4 bulan menyepi. Banyak cerita tapi sukar untuk dikongsi.
Well apa yang korang nampak? Pernah korang rasa keadaan macam ni? Sure tak kan.
Ada satu masa tu bila aku balik kampung kat Kelantan, aku stop kat satu RnR nak makan dengan solat apa semua lah. Then bila dah habis solat tu. aku perasan ada seorang budak dalam umur 7-8 tahun yang duduk tepi tong sampah tu. Kebetulan masa tu bukan musim orang balik kampung so agak lengang. Aku tunggu adik aku keluar toilet sambil perhatikan budak tu. Tak lama lepastu ada orang buang plastik yang dalam dia ada bekas plastik maybe buat isi lauk makan. Lepas orang tu paling belakang dari tong tu, terus budak tu bukak tong sampah tu straight dia bawak keluar plastik tadi selongkar tengok apa lg yg boleh makan. Selama ni aku dok dengar cerita je, itu first time aku tengok benda macam ni live. Sedih kot.
Rezeki dia haritu aku nampak macam still ada nasi yang dia suapkan ke mulut. Aku pun tak tahu nak react mcm mana masa tu. Lepastu ada lagi sorang mamat ni nak buang sampah kat tong sampah yang sama bila sampai rapat dia maki-maki budak ni kuat nak mampus. Pengotor. Itu je perkataan yang aku ingat. Aku takda masa nak dengar dia cakap apa sebab sibuk pikirkan apa la perasaan budak tu sekarang dimalukan sebegitu rupa. Dalam 2 minit je benda tu tapi aku dapat rasa yang itu dah cukup seksa.
Lepas benda maki-maki ni dah reda, dah takda orang yang pandang budak ni dah and adik aku pun dah keluar toilet pergi tempat makan, aku pergi kat budak ni. Aku bagi salam tapi tak berjawab. Aku tak salahkan dia kalau dia tak jawab sebab dia memang concentrate tgh makan tu. Silap aku jugak. Aku tanya nama dia, tak dijawab. Asal mana, tak jawab. Aku tanya mana mak ayah dia then dia stop makan. Dia jawab dah takda then dia sambung makan balik. Lepastu baru boleh borak dia. Dia 2 beradik dengan abang dia kat situ. Abg dia tengah cuci pinggan mangkuk kat RnR tu. Aku tanya asal makan benda ni. Dia start renung aku dalam-dalam. Menyesal aku tanya soalan bodoh tu tapi dia cool jawab, 'Ambo oghe susoh' dibaca (Saya orang susah). Aku tengok ada ketenangan dan kematangan yang luar biasa dalam percakapan dia. Itu je yang aku dapat tahu pasal budak tu and yes nama dia pun aku tak tahu actually. Aku letak rm10 dalam kocek baju kemeja besar dia. Aku tahu itu takkan dapat membantu budak tu sangat pun yelah sekarang rm10 tu tak dapat beli apa pun. Cuma aku harap 2-3 hari lepastu dia boleh tersenyum sikit.
Insyaallah.
22 comments:
:'( insyaAllah.
demi kelangsungan hidup...kesian gak fikirkan future dia. semua kejadian tu bersebabkan?
sedihnya.. msih ada lagi di negara kita.. budak2 lagi.. so sad T^T..
matku bengkak lagi -_-"
sedih bace :( naseb baek kau tolong , baru nak mrh. good joob then :') seyesly kalau nmpk budak mcm tuh rase cm nak bawak blek rumah , pelihara die. hmm
seriusly, aku pn penh jmpe gak situasi ni tp pakcik tua and chinese. and aku pn ade cite kt blog gak. tp dh lame gile laa aku tgk situasi ni.
aku belikn pkcik tu mknn, suh org lain bgkan. tak berani nk inteview hehe. tp org pndg aku pelik sbb aku belikn die nasik n lauk. cehh, aku tak racist :))
tacing baca~
hmm,kesian nye.. :(
Lau ayah Lala nampak, mesti da kena marah org yg maki budak tu...
sedihnya..
wlpn dgn hny 10 rnggit,semoga Allah balas jasa baik awk ..amin..
Kesiannya..Smoga RM10 yg diberikan digunakan dgn sebaik mungkin...amin..
mak aiii sedeyh jgak aku baca ni. tp mcm geram pun ada. yela abg dia cuci pinggan mangkuk kan. xkan abg dia x hulur sesuap nasik ke kat die. sebok sgt buat keje?? arghhh tacink!!
akupun pernah tgok live mcm ni..kesian kan :(
kesian lah...em sedih baca...RM10 kecik pada kita...tapi besar pada dia...
KC rasa mcm nak gi cri budak tu. Kalau begini punya susah, dia layak dpt bantuan, kan.
BTW adik, tahniah kerana telah bertindak dgn baik. Moga Allah SWT merahmati usaha adik dan Moga SWT memelihara budak ini. Amin.
kesiannya dia.ish, rasa sedih bila dengar kisah adik tuuh, semoga Allah melindungi dia ,amiin ;(
LATEST ENTRY : Masa Kecik-Kecik Dulu [Part 1]
sanggup la kn mamat tu kutuk budak ni... mmg dasat betul xde prasaan... tp mmg kesian kn budak ni... moga kehidupannya dipermudahkan Allah... amin
ok..nak nagis sekarang...sedih nya weyhhh
ha'ah memang susah sikit nak tengok scene macam ni kat malaysia, live pulak tu. Sedih gila. This post is very touching, semoga Tuhan mempermudahkan hidup budak tu & abang dia. Amin.
bersyukur sbb makan pakai cukup.
wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D
nak nangis baca :(
this is an eye opener. kita harus sangat2 bersyukur dgn ape yg ada. semoga Allah permudahkan hidup that boy lepas ni. amin
Post a Comment