Wednesday, August 25, 2010

update Ramadhan + upcoming Syawal

A.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m. serta salam sejahtera bagi yang tak boleh jawab salam.

Terpacaknya aku depan laptop Acer aku yang cantik ni adalah bertujuan untuk mengupdate serba sedikit pasal hidup aku. Kenapa aku tulis blog? kenapa tak tulis dalam diari je? baru la mantap ada diari. Jawapan aku: malas nak pergi Kinokuniya beli diari keluarkan duit RM23.50 semata-mata nak beli diari yang kulit buku dia sikit lagi nak taraf jambu air warna pink langsat. Bukanlah aku mendiskriminasikan lelaki yang ada diari tapi jiwa aku tak sampai tahap tu lagi. Aku prefer blog sebab blog senang sikit sebab dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohaniah dan batiniah. Okay itu tipu. Senang je. Sebab dia free. Kau tulis berapa banyak pun sama je kos dia. Still free. Kalau kau pakai P1 Wimax or berukband yang lain maybe la kau kena bayar. Tapi siapa suruh ngada-ngada pakai berukband walaupun kau tahu servis dia amatlah mendukacitakan? Nak tengok video kat YouTube pun kena buffer lama gila. Kalau start click video tu masa buka puasa, InsyaAllah lepas terawih 20 rakaat baru siap video tu. Itu pun tak habis lagi ada dalam 10 saat tak siap. Tapi kalau nak tulis blog,  pergi la curi line orang or else melukut di tepi bilik kat hostel kau mengharapkan wifi yang lajunya sikit lagi nak sama dengan siput babi.

Sekarang ni hari ke-15 puasa menandakan bahawa bermulanya bacaan qunut dalam solat witir kita. Secara automatik-nya korang ada 2 minggu lagi nak berterawih or buat amal ibadat sebanyak-banyaknya. Pahala berlipat kali ganda. Ini kira bulan pesta la. Semuanya berganda-ganda. Ini kira Mega Sales la untuk umat islam sebab Dia bagi berlipat kali ganda pahala bagi setiap apa amalan yang kau buat. Bukan aku yang cakap, tapi Allah yang janji. Benda best takkan nak tinggalkan?

Untuk pengetahuan kalian, aku sedang membuat attachment di Plaza Perangsang, Shah Alam atau lebih tepat lagi di Tetuan Farah A.Zabir & Partners selama 2 minggu. Owh kerja sebagai lawyer amatlah menakutkan. Muahaha. 8.30pagi ke 4.30 petang (Ramadhan) and baru lah aku faham kenapa orang kata waktu kerja sangat lah tension. Nak tunggu sampai 4.30 tu pergh..lama gila.
-->baju melayu yang dah kurang minat
Tahun ni juga aku tak beli baju melayu memangdangkan interest aku untuk memakai baju melayu di pagi raya sudah menurun. Masa break pukul 1-2 kat firm aku tu, aku gerak ke SACC, PKNS dan Alam Sentral jalan-jalan cari makan dengan Husni. Tiba-tiba ternampak satu baju yang lawa gila. Tanpa berfikir panjang, aku beli sekeping. *sekeping kah? Akan ku pakai nanti pagi raya.

--->ini la baju raya aku tahu ni ganti baju melayu: baju indon

Raya tahun ni jugak, aku akan beraya di Kelantan. Mungkin solat sunat raya di belah Umi dan lepastu pergi rumah Atok belah Abah. Aku akan balik sana 8/9 tapi maybe tak lama sangat sebab Hafiza nak UPSR minggu depan nya.

Chow.

Thursday, August 12, 2010

Selamat Berpuasa kali terakhir

Tajuk entry maybe agak kontroversi tapi ini lah dunia. Tak mustahil ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu oleh sekelompok manusia yang dambakan rahmat dan pahala yang telah dijanjikan oleh Nya. Mungkin tahun ni kita sempat bersahur dan berbuka bersama orang tersayang tapi siapa boleh guarantee korang dapat buat benda yang sama tahun depan?

