Sunday, December 26, 2010

Laser, Safee Sali dan Malaysia

Owh Malaysia.
Ayuh bangkit bersama,
Demi nusa dan bangsa,
Kan kujulang namamu,
Oh tanah airku,
Malaysia yang satu,
Malaysia.


Berikut merupakan sebahagian Chanting Ultras Malaya yakni penyokong tegar bola sepak Malaysia. Gua respect diorang sebab muka-muka diorang ni lah yang datang support Malaysia kat stadium even friendly game pun. Part paling best ialah, geng-geng ni lah yang still support Malaysia bila mana bola sepak Malaysia tengah merudum yakni kalah dengan team-team lain. Tak macam supporter yang konon-konon Die Hard Fan Malaysia, padahal bila Malaysia kalah, dok kutuk team bodoh lah, takda harapan lah, loser lah, takda wawasan lah dan semua-lah lah. Orang macam ni tak boleh pakai. Sokong time menang je. Time Malaysia kalah dan player-player sangatlah memerlukan motivasi daripada peminat, kutukan yang kau beri.


Itu merupakan leteran gua. Baca sambil bayangkan mak korang tengah cakap kat korang sambil pegang telinga kanan korang.


Siapa yang tengok game malam tadi je yang mampu faham perasaan gua sekarang ni masa menulis entri ni. Berdiri bulu roma. Bangga. Sedih. Terharu. Gembira. Semua ada. Serius berdiri bulu roma gua masa dengar lagu Negaraku berkumandang di Stadium Nasional Bukit Jalil.. Lagi bangga bila tengok anak-anak muda Malaysia yang memakai jersi biru berdiri megah di pentas final AFF. Rata-rata player muda lagi dan bergetah. Bergetah? Maksud aku bertenaga. Player paling muda Malaysia umur 19 (Mohd Fadhli Mohd Shas, pertahanan) manakala yang paling senior pulak umur 26 (Mohd Safee Mohd Sali, penyerang). Kalau nak compare dengan Indonesia, depa ramai player yang dah senior. Even Gonzales tu pun dah umur 34. So, kat sini aku nak terangkan yang team Malaysia sekarang ni berpeluang dan berpotensi untuk digilap lagi. Tak gitu? Player semua muda belia lagi weyh, tak mustahil kita boleh pergi lebih jauh.




Pasal perasaan sedih pulak, aku sedih tengok sebahagian dari kita yang dok main laser-laser ni. Kenapa? Kita negara yang matang, orang pun matang. Tak mudah melatah bila diprovok, tapi apa semua ni? Kenapa perlu ada laser? Orang yang mementingkan semangat kesukanan takkan buat semua benda tu kalau diorang sayang team Malaysia ni. Diorang tak pernah fikir kesan jangka panjang kan? Kan sia-sia namanya kalau FIFA or AFC batalkan kemenangan Malaysia semata-mata sebab laser tu. Kesian pulak nanti kat player kita yang dah bersusah payah score. Shahrul Idlan Talaha tu baru je kahwin hari sabtu. Inai kat jari pun tak hilang lagi tapi sanggup korban semua tu sebab nak main untuk Malaysia. Kalau kena batal kemenangan, kau rasa dia happy tak? Sekali lagi bayangkan telinga korang tengah ditarik mak masing-masing.


Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha memang gabungan terbaik. Mantap.


Dua tiga kucing berlari,
Harini menang lagi Malaysia.

43 comments:

Aqila Sarah said...

laser laser tu yg tak tahan . ishhh . and mercun pun sama . hmm
pape pun , im proud to be a malaysian :D
go go go malaysia bolehh !!

rybe said...

aku tak reti komen pasal bola.
yg pasti pantun kau buat mate aku bebulu bulu bace. haish.

che nur 'atikah said...

safee sali tough~gua tegode ah~ahaha

"miko itu nana" said...

huhu..itula..tah pape la penyokong malaysia ni..
aritu time separuh akhir xdek pon laser2..
agak2 kene tarik balik ke gol tu ek??..tp cm xdek kaitan jek..huhu

Aqila Safuan said...

tahu tak mengapaaaa.malam ni sgt seronok tgk diorang maiiinn!!insyALLAH bole mng kat indonesiaa!

