Monday, March 28, 2011

Biasiwa JPA untuk lepasan SPM 2010 (Tips)

Yezzzzaaaa.


Keputusan SPM dah keluar. Tahniah kepada yang dapat  result sampai meletup letup. Kepada yang kurang meletup jangan kecewa. Ini baru SPM bro, perjalanan hidup ni masih panjang. Result gua dulu pun tak meletup. Cukup makan je. Di kesempatan ni, gua nak ucapkan tahniah kat adik perempuan gua sendiri, Nur Farhana sebab berjaya potong gua lantas dapat 11A. Gua doakan yang terbaik untuk dia cari scholarship supaya dapat jadi dentist katanya. Tahniah jugak dekat mantan sekolah aku RMC di atas kejayaan dapat 38 org straight A's dan seorang 10A+. Syabas diucapkan kepada cikgu cikgu RMC.
-Syabas-

Okay refer kat tajuk entri korang dah boleh expect apa yang ada lepas ni. Ini semua bukanlah tips yang terbaik tapi sekadar berdasarkan pengalaman gua pergi interview untuk biasiswa JPA. Okay first sekali lepas dapat result SPM tu, sila menangis dulu tak kira la cemerlang ke tak. Ini nak cukupkan syarat. Dah lepas menangis balik rumah start tenangkan diri. Result kau takkan ke mana kalau kau tak pandai mencari peluang scholarship yang terbentang luas depan mata laptop kau.


Bagi yang berminat nak apply biasiswa JPA, sila click link JPA ni untuk kita tenngok dulu syarat-syarat am sebelum kau boleh apply untuk biasiswa ni. Lepas dah rasa-rasa larat dan okay dengan syarat-syarat tu semua, start lah apply online. Benda ni takkan nak ajar kan. Register FB reti takkan isi borang online tak reti. Jaga jaga untuk tarikh akhir permohonan. Buat segera jangan tangguh. Dekat part ni, satu benda nak ingatkan, be realistic. Kalau dapat B biology, jangan lah apply Medic. Memang la tak mustahil, tapi peluang dia tipis sikit. Pilih kursus yang kita rasa sesuai dengan result kita. Ingat sekarang ni persaingan antara semua pelajar dekat Malaysia, bukan dekat sekolah kau je. Ini entry untuk pengalaman aku masa tahun 2009. Sila klik JPA 2009
Okay lepas dah isi borang apa semua, berdoalah banyak-banyak mintak JPA panggil korang untuk interview. Kalau dah dapat panggilan untuk interview, Alhamdulillah. Lepas satu stage. Untuk temuduga ni, make sure kau ready dengan isu-isu semasa. Banyakkan baca surat khabar fahami apa yang berlaku bukan setakat Malaysia je, tapi seluruh dunia. Ramai orang kata hal hal politik diorang takkan tanya tapi untuk berjaga-jaga, baik lah baca sikit-sikit apa yang jadi dengan politik negara ni. Dia mungkin akan tanya pandangan kita tentang hal-hal tertentu. Be careful sayang. Kah3. Siapkan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Jangan tunggu last minute. Ini sangat penting.


-Demo jangan gubra pulok-
*Temuduga
Sebenarnya tips dah start ditulis dah, cuma gua tak tulis dalam bentuk point form la, gua tulis start entry ni lagi. Pandai-pandai lah cari mana yang boleh digunakan dan menolong dalam memohon biasiswa ni. Bila JPA panggil untuk interview, dia akan bagitahu online jugak, kita kena semak. Jangan harap la JPA nak bagi surat kau suruh datang, semuanya online. Bagi adik kakak yang takda internet kat rumah, rajin-rajinkanlah belanja RM1-2 sehari untuk ke cyber cafe demi kebaikan masa depan anda. Bila dah dipanggil untuk interview, seminggu sebelum interview kalau boleh dah pilih baju mana nak pakai. Kah3. Keyakinan katanya. Rambut kalau boleh kasi potong, jangan la serabai masuk bilik temuduga. Untuk pakaian, pakai baju kemeja lengan panjang yang kosong, jangan nak fancy fancy sangat pakai yang stripe bunga bunga apa semua. Smart and simple. Ingat formaliti, ini temuduga biassiwa, bukan sesi karaoke. Make sure baju tuck in, pakai belt hitam. Seluar slack hitam dan kasut hitam. Tie tu wajib, kalau boleh pilih la warna yang masuk dengan kemeja kau tu. Blazer optional, kalau rasa nak pakai, pakailah. Suka hati kau. Aku dulu tak pakai. Macam ni dah hensem dah. Untuk perempuan, senang gilo, iron baju kurung sepasang and you are ready to go girl! Oh ye, untuk perempuan pakai kasut bertutup ye jangan flip-flop pulak kau sarung.
-kasut-
*Temuduga 2
Bila masuk bilik temuduga, jangan duduk sebelum disuruh, tapi takkan la orang tu kejam gila taknak bagi duduk. Tunggu dalam 5 saat selalunya dia akan suruh duduk. Bila ditanya bahasa melayu, tolong la jawab dalam BM walaupun anda dilahirkan dan dibesarkan dengan makan spaghetti je tanpa makan nasi. Kalau anda ditanya dalam BI pulak sila jawab dalam English tak kira anda tak kenal spaghetti tu makanan atau kenderaan. Bila ditanya, jangan rushing sangat nak jawab (takut sampai bercakap laju gila nak cepat siap). Cakap tu biar ada butir butir perkataan yang keluar dari mulut kau. Relax. Lagi satu, kalau pandai sangat pun atau eager sangat nak bangkang orang masa calon lain bagi pendapat, aku nasihatkan jangan la buat. Takda markah tambahan pun, silap silap orang yang temuduga kau tu meluat tengok kau. Tapi kalau nak tak tahan sangat kan nak buat jugak, buatlah dengan penuh sopan santun, bila calon lain tu dah habis cakap, boleh la mencelah. Contoh "Tapi tuan saya rasa saya ada sedikit yang ingin saya tambah kat sini". Ingat jangan buat ni lebih dari sekali, kalau tak bukan calon lain je menyampah, gua kat rumah pun menyampah gak. Goodluck!