*mood serius dah hilang tapi apa yang aku tulis tu memang serius dan renung-renungkanlah

Selamat menjalani ibadah puasa buat kalian yang sedang membaca. Harini yakni hari kedua berpuasa menandakan ada 27/28 hari lagi untuk kita umat manusia berhari raya. Kat sini depan laptop ni tiba-tiba aku teirngat pengalaman berpuasa masa kecik-kecik. Masa dalam darjah 1 or 2, aku ingat lagi yang pasal kes masuk bilik mandi semata-mata nak minum air paip. Hahahahaha. Masa panas terik matahari tu dah membuatkan tubuh aku terkujur layu di sofa, tiba-tiba aku rasa dahaga gila lalu melangkah be bilik mandi. Lalu disuakan mulut ku ke air paip yang tiba-tiba bertukar rasa menjadi fresh oren (imagination). Nikmat gila rasa air paip time tu, padahal rasa klorin je tapi memang sedap ah. Puas. Bila aku dok baring-baring tadi, baru aku sedar betapa bodoh nya aku masa tu. Kenapa aku tak order je Domino's or McD masa tu? dah semestinya lagi sedap kalau nak compare dengan air paip lauk klorin tu. Hahaha. Paling kurang pun tapau KFC balik rumah makan. Tapi aku baru ingat masa tu umur aku baru 7 ke 8 tahun, so, akal  pun tak panjang lagi macam sekarang. Haahaha
--->air fresh oren aku masa darjah 1

Lagi satu benda yang aku suka masa bulan puasa ni adalah Ayam Percik. Sedap gila weyh ayam percik ni. Kelantan style pun best gak yang kuah putih tu. Sedap amatlah sedap. So, bakal bini aku wajib pandai masak benda ni. HAHAHAHAHA.. Kejam gila aku nak cari bini. Kalau bulan puasa ni, aku rasa aku boleh makan ayam percik ni saja without nasi. Taksub kan aku kat ayam percik? tapi memang sedap. Urghhh..


                                   
---> gambar pun nampak sedap kan??

Selamat berpuasa lah rakan-rakan. Walaupun aku suka ayam percik tapi aku bukan selalu makan pun sebab malas nak pergi beli kat bazaar. Ingat jangan beli macam perut kau ada 9 tapi ingat lah bahawasanya perut kay ada 1 je so, budget-budget lah bila nak beli. Jangan sampai membazir.

Monday, July 5, 2010

Tips bila berlari/jogging (part 2)

Setelah ada mood untuk menulis, jom tengok pulak apa yang ada kat part 2 ni.

Disclaimer: Aku bukanlah atlet Malaysia atau Asia atau mewakili Bumi ke Kejohanan Olahraga Antara PLanet. Jadi apa yang ditulis hanyalah berdasarkan pengalaman semata-mata. Dan aku tulis ni nak seronok-seronok. Ingat eh.

Lepas semua kelengkapan dah siap seperti di entry Part 1 sebelum ni, korang dah mula perah otak mana korang lari/jog nanti. Sebaiknya korang jog/lari dekat taman tasik or taman apa-apa lah dekat rumah korang kecuali taman burung dan taman buaya. Kelebihan jog/lari dekat sini ialah suasana yang lebih nyaman, tenang dan selamat kalau compare dengan tepi jalanraya. Bukan tak boleh jog tepi jalan, tapi risiko kena langgar amatlah tinggi berdasarkan prestasi pemandu-pemandu Malaysia. Selain tu, kalau jog/lari kat taman, bagi yang bujang mahupun yang dah berkahwin (lelaki terutamanya) secara automatik akan naik semangat nak berlari/jog lepas tengok anak-anak dara mahupun mak dara yang lain berlari. Ini bagus sebab korang mesti malu nak berhenti jog mahupun berjalan sebab taknak di-cop lemah/tak macho/dan sebagainya. Mesti korang akan berlari macam runner Kenya walaupun jantung korang dah nak meletup.
---->scene bertemu jodoh kat taman tasik. HAHAHA

Ok. Kalau dah berlari tu, kalau taknak malu depan awek-awek or mak-mak awek, mesti la kena ada stamina betul tak? Untuk mendapatkan stamina yang tinggi, mulakan dari bawah. Kan korang dah set trek yang bakal korang lari tu kan? Untuk sesi pertama yakni hari pertama, try jalan-jalan dulu pusing trek, kalau rasa trek tu tak cukup jauh, pusing la 2 kali. Kalau rasa tak keluar peluh lagi, boleh la pusing 15 kali pun janji jangan berlari lagi, cukup hanya berjalan.