Ayeem Jemain said...

penonton yg main laser, baling mercun sumpah memalukan. kalau dapat, tampo2 je. tp aku tgk byk kali goals malaysia kat youtube. sume lawa2! paling lawa gol ketiga. and ko leh tgk kat youtube gak, time malaysia kalah 5-1, keeper msia pon kena main laser hijau. seriyes

Sca Ndx said...

aku setuju semua dgn kau. Shahrul tu terer gila. dia main tepi2 pun leh lepas.

shasha said...

sha proud dgn pemain bola sepak malaysia :)
yg memalukn n sedihseperti paan kate laa laser tu n mercun ! huyoo
papepon mercun tu tpat kt tgh pdang ! haha

.:padie_eyla:. said...

yaaaaa. hebat seyy malaysia. tapi jangan sesekali fikir kita di zon selesa sekarang. ;)

congratesss malaysia.!

Husna said...

err begini. kalau kita fikir betul-betul. ada ke orang malaysia nak pergi kasi laserr dekat team malaysia sendiri?

Tidak.

Sebab?

Gila ape nak kasi laser dekat team malaysia sendiri. Negara kita ok.

Jadi sekarang kita fikir macam mana?

Indonesia?

Ya, mereka.

Kenapa fikir diorang?

Ada ke team pihak lawan nak lawan dia menang? Alahai. Lawaknya bunyi.

Ada dengar cerita fasal "siapa lawan dengan indon tak pernah menang"

Pernah tak? Ha. Kena tahu yang ni. Goolge pun orite jugak.

Jadi sekarang malaysia kena kuat bab ni. Indon mandrem mandren ni paling hebat. bomoh segala bagai, hebat.

Mana ada indon datang malaysia, datang kosong jeee encik oi.

kalau tak, takde la half of the chowkit tempat diorang kan?

Huk.

Ok, tu je :D

❤NazirahMoktar❤ said...

aku tak tau pasal bola..main bola pon tak pernah..hahah..tpi telinga aku memg panas kalau dgo org malaysia kutuk2 pasukan malysia..memg la kadang2 deme main tak bagus, tapi,jgn la kutuk2 lebih lak kalau ye pon tak sokong..diam2 sudah..

Hanis Azla said...

dua tiga kucing berlari,
harap2 lepas ni pun Malaysia menang lagi..

all the best to Malaysian Team..

rossoneri said...

lorrr apesal pulak dorang main laser2 nih,xpenah dibuat orang main laser2 kat stadium..xsabar nak tunggu next match

Myra Arshad (: said...

malaysia menang tak da kaitan dengan laser. bravo malaysia :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

harap sangat tak berlaku perkaya yang kurang best tapi jadi juga..
dah dipesan pun buat jugak.. tak faham atau buat2 tak faham??

Lovely Bella said...

Dua tiga kucing berlari,
Harini menang lagi Malaysia

ni pantun 2 kerat ke? asal len jerk bunyi nyer.. hehehe

azureEn said...

frust tak dpt tengok gol semalam. huhu. anyway, yg men laser, laser je diorang balek gune mulut. =D

zaira said...

betul betul... tak payah kot main laser tuh. hadoi.

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

yeahhh malaysia go go ! talaha pun terer kot passing kat safee

zuar said...

selangkah lagi untuk mencipta sejarah^_^

Greg Ben Ben said...

apsal prempuan yg ramai komen kat sini? hehe

gile sape yang main laser tu. janji malaysia menang. oyeahh .. shahrol idlan talaha power.
kaki gila kuat. boleh cilok ikut belakang

wei, datang la blog aku..
aku boring takde orang komen blog aku. keh keh keh mainjauhjauh.blogspot.com

yellowie roses said...

Dua tiga kucing berlari,
Harini menang lagi Malaysia,
jangan dok bangga diri
biar merendah diri,
esok2 xtau lagi,
aPA nak jadi...
peace!

