Thursday, September 2, 2010

Kita dan Mercun

Seronok kan dengar title entri aku ni?


Hahaha. Lepastu ada pulak seorang dua yang kata 'Paan, aku tak pernah main mercun, aku budak baik'. Sesungguhnya kau la orang paling pandai menipu sekali dalam sekelian alam. Paling kurang pun mesti pernah pegang mercun or tengok orang main mercun kan? So kau kira terlibat sekali lah. Entah- entah walaupun korang tak main tapi korang la supplier mercun bagi 3 daerah utama dalam negeri anda.


Sebut pasal mercun, dari yang umur 4 tahun sampai 64 tahun semua ada kisah pasal mercun or baru nak start main mercun (yang umur 4 tahun tu). So kat sini dengan senang hati aku nak cerita pasal mercun yang famous kat Mesia ni.


Peringatan: Aku bukan supplier mercun jadi ini bukanlah katalog menjual mercun. Gambar semua ehsan Google.


> Ini nama dia Mercun Bola

Mercun bola diberi nama,
dibeli oleh anak tok ketua,
jari hilang entah ke mana,
muka tak hensem parut tak lupa.

Mood berpantun datang secara tiba-tiba. Jangan salahkan aku. Mercun bola ini antara favourite anak-anak muda dan tua. Harga market dia aku tak tahu tapi 2 tahun lepas aku pernah nampak orang jual RM25/100biji. Mercun maniac sekalian, ini murah ke mahal?


> Mercun papan/padi

Mercun ni versi anak sikit kepada mercun cina sebab mercun cina besar sikit. Manakala papan ni saiz lebih kecil dan sumbu dia lebih pendek. Selalu kalau bakar, orang akan bakar satu papan terus senang. Kalau nak bakar satu-satu pun boleh tapi lambat sikit la kena cerai-ceraikan. Lagi satu kalau bakar satu-satu kemungkinan untuk hilang jari dan tangan berbalut masa raya pertama amatlah tinggi.

 
> Mercun Telur.

Mercun telur. Satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Sudah terkenal kerana keupayaannya untuk memutuskan bukan saja jari bahkan nyawa anak orang. Kenapa nama dia telur sebab bentuk dia besar dan bulat sikit macam telur. Saiz dia lebih besar dari mercun bola. Mahal sikit kot sebab saiz lagi besar dan lagi power.


> Thunder Clap..feveret

Ini pun salah satu mercun yang boleh kira golongan bangsawan gak la. Kira power la. Kalau pegang tangan kosong macam tu je InsyaAllah tangan tu boleh hilang. Tapi siapa yang bodoh sangat pergi pegang tu kan? Nama pun mercun udara, bagi la dia terbang. Cara pelancaran Thunder Clap ni senang je. Letak dalam botol atau pacak kat pasir atau rumput yang lembut. Lepas tu tengok la ia terbang dan meletup. Lepas dah meletup tu baru korang sedar yang korang dah bakar another RM3.50 untuk sebatang benda tu.  Sedih kan?

> Mercun Mancis

Salah satu mercun golongan bawahan yang diminati golongan budak-budak yang baru nak belajar main mercun. Orang tua selalu kata "Ali, kau budak kecil lagi, tak boleh main mercun bola. Nah, ayah bagi mercun mancis ni dulu buat belajar main." Kreatif kan si bapa? Mercun bola ini antara paling senang nak main la. Amik mercun tu pastu nyalakan macam mancis kat rumah. Murah kot. Harga dalam seringgit sekotak. Ini aku tak tahu la boleh putuskan jari ke tak. Cuba korang test pastu comment kat sini (kalau ada jari lagi). Kalau takda jari dah. Takpe. Aku faham.

>Mercun Das

Dapat award mercun paling relaks dan sempoi. Kerja korang pegang dan halakan kat atas je. Tapi kalau try halakan kat enjin kereta bapak korang ke ok gak. Jangan menangis kalau bapak-nya lempang korang dengan sekuat hati selepas tu. Mercun ni ok je sebenarnya tapi jadi super-bahaya kalau orang yang pegang jenis gelabah tak tentu pasal ataupun jenis kuat melatah. Bila orang yang jenis macam ni pegang mercun das ni, kalau dia gelabah, automatic dia akan hilang fokus lantas menghalakan tangan dia ke arah korang (tanpa menyedari yang tangan dia ada mercun). Lalu keluarlah das mercun tersebut menghala ke baju korang ataupun lebih best lagi ke muka korang. Aumm.


> Mercun pujaan hati kanak-kanak

Setelah banyak gila comment aku dapat suruh letak mercun pop-pop@bawang ni, aku pun dengan ikhlas nya pergi search image pop-pop ni kat Google. Mercun pop-pop ni memang sah-sah tak boleh putuskan jari orang. Kau buat la macam mana pun memang tak boleh putuskan jari kau. Cara nak main dia senang je, amik satu benda tu lepastu baling ke simen. Kalau kau baling kuat, meletuplah ia tapi kalau baling pun sopan-sopan ala-ala Perempuan Melayu Terakhir, memang bentuk dia akan jadi sama je dan takkan meletup. Sepanjang 19 tahun hidup ni, tak pernah aku dengar orang cedera main mercun ni (layak ke masuk Bangsa Mercun?). Hatta kau kumpulkan satu lori mercun ni lepas tu kau baling ke tanah pakai lastik giant tu pun tak boleh ketarkan lutut manusia normal umur 19 tahun. Bersesuaian dengan prestasinya, harga dia tak la mahal sangat. RM1 sekotak.

