Saturday, September 15, 2012

Terima Kasih dengan Manusia. Ada apa?



Ramai tak perasan yang ucapan terima kasih tu mampu mengukir senyuman pada seseorang. Tak susah dan tak ambil masa pun nak ucapkan perkataan tu. Saya sendiri baru tahu pentingnya ucapan ‘terima kasih’ tu. Kalau dilihat keadaan di Malaysia, agak susah sebenarnya nak dengar perkataan tu diucapkan.Suka untuk saya kongsi pengalaman saya melancong ke beberapa buah Negara orang dan betapa perkataan ‘terima kasih’ sering keluar dari bibir mereka tak kira masa, tempat, dan keperluan.

Pertama, semasa saya ke Mesir dua tahun yang lepas. Pernah satu ketika semasa saya keluar berjalan dengan ibu, kami terserempak dengan seorang peniaga jagung bakar di tepi jalan. Untuk pengetahuan, rakyat Mesir tak berapa tahu Bahasa Inggeris. Adalah beberapa perkataan arab yang saya tahu dan saya gunakan sewaktu membeli jagung tu. Saya tak berapa ingat komunikasi kami macam mana tapi saya masih ingat wajah teruja penjual tersebut bila saya bercakap bahasa ibundanya. Sangat gembira dan berulang kali dia mengucapkan “Syukran, syukran(terima kasih, terima kasih)” . Padahal perkataan yang saya gunakan hanyalah basic kepada bahasa arab. Mungkin dia terlalu gembira sebab saya beli jagung di kedainya.

Tahun lepas juga saya berpeluang menjejakkan kaki ke benua Eropah. Di London mereka sangat menghormati tetamu. Perkataan ‘Sorry’ dan ‘Thank you’ tu bukan perkataan yang sukar untuk disebut oleh mereka. Kalau terlanggar bahu pun mereka pantas mengucapkan maaf. Kalau kita bagi laluan mereka naik escalator atau meniki tube pun diucapkan terima kasih. Di Nottingham, saya berpeluang merasa menaiki bas awam di situ. Turun sahaja dari bas, pemandu bas akan ucapkan terima kasih. Pemandu bas di sana pun kemas. Pakaian mereka ala-ala pilot. Bila naik rasa selamat sahaja. Budaya pemandu bas di Malaysia perlu diubah sebenarnya. Pengalaman saya ucapkan terima kasih pada pemandu bas banyak. Reaksi yang saya dapat ialah, muka pelik lepas saya cakap terima kasih. Tak pun dia buat tak tahu je. Bukanlah semua macam tu ada sahaja yang senyum dan balas dengan ‘sama-sama’ tapi segelintir dari mereka yang tak tahu betapa berterima kasihnya saya pada mereka sebab bawa saya ke destinasi tu dengan selamat.  Di Venice pun begitu, mereka tak segan untuk ucapkan ‘gracias( terima kasih)’. Lebih-lebih lagi kalau kita beli barang mereka. Di sana persaingan antara kedai-kedai boleh dikatakan sengit. Sebab banyak kedai dan barang yang dijual lebih kurang sama. Jadi rasa penghargaan mereka pada pembeli sangat tinggi sebab dah bagi mereka rezeki untuk hari tu.

Pengalaman along duduk di negara orang banyak dikongsikan dengan saya. Dulu saya tak nampak kepentingannya. Saya ingat lagi ayat along pada saya masa saya tanyakan pada dia, “Kenapa nak cakap terima kasih? Dia bukan jawab pun.” Masa tu kami baru keluar dari kedai. Along balas pertanyaan saya dengan jawapan, “ Tak kisahlah dia nak jawab atau senyum ke tak. Yang penting dia dah buat kerja dia. Tak susah pun nak cakap terima kasih tu.” Lepas dari tu terus saya belajar ucap terima kasih. Dekat mana-mana dan seandainya orang tu cakap terima kasih dulu, saya akan berterima kasih balik pada dia. Dan saya tak malu nak katakan yang saya belajar untuk cakap terima kasih tahun lepas. Ye, tahun lepas. Kalau ikut along keluar, bila keluar dari mana-mana kedai tak kira kita beli barang atau sekadar window shopping dia mesti ucap terima kasih pada jurujual yang ada kat situ. Saya belajar daripada dia.

Bukannnya nak membanggakan negara luar. Tapi apa-apa yang baik rasanya patut diambil dan dicontohi. Tak semua Malaysian susah nak ucapkan terima kasih. Ada sahaja yang dari kecil dah diajar untuk berterima kasih. Bagi yang tak terbiasa boleh mulakan sikit-sikit. Saya juga kadang-kadang lupa untuk ucapkan terima kasih. Perkara pertama untuk membiasakan diri, ucap terima kasih pada Allah sebab kita masih boleh bernafas hari ni. Kalau dah sampai hari jadi, jangan lupa ucapkan terima kasih pada ibu dan ayah sebab besarkan kita, jaga dan didik kita. Sebelum tidur berterima kasih pada semua. Macam yang saya cakap, tak susah pun dan masih belum terlambat untuk mulakannya. Berterima kasih pada semua sebab kadang-kadang ucapan yang kita ingat tak seberapa tu mampu buat seseorang tersenyum dan tau kita menghargai mereka. Terima kasih ~   

-Ehsan Google-

NotaKaki: Penulis adalah seorang penulis jemputan. An ardent traveller. A good friend and listener.


1 comment:

cik tenggiling said...

Terima kasih Khairul Farhan!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...