Hari kedua pulak, baru start program. Dengan menggunakan sifir korang, jogging lah korang untuk 2km. Pandai-pandai lah agak sampai mana 2km tu. Ramai yang tanya apa beza jogging dengan lari? Jogging ialah apabila korang boleh nyanyi lagu Negaraku walaupun tersekat-sekat sambil melakukan aktiviti 'jogging' tu. Manakala berlari pula adalah apabila korang memang langsung tak boleh nak sebut perkataan Negaraku tu apatah lagi menyanyi. Tapi kalau pecut lak, adalah keadaan di mana korang memang tak boleh ingat langsung apakah Negaraku itu dan korang tak berkesempatan nak pandang awek-awek sebelah korang. Jadi, itulah beza ketiga-tiga benda tu.

Bila dah habis jog tu, jangan terus duduk or teguk 100plus yang korang beli dari 7-eleven tadi. Jangan berhenti mendadak sebab nanti maybe badan korang akan mengalami kejutan yang teruk dari berlari ke duduk. Lepas dah cecak jarak 2km, slow-slow jalan area situ. Tarik nafas and hembus untuk sistem pernafasan korang stabil balik. Dah habis, buat lah sesi sejukkan badan. Lebih kurang macam warm up jugak.

Kalau ada sebarang keraguan, sila-lah rujuk disclamier kat atas entry ni kalau korang lupa nak baca masa awal-awal tadi.hehehe. Dah puas merepek, kelas aku nak start dah pukul 2 ni, maka gerak dulu. Tengah cari apa nak tulis kat part 3 (finale)

Sunday, June 27, 2010

Tips bila berlari/jogging (part 1)


Yeah. Disebabkan aku baru lepas tengok satu rancangan dekat Discovery Channel yang menceritakan pasal obesiti, dengan secara tiba-tiba semangat aku naik untuk menulis pasal gaya hidup sihat. Juga event Standard Chartered KL Marathon 2010 yang berlangsung pagi Ahad lepas yang aku dah terlepas sebab tak register dan tak ada member nak lari sekali.

Merujuk kepada tajuk entry diatas, aku ni tak la hebat sangat bila berlari, tapi orang kata, boleh la setakat nak lari 10k non-stop tu (muka riak gila time ni). Okay, first sekali kita kena siapkan dengan persiapan fizikal kita. Gear kena cukup. Kasut yang disarankan ialah running shoes. Jangat sekali-kali lari pakai kasut futsal or kasut sekolah or kasut kulit yang ayah korang buat pergi kerja. Juga diingatkan jangan lari pakai Crocs. Tah papa ntah. Kalau nak tengok kasut apa yang aku guna untuk lari, boleh rujuk entry ni. Bila pakai kasut yang sesuai, kaki kita akan rasa best gila seterusnya menjadi penjana semangat untuk korang lari. Jangan la beli yang mahal gila kalau baru nak start lari, ada je kasut-kasut yang berkualiti boleh korang dapat bawah RM100. Mula-mula start kan, kena la daripada bawah. Nanti bila kau dah hebat sampai tahap runner Kenya or Nigeria, lantak kau lah nak beli kasut harga 3ribu pun. Aku tak halang.

Settle bab kasut, kita bergerak ke stoking. Kalau boleh pakai stoking yang sampai ankle tu je. Selesa bila berlari. Itu murah je kot, 3 pasang RM10 kalau kat pasar malam. Ingat pesan aku, jangan beli yang mahal-mahal lagi.HAHAHAHAHA. Okay, now cerita pasal track bottom yang sesuai. Kalau boleh, jangan pakai seluar slack atau jeans atau seluar tidur atau lebih teruk lagi seluar dalam. Seluar yang disarankan track bottom yang kukuh fabrik dia. Jangan pakai yang mudah terkoyak sebab bila berlari dan masa warming up, banyak pergerakan diperlukan. Tak kan korang nak tanggung malu seluar koyak bila berlari. Tak berbaloi kena gelak. Seluar yang dicadangkan, seluar yang ada lubang-lubang kecil kat dalam seluar tu. Betul ke aku explain ni? ala yang macam lubang udara dalam seluar tu. Memang ramai yang tak suka seluar jenis tu, sebab rasa gatal dan tak selesa. Tapi hakikatnya seluar tu bagus untuk pengudaraan kaki kau. Udara boleh masuk dan keluar. So, kau tak rasa panas dalam seluar bila berlari.(aku tak pandai explain tapi aku mohon jangan lah fikir bukan-bukan).