> Bunga api kesayangan kanak-kanak

Sesungguhnya takda dah yang lagi bawah dari benda ni. Ini la benda paling bawah sekali dalam kitaran hidup Bangsa Mercun. Nama dia bunga api. Bunga api kat atas ni jenis kertas lepastu ada keluar yang warna warni sekali. Ada dua jenis lagi iaitu bunga api kertas warna merah (asap keluar macam asap lori tak pernah servis) dengan bunga api besi. Bunga api besi dikatakan lebih selamat yela sebab harga kau lagi mahal. Bunga api ni setahu aku takda la membahayakan sangat tapi bergantung kepada pengguna la. Kalau pengguna tu yang sengal salah guna bunga api ni jadi bahaya la. Sesuai digunakan oleh kanak-kanak belum baligh dan mukallaf.

Akhir kata, yang mana satu pilihan kalbu?

Mercun ni paling best

28 comments:

Afiqah Azmee said...

bunga api best ohh. :D

pandang mercun je pun dah cuakk~

Anonymous said...

cakap je ko supplier kan senang.
nnt aku drop by kat umah kau amek skit.ok.

CPFZ said...

wawawa...
pertama2 ms zmn kanak2 dolu maen mercun bawang or mercun pop2 org panggil..
(x masuk dlm entry ke?)
besau cket,men bunga api je..
dh belia skrg,x maen dah kuarge mercun2 neh..
stakat tgk cousin2 yg msh kanak2 brmaen bunga api..
thhheee..

HaN WarreN said...

rindu nak men mercun...tapi gua dah tua huhu..

No name said...

tak pernah pun main mercun yang tahu main bunga api bdk2 tue jer.. huhuhu.. cian nya,... nak bakar mercun lagi lar tak pandai...

Mind Me said...

hoh ngeri kot nak bakar mercun..
main bunga api la best! heheehh~

yayahidayah said...

xsuke mercun bola tuh~~
menci!!

Sherry said...

i vote for bunga api kesayangan kanak kanak !! hee..;D. cantik kot kaler kaler bagai. hee

aNdi.Hanin::حنين said...

ohh..mcm2 rupenye mercun..err,xpenah main mercun.heheee

Fontonk said...

kau ni macam supplier plak.
mercun pop tak ada ke?
itu mercun paling selamat buat masa ni.
mercun tu tak diharamkan oleh ulama

Gayahspears said...

mercun lemang n mercun ketupat xde kew (^_~) lalalala... jgn hilang anggota bdn akibat men mercun suda ya.. :)

Berto said...

mercun pop-pop mana weyh

Duniakuabstrak said...

alang2 nak main mercun mari kita main bom terus..

Unknown said...

AQ sUKA MAIN mERCUN dAS dUlu...
huhhhuh....
tp, thunder clap mmg fveret beb....
huhhuhu....
lg 1 mercun ketupat...
mmg kaw2 bunyi dia...
heheehh...

diBolica anaiema said...

wahhhh banyakk nyee mercun.........mase kecik maen bunga apii jerr.....naek skola mengah maen mercun bola..skunk umoo dah up cikit maen mercun telur...1 pack rm30 huhuhu....blier main mercun telur kat taman...kebabomm bnyi glier kuat....hehehe per3 pun mmg enjoy..maen ngn penuh berhati hati

Carnation said...

mercun bawang ko tak letak
mercun plg glemer pilihan kanak2 tu

khairul farhan said...

Okay-okay. Fine. Semua suruh aku letak mercun pop-pop. Okay aku dah letak. terima kasih ye kawan.

Khairul Farhan

Haffiz Al-Banna said...

macho giler ko punya mercun..
biuler nak antr satu kt ganu?

Zasillah Ariffin said...

best gak layan mercun bunga api malam2 raya...anak sis dah standby tunggu mercun dari amkcik dia...fresh dari perak tu...huhu

Ieqa Swetluv said...

secara jujurnya.. saya x pernah main mercun, takut mercun and x suke bunyik mercun..makasih~ huk3 ;p

dLa Suri said...

jgn main mercun,t putuih jari ! haha

Salsabila said...

sahh tukang supply. Bukan tak tauuuu.

khairul farhan said...

Pesanan penaja- Jangan main mercun galak sangat. Hormatilah rakan-rakan yang kat atas ni yang takut untuk main mercun. Kesian depa.

p/s: gua memang bukan supplier mercun. take note

K2r~90 said...

huh gue da lame x pgg mercun ,, duet dulu abeh kt mercun jek pon hha

farysa said...

rindunya nk main mercun bawang!
haha
mercun bola pn best jgk klo letak dlm dlm besi
nnt bnyi kuat
hahaha

Shafiqah Omar said...

bahahha. mercun bola - pernah beli, tapi tak pernah main lepas dengar berita.(pantun tak boleh blah) yang paling best lawan pop-pop dengan jiran sebelah. tak terasa diri dah 16 tahun.

mdhafiz said...

perhatian2.. sesape nak beli mercun dr saye boleh lh contact saye ye?? hehehehe.. :)

Jαnnαhツ said...

saya suka mercun naga dan mercun katak. ada jual x kat sini??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...