongan mereka..btw, teruskan dengan aktiviti anda..selamat berpuasa :)

Cik Purple said...

mesti best kan..:) sebab cp pnah jadik cekgu.. sonok sgt ajar bebudak.. n yg pling nakal tu la yg cp ngat smpai skg..:') tp program nih ada d sabah jugak ka?

Unknown said...

bestnya dpt mengajar mereka.. besar sgt pahala tu tolong anak2 yatim ni..teringin sngat...one day sy contact awk join mereka ye...slalulah buat program cmni

fatin syamimi abdul rashid said...

mimi berminat . how nak join ? mimi ada team GPMS kolej islam antarabangsa . kalu kami nak buad and join program ni boleh . ?

Dayah said...

pantun xkena la dik, heh.

dule salu jugak volunteer bersama anak yatim darul izzah bangi, sbb free time ;)

sekarang jarang :)

zaty said...

oh!terima kasih sbb menyebarkan bnd bnd mcm nih.tak tahu pun kewujudannya,,

maybe kalau ada peluang,nk join!kena tunggu masa free,bila blk msia.

terima kasih!:D

RojakPunya.blogspot.com said...

SENYUM!!!

Sidi™ Black Diamond said...

lain kali sy nk join..blh?? :)

p/s:sy da follow kmu. terima kasih jika ke site sy n like link FB skali... :)

K I E R A said...

Hebat :)

khairul farhan said...

Yui Wani: Haha memang best. Sila join kami. Click link yang kat bawah entry ni.

Yong: Well pantun ni A.Samad Said yang ajar. Kah3

Mujahideen: Doa kita untuk mereka.

Ca'ah: Aah setakat ni kat lembah klang dulu

Dian: Ramai je dian. Meh la join.

Munnyrah: Ameen. Mudah-mudahan

Fatin: Thanks. Sila join kami.

Azham: No prob. Join group kami.

Tasha: Betul tu. Kalau diorang gelak pun dalam hati siapa yang tahu.

Izfanora: Doakan supaya tugas kami dipermudahkan

Wadi: Semuanya takda experience sebelum ni. Jom la join.

Syahira: Ini sepanjang tahun ada. Bulan puasa raya merdeka semua ada. Haha

Amy: Ada amy. Sepanjang tahun

Salsabila: Setakat ni baru ada area sini. Nanti dah ada area pahang nnti maybe kami inform ye.

khairul farhan said...

Jiranmafiarussia: Insyaallah. tegur2 lah

Dayu: Ameen. Pantun tu A.Samad Said bagi.

Reenapple: Jom la join. Lebih kurang je fungsi dia. Hehe

Scha: Insyaallah akan pakai tag saya masih muda tu. hehe

Zuyyin: Betul tu. Diorang ni kena ada pembimbing

Alin: Thanks.

Nasuha: Insyaallah Doa supaya kerja ni dipermudahkan

Purple: Setakat ni ada di lembah klang je. Hehe

Xila: Jgn risau contact je kat FB. Peace

Fatin: Boleh contact saya kat FB.

Hidayah: Haha pantun ni org hebat je yang boleh buat. Jgn jeles

Zaty: Tak kisah kitaorang pun ramai student oversea yang balik cuti

Rojak: Smile!

Sidi: Boleh sila add kat FB

Kiera: Xdela hebat mana. Rezeki :-)

zaty said...

tapi apa yg di ajar eh?

zaty said...

sbb sy macam tak pandai,,makanya macam segan plak klu takleh ajar bbdk tuh elok elok,huuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...