Bergerak ke baju pulak, kalau boleh jangan pakai baju. MUAHAHAHA. Mana ada, itu fitnah. Aku suruh pakai baju. Kalau boleh, jangan la pakai baju yang fabrik tebal bila berlari. Jangan pakai t-shirt berkolar kain polo, baju fabrik bulu, baju melayu, blazer dan apatah lagi baju kemeja lengan panjang. Amik t-shirt yang paling ringan, yang selesa gila bila pakai. Disarankan pakai baju yang sublimate punya jenis. Dia serap peluh dan amatlah ringan. Kat bawah ni gambar aku bila Energizer Night Race tahun ni. Aku tak ingat bila.
---> my 10km Energizer Night Race

Entry kali ini special untuk persiapan gear dulu. So, lepas ni entry akan fokuskan pasal tips training dan bila berlari. So, berjumpa kita dia lain hari!

Wednesday, June 23, 2010

Cerita Hantu kat Sekolah

----->pemandangan dari helikopter (ini baru blok akademik)

Entry yang lepas aku dah cerita pasal pengalaman kat sekolah rendah, tak adil rasanya kalau aku abaikan hidup di sekolah menengah yang ternyata lagi banyak pengalaman. Semasa Tingkatan 1, aku sekolah kat Putrajaya. Selepas pergi pemilihan untuk Maktab Tentera Diraja, aku berjaya lepas sesi pemilihan dan mendaftar di MTD/RMC bersama 149 rakanku yang lain di Kem Sg Besi.

Cerita hantu kat RMC. Tak payah tunggu lama nak tunggu cerita hantu, time orientasi selama 3 minggu dah macam-macam cerita hantu yang keluar dari mulut-mulut senior. Kalau tak silap aku, malam ketiga orientasi, kami(newboy) tidur dalam prep room kompeni yang lengkap berhawa dingin. Punya la seronok tidur dalam aircond lepas seharian penat orientasi. Tapi senior-senior aku yang baik tu boleh bantai cerita hantu pulak. Aku dah la kecik lagi (Form 2 kecik la kan). Cerita yang paling aku rasa real masa tu adalah cerita Rahim.

*OPs kalau silap tolong betulkan cerita ni

seperti yang diceritakan kepada Muhd Khairul Farhan,
Rahim ni putera Tingkatan 4 kompeni Foxtrot. Masa tu, dia ada latihan air dekat Tasik Mines bekas lombong dekat dengan sekolah kami. Nak dijadikan cerita, masa tengah seronok berkayak semua tu, pengayuh yang Rahim guna dah ter-ayun salah seekor anak jin lombong tersebut. Lalu matilah anak jin tu dan berkabunglah family mereka (part berkabung aku reka je). Lepas habis latihan, Rahim pun naiklah bilik dia kat Kompeni Foxtrot tu untuk siap-siap pergi dinner kat Mess Putera (Dewan Makan) dan seterusnya prep malam. Selepas balik prep dalam pukul 11 malam hari yang sama, beliau dikatakan telah terjun dari tingkat 1 bangunan dan terus berlari ke Tasik Mines tempat diorang training petang tadi. Dikatakan dia berlari dengan kadar yang sangat laju hingga tak tercapai akal dan kudrat kawan-kawan yang cuba nak mengejar beliau. Dengan momentum yang laju hasil dari larian kencang sebelum ni, Rahim dikatakan telah tejun kedalam tasik tersebut. Faham-fahamlah kedalaman tasik bekas lombong bijih besi terbesar di Malaysia macam mana. Lepas tu, dia pun tak timbul-timbul lagi. Macam-macam usaha dilakukan untuk mencari mayat Rahim yang berada di dalam tasik seperti skuad penyelam, bomoh, bacaan surah yassin dan sebagainya. Namun, keputusan tetap negatif. Setelah penat berikhtiar, Komandan dikatakan telah meminta ihsan Dato Harun Din ke??(maaf, tak ingat) ke siapa tah yang ilmu dia agak hebat dan tinggi jugalah. Lalu setelah beliau datang ke tempat kejadian, beliau mohon untuk mendapatkan tilam dan bantal milik Rahim ni. Lepas tu, beliau letak bantal atas tilam tu macam position biasa nak tidur kemudian hanyutkan tilam tu ke tengah tasik lombong tersebut. Dengan kuasa Yang Maha Esa, sampai je kat tengah tasik tu, tiba-tiba tilam tu tenggelam seolah-olah ditarik dari dalam tasik. Selepas beberapa ketika, secara tiba-tiba tilam tu timbul dari dasar tasik secara menegak dengan jasad Rahim berada di atas tilam tu yakni menyerupai manusia yang sedang tidur. 
--->lebih kurang macam ni la kot. tapi tak seLAWAK ini
* ini je imej paling menakutkan yang aku jumpa