MALAYSIA BOLEHHHH!!! ~LOMPAT2 SAMBIL pegang pom pom

hani apandi said...

insyaALLAH MALAYSIA akan menang di indon juga nanti.sama2 kita doakan kejayaan MALAYSIA di arena bola sepak..:)

cikmimmie said...

memang meremang masa nyanyi lagu negaraku malam td..saya antara berpuluh ribu yang datang...sayu dan terasa sangat patriotik...bangga jd anak malaysia..hoho..

aizat912 said...

clap la sape yang dok main2 lazer tu/.. naseb baeq keeper tu x nangis.. haha

adiratnashee said...

agaklah. nampak sangat.
kurang2 have faith ah in our team ye dak?
sadiss je tengok trending kat twitter.
dah tahu indon gitu. yang supporter konon support habis plak dok men2 laser. tapi sumpah cakap AKU BANGGA ^^

amry said...

haha. 2 kali ko jerit kat shoutmix aku paan. mula-mula aku dah terjah, tapi tak sempat tinggal komen. aku suka leteran hang tu. betul. kalau betul penyokong bola, jngn hanya sokong waktu menang. kutuk time kalah. apa kes.sepatutnya terus memberikan sokongan la kan kepada pasukan malaysia. nak malaysia perform tapi meruntuhkan semangat diorang, macam mana tu?

ika said...

ahah . aku ske entry ni . dulu aku x minat bola , tapi sejak kene present pasal bola mase malaysian studies , aku trus amek tau pasal bola .

malaysia dapat pelapis baru cam Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha memang bertuah r . diaorang ade bakat nk ganti mokhtar dahari . bile lagi malaysia nk maju dlm arena bola .

pasal penyokong malaysia , susah nak ckp . xde semangat kesukanan , x tau ape effect perbuatan diaorang tu . haish .

emo aku dibuatnya . ape2 pn , aku tgk bola semalam . rase bersyukur sgt . semoga team Malaysia terus kekal mara ! insyaAllah !

Bert said...

laser ke, garuda ke, janji aku puas hati malaysia menang..hahah

the bert said...

naseb baeklah game smlm x postpone..mmg x patut sape yg laser tu..tp safee sali dgn idlan talaha mmg superb r smlm..

hans said...

laser tu memang tak patut rakyat Malaysia gunakan
supaya jadi pengajaran lah
apa2pun aku benci Indon
poyo jer
dah kalah macam2 alasan dan penipuan mereka bagi
hahahha

P/S : 5 Perkara Yang Aku Tak Suka Bila Terperangkap Gara - Gara Kesesakan Jalan Raya

mR.sYaH said...

kecewa sbb ahad lepas xdpt nk tgk..

O'gosh said...

haha...pantun x kena langsung....

miss nina said...

at last, jumpa juga ruangan komen.
yup..penyokong bola mesti sokong team negara, baru semnagat nak menang tu naik macam saham naik.

mudah-mudahan malaysia menang lagi di sana. malaysia boleh.

F.a.S.h.E.e.H.a said...

Adehh. Dua kali mak gua piat telinge bila baca entri ni..

Gua tak penah minat bola. Malam tu gua tengok bola smpai habis. Gua bangga team Mas main cantik mlm tu.

Laser ni gua mls nak pikir. Masa Mas kalah 5-1 dulu pun ade jugak sebab laser. Tadek pun kecoh-kecoh.

Lepas ni gua boikot cerita indon. Gua serius nihh.

cimut munniey :) said...

bile malaysia menang semua bngge bila malaysia kalah semua kutuk HAHA. papepom malaysia bestt woo! terbaikk.

eh eh kau knl syaima kan? kau bdk plkn dye kan? :D

ishiko said...

yep..gandingan yg mantap... xlupa gk khairul fahmi ...huhu

- GC - said...

org memang akan puji bila menang, bila kalah, of kos la kena keji. itu realiti. grrrr

Huj@n said...

okey.. safee sali sangat bergaya!

K2r~90 said...

b.o.l.a

stiffler said...

:)

NaniRostam said...

Ingat molot jer lazerrreh....

n!da said...

ugtkn laser tu cume gimik indon je.
rupenye betol penyokong mesia buat mcm tu?

mesia ckp xsrupa bikin.
cakap je indon tak profesional.
padahal kite pon 2 kali 5.

saye doakan kemenangan ni xkan ditarik balik.
aamiinn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...