Penat menaip. Itu je. Kalau dah lepas semua ni, balik rumah dengan penuh senang hati dan mula lah berdoa. Kerja kita dah selesai, tinggal berdoa je kerja kita. Ingat ni bukanlah tips terbaik, sekadar pengalaman gua je. Alhamdulillah gua berjaya temuduga tu dan sekarang tengah final sem A-level. Insyaallah bulan 9 ni ke UK. Doakan.

33 comments:

Zabedah Wahab said...

gambar tu muka mat saleh tapi macam dia cakap "demo jangan gubra pulok" HAHA

alia zarfullah said...

Tahniah / Syabas 2 ur sis :)

mR.sYaH said...

boleh guna tips ni nanti bila nak temuduga.. tahniah buat kakak kau...

FariehanIbrahim [LBC] said...

menarik!
thniah2 tuk korang berdua! >.<

zaty luvlianncezzz said...

bguna..tp mcm xlayak je nk apply.huhuhu

seruan KUBUR!!!

asybedazzle said...

eh JPA ke MARA? ape pro and cons dua2 tu? confuse nk pilih mane.

cikpia said...

zaman aku dah berakhir....... tapi tips nie sangat berguna la.....

amny.. said...

nice info..:)

Shamsuddin Amin said...

tips yg bergune...^^

SITOT said...

hmm,,ape beza cabang medikk dengan bidang sains? tak dapat A bio,,tp pilih bidang sains..adoyh2..

❤Myra Si Gula-Gula Hati ❤ said...

tahniah untuk ur lil sis...
kemsalam kt dia k..^^

WanFadhilah said...

tips yg berguna utk dptkn biasiswa.. hoho.. dulu2 tak mintak pun biasiswa. hampeh btul. apa2 pun gud luck ya! and congrats!

FzaIbrahim said...

congrats to ur sis.
and goodluck to u! :)

shafiqah omar said...

*page ni akan dikunjungi sekali lagi tahun depan lepas dapat results. bahah.
er, pass my congrats to your sister. tolong tanya dia cane nak dapat results yang da bomb untuk addmaths sekali eh.

♥sophie♥ said...

wahh..tengs tips nie,,
hurm,gudluck to u !

Miss Yaty said...

berguna tips ni..nati nk ajar kt adik la..huhuhu

cik hemo hemo said...

memng berguna tip ni. tapi yang aku takot, bile da masok bilik interview, jadi nerves. mula la hilang point nak cakap ape..

darah gemuruh.. T.T

Amira said...

ooww. congrats kat adek u . btw u wat A-level eah? ade peluang na tnye ni . wahh. haha. i pun na wat A-level jgk . tp cm tayakin lah susa ke sng . n byrnnye cane erk? hee. btw gudluck for last sem ;)

wany said...

adeh mintak biasiswa mak je la cam ni. hehe cam tak cukup syarat la plak..

congratulation to nur farhana ^^. ngee~

sha said...

bagus tips ni..

Izyan Masri said...

what a very good tips (:

zazaw said...

tipssss yg bagusss

nanti ke UK jgn lupa Malaysia sudah
HAHA

Nur Afifah Mohd Ghazali said...

thanks . berguna sgt :)

GiveAsh said...

tips yg bagus...

rEn said...

terima kasih untuk tips tu..

ishiko said...

hooo...
macam step nak masok maktab gak laa...
umm... nice tips ni utk dak2 lps spm.. >__<

ainaa.syafiqah27 said...

bagus entry nie... nanti klu nak g interview leh gune..

Reen said...

a very useful tips ...to farhana, congrates and good luck ! :)

cik qiqilala said...

eeeeei. seronoknye. first sekali. congrate to ur adik....

second. tahniah untuk anda berjaya sampai final. untung lahhhh. dapat gi UK. seyesly UNTUNG giler. so jelesssss.

zieyRa suLLey© said...

hi, jom juin bloglist kite :)
http://zieyrasulley.blogspot.com/2011/04/jom-juin-bloglist-kite.html

Awang Hafiz said...

cam susah je interview scholar jpa skang.. dulu zaman aku (2002), asal famili ko keje gomen, terus secara otomatisnya ko akan dapat scholar.. as long as siblings ko yg lain x penah dpt scholar jpa la.

p/s: setelah membaca hingga ke hujung, tetiba aku confuse.. ni scholarship jpa utk student oversea kah?

Fyruz said...

nice tips..
btwm happy flying to UK.
:)

Fyruz said...

nice tips..
btwm happy flying to UK.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...