Lepas tu, tilam tu dengan automatik-nya macam kereta control bergerak ke tebing tasik tu. Aku tak dapat gambarkan macam mana reaksi orang-orang kat situ. Nasib baik jugaklah aku masuk sekolah ni era-2000 sebab orang kata benda ni jadi tahun 80an. Sebelum itu, dikhabarkan Dato Harun Din (atau sesiapa saja yang berkenaan) telah berunding dengan jin air tersebut. Jin air tu mahukan nyawa dan jasad Rahim sebagai pengganti anak-jin yang telah mati akibat terkena paddle kayak yang di-ayunkan Rahim. Memandangkan nyawa Rahim telah diambil, Dato Harun Din (atau sesiapa saja yang berkenaan)j telah memohon untuk dipulangkan jasad Rahim. Mungkin sebab tu lah jin air tu setuju untuk pulangkan jasad Rahim.

Berbalik kepada situasi ketika hendak tidur dalam bilik aircond tersebut, senior aku cakap yang arwah Rahim ni akan muncul setiap 5 tahun sekali. Dan nak dijadikan ceritanya, senior aku tu cakap, maybe tahun tu Rahim akan datang balik maktab. Disebabkan cerita yang terlalu real oleh senior aku sebelum ni dan sikap mempercayai senior yang ter-amat sangat, aku pun percayalah. Memang takut gila masa tu. Sebab selalunya cerita yang aku dengar dari member sekolah lain ialah cerita nenek-duduk-atas-wardrobe-sambil-nyanyi-lagu takutkan budak yang belum tidur. Apa yang aku perhatikan cerita nenek ni dah jadi macam trend kat semua sekolah asrama tak kira SBP/MRSM/TEKNIK/SMKA/ASRAMA HARIAN. Lebih kurang semua sekolah ada cerita yang sama. Hebat betul pengaruh cerita nenek ni. Aku rasa nenek ni dah dapat kontrak dengan Kementerian Pelajaran untuk menempatkan nenek-nenek di SEMUA sekolah berasrama di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Hebat nenek ni.

Sekolah korang ada hantu tak?

Wednesday, June 16, 2010

Vitagen Zaman Sekolah Rendah

>Idaman aku zaman masa darjah 1

Tiba-tiba teringat masa zaman sekolah rendah. Sejak ramai kawan-kawan sekolah rendah add aku kat Facebook ni, satu demi satu kenangan datang balik masuk kepala otak aku. Darjah 1-6, 6 tahun rupanya aku sekolah rendah. Bayangkan la, muka innocent aku zaman sekolah rendah. Sekarang pun innocent lagi actually.

Ni aku nak cerita zaman sekolah rendah aku. Fokuskan kepada Vitagen. Dulu ada tak lori Vitagen ni datang sekolah korang? Sehari or 2 hari before diorang datang mesti ada je cikgu kelas edarkan borang vitagen tu. Siapa yang nak beli boleh tick dekat borang tu nak berapa botol dan perisa apa. Selalunya anak orang kaya memang tick semua lah kalau boleh. Dengan lori-lori sekali kalau boleh diorang nak angkat.

Tapi golongan-golongan macam aku ni. Kalau balik rumah tunjuk borang tu, memang susah la nak dapat. Hahaha. Sebotol pun kira okay-lah. Sebotol 80 sen kot time tu. Yela, belanja budak darjah satu time tu baru 70-80sen. So, 80 sen tu dah dikira luxury goods tu. Tapi bersyukur la kan, kalau dapat sikit-sikit, baru nikmat minum tu datang. Kalau beli 10 paket, tak ke muntah mengadap vitagen tu setiap jam? So, aku pun time tu kalau nak beli, sebotol jelah. Selalunya Umi bagi la extra seringgit untuk beli Vitagen tuh. Lepastu esok time rehat or satu masa sebelum balik, budak-budak akan dilepaskan untuk beli vitagen. Selalunya pukul 5.30 cikgu lepaskan murid-murid sesi petang (darjah 1-3) untuk beli vitagen. Aku time darjah 1 dengan 2 ada la rasa excited masa nak beli vitagen ni. Masuk darjah 3, dah boring dah, dah takda rasa seronok. Darjah 4 aku pindah sekolah lain. Time tu tak ada pulak benda-benda vitagen ni. *sebotol ni penjodoh bilangan yang tepat ke untuk Vitagen? sebab tak nampak macam botol pun.

