--> Area-area sini la
--> Contoh buku yang diidamkan
Tapi macam gua cakap, buku tu takda. Lepas penat menelaah semua jenis buku yang ada dalam tu, gua fedup lantas pergi ke kaunter dan tanyakan pekerja tu. Gua tanya abang mamak roti canai tu, 'ada magazine RAGBI ke?'. Lepastu dengan muka penuh confident sambil senyum, dia kata 'Ada la dik, banyak lagi baru sampai (baca dalam dialek mamak amik order)'. Lagi la gua hairan celah mana pulak yang dia kata banyak lepastu baru sampai pulak tu. 10 saat kemudian..
..................................
Dalam hati gua dah tergelak guling-guling dah. Nasib baik gua fikir yang maybe mamak ni tak faham kot ragbi tu apa lantas ditunjukkan RAPI edisi terbaru ya. Nak dijadikan cerita, ada seorang pakcik ni. Dressing memang korporat habis la. Segak bergaya dengan sut siap ada briefcase sekali dok usha-usha buku jugak. Bila dia dengar yang mamak tu cakap pasal RAPI ni dekat gua, belum sempat gua nak mencelah memperbetulkan keadaan, pakcik tu dah bersuara dulu. 'Bagus betul budak sekarang, faham perempuan. Ini yang kita nak dari orang Malaysia, sifat gentleman tu kena ada.' Gua nak betulkan keadaan tapi pakcik tu mulut dia lagi laju. 'Uncle pun suka masak-masak beli buku perempuan ni. Baru senang kita nak faham kelakuan perempuan tu sendiri and uncle rasa tak salah kalau sekali sekala lelaki masak ambil tempat perempuan'. Untuk mengelakkan keadaan bertambah rumit sekaligus nak mengurangkan darjah ke-tidak-maluan pakcik tu, gua menyampuk.
'Pakcik, saya cari buku pasal ragbi, mamak ni salah bagi buku RAPI'
Then pakcik tu terdiam seribu bahasa. Untuk tak menghampakan tokey kedai tu, gua amik Men's Health lepastu bayar dan beredar secepat mungkin dari kedai tersebut.
18 comments:
hahahaha..laa kenapa xlayan je pakcik n mamak tuh..mesti kelakar..
hahahahahaha. nak faham perempuan eh? :DD
nk phm pomuan sng.xyah la bku2 ni..
cian pakcik tu...kemain ag puji...haha!
hahahaa....sometimes bila terjadi benda nih dekat aku..aku suka layankan jer..hahaha
muhahaha. tu tanda kau kurang paham pompan la tu.
kelakar! kelakar gila! tak boleh stop gelak, ciao.
xdpt ragbi...rapi pn ok la gak....layan jela...hahaha
ragbi and rapi..they are sound similarrr.. tak apalah, maaf kan shaja:)
rossoneri: kang kalau layan dia bantai dengan public lecture lak.haha
husna: taknak pun. pakcik tu pandai2 buat conclusion
mimi: haha. bukan aku yang nak faham. pakcik tu
miera: kesian kat gua la
hans: kang kalau layan dia buat menantu pulak payah la
zikery: aku faham snagat diorang tu
saya: ala. terlupa
pqah: dah2 sila stop gelak
buddy: mana sama ragbi dengan rapi. Jauh beza
fifi: dah maafkan dah. haha
hahaha
tgok2 anak dia cun
hang juga untung
P/S : Jika Followers Blog Ramai Adakah Duit Nuffnang Blogger Itu Banyak?
P/S : Gua Nak Tanya Pasal Dr Rozmey, Rayyan Fantasi, Endhiran, Aarif Lee Dan Bruce Lee
sepatutnya sambat jer majalah RAPI tu.. ialah ikut kata pakcik tu kan.. kena amik tau hal pompuan hehehe.. nice n3!
salam Paan..
cakap biar terangggg...
he he..apa punya mamak..
he he..
perempuan dicipta untuk disayangi bukan difahami
smart giler header ko..
hahahahaha...
rapi pun rapi la....kekekeke...
cian pakcik tue...layan jer la die...tapi kalu aku kat tempat ko, xtahan gelak la wey...
adesss...
adoii ko tak cedera parah ke main mende alah ni wehhhh
agagagag..mmg lawak derr...lenkali ckp jelas2 pak cik antu weyh.. :P
Post a Comment