Tuesday, December 21, 2010

Ada apa dengan Mamak? (AADM)

Setelah sebulan lebih tak ber-update, gua datang dengan angkuhnya.


> Gila lucah doh

Alkisah gua duduk lepak kat Khulafa Sek 7 Shah Alam ni, gua hairan tengok meja penuh jugak sampai ke luar walaupun masa tu dah pukul 4 pagi. Pelik sebab time tu, match Man U takda apatah lagi Chelsea yang tak hebat tu. Bayangkan satu restoran boleh penuh melimpah-melimpah customer sampai ke bahu jalan pada pukul 4 pagi. Whooah. Aku tahu ada di kalangan kita yang memang anti mamak. Kotor la apa la. Tapi mesti ada sekali sekali korang ter-lepak kat mamak sebab ter-masuk secara tak sengaja setelah dijemput kawan-kawan korang kan. Kat sini korang tak perlu bersetuju dengan aku. Voice out your opinion bebeh! Apa guna button comment kat bawah tu?


Korang rasa kenapa? Ada toyolkah? Hantu raya? Hantu pocong? Hantu Kak Limah?


Mengarut lah. Ini la orang kita. Bila tengok orang lain maju sikit, kaya sikit, hebat sikit, mulalah nak tuduh pakai bomoh Siam, England, Russia apa semua. Sekali lagi, mengarut. Dah dia rajin dan pandai kerja, dapatlah hasilnya. Yang kau malas nak kerja, attitude pun taknak jaga. Maka, hasilnya tak kemana. Gua pun bukan nak backup sangat abang-abang mamak yang hebat gila cakap Melayu tu, tapi itu lah hakikatnya. Kat sini gua list-kan beberapa faktor penyebab mamak menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia.


> Segar, nyaman dan menyenangkan

Keadaan restoran yang mantap-
Kau pergi la mana mamak sekalipun, satu benda yang pasti, interior design dia mantap. Jubin sampai atas, kerusi lawa, meja lawa, menu siap dengan gambar yang menggiurkan walaupun rasanya tak kemana. Frame ayat-ayat Quran berlambak digantung. Lagi satu yang paling obvious, mamak selalu located kat corner lot. Apakah? Sebab dia nak ruang yang besar untuk pelanggan-pelanggan diorang bersantai lepak-lepak tengok Chelsea kalah. Diorang sanggup invest nak dapat corner lot sebab diorang tahu untung yang datang lepastu berlambak-lambak. Pergi la mana-mana mamak sekalipun, paling kurang ada satu tempat yang ada aircond. Takpun ada kipas besar yang sejuk boleh keluar macam wap sejuk tu. Korang boleh bayangkan sendiri kan? Gua memang fail bab explain keadaan barang. Sorry.


> Ini je gambar paling mesra gua boleh cari

Pelayan yang cepat dan mesra alam-
Tak pernah dalam sejarah 19 tahun hidup gua kena marah dengan pelayan kat restoran mamak. Bukan nak compare, tapi kalau kat restoran melayu or warung melayu, jumlah gua kena marah or jeling or maki or halau amatlah tinggi. Bila korang sampai kat mamak, 2 saat lepas tu mesti dah ada orang datang amik order. Tapi kalau kat lagi satu, duduk setengah jam pun kadang-kadang pelayan dia buat dek je. Lagi teruk, bila dah order, kena tunggu lagi sejam lak nak order sampai. Dalam sejam menunggu tu, mesti korang akan mengalami sindrom kena maki or jeling bila korang try tanya "Bang, order saya lambat lagi ke?". Haha. Kesian kan. Tapi benda tu takkan terjadi kalau korang makan or lepak kat mamak. Bila korang tanya order lambat lagi ke sampai? Walaupun korang baru order setengah minit yang lepas, diorang still senyum sambil cakap "sikit jam ar macha". Secara automatik korang pun tak jadi nak marah.


