Wednesday, May 19, 2010

Selamat Hari Guru


Walaupun hari ni dah 19hb Mei, tapi aku still nak cerita pasal Sambutan Hari Guru 16hb Mei. Sebenarnya aku tak pernah ambil benda ni serius sebab dekat sekolah dari sekolah rendah hingga tinggi sikit hari guru la hari yang dapat elakkan diri daripada kelas sebab semua sekolah sure buat sambutan yang best-best. Tapi aku ni tak berapa sedar apa yang cikgu-cikgu aku dah bagi kat aku sehinggalah bila kita habis sekolah. Bila dah habis sekolah masuk Uni barulah rindu benda-benda ni. Hehehehe

Aku rasa aku banyak kenal cikgu dalam Malaysia ni sebab aku banyak kali pindah sekolah. Tak hairanlah kan memang ada cikgu yang aku dah lupa sebab memang banyak semut yang aku telan masa makan kat Mess Putera. Kat sini aku bagi list sekolah yang pernah aku jejak;

SRK Methodist Pelabuhan Klang (darjah 1-3)
SK Pulau Indah Klang (darjah 4-5 1/2)
SK Taman Sri Andalas Klang (baki darjah 5 yang ada-6 UPSR)

SMK Putrajaya 3 (Tingkatan 1)
Maktab Tentera Diraja (Tingkatan 2-5) 

Memandangkan tempoh masa kat sekolah terakhir aku paling lama, aku nak cerita sikit pasal sambutan Hari Guru kat RMC. Tak silap aku masa aku Form 3 (2006) , F5 ada collect duit RM5. So, satu maktab lah kena bayar RM 5 untuk sambutan hari guru. Lepas tu, F5 pun keluar outing nak beli hadiah untuk cikgu2 sekalian. Hadiah yang ini semuanya standardise, sama je semua cikgu dapat. Cuma nama la lain sikit. Tahun tu cikgu-cikgu semua dapat satu plak ke apa tah namanya dengan mug kalau tak silap aku. So, tukang delivery-nya F3. Cikgu-cikgu beratur ramai-ramai kat depan buat satu line. Lepastu kami F3 pegi la bagi kat cikgu yang dah di-detailkan kat setiap hadiah. Aku rasa biasa je time tu. Tak rasa special pun. Penat ada la sebab mencari cikgu yang patut aku bagi. Padahal diorang la jugak yang mengajar kitaorang bagai nak rak. Tu baru mengajar, tak masuk yang kes-kes yang diorang kena handle lagi. Kesian cikgu.

Waktu F5 lak, aku antara committee untuk sambutan Hari Guru. Jadi kami buat benda yang sama. Kutip duit gak. Jumlah aku tak berapa nak ingat. Tapi aku ingat aku dengan Tom Charlie pegi satu kedai kek kat KL lepas stop kat LRT Plaza Rakyat. Kitaorang tempah kek besar gila beb. Ada la dalam 5kilo American Chocolate Cake. Sedap gila. Sehari sebelum sambutan tu, aku dengan Tom pergi la balik kedai tu nak amik kek dengan naik LRT yang sama. Memang time tu aku menyesal gila sebab order kek besar + jauh dari lokasi sekolah. Malu pun ada gak. Bayangkanlah, aku bawak kek tu dalam kotak yang besar, bawak pulak kena pakai 2 orang, tengah-tengah KL, pakai kemeja putih outing, berat gila dan time tu jugak aku rasa perjalanan dari kedai kek nak ke LRT amatlah jauh. Time tu jugaklah rasa macam nak pakai balaclava sebab ramai gila orang dok usha kitaorang usung kek macam orang gila.


Dah habis sekolah ni, last week aku balik sekolah amik sijil SPM sebab Uni nak pakai. Kebetulan datang nak dekat hari guru kan, aku dengan Hanis pakat nak beli KFC celebrate hari guru dengan cikgu-cikgu kat RMC.


*1st time aku masuk bilik guru pakai sandal, jeans dengan kemeja lngan pendek je..bangga

Best pulak rasa jumpa balik cikgu-cikgu kat sekolah. Seronok dowh. Aku nak masuk sekolah balik, tapi tak nak belajar dan tak nak mengajar or menyapu sampah or apa-apa jelah. Aku nak lepak kat bilik time makan dengan sukan je aku nak turun. Hehe

4 comments:

nisya said...

panjang gler dowh cite hari guru ko.. ;p

khairul farhan said...

haha..aku suka bercerita

nisya said...

xyah laa wei.. udah2 laa tu.. aku bet xde org yg bace bnde alah ni smpai abes.. ;p

Nur Asyiqin Mohamed Aini said...

saya baca sampai habis! Haha. Part yang paling sy suka, ada KFC!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...