Friday, June 4, 2010

Imam Muda dan isu Palestin

Walaupun tajuk entri ini sebut pasal Imam Muda dulu, tapi aku nak dahulukan isu Palestin. Bila baca balik semua artikel-artikel yang penuh kat surat khabar 2-3 hari lepas, satu benda yang dapat aku conclude ialah Israel masih lagi takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Kalau nak fikir logik, kenapa la kau nak takut dengan kapal-kapal yang membawa barang-barang untuk misi kemanusiaan ke Palestin?? Bukan nya kapal tu KD KEDAH or PERAK or PAHANG yang sememangnya terang-terang frigate yang boleh bawak perang. Itu kapal biasa la ISRAEL LAKNNATULLAH! dan lebih mengejutkan lagi ISRAEL ini juga telah mengehadkan barang-barang tertentu je yang boleh dibawa masuk Palestin. Ada 81 jenis barang yang boleh dibawa masuk. Yang lain semua dikira luxury goods dan tak diperlukan. Contohnya chocolate bar
Agaknya chocolate ni boleh bunuh orang ISRAEL dari jauh


Aku sebagai salah seorang pelanggan ASTRO berbangga kerana ASTRO dengan kerjasama JAKIM telah berjaya menerbitkan program realiti berunsurkan Islam, Imam Muda yang berjaya mendapat sambutan yang cukup hangat. Ini tanda positif untuk kita semua kerana ini maknyanya penduduk Malaysia yang beragama Islam masih mengenal siapakah dan apakah peranan Imam. Kenapa aku nak story pasal Imam Muda ni? sebab tadi bila aku sembahyang jumaat kat Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara, peserta-peserta Imam Muda semuanya ada kat sana. Ada tugasan pulak tu. Yang aku sempat dengar bacaan Al-Quran daripada salah seorang peserta, (maaf aku tak ingat nama) sebelum Azan Zohor. Selepas tu, bacaan khutbah dan solat jumaat diimamkan oleh salah seorang dari diorang gak, Ustaz Asyraf kalau tak silap namanya. Bersemangat betul gaya dia bagi khutbah. Memang tak tidur la aku untuk sesi khutbah semalam. Tapi sebelum dia bagi khutbah tu, ada pakcik ini duduk sebelah aku cuit aku tanya 

Pakcik= "Ini ada apa ni hari ini?? (sambil buat muka pelik)"
Paan=  "Harini ada peserta Imam Muda datang masjid"
Pakcik= "Apa benda tu?? bukan memang Imam Masjid ini muda-muda ke??"
Paan= "Betul la, tapi ini program realiti..ala-ala Akademi Fantasia gitu"
Pakcik= "Owh, kalau menang ni ada dapat hadiah la?? bila konsertnya??"
Paan= "Lebih kurang la tu pakcik..tapi tak ada konsert"


Lepastu keadaan bertukar sunyi seketika. Selang 20 saat, pakcik tu pun cakap "Terima Kasih"


Tapi hadiah yang akan diterima oleh pemenang Imam Muda ini pun bukan calang-calang. Memang nak dekat setaraf Akademi Fantasia lah. Dapat kereta sebijik bernilai lebih RM150,000, pakej menunaikan haji, cash RM20,000, dapat pulak laptop Apple Macpro dan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Pemenang dia jugak kalau tak silap akan ditawarkan jawatan Imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan. Masjid manakah?? Ini baru betul, hadiah ditawarkan setanding dengan program-program realiti lain. Kalau tak, sebelum ni, menang program-program mcm ni paling banyak boleh dapat pun RM20 000. Yela, kita bukan kejar hadiah, tapi kalau hadiah tu menarik, at least boleh tarik ramai orang untuk join program ni. Lagi satu orang tak akan pandang sebelah mata jawatan Imam ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...