>Makanan ruji orang bertandang ke sana

Makanan dan minuman-
Dua benda yang paling mantap dekat mamak ialah roti canai dengan teh tarik. Menu-menu lain kadang-kadang tak masuk dek akal pun ada. Apa kejadah mamak boleh masak tomyam? Siap tulis kat menu tomyam thai? Whoaah. Western corner dia tak payah cakap la. Kalah Victoria Station. Semua menu orang putih ada, kau sebut je. Chinese food pun dia boleh tibai gak. Char Kuey Teow pun ada, Penang mari lagi * mamak tu kata lah. Kadang-kadang lepas aku balik kelas nak minum teh o ais limau kat mamak pun diorang siap buat cucur udang dengan keropok lekor lagi. Mantap. Walaupun kadang-kadang gua gelak seorang-seorang tengok menu tu apa semua, tapi outcome dia boleh tahan jugak la sedap. Mungkin dibantu oleh keadaan persekitaran yang menyenangkan hati, so jadilah makanan tu sedap.




Wifi free-
Amatlah penting bagi student-student yang merasakan RM78 untuk P1 Wimax adalah suatu pembaziran. Senario lain: Seorang pelajar IPTA yang selama ni leka bermain Dota sehinggalah beliau sedar yang keesokan harinya merupakan hari untuk beliau present case study yang dipesan lecturer 3 bulan lepas. Kebetulan pulak pada malam tu internet free kat hostel down. Maka berlarilah pelajar tadi ke Restoran Ali Maju untuk mendapatkan sedikit line internet free dengan berumpankan segelas ais kosong. Dah nampak relevan dia kan? Berapa banyak restoran melayu offer wifi? Membazir kata diorang.


Dah penat aku meng-listkan faktor-faktor mamak hebat. Diingatkan sekali lagi jangan dok kutuk gua takda semangat melayu apa semua. Gua jelaskan apa yang gua nampak. Kalau ada peniaga makanan kita, ambil ini sebagai panduan. Buka minda. Hidup teh tarik roti canai.


Gunung Daik bercabang tiga,
sudah baca harap balas.

72 comments:

nabilah_2908 said...

menarik n3 ni...membuka minda sy yg sememangnya tak berapa gemar ke Mamak..

mmg betul la point2 kt atas...kalau setakat nk melepak...on9...minum2...ok..kalau bab makan..erm..tk kene sngt dgn selera... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BILA TELEFON BERBUNYI

shafiqah omar said...

vargina.tak.boleh.blah.

ekhh.

restoran mamak memang takkan pupus kat malaysia. kalau satu bungkus, mesti ada orang bukak yang baru.

syaima.yunus said...

apa ni der. lu saje je letak nama vagina tu kan ? perv betul lu ni HAHA

btw topic ini sangat menarik and wa sokong ah mamak mmg lagi best dari kedai melayu weh. hidup bulu mamak !!!

syaima.yunus said...

oopss and satu lagi dulu kan mama wa dapat tau kebanyakan kedai mamak bila buat kajian dalam makanan ada E coli which is kuman yang ada dalam najis ye. okay geli. bye.

Monalea said...

mamak ni servise dia cepat.lagi satu kalau kita marah dia sebab dia silap dia senyum je.maaf bang...maaf bang.saya ambik lain.mrk betul2x jaga hati customer

Janggel said...

Hmmmm aku kekadang terpikir gak nak bukak kedai mamak sendiri walaupun aku bukan mamak..hehehe

Yatre Hayati said...

Setuju. Lepak mamak yang best ada kipas keluar air tu ...hahah dan makanan cepat smpai.

n.hasleena said...

Salam kenal dik...
Akak dgn hubby pun mmg kurang sikit ke kedai mamak nie...dan boleh katakan dah terdesak sgt baru ter pegi (betul ke ayat akak tu)..
Tapi mmg tak dinafikan servisnya mmg bagus. Inilah yang patut dicontohi bagi mana2 restoran yg mudah sangat memberi jelingan kan...bila dah kena jeling, nak pegi lg mgkn dah tawar hati :)

Markpitz said...

hahaha terbaik la kedai mamak tu

sweetty said...

Ini cerita betul, anak saya umur 9 tahun nampak tukang masak kedai mamak korek hidung dia pastu dengan selamba dia buat roti canai. Kalau saya sebut nama kedai satu mlaysia tau. hee tak maulah makan kedai mamak.

Bert said...

ko jgn cair sgt dengan layanan maple ni. Dengar citer ramai golongan2 maple ni berorientasi seks songsang, tu pasal slalu tepok2 bahu customer..keh keh

S..U..D..@..I..S said...

dengar cita pelik2 kat kedai mamak nih..pun ramai orang jugak..

shatooman said...

kadang2 g. kadang2 x.. makanan ok, lepak best, tp org kata macam2 la pasal maple ni. mahal lg..

CiK QiQi said...

kalo kt tmpt qiqi ni...mmg qiqi xcye kedai mamak..sbbnye..hrga tggi ya rabbi. pastu kadang tu kite mintak len die bg benda len/..hape da...grm3....tp plg obvious tang harga la..sjk tu qiqi trus banned mamak.

p/s: rela balik umh masak megi kalo lpr sgt la.hahaha

Dang Intan Duka said...

secara jujur nya memang btl apa yang dicakapkan..
memang tak dinafikan..
hohoho

dang pun bleh la msuk gak if mknan mamak ni..tp tgk kedai mamak yg mcm mane la kn...bukan la nk pk ape, tp phm2 la kn...hohoho

tp yg plg penting, ble time lepak2 je memang heaven klu kt kedai mamak sbb takda org akan kisah..selain Mcd 24 jam..:)

peace

- GC - said...

servis kedai mamak lagi terbaik dr org malaysia punya bisnes. sbb tu depa maju walaupun harga kat kedai mamak boleh dikatakan mahai.

tsaicoutic tranmorphersys said...

tang signboard yg xle bla tuh...hahahaha

relevan said...

Huh..hebat sungguh jenama restoran itu..

mamaliapendek said...

dulu aku geli nak makan kedai mamakk sebab tangan diaorang banyaaaaakkk gilaaaaaa bulu-balan. tapi sejak aku pekena rottii sardinn mamak pergh aku jadi addicted gila kalau seminggu tak dapat macam mat pit tak dapat sedut wa cakap lu. bertitik tolak daripada peristiwa rottii sardin sekarang aku sangat meminati insan maskulin berbuluuuu.. SALAHKKANNN MAMMAAAKKKK !!!!!!!!!!!!

tia said...

aku tiap2 mggu lepak ngan famly kat kedai mamak,
;)

Jeely jelly said...

wah ! pekerja dye pakai pink ! i like... haha.. mamak mmg best... teh tarik dye.. pehh ! kawww :)

pantun 2 kerat anda sangat hebat !

dylli said...

sungguh aih~
tapi semenjak duk perlis ni,
nak jumpa kedai mamak cukup payah!-__-

NAJ HEBAT said...

alah. gua sayang mamak.

sebab dorang panggil gua..

dey adek mannissss

.:padie_eyla:. said...

yang penting mamak amek order laju! siap pon laju. sedapppppppppppppp~! haha =p

Akulah Aqilah Itu said...

sokong sangat2!!!! Hahaha. kedai mamak selalunya selesa dan servis cepat. Tu yang suka. =)

BezBuddy said...

btol2...kedai melayu trukla...even time nak bayar duit pun dorang masam..nak bagi duit pun nak masam muke...xphamla...aku xsuke sgt mamak..kui2

Azreen Amran said...

sumpah nama kedai dia xboleh blah gila!
kontroversi! XD

Gayahspears said...

i lepak kedai mamak pon sbb wifi free..kehkeh

NUNU EERA said...

mamak.. tmpt wajib lepak..

che nur 'atikah said...

name kedai da x senonoh...pakaian bangla yg keje situ pulak pink~adoi...geli mat aku.ahaha

liyanaziz said...

sek 7?? dakni selalu lepak mamak kat seksyen 13 dengan seksyen 9! servis baik punya.. hekhekhekhek.. asal nama kedai mamak atas tu begitu sekali??

hani apandi said...

terusterang cakap,

saya kurang gemar makan kat kedai mamak.huhu

mamawana said...

Bistro mamak yg bersih orait jer. Tapi selalu cek telur kat kedai mamak, siap tanya lagi basuh ker tidak tolor. ......kalu berstack stack tolor tak berbasuh sebelah dough roti canai alamat tak makan laaaa....cabuuuttt

Lovely Bella said...

semua aku stuju... tp bab wifi free tuh.. erm.. ermm.. erm.. mmg ade tp mcm x de... huhuh.. :)

masshie mastura said...

okey my comment will b not related to ur entry. hehe.

u had a really nice header pic. i lyke :)

Yunus Badawi said...

Salam Bro. Terima kasih sudi menjengah ke blog saya.

Kebanyakan restoran mamak terletak di tempat yg strategik iaitu di corner lot rumah kedai. Kalau kita perhatikan pantang ada kedai di corner, mesti mamak dah sapu. Sehingga org kata India tak akan menang Piala Dunia kerana bila dapat korner bukan dia nak tendang bola tu tapi dia nak buka restoran hehehe

ika said...

ahah ! mamak punya servis memang tip top x dinafikan ! tapi ..
ade setengah kedai mamak yang amek pekerja pure india , pure bangla . sepatah haram pun x paham bahase melayu . adoiyai , memang parah r kalo nak order .
pastu , ade gak kedai mamak yang cokia . siap ade tikusss . haha .
yang laen , sume okay . thumbs up ! :D

Sarah-rah-rah said...

yes yes, mamak terbaik lagi2 tengok bola, skrin tak boleh besar lagi :P sometimes kedai2 mamak ni dah ingat makanan yg slalu kite order sbb slalu bertandang ^_^

hans said...

hahaha
yg bestnya restoran mamak
kita yang boleh marah diorang
hahahahaha

eh,ko dkt seksyen 7 shah alam?
serius?
dekat lah

P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

beautiful_rose said...

nice entry!
mmg betullah pe y ko list kan tuh.sebab aku pun ada pengalaman y agak hampeh bila mkn kat kedai melayu.aku oder menu y simple jerk.teh'o ais dgn nasi goreng.tggu sampi nk dkt 1 jam tak siap lagi.sedgkan tak la ramai pelanggan mse tuh.sudahnya aku terus blah g kedai mamak.sampi skang aku jd regular costumer kt mamak dkt tmpt keje aku tuh.siap die da tau menu biasa y aku oder.






lg satu mamak ali maju kat rawang tuh pon best.kt sana mcm2 menu ada.western food pon ada.dan jarg2 sekali di jumpai ialah ais krim goreng.setakat nieh tu je kedai makan y aku jumpa ada ais krim goreng.

puteri biru said...

everytime aku makan kat kedai mamak, banyak benda gak yang aku kagum ngan dorg, terutamanya bab kedai dorg yang sentiasa penuh org dan dah tentu bisnes untung giler.

mmg leh jadikan panduan untuk peniaga melayu pun ikut style dorg. huhu.

Mr feckry said...

mamak ni senang di maki

yangbaik said...

salam,
apasal nam tu yang depa taroh... dah takdak nama lain ka?... heishh gila2

bab layanan kat kedai mamak memang kelas... ada lah 2 ker 3 kali bawak anak2, kemain lagi abih semua pekerja dia keluar layan anak2 aye pulak... siap bagi gula2 lagik... hihihik

tapi tak lah selalu sangat pi kedai mamak tu, masa dok preggi nie dah mengidam sangat nak makan kat kedai mamak so mr hubby bawak la... tengok kedai jugak... tak semua pakai terjah jer.. sebab sesetangah kedai mamak nie ada auranya sendiri ngan kami... sekali kena dah tak sedap rasa... tak pegi dah... ilmu pemanggilnya kuat sangat la...

huish panjang lebar pulak, buleh buat entry sendiri... siap ler...

Syazwana said...

peh nak cari tempat komen dah satu hal..kecik bebenor..tak nampak..hehehe..btw mapley kat PJ best! :D

- zuriey - said...

takde nama lain ke nak letak..letak nama aku pun ok gak

Rebelle Me said...

mamak dah maju laaaa..
haha

amry said...

betul la tu, tapi ada gak kedai mamak yang tak baper mantap gak. selalu yang gah gah ni kat tengah-tengah pekan. Kalau nak jumpa yang pengotor, mai penang. hehe. Serious korang tak kan selera nak makan punya.
Kedai mamak ni diorang ada persatuan tak silap aku. sebab tu diorang boleh jadi macam tu. lagi satu strategi diorang tu. aku suka bab corner lot tu, aku pon tak terfikir bab tu sebelum ni.
pantun 2 kerat tu pon aku suka gak..haha...

fathiah said...

hahahahahahaha.. vargina? :)

Nieza Micha said...

tetap tak suke makan kat mamak... geli... hakhak... peace no war...XD

adiratnashee said...

ada apa dengan mamak?
aku pun taley jawab weyh.
aku pun suka lepak mamak.
tiada yang lebih indah dari tengok match MAN U yang lagi hebat dengan sirap limau satu. hahaha. siapa cakap mamak tak bersih?? korang pegi makan kat mamak yang kotor ape kes. betul gak ah. kadang2 aku tengok tiles derang cantek siot. macam nak tanye beli kat mane. in a way aku rase sape yang x lepak mamak ni poyo je. hahaha. *no offense*

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

restoran melayu patut ikut macam restoran mamak kalau nak maju.. itu pendapat gua..

Yan said...

akak setuju pasal layanan.. & bab tunggu order lambat..
tp kami sekeluarga klu boleh elak.. mmg kami elakkan makan kat mamak.. pasal status dia diragui.. gelipun ye mcm adik nieza micha kat ats ni cakap hehehehe..

Wahida Nasution Thakhrim said...

ada apa dengan mamak?? sebab banyak makanan best kat sana.. banyak pilihan pulak tu.. 1 lagi kat mamak la tempat yang paling best nak lepak2 dengan kawan2..

manggosteen said...

aku suke g mamak sebab dpt tgk byk gelagat manusia kat situ..

Ujang9897 said...

bagi aku mamak servis die bagus

Affan Ruslan said...

penah makan sekali kat kedai mamak ssek 7 tu, lepak ngn member.

nama kedai tak leh blah.

tengok time gak nak makan pun, kalau tengah hari, panas gila kot duduk kedai mamak. prefer kedai melayu. kalau breakfast atau makan malam, blh tahan lagi. sejuk sikit ada angin. hehe

azureEn said...

jauh nye kotak komen kt bwah nie.. -__-"


btw, saya suke mamak! sume kt atas tu mmg btol + makanan murah. muahahahaahah =D

Rara Farah said...

mamak??haha...ensem...teringat shah rukh khan..agagaga...

ta bley blah langsung nama kedai...ngengs!!

wunny said...

betol la apa yang ditulis di atas. cuma kadang-kadang bengang gak ngan mamak ni sebab kadang2 dorg tak paham apa yg kita cakap. so dorg repeat byk2 kali. hadoih~

Husna said...

dah banyak dah, malas nak komen lebih2 haha bukan baca pun!

Fahim 'n Alin said...

hahahah..nice2 kena dtg ni

chittysarah said...

restoran yang cambest
name je da memikat~~
agagaga

mamak is the best!
lalalal~~~

h A n Y S said...

yea, btl jgk~
bab layanan, mmg tip top, cpt n mesra.
mknn pon sodap ok, suka mkn ayam goreng kat kdai mamak hakim sek.7 nu, haha!
btw, restoren vagina?? erk! kreatif giler!hahaha

shasha said...

yeah mamak bgush

Mimie.Candy Cane said...

satu je yg aku kurang gemar ngan mamak..
kadang dorang tak paham order n suka2 nak pusing2 order ..contoh aku order mee goreng n telur..lepas tu dia hantar mee goreng.aku tanye mane telur..dia jawab "tu mee goreng dah campur telur..dah hancur"

sentapp

iJa said...

servis mmg terbaik tp menyampah plak tngok pekeja yg amik order, suka buat gaya gangster.

Panduan Bayar Online said...

ok tu bro... dulu selalu lepak Rejab kat puchong tgk boleh tgk MU kalah....huhuuu

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

roti planta sedap ! xde unsur2 x elok dlm roti tu. haha

L said...

pink yaw! me likey. service mamak cepat. lepas tu friendly. i dont mind eating at mamak ,tp ada seturn perempuan geli + malu sgt if mkn kt mamak . menyampah

Nabilah said...

nice ! tapi tak berapa gemar nak makan kat mamak ni .

heyy , mai klik sini jugak :
1. ada apa dengan mamak
2. jaga-jaga dengan kedai mamak

cOmeLito said...

sdap doh roti canai tuwh..
adehhhhh..

Qaseh ElyaNas said...

mmg servis kedai mamak best tp biasanya lah ramai girls kureng sket ngn kadai